Di antara tanda kebesaran Allah SAW ialah Allah Taala menjadikan manusia daripada pelbagai kaum,bangsa,dan puak.Tujuannya adalah satu,untuk mengenali antara satu sama lain.Sebagaimana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran Karim:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ


Wahai manusia sekalian, Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan,daripada pelbagai bangsa,puak kabilah,supaya Kamu semua berkenalan antara satu sama lain.Sesungguhnya yang mulia di antara kamu ialah orang paling bertaqwa di sisi Allah.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Semua bangsa mempunyai kelebihan masing-masing.Ada yang telah memahat tamadun dan mencipta sejarah sehingga kekal dalam sejarah hingga hari ini.Hakikat yang tidak dapat disangkal lagi bahawa Bangsa Arab ialah bangsa terpilih dan Rasulullah SAW sendiri daripada Arab.

فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ مَنْ أَنَا فَقَالُوا أَنْتَ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْكَ السَّلَامُ قَالَ أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْخَلْقَ فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ ثُمَّ جَعَلَهُمْ فِرْقَتَيْنِ فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ فِرْقَةً ثُمَّ جَعَلَهُمْ قَبَائِلَ فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ قَبِيلَةً ثُمَّ جَعَلَهُمْ بُيُوتًا فَجَعَلَنِي فِي خَيْرِهِمْ بَيْتًا وَخَيْرِهِمْ نَفْسًا


(Bahawa Baginda SAW berdiri di atas mimbar lantas berkata: “Siapakah aku ini?, Para Sahabat menjawab: “Engkau utusan Allah,ke atas Engkau kesejahteraan,Kata Rasulullah SAW: “Aku Muhammad Anak Abdullah anak Abdul Mutalib, sesungguhnya Allah telah jadikan makhluk(manusia) maka Dia jadikan aku dalam golongan mereka yang paling baik , kemudiannya Dia jadikan mereka(manusia) dua golongan, maka Dia jadikan aku dalam golongan mereka yang paling baik, kemudian Dia jadikan mereka beberapa qabilah, maka Dia jadikan aku dalam qabilah mereka yang paling baik, kemudian Dia jadikan beberapa rmah tangga, maka Dia jadikan aku dalam rumah tangga yang paling baik, dan aku adalah orang yang paling baik di antara mereka.)
(Riwayat Tirmizi, dalam kitab Manaqibul A’n Rasulullah bab kelebihan Rasulullah SAW).

Daripada pelbagai puak inilah,maka lahirnya pelbagai jenis bahasa,dialek, yang menjadi pengantara sesama manusia.Rasanya tidak dapat dihitung berapa banyak bahasa dalam dunia ini.

Mempelajari bahasa bukanlah sesuatu yang mudah terutamanya dalam Bahasa Arab.Ia benar-benar memerlukan kesungguhan daripada sang pelajar.Tanpa kesungguhan, cita-cita untuk bertutur dalam bahasa asing hanyalah tinggal angan-angan kosong.Kesukaran untuk memahami sesuatu bahasa memang tidak dapat di nafikan lagi.

Ia menjadi semakin sukar apabila 'biah' yang mengelilingi kita tidak banyak membantu.Persekitaran yang hanya mengutamakan satu bahasa,kadang-kadang boleh mematikan semangat bagi yang ingin meningkatkan penguasaan bahasa.

Itulah realiti yang selalu saya hadapi,.Rasanya sudah hampir 7 tahun belajar bahasa Quran ni, tetapi pencapaiannya hanya sekadar cukup makan.5 tahun di sekolah menengah, 2 tahun di Matrik,namun Penguasaan Bahasa Arab saya masih lagi di takuk lama.Kalau ada pun, cuma sedikit sangat peningkatannya.

Orang kata, kalau nak menguasai bahasa ni, kenalah selalu berdamping dengan kamus.Ye ke?Memang benar pun.Tetapi kadang-kadang kamus juga boleh menyebabkan kita berputus asa untuk memahami sesuatu bahasa.

Pengalaman saya, ketika membelek kamus ARAB - Melayu selalu mendukacitakan.Banyak perkataan yang dicari tidak ditemui.Entahlah mungkin saya kurang cermat dan kurang teliti apabila membelek kamus tersebut.



Namun kekecewaan saya terubat apabila 'bertemu' dengan Kamus AlMiftah di Arabic Week IIUM.Kamus ini telah menaikkan kembali semangat saya untuk menguasai bahasa Arab.

Saya mengesyorkan seratus peratus kepada sesiapa sahaja yang ingin menguasai bahasa arab,memiliki kamus ini.Walaupun harganya mahal,tetapi pulangan ‘ilmu bahasa’ daripadanya amat lumayan sekali.Hampir 70% perkataan yang saya cari,akan diketemui dalam kamus ini.

Kelebihannya juga amat banyak.Untuk mengetahuinya silalah lawati:

KAMUS ALMIFTAH


Apalagi Belilah Sekarang….
Baca Seterusnya...
Jahiliah Ula yang berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah SAW bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian:

1-Jahiliah yang berlaku di luar daripada semenanjung Arab.

2-Jahiliah yang berlaku di semenanjung arab.

Jahiliah Ula ini telah mendarah daging dalam semua aspek kehidupan manusia pada ketika itu, bermula daripada politik,ekonomi,sosial hinggalah agama.

Jahiliah di luar semenanjung Arab.

Jahiliah ini berlatarkan negera Rom,Parsi,China,dan India yang merupakan kuasa besar dunia ketika itu.Kesemuanya memiliki tamadun yang hebat dan mengkagumkan hinggakan kesan tinggalan tamadun ini masih lagi wujud.

Jahiliah Ekonomi:

1-Wujudnya Sistem Feudalisme, dan sistem cukai yang dikenakan kepada mereka yang susah dan miskin.

2-Kekayaan dan kemewahan hanya menjadi milik pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa.

3-Wujudnya sistem susunan taraf masyarakat yang zalim.Pemerintah dan pemimpin agama menduduki kedudukan teratas,diikuti dengan pahlawan-pahlawan perang,diikuti dengan peniaga dan petani,manakala golongan hamba,khadam berada di kedudukan paling bawah.

Jahiliah Sosial:

Secara umunya, masyarakat dilanda kebejatan akhlak yang parah.Segala kemungkaran tersebar secara meluas di kalangan masyarakat.Zina, pelacuran,liwat, dan sebagainya.Wanita ketika itu,umpama barang-barang yang boleh dikongsi dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Jahiliah Agama:

Sebenarnya agamalah yang menyebabkan manusia berada dalam jahilaih yang berpanjangan.Manusia menganut pelbagai jenis agama.Agama ketika itu bolehlah dibahagikan kepada dua: Agama Samawiyah, dan agama wasniyah.

1-Agama Samawiyah-Agama yang asalnya dating daripada Allah,tetapi telah diubah dan dipinda-pinda oleh manusia seperti Yahudi dan Nasrani.

2-Agama Wasniyah-Agama yang bertuhankan patung-patung yang disembah dan dipuja-puja.

Di Parsi ketika itu, wujud beberapa jenis agama:

1-Majusiyah- Agama yang mengajar penganutnya menyembah Api sebagai tuhan yang berkuasa ke atas segala-galanya.

2-Zaradishtiyah-Agama yang mengajar penganutnya menyembah dua tuhan; Tuhan baik iaitu Tuhan Cahaya(Nur) dan Tuhan Jahat iaitu Tuhan Kegelapan(Zulmah).

3-Manawiyah-Agama yang melaknat manusia sehingga mati.

4-Mazdakiyah-Agama yang menghalalkan pergaulan antara sesama manusia tanpa syarat dan ikatan perkahwinan.

Di India, wujud agama Barhamiyah yang menyembah 330 juta tuhan dan agama Budhha.

Di China wujud agama Budhha dan agama Confucianism.

Jahiliah Di Semenanjung Arab.

Semenanjung Arab ini bermula daripada Iraq, Syams, Yaman, dan Hijaz(Mekah,Madinah,dan Taif).

Jahiliah Politik:

Apa yang boleh disimpulkan ialah semenanjung arab ketika itu penuh dengan kecelaruan politik.Berlakunya penjajahan dan pertukaran daripada sebuah kerajaan ke sebuah kerajaan dalam setiap Negara di semenanjung arab.

Orang Arab pula berperang antara satu sama lain dalam tempoh yang lama.Ini disebabkan semangat Asobiyah yang begitu menebal dalam diri mereka,keinginan menuntut bela, dan memelihara kemuliaan kabilah masing-masing.

Jahiliah Sosial:

1-suka berjudi dan minum arak.

2-Membunuh anak-anak lelaki dek kerana kemiskinan hidup

3-Menanam anak-anak perempuan.

4-Mempunyai perempuan atau lelaki simpanan secara rahsia.

5-Semangat Asobiyah yang membara.

6-Wujudnya Undang-undang Rimba di mana yang kuat menguasai yang lemah.

Di sebalik akhlak yang buruk ini, tidak dinafikan mereka juga mempunyai akhlak dan budaya yang baik.Antaranya:
1-Memuliakan tetamu dan jiran tetangga.

2-Memenuhi janji.

3-Berani dan tidak berbohong.

4-Melakukan Umrah,haji dan tawaf.

5-Mengharamkan pernikahan dengan ibu dan anak perempuan sendiri.

Jahiliah Agama.

Mereka pada asalnya mengikut agama Nabi Ibrahim AS, tetapi lama-kelamaan mereka meninggalkan agama tauhid dan menyembah berhala.Orang pertama yang membawa ajaran penyembahan berhala ialah Amru bin Luhay.Amru telah membawa balik patung Hubal daripada Syams dan menyuruh manusia menyembah patung ini.

Sejak daripada itu,Patung berhala disembah sehinggakan di kaabah sendiri terdapat 360 patung berhala.


WaAllahualam...Bersambung InsyaAllah

Baca Seterusnya...
Fenomena Jahiliah bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian: Jahiliah Ula(jahiliah yang berlaku pada zaman sebelum kebangkitan Rasulullah SAW) dan Jahiliah Muasiroh(jahiliah yang berlaku selepas zaman Rasulullah atau zaman sekarang).

Entry kali ini hanya ingin membicarakan serba sedikit tentang Jahiliah Ula sebagai tazkirah dan peringatan kepada diri saya sendiri khususnya dan masyarakat luar amnya.

Kedua-dua jenis jahiliah ini mempunyai persamaan dari segi umumnya tetapi berbeza bentuknya dalam beberapa keadaan.Ini disebabkan perubahan keadaan, masa, dan tempat yang melatari sesuatu jahiliah.


Sebagai pengenalannya,jahiliah Ula berlaku apabila akal manusia diselaputi dan diselebungi dengan khurafat, syirik, yang menyebabkan manusia bertuhankan hawa nafsu dan tuhan-tuhan selain Allah.

Bahkan tidak cukup dengan itu, akal juga tidak dipandu dengan ilmu-ilmu yang benar.Ilmu-ilmu yang mendekatkan manusia kepada Allah Tuhan Semesta Alam.Inilah bentuk jahiliah Ula(pertama) yang berlaku sebelum kebangkitan Rasulullah SAW.

Jahiliah Ula merebak apabila manusia telah merosakkan fungsi akal.Nikmat yang telah memuliakan manusia dan membezakan manusia daripada makhluk-makhluk Allah yang lain. Akal tidak lagi berfungsi untuk berfikir,merenung,memahami akan kebesaran Allah.

Sebaliknya kedudukan akal menjadi rendah,apabila manusia menyembah kayu yang kaku, batu yang pejal, membesar dan mengagung-agungkan pemimpin-pemimpin,mengambil tuhan selain daripada Allah.Akal tidak lagi menjadi neraca dalam membimbing manusia ke jalan yang benar.

Sebab berlakunya Jahiliah Ula.

1.Ketiadaan Rasul dan Anbiya Alaihimussolatu wassalam.

Jarak di antara kewafatan Nabi Isa AS dan kebangkitan Rasulullah SAW ialah 600 tahun lamanya.Tidak ada Rasul dan nabi yang diutuskan dalam masa tersebut.Bayangkan dalam tempoh yang sedemikian rupa, manusia tidak dibimbing dan diberi peringatan.Sudah tentu berlakunya banyak penyelewengan agama,sosial,ekonomi, dan lain-lain.

2.Penguasa dan Pemimpin Masyarakat.

Pemimpin dan penguasa pada masa itu melakukan banyak kezaliman dan penindasan terhadap rakyat mereka.Tidak cukup dengan itu, mereka dipuja dan disembah oleh pengikut-pengikut mereka.Buktinya dapat kita lihat daripada apa yang berlaku di Negara Rom,Parsi,China,dan India pada waktu itu.

3.Mengikut Hawa Nafsu dan Syahwat.

Apabila manusia bertuhankan hawa nafsu, manusia sanggup melakukan apa sahaja.Tidak ada lagi pertimbangan baik buruk,adil zalim, dan bersih kotor pada akal manusia.Jadilah manusia seperti binatang bahkan lebih teruk daripada itu.

4.Taqlid Buta yang berleluasa.

Manusia pada zaman itu, hanya mengikut sahaja apa yang telah mereka warisi daripada nenek moyang mereka.Mereka menerima bulat-bulat warisan peninggalan nenek moyang mereka sama ada ianya baik ataupun buruk.Inilah faktor yang menyebabkan Orang Arab Jahiliah tidak mahu beriman kepada Allah Tuhan yang satu.Beralasan, bahawa ajaran Islam bukanlah ajaran yang dating daripada nenek moyang mereka lantas mereka menolak dakwah Rasul secara mentah.

Bersambung InsyaAllah....

Baca Seterusnya...
Umum mengetahui bahawa dunia pada hari ini sedang mengalami krisis Ekonomi global yang parah. Ia telah mengundang pelbagai masalah yang cukup membebankan.Saya tidak berhajat untuk menyebutkan kesan-kesannya.

Namun apa yang ingin saya perkatakan di sini, bencana ekonomi ini sebenarnya berpunca daripada lemah dan rapuhnya iman manusia yang ada pada hari.Bunyinya mungkin agak pelik dan janggal bagi sesetengah pihak.Namun itulah realiti sebenarnya.

Mengapa saya berpendirian sedemikian.Adakah semua ini mempunyai kaitan dengan aqidah kita semua.

Memang tidak dapat dinafikan lagi, bahawa krisis ekonomi yang ada pada hari ini memang berpunca daripada masalah ketidakpercayaan kita kepada Zat Yang Maha Agung.Allah Tuhan yang Maha Agung,padanya sahajalah terletak kesempurnaan dan kekuasaan.

Hanya Dia sahaja yang berhak disembah dan diabdikan diri kepadaNya.Sejarah telah membuktikan Gejala Syirik telah bermula sejak sekalian lamanya, bermula daripada zaman Nuh AS hinggalah ke hari ini.

Gejala Syirik inipun sebenarnya mempunyai pembaharuan dan revolusi daripada zaman ke zaman.Di zaman Nuh AS dan nabi-nabi yang lain, syirik lebih tertumpu kepada penyembahan berhala, patung-patung yang dipuja dan diagung-agungkan.

Tidak dinafikan syirik dalam bentuk yang lain juga wujud, namun yang jelasnya minda dan hati mereka dikuasai syirik penyembahan patung-patung dan berhala yang disembah.

Syirik pada zaman sekarang pula telah mengalami transformasinya tersendiri.Apabila patung-patung yang dulunya disembah, digantikan dengan harta,wang, kemewahan yang dijadikan tuhan-tuhan baru yang disembah.Bagi hamba dan pemuja harta,wang dan kemewahan adalah segala-galanya dalam hidup mereka.

Harta, wang dan kemewahan menyebabkan manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkannya,tanpa mengira halal haram dosa pahala.Sama ada menindas orang lain ataupun tidak, menzalimi atau tidak, semua ini tidak berada di dalam minda manusia.Yang difikirkan hanyalah harta, wang dan kemewahan perlu jatuh ke tangan mereka.

KENAPA MANUSIA JADI BEGINI

Ini tidak lain,tidak bukan kerana manusia telah terpengaruh dengan fahaman moden barat yang tidak bertuhankan Allah sebagai Sang Pencipta.Inilah Fahaman yang mensyirikkan Allah.Fahaman yang sesat ini telah diterima oleh seluruh Dunia termasuklah Umat Islam tanpa berfikir panjang dalam memahaminya.Hanya Taqlid buta menjadi jambatan yang menghubungkan diri mereka dengan fahaman ini.Maka jadilah mereka hamba kepada tuhan yang baru dilantik ini.

APAKAH FAHAMAN SESAT ITU.

Umat Islam terjerumus ke jurang kebinasaan dek kerana menganut fahaman sosialisme,komunisme,kapitalisme dan lain-lain.Dasar kepada semua fahaman ini adalah berteraskan kepada ekonomi.Ekonomi adalah segala-galanya dan menjadi rukun kebahagiaan sesebuah masyarakat.

Sosialisme dan komunisme misalnya memilik negarakan harta yang ada pada rakyat sesebuah Negara.Ini bermakna taraf hidup masyarakat mestilah sama, tidak ada yang miskin bahkan tidak ada yang kaya.Yang ada cumalah manusia yang pertengahan.Sejarah telah membuktikan bahawa fahaman ini memusnahkan hidup manusia apabila Kerajaan Soviet yang suatu ketika dahulu gah di persada dunia hancur dan lenyap di atas muka bumi Allah.

SEKARANG

Kapitalisme pula suatu fahaman yang cukup menindas, apabila mengkayakan golongan kaya dan terus memiskinkan orang yang miskin.Orang kaya bertambah kaya, dalam masa yang sama orang miskin semakin sengsara tanpa ada sinar dalam kehidupan mereka

“Aku kaya dan ingin terus menguasai kekayaan, soal orang miskin, apa aku peduli.”

Sistem ini juga menemui kegagalannya, apabila ekonomi dunia pada hari ini tenat dan manusia masih lagi buntu untuk mengatasinya.

PENYELESAIANNYA.

Marilah kita kembali kepada keadilan hakiki yang ada pada Islam.Keadilan islam sangat menentang sistem riba yang menghisap darah manusia, menentang penindasan sistem kewangan yang berat sebelah. Islam yang berteraskan keadilan sejagat mengizinkan manusia untuk menjadi kaya, tetapi dalam masa yang sama manusia yang kaya mestilah menolong yang miskin dengan mengeluarkan zakat,bersedekah,mewakafkan harta yang ada pada mereka dan sebagainya.

Islam sama sekali tidak menafikan hak manusia untuk menikmati kemewahan, bahkan Islam menggalakkan Umatnya menjadi Umat yang kaya raya.Pun begitu Islam ingin mendidik Umatnya supaya menjalankan tangungjawab sosial kepada sesiapa yang tidak berkemampuan agar jurang antara si miskin dan si kaya dapat dirapatkan.

Untuk memahami lebih lanjut perkara ini, saya mencadangkan anda membaca buku Sayid Qutb(Al-Adalah Ijtimaiyyah)-Keadilan Sosial dan buku Dr Yusof Qaradawi (Daur al-qim wa Al-akhlak fil Iqtisod)-Peranan Nilai dan Akhlak dalam Ekonomi.

Di sini suka saya memetik pandangan Syeikh Dr Yusuf Qaradawi yang mengulas tentang krisis ekonomi sekarang :

Umat Islam harus mengambil manfaat(kesempatan) daripada krisis kewangan sedunia sekarang untuk membangun sebuah sistem ekonomi sejajar dengan ajaran Islam, kata ulama Sunni terkenal, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, kelmarin.

'Runtuhnya sistem kapitalis berdasarkan riba dan kertas, dan bukan barangan yang diperdagang di pasaran, adalah satu bukti bahawa ia dalam krisis.

'Ia sekali gus menunjukkan bahawa falsafah ekonomi Islam masih bertahan,' katanya dalam satu persidangan mengenai Baitulmakdis di sini Ahad lalu.

'Sistem Barat telah runtuh. Kita mempunyai sebuah falsafah ekonomi menyeluruh dan kekuatan kerohanian.'Semua kekayaan milik kita. Negara Islam menguasai semua atau hampir semua minyak dunia. Dan kita mempunyai falsafah ekonomi yang tidak dimiliki orang lain,' kata Sheikh Al- Qaradawi.

Beliau menggesa umat Islam supaya 'mengambil manfaat daripada krisis sekarang untuk membawa kemenangan kepada umat Islam, yang menguasai sumber kerohanian dan kebendaan bagi kemenangan'.

Persidangan itu dihadiri 300 perwakilan parti politik, termasuk badan bukan pemerintah Islam dan Kristian, dari pelbagai negara.

Ia dianjurkan Institut Al-Quds Antarabangsa (AII), yang berjuang bagi pemuliharaan Bailtumakdis dan tempat ibadahnya.

Persidangan selama tiga hari itu turut dihadiri pemimpin Hamas dalam buangan, Encik Khaled Meshaal, dan Encik Ali Akbar Velayati, penasihat kanan kepada pemimpin rohani Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

'Kita sedang menyaksikan runtuhnya Empayar Amerika,' kata perdana menteri Hamas di jaluran Gaza, Encik Ismail Haniyeh, Jumaat lalu.'Apa yang berlaku di Amerika adalah akibat pencabulan hak asasi rakyat Palestin, Somalia, Iraq, Afghanistan dan umat Islam di seluruh dunia,' tambah beliau. -- AP, AFP. Buletinonline
Baca Seterusnya...

Alhamdulillah,syukur kepada Allah,akhirnya selesai juga Final Exam bagi first sem 08/09.Lega rasanya apabila semuanya berakhir.Usaha sudah, doa pun sudah,sekarang hanya perlu bertawakal kepada Zat Yang Agung.

Seperti biasalah final exam, apa yang dibaca tidak masuk.Yang dibaca, tidak ditanya, yang tidak dibaca itulah yang banyak ditanya.Apa nak buat begitu 'Sunnah Final Exam'.Soalan kadang-kadang tidak ada kaitan langsung dengan apa yang dipelajari di dalam kelas.

Semua soalan berbentuk objektif, yang setiap satunya bernilai 10-15 markah.Cuba bayangkan betapa penatnya otak perlu bekerja dan dikerah untuk memanjangkan jawapan, mengembangkan idea, agar 2 muka surat kertas jawapan terisi.Lebih teruk lagi 'biah' di dalam dewan yang sejuk, agak membebankan otak ini untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas.

Inilah yang menyebabkan saya tidak mampu untuk 'istiqamah' menjaga bentuk tulisan.Ditambah lagi dengan masa yang tidak habis-habis mencemburui,menyebabkan saya terkejar-kejar untuk menjawab soalan.Namun Alhamdulillah, semua soalan dapat dijawab juga akhirnya.

Exam sudah, cutilah pulak.Lamanya cuti kali ni.Lebih kurang sebulan 2 minggu. Tak pernah lagi merasai nikmat cuti sebegini.Kalau di 'Matrik' cutinya hanya 2 atau 3 minggu.

InsyaAllah, saya akan cuba untuk 'update' blog yang sudah lama bersawang.
Baca Seterusnya...
Akhbar Kosmo

KUALA LUMPUR - Mengejutkan!

Sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.


"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

:- ketika sedang menikmati juadah tengah hari, terbaca pula berita ini dalam akhbar kosmo...bagaimana rasanya?apa sudah jadi dengan masyarakat kita...Semua ini tidak lain tak bukan akan menuju kepada kehancuran...Saya kekangan masa untuk menulis buat masa ini..Tapi, kita semua harus bersama memikirkan keadaan yang maha dahsyat ini... Betul-betul mengejutkan...




Baca Seterusnya...
Tadi, baru sahaja selesai Presentation STUDY CIRCLE 1.Malam ni, terasa nak tulis sesuatu tentangnya.Suatu kelebihan bagi student yang study di UIA,mereka semua diwajibkan untuk menghadiri STUDY CIRCLE, semacam usrah atau halaqah.

Ia lebih kepada perbincangan di antara leaders dan anak-anak buah masing-masing.Topiknya telah ditetapkan oleh pihak UIA dan kadang-kadang, tajuk yang dibincangkan di luar 'courseoutline' yang telah ditetapkan.

Tujuannya adalah satu, untuk mendedahkan kepada semua student dengan kefahaman tentang agama Islam yang mereka anuti sejak kecil lagi.Ini dapat dilihat apabila rata-rata topik yang dibincangkan berkisar tentang akidah,semangat persaudaraan dalam islam, fitnah, dan lain-lain.

Pengalaman menghadiri 2 sem 'STUDY CIRCLE' di Matrix UIA cukup menyedihkan.Secara jujur dan ikhlas, saya perlu mengaku yang STUDY CIRCLE di Matrix UIA cukup hambar dan bosan.

Apa tidaknya, datang baca Mathurat, NAQIB(ketua)cakap beberapa patah kata, 'sign' kehadiran dan terus balik.Ilmu tidak bertambah, jiwa yang kosong tidak terisi dengan santapan minda dan rohani, masa dan tenaga terasa seperti dibazirkan.

Ramai yang tidak berpuas hati dengan STUDY CIRCLE terpaksa juga menggagahkan diri dan menguatkan langkah kerana markah 'punya pasal'.Kalau 'tak p', alamaknya kosonglah markah nanti.Maaf cakap, itulah realitinya ketika di Matrix.

Namun apabila masuk 'MainCamp Gombak', segala-galanya berubah.Minat saya untuk ke STUDY CIRCLE bertambah walaupun terpaksa mengorbankan waktu pagi hujung minggu hari sabtu.Mungkin ini semua kerana naqib yang berilmu dan menjadikan STUDY CIRCLE lebih berbentuk ilmiah.

Sedikit sebanyak saya terkesima dan kagum dengan naqib kali ini.Apa yang disampaikan memang ilmiah walaupun dia bukanlah student 'ilmu wahyu' dan belajar di sekolah agama.Rasanya mengalahkan budak 'ilmu wahyu' termasuklah diri ini.

"Kerdil dan jahilnya diri aku ni,Banyak lagi yang aku tak tahu,"begitulah monolog dalaman yang bermain dalam benak.

Namun segalanya harus dipositifkan dan apa yang baik harus diteladani.
Tambah mengejutkan lagi apabila dia membahagikan tajuk-tajuk presentation kepada kami semua.

Alhamdulillah, saya dapat tajuk yang dah 'familiar' Syirik, tapi ada 'member' yang dapat tajuk yang susah dan kadang-kadang saya sendiri tidak terfikir tajuk sebegitu yang akan dibaginya.

Ada yang dapat tajuk:
'Krisis dan masalah Umat Islam Semasa', 'Adakah Allah itu Zalim kerana manusia kafir dilahirkan sebagai Non Muslim ', Kenapa Wanita tidak boleh kahwin lebih daripada satu sedangkan lelaki boleh.'

Tajuk se'critical' inilah yang membuatkan hati ini tersentak dan tersedar bahawa masih banyak lagi perkara tentang islam yang tidak diketahui.Jika sekiranya persoalan ini dilontarkan secara 'direct' oleh non-muslim, mungkin saya terpaksa mengangkat tangan tanda mengaku kalah.

Sungguh jahil dan tidak ada keupayaan bagi diri ini untuk berbahas tajuk sebegini.

Apapun sekurang-kurangnya STUDY CIRCLE sem ini telah menyedarkan diri ini supaya bersegera untuk mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya bagi berhadapan dengan masyarakat diluar sana.

Banyak juga dapat ilmu baru apabila membuat 'research' dan membaca tentang Syirik.Mungkin selepas ini, perlu banyak membaca lagi agar tidak tersipu-sipu malu apabila ditanya non-muslim tentang agama sendiri. Baca Seterusnya...
Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan untuk menghadiri Gathering Raya SHAMS kali ketiga yang telah diadakan di Dewan Gemilang SHAMS.Usai sahaja solat Jumaat di masjid 'Favourite' saya,kereta meluncur ke jalan raya menuju ke arah bandar Kuala Terengganu.

Jam baru menunjukkan pukul 2.30 petang, rasanya terlalu awal.Gathering dijadualkan bermula pada pukul 2.30 petang.

Biasalah janji orang melayu,kata sahaja 2.30 petang,mesti terlebih juga.Majlis bermula lebih kurang pukul 3.10 petang dan berakhir lebih kurang pukul 5 petang tadi.

Kehadiran agak membanggakan walaupun tidak kesemua ex-student SHAMS yang dapat hadir.Mungkin yang lain ada urusan mereka tersendiri, mungkin ada yang menziarahi rumah sanak-saudara yang lain, dan tidak kurang juga mungkin ada yang mempunyai aral melintang yang tidak dapat dielakkan.

Apa yang penting, bagi yang hadir tadi dapatlah mereka merapatkan kembali hubungan silaturahim, ukhuwwah, dan persahabatan yang telah lama tidak bertaut.Saya sendiri dapat bertemu kembali dengan senior dan junior seperti akh Farid Faizul setelah sekelian lama tidak bersua muka.

Sudah tentu nostalgia dan kenangan ketika di alam persekolahan terngiang-ngiang kembali di fikiran masing-masing.Mudah-mudahan sempadan masa, tempat dan keadaan dapat di'tembusi' pada Gathering kali ini, walaupun dalam masa yang cukup singkat.

Apa yang pasti, sudah banyak perubahan berlaku pada diri ex-student SHAMS masing-masing.Bermula daripada saiz badan, rupa paras, tinggi, berat badan, mimik muka sehinggalah kepada 'style dan fesyen' berpakaian, cara berfikir, cara berinteraksi dan sebagainya.

Masing-masing telah berjaya membawa diri ke menara gading.Ada yang ke Mesir ,Ireland ,New Zealand, India, Australia, Maghribi, USA, Russia, Jepun, Jerman dan banyak lagi tempat lain yang telah 'dijajah' oleh warga SHAMS.

Adalah menjadi harapan bagi kita semua, agar semua warga SHAMS yang berkelana dan bertebaran di muka bumi Allah ini mampu menyebarluaskan kembali apa yang telah mereka pelajari di SHAMS.

Adalah menjadi suatu perkara yang amat malang apabila Warga SHAMS yang telah dididik dalam 'biah solehah' suatu ketika dahulu, berulang-ulang kali di 'tazkirahkan, dan ditarbiahkan' ustaz dan ustazah hanyut ditelan dan dipukul ribut badai fitnah zaman.(Allah Jauhkan Kami...Amin).
Baca Seterusnya...
Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang petang ini, bermulalah episod kemenangan bagi Umat Islam di seluruh tanah air.Tibalah syawal yang senantiasa ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar daripada kita semua.

Bahkan di pertengahan bulan Ramadhan lagi, promosi dan jualan untuk Hari Raya sudah giat berjalan di hampir semua 'Shopping Complex' dan pasaraya.

Ditambah lagi dengan iklan-iklan di kaca televisyen yang sememangnya sudah 'bersiap sedia' dari awal lagi untuk menghiburkan penonton setia mereka.Lepas satu movie satu movie,dari satu 'entertainment show' ke satu show yang lain akan ditayangkan bagi memeriahkan sambutan syawal kononnya.Tidak dinafikan juga ada juga program yang begitu bermanfaat dan berguna, namun jumlahnya hanya boleh dibilang dengan jari.

Ini dapat dibuktikan lagi , apabila saya sendiri melihat dengan jelas kesan daripada promosi ini apabila 'turun ke KL' pada cuti umum Nuzul Quran.Cuti Nuzul Quran yang lepas, saya 'turun ke KL' untuk membeli beberapa buah buku rujukan di sebuah kedai di Jalan TAR.

Tak sangka pula, Cuti yang disangkakan suasananya tenang,bertukar menjadi hiruk-pikuk dengan 'Traffic Jam' yang tidak terkawal.Selangor Cuti, KL sesak begitulah berita yang dilaporkan oleh akhbar tempatan pada keesokan harinya apabila 'Warga Selangor' menggunakan cuti umum ini untuk 'menyerang' pusat membeli-belah.Begitulah hebatnya penangan satu syawal bagi 'orang kita'.

Namun sedarkah kita semua, ketibaan Syawal bermakna pemergian Ramadhan Kareem.Bulan yang padanya Rahmat,berkat dan penuh dengan Fadhilat.Sewajarnya di hujung waktu ini, kita membuat muhasabah menghitung diri kita sendiri.

Bagaimana dengan amalan dan ibadah kita pada Ramadahan kali ini,adakah meningkat, berkurangan , atau masih di tahap yang sama.Mudah-mudahan amalan kita meningkat pada bulan Ramadhan kali ini, walaupun peningkatannya hanya 'cukup makan'.

Mudah-mudahan Allah memberikan kita peluang lagi untuk bersama dengan Bulan Ramadhan pada tahun hadapan kerana fadhilatnya cukup besar:



الصَّلَوَاتِ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ


Solat Lima Waktu, Jumaat ke Jumaat yang berikutnya, Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya,asalkan dosa besar dijauhi.


Yang penting lagi syawal ini, sepatutnya kita gunakan untuk bertakbir dan membesarkan Allah.


Ramadhan Hampir pergi....Moga berjumpa lagi Tahun hadapan....InsyaAllah...Amin...



Baca Seterusnya...


Dikesempatan ini, saya, mengucapkan Selamat Hari Raya Eidilfitri 1429H maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini.Tidak lupa juga saya,hamba Allah yang dhoif ini ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala salah dan silap diri ini.Mudah-mudahan segala amalan kita pada bulan Ramadhan tahun ini mendapat ganjaran yang besar disisi AllahTaala.Amin.

Taqabalallahu Minna Wa Minkum Taqaballah Ya Karim...

Aku bukanlah manusia yang sempurna.Mungkin pada zaman yang silam aku pernah melukakan hati kamu,mencabut rasa tenang dalam dirimu,mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hatimu,tiada apa yang aku persembahkan kepadamu sahabat melainkan ku hulurkan tangan memohon seribu kemaafan.Maafkan aku bersama dengan doamu.
تقبل الله منا ومنكم تقبل يا كريم...كل عام وأنتم بخير
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Baca Seterusnya...

Tirai Bulan Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.Hanya berbaki 4 hari sahaja lagi, kita semua akan meninggalkan bulan yang penuh dengan barakah ini.Namun, 'masa kecederaan' seumpama ini, tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.

Masih ada kesempatan lagi buat kita semua untuk sama-sama 'Menginsafkan Diri Dalam Mencari Keredhaan Ilahi',walaupun di saat 'last-last minute' pada waktu ini.Tidak dapat dipertikaikan lagi,begitu banyak sekali kelebihan dan fadhilat bulan di mana Al-quran ini diturunkan.

Mudah-mudahan Allah mengolongkan kita dikalangan orang-orang yang disebutkan nabi di dalam sepotong hadis shahih:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

(Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keinsafan,diampunkan dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang beribadah pada malam al-qadar dengan keimanan dan keinsafan,maka diampunkan dosanya yang telah lalu.)(Hadis Riwayat Bukhari dalam kitab Solat terawih, bab kelebihan malam al-Qadar, no 1875.)

Syawal akan menjelang tidak berapa lagi, di mana ia merupakan tanda kemenangan bagi kita semua orang-orang yang beriman.Kemenangan dalam mengekang hawa nafsu yang jahat, kemenangan dalam menahan diri daripada melakukan perkara Maksiat.

Pendek kata kemenangan daripada melakukan apa-apa sahaja larangan Allah yang wajib kita tinggalkan.

Oleh kerana kita telah berjaya memperolehi kemenangan tersebut,diharuskan kita bergembira pada hari itu dan menyambutnya dengan penuh kesyukuran.Kegembiraan bukannya dengan melakukan pesta maksiat yang menjadi kebiasaan amalan 'Orang Kita'.

Di bawah ini, saya lontarkan sedikit idea kepada kita semua bagaimana untuk kita menyambut ketibaan syawal nanti.Ianya hanyalah sebagai tazkirah untuk diri saya yang dhoif ini agar mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Sunnah Rasul ketika menyambut Hari Raya Eidilfitri.

1. Berjaga malam pada hari raya dengan ibadah,zikir, solat,membaca Al-Quran, bertakbir, bertasbih dan istighfar.

2.Mandi dan memakai wangi-wangian, dan memakai pakaian terbaru.


أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يلبس برد حبرة في كل عيد

Adalah Nabi SAW, memakai baju buatan Yaman yang indah pada tiap hari raya.(boleh rujuk Sunan Kubra lil Baihaqi juzuk 3,mks 280,dan Musnaf Abdul Razak juzuk 3 mks 333.)


3.Pada Hari Raya Eidfitri, hendaklah makan dahulu sebelum mendirikan solat hari raya

.كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ

Adalah Rasulullah SAW tidak bergerak menuju ke tempat solat pada hari Raya Eidfitri,sebelum makan beberapa biji kurma dengan jumlah yang ganjil.(Hadis Riwayat Bukhari dalam kitab Jumuah dalam bab Makan pada Hari Eidfitri sebelum keluar,no 900.Namun Di sana terdapat juga riwayat daripada tirmizi, Ibn Majah, dan Ahmad yang menyebut perkara yang sama.)

4. Menggunakan jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari Masjid.


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

(Hadis Riwayat Bukhari dalam kitab Jumuah pada Bab siapa yang melalui jalan lain apabila pulang tempat solat hari Eidfitri, no 933.Di sana juga terdapat Riwayat daripada Ahmad,Muslim, dan Tirmizi yang juga menyebutkan perkara yang sama.)

5.Bertakbir Pada Hari Raya.

Sewajarnyalah kita membesarkan Allah pada Hari di mana kita telah mencapai kejayaan ini.Mudah-mudahan kita berjaya di dunia dan akhirat.

Allah berfirman:


وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan Sempurnakanlah Bilangan Puasa dan besarkanlah Allah di atas petunjuk yang telah diberikan kepadamu.(Surah Al-Baqarah: 185)

6.Sunat Mengucapkan Selamat Hari Raya.

Para sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu sesama mereka akan mengucapkan Taqabalallah Minna Waminkum.(semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).(Boleh rujuk Sunan Kubra lilBaihaqi Juzuk 3).

7.Banyakkan Sedekah, memberi senyuman dan menunjukkan kegembiraan kepada orang yang beriman yang ditemui.Melakukan ziarah kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

Untuk mendapat info lanjut,boleh rujuk:
-Al-Fiqh al-Islami Wa Adilatuhu(edisi arab) atau Fiqh Islam dan PerundanganNya(edisi melayu),karya Dr Wahbah Zuhayli.
-Fiqh Sunnah(edisi Arab dan Melayu) Karya Sheikh Sayid Sabiq.
-Fiqh Manhaji(edisi Arab)atau Fiqh Syafie Karya Dr Mustofa Al-Bugha,Dr Mustofa Khin, dan Ali Asy-Syarbaji.
-Pedoman Puasa Karya Prof Dr T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy.
Baca Seterusnya...
Sudah lama benar tidak mencoret sesuatu dalam blog ini.Entahlah apa sebabnya.Mungkin idea sudah kering, mungkin juga motivasi untuk menulis semakin pudar dari sehari ke sehari.

Namun Alhamdulillah dengan Wajah baru blog ini,mudah-mudahan ia dapat menyuntikkan kembali momentum dalaman diri untuk terus menulis tanpa rasa jemu dan penat.

Jutaan Terima kasih dan Ribuan 'Credit' diberikan kepada Dr Jackster, di atas bantuan ikhlas memperbaharui 'hiasan dan design baru blog'.

Perancangan awal untuk menulis sedikit tentang Ramadhan dan cara-cara menghargai Bulan mulia ini nampaknya hanya tinggal angan-angan.Entry ini pada asalnya sebagai tazkirah kepada diri ini supaya merebut peluang keemasan di bulan yang mulia ini.

Bahan bacaan untuk dihadamkan bagi mendapatkan kupasan tentang Ramadhan sudah dipinjam daripada 'Dar Hikmah',namun pengurusan masa yang agak kurang teratur menyebabkan segala-galanya tersadai di pertengahan jalan.

Bulan Ramadhan kali ini juga agak berbeza apabila saya menerima berita pemergian Ustazah Toh Puan Fatimah Chik,ustazah+kaunselor SHAMS bebrapa tahun yang lepas.Ustazah pernah mengajar Pendidikan Islam tika diri ini belajar bertatih ke alam sekolah menengah di tingkatan Dua.

Secara ikhlasnya saya memang masih terkenang suatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan bersamanya.Nak kata pahit untuk ditelan,tetapi sampai sekarang peristiwa cukup jelas dan masih segar diingat ini.

Alhamdulillah, Takdir Allah menentukan saya berkesempatan menziarahi Allahyarhamah di Hospital Besar Kuala Terengganu, apabila saya mempunyai urusan besar untuk diselesaikan di Terengganu pada hari ahad minggu lepas.

Saya mengetahuinya pun setelah diberitahu oleh Dr Jackster di YM.Tatkala kaki ini melangkah memasuki wad 8C, keadaan Arwah sudah dalam kritikal dan tenat.Hanya bergantung kepada mesin jangka hidup.Sudah tidak disangka, seorang ustazah yang cukup ceria di sekolah suatu ketika dahulu, tiba-tiba berbaring kaku di hospital dek kerana diserang Penyakit darah tinggi secara mengejut katanya.

Hanya Doa dan sedekah Fatihah mampu diberikan tatkala mendapat Mesej daripada anak arwah yang mengatakan Emaknya sudah kembali ke Rahmatullah.Al-Fatihah....

Memang benar Firman Tuhan di dalam Quran yang mafhumnya apabila ajal datang,tidak dapat dikemudiankan dan diawalkan.Kematian datang secara tiba-tiba.Ini kali keempat saya menerima berita pemergian kembali ke Rahmatullah....entry Pemergian yang lepas.

Al-Fatihah Buat Almarhum Ustazah Toh Puan Fatimah Chik...Moga ditempatkan bersama mereka yang Solehah dan beriman di sisinya.Amin Ya Allah.....

Isteri ADUN Ladang meninggal dunia



Ditulis oleh Wan Kay
Tuesday, 16 September 2008
Kuala Terengganu – Minggu kedua sambutan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, disambut dengan khabar yang mengejutkan apabila tiba-tiba keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ‘kehilangan’ orang yang tersayang.
Allahyarham To’ Puan Hajah Fatimah Chik, 57, isteri kepada Tengku Hassan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.15 petang hari ke 15 Ramadhan di rumahnya di Kampung Padang Negara, Kuala Ibai, dekat sini.
“Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi penyakit darah tinggi, serangan yang tidak diduga secara mengejut pada jam 3.30 pagi Jumaat,“Allahyarham jatuh dihadapan bilik mandi kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu,”ujar Tengku Hassan ketika ditemui kira-kira jam 8.30 malam semalam.”Setelah tiga hari di rawat, kami membawa allahyarham pulang petang ini, sampai dirumah dalam masa setengah jam, Allahyarham telah kembali ke rahmatuLlah,”jelas beliau.
Allahyarham meninggalkan suami (Dato’ Tengku Hassan) dan enam orang anak berusia antara 15 hingga 27 tahun yang terdiri dari enam lelaki, empat perempuan serta seorang cucu sulong berumur hampir satu tahun.
ADUN Ladang, Dato’ Tengku Hassan merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang datang melawat allahyarham ketika dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Katanya, ‘kehilangan’ allahyarham agak mengejutkan kerana sebelum ini tidak terdapat tanda-tanda diserang darah tinggi meski pun telah diketahui ada mengidap penyakit tersebut.
“Saya ucap terima kasih kepada pihak HSNZ dan kepada semua sahabat handai yang datang menziarahi allahyarham ketika sakit di hospital,” tambahnya.
Menurutnya, jenazah Allahyarham InsyaAllah, akan disembahyangkan pada jam 9.30 pagi esok (Selasa) serta dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Ibai.

Baca Seterusnya...

Alhamdulillah, hari ini telah masuk 1 ramdhan 1429 Hijrah.Kedatangan bulan yang dinantikan oleh semua IbadurRahman(Hamba Kepada Yang Maha Pemurah).

Namun kedatangan bulan ini juga sebenarnya menjadi beban dan masalah bagi sesiapa yang belum sempurna dan kurang imannya.Mudah-mudahan Allah menyertakan kita bersama-sama dengan mereka yang menanti-nantikan kedatangan bulan ini,suka dan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada pada bulan ini.

Jika direnungkan kembali,hampir sebelas bulan Umat Islam menjalani kehidupan dengan makanan,minuman,nikmat berpasangan, dan pelbagai lagi nikmat kurniaan Allah.Apabila tibanya bulan ini, maka semuanya ini ditinggalkan oleh mereka yang benar-benar beriman kepadaNya.

-Tiada lagi hidangan makanan dan minuman yang ingin dijamu pada siang harinya.

-Tiada lagi nikmat bersama dengan pasangan pada siang harinya.

-Banyak betul pantang larang dan garis panduan yang wajib dipatuhi.

-Mata dan lisan perlu dijaga, hati perlu dibimbing agar tidak terpesong, marah perlu dikawal,pendek kata bukan hanya mulut dan perut berpuasa, tetapi hampir semua pancaindera berpuasa.

Namun ramai manusia pada hari ini,kadang-kadang hampir terlupa akan hakikat ini.Ramai yang berpuasa sekadar mulut dan perutnya sahaja.Dalam masa yang sama, aktiviti kehidupan mereka yang lain hampir sama sahaja seperti bulan-bulan yang lain.

Mengapa semua kita tinggalkan?

Sebenarnya Puasa Ramadhan ingin mengajar kita akan erti sebuah ketaatan kepada Allah.Semua perkara ini yang pada bulan lain dibolehkan kita menikmatinya, tetapi tidak pada bulan ini.Ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada Allah lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang maha banyak.Apa ertinya nikmat Allah yang banyak jika bertentangan dengan syariat Tuhan yang Maha Agung.

Ramadhan juga merupakan bulan pemberian bonus kepada Ruh dan Jasad manusia.Sebagaimana yang kita ketahui, manusia memerlukan makanan ruh dan jasad dalam kehidupan ini.Jasad harus bertenaga untuk beribadah kepada Allah, manakala ruh harus disuntik dengan semangat keimanan dan ketaatan untuk menjadi hamba yang sebenar kepada Allah.

Maka bulan inilah IbadurRahman berebut-rebut untuk mendapatkan bonus masing-masing.Bayangkan jika pekerja diberikan bonus oleh majikannya di saat mereka sedang kekeringan kewangan dan kekangan wang perbelanjaan.

Apalagi manusia seperti kita yang selalu menghadapi kekontangan iman dan kekangan amal.Maka inilah bulan di mana Allah menjamu kita dengan Bonus Iman dan Amal Soleh.
Jika diselak jendela sejarah Islam, Ibadah puasa diwajibkan pada tahun 2 hijrah ketika mana Umat Islam sedang berperang menentukan hidup mati agama Allah yang maha suci ini.

Dalam keadaan yang begitu sukar ini pun, mereka tidak berpaling daripada melaksanakan arahan Allah ini.Bagaimana pula dengan kita pada hari ini.Kita tidaklah seperti mereka,bahkan kita tidak sekuat mereka.Begitu istiqamah sekali mereka pada jalan Allah.

Jika Sukarnya Istiqamah pada JalanNya sebelum ini,Moga Ramadhan kali ini titik mula kepada sebuah perubahan dalam hidup ini.

Salam Ramadhan Daripada Saya.

Ramadhan Kareem

Baca Seterusnya...

Manusia dikurniakan dengan pelbagi jenis nikmat daripada Allah,tuhan semesta alam.Jika kita ingin menghitung segala nikmat itu,kita tidak mampu sama sekali berbuat sedemikian kerana betapa banyaknya nikmat Allah ke atas kita.


وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ

Dan jika sekiranya kamu menghitung nikmat kurniaan Allah, kamu sesekali tidak mampu menghitungnya,Adalah Allah itu pengampun dan penyayang.


Di antara nikmat Allah yang paling besar kepada kita semua ialah nikmat Akal, yang sekaligus telah mengangkatkan darjat dan kedudukan manusia tinggi berbanding makhluk-makhluk yang lain.Dengan akal inilah manusia berkeupayaan untuk membezakan yang mana hak,batil,adil,zalim,baik,buruk,dan maruf,mungkar.

Dengan akal jugalah manusia berkeupayaan untuk mereka cipta sesuatu yang baru,mengubah sesuatu perkara yang kurang baik kepada yang lebih baik,dan banyak lagi perkara yang mampu dilakukan manusia dengan bantuan akal.Itulah hebatnya fungsi dan peranan akal manusia.Benda yang tidak mampu kita lihat dengan pandangan mata kasar,namun mengubah banyak perkara.

Akal walau sehebat mana pun, ia tetap merupakan makhluk ciptaan Allah.Sudah namanya makhluk mestilah mempunyai batasan dan kelemahannya yang tersendiri.Tidak semua perkara yang mampu dicapai dan difikirkan akal.

Akal hanya mampu memikirkan sesuatu yang boleh dilihat,dipegang,dirasa oleh pancaindera manusia.Dari sudut yang lain, akal hanya mampu berkhayal dan berimaginasi tentang sesuatu perkara,Mungkin apa yang dikhayalkan betul mungkin salah.Mungkin yang diimaginasikan mampu menghasilkan sesuatu yang 'real' dalam dunia realiti atau sebaliknya.

Begitulah kelemahan dan kekurangan akal manusia.Belum lagi masuk soal 'ghaibiyyat' sudah semestinya belum dapat terjangkau oleh akal manusia yang lemah itu.Suatu perkara yang belum pernah dilihat dan belum terbayang dan terlintas di fikiran manusia.


Jika akal manusia lemah untuk berfikir tentang perkara 'ghaibiyyat', maka manusia perlu bergantung kepada ilmu tentangnya.

Manusia perlu diberitahu tentang 'ghaibiyyat'.Allah sendiri telah memberitahu manusia tentang 'ghaibiyyat' ini melalui kalamNya,Al-Quran Karim.Ditambahkan lagi dengan hadis-hadis Rasul yang telah menguatkan lagi pemberitahuan yang penting ini.

Kalam Allah dan hadis rasul ini telah mencerahkan minda manusia dalam soal 'ghaibiyyat'.Soal 'ghaibiyyat' yang sebelum ini belum terlintas pada akal,telah jelas dan terang di benak manusia.

Baca Seterusnya...

Sudah agak lama saya menyepi daripada laman blog ini.Kebelakangan ini, termasuk 2 minggu yang lepas, saya agak sibuk dengan Islamic Intellectual Discourse(IID 08) anjuran Islamic Revealed Knowledge Student's Society(IRKHS'S).IID bermula dari 4hb Ogos 08 hingga 17hb Ogos 08.Alhamdulillah sekarang, masa yang ada agak lapang.


Saya terlibat dengan 2 program dalam IID 08,pertamanya majlis Opening Ceremony IID 08 and Sharing Moment, keduanya Islamic Finance Exhibition.Agak 'busy' juga apabila menjadi Committee dalam dua program yang jarak masanya begitu dekat.Tambahan pula, saya di 'taklif' untuk menguruskan bahagian Publication & Promotion dalam kedua-dua program ini.



Opening Ceremony and Sharing Moment pada 4hb Ogos lepas,manakala Islamic Finance Exhibition juga bermula pada hari yang sama hingga jumaat lepas 8hb Ogos.


Banyak betul pengalaman dan ilmu baru yang dapat dikutip sepanjang 'bekerja' untuk IID kali ini.Ada yang pahit, dan ada yang manis, biasalah rencam kehidupan kata orang.





OPENING CEREMONY & SHARING MOMENT

Majlis Opening pada malam itu,dimulakan dengan Bacaan Quran yang diperdengarkan oleh Mohd Tarmizi, Finalist AQ 3.

Dr Irfan Khairi,seorang jutawan muda internet telah diundang untuk mengisi program Sharing Moment.Rasanya sudah ramai yang mengenali beliau.Bertuah juga rasanya apabila dapat bersemuka dengan beliau secara 'live'.

Sharing Moment lebih berbentuk kepada perkongsian ilmu daripada beliau tentang bagaimana dan apa rahsia beliau berjaya menjadi jutawan internet pada usia yang begitu muda.Dewan Lt 5 malam itu boleh dikatakan penuh dengan hadirin yang berlatar belakang yang pelbagai.Ada wartawan,ada x student UIA, dan Staff Library UIA.



ISLAMIC FINANCE EXHIBITION


Walaupun exhibition kali ini agak suram dek kerana tempat yang tidak strategik, namun saya tetap ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada seluruh Committeenya dan Mainboard IID atas usaha gigih kalian untuk menjayakan exhibition kali ini.Mungkin, pada masa akan datang, exhibition semacam ini akan dapat dianjurkan dengan lebih baik lagi.

Islamic Finance Exhibition ini dianjurkan dengan kerjasama antara IRKHS'S dengan Bank Muamalat,Ar-Rahnu,Etiqa Takaful,dan Takaful Ikhlas.Booth Takaful Ikhlas pada pandangan saya,paling mendapat sambutan.

Exhibition sebegini, sebenarnya cukup penting untuk diadakan kerana ia mampu mendidik orang ramai khususnya para student untuk mengenali dengan lebih dekat tentang Sistem Kewangan Islam.Masyarakat di luar sana, harus disedarkan dengan potensi yang cukup besar pada Sistem Kewangan Islam untuk menyelesaikan masalah bebanan ekonomi dunia pada hari ini.




SEMINAR JOB PROSPECT

Bersempena Islamic Finance Exhibition ini, satu seminar Job Prospect in Islamic Banking and Finance diadakan.Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada IRK student tentang peluang kerjaya di sektor perbankan pada hari ini terutamanya kepada IRK student Majoring in Fiqh and Usul Fiqh.


Saya juga mendaftarkan diri untuk menyertainya,namun hanya sempat mendengar satu slot sahaja dek ada kerja untuk Islamic Finance Exhibition yang perlu dibereskan.


Pengalaman Baru Universiti Kehidupan


Begitu tebal muka ini pada mulanya untuk mengedarkan poster dan handbill kepada student UIA Gombak.Namun semua ini harus di 'persetankan' demi menjalankan tanggungjawab di bahu ini.Ada poster yang dihulur bersahut, ada juga yang tidak bersahut.


Seluruh 'bus stop' UIA dijelajahi dengan motor pada malam hari bagi memastikan maklumat tentang program sampai ke pengetahuan student UIA.Tiada lagi rasa malu,yang ada hanyalah perasaan 'selamba je'.Orang pandang, 'buat-buat tak tahu sudey'.


Poster juga diletakkan pada kebanyakan 'wiper' kereta Lectures dan bakul motor Student Ekonomi.Tak cukup itu, hampir seluruh bilik lectures Economics dijajah pada waktu senja hari untuk mengedarkan poster melalui bawah pintu bilik mereka.


Itu mungkin belum cukup teruji.Ada satu tempat yang paling menguji diri ini.Tempatnya ialah Pasar Malam di luar pagar UIA.Bayangkan betapa ramainya manusia yang perlu dihadapi untuk mengedarkan handbill program.MasyaAllah, apa boleh buat,nasib badanlah.


Apapun, semua ini adalah satu pengalaman yang berharga bagi diri yang masih banyak tidak mengerti.Sekali lagi Ucapan terima kasih buat semua committee yang memberikan kerjasama dan sumbangan yang cukup besar bagi menjayakan program ini.


Ada lagi program yang belum bermula,seperti Forum PTPTN(14hb Ogos 08),Workshop on Faraid(16hb Ogos 08),Islamic Ethic Campaign(11hb Ogos-15hb Ogos 08), dan Islamic Cultural Night and Closing Ceremony(17hb Ogos 08).

Baca Seterusnya...

Sudah lama, saya ingin berkongsi tentang program 'Journey Of life' yang telah saya ikuti pada hari sabtu dan ahad lepas.Namun, oleh kerana kekangan masa, saya terpaksa menangguhkannya terlebih dahulu.


Program ini dianjurkan oleh Ma'ruf Club dan begitu bermanfaat bagi sesiapa yang inginkan masa hujung minggunya tidak terbuang begitu sahaja.Ia bermula dengan satu Talk yang bertajuk '7 habits of Effectiveness' yang disampaikan oleh Bro Eidit Hashim, lepasan UIAM. Bro Eidit banyak menekankan soal bagaimana untuk mempercayai gerak hati dalam menyelesaikan sesuatu masalah.'Audien' juga ditayangkan dengan sebuah video berkisar tentang Muhamad Yunus pengasas Grameen Bank yang dikatakan kononnya telah mengubah taraf ekonomi Rakyat Miskin Bangladesh.Berikut saya lontarkan point-point penting daripada Talk tersebut:



-Sesuatu perkara memerlukan keikhlasan.Kekadang kita membuat sesuatu keputusan dalam keadaan hati kita resah dan mempersoalkan keputusan yang telah kita buat.


-Kita mudah menjawab sesuatu persoalan ketika kita tertekan.


-Kita memang mempunyai teori yang cukup banyak untuk menyelesaikan sesuatu masalah.Namun akhirnya, kita hanya bergantung kepada gerak hati kita untuk menyelesaikannya.

-Jika mahu keputusan yang dibuat berdasarkan gerak hati, maka terlebih dahulu hati mesti bersih.

-Hati yang tidak diransang dengan unsur kerohanian dan spiritual yang mantap, menyebabkannya membuat keputusan yang salah.

- Setiap keputusan yang diambil akan menghadapi risiko sama ada besar mahupun kecil.

-Sejarah telah membuktikan bahawa keputusan yang berisiko kebiasaannya akan menghasilkan 'Greatness'.

-Kebiasaannya manusia goyah dan berundur ke belakang serta tidak mampu menghadapi masalah daripada keputusan yang telah diambil.Maka untuk mengatasinya,

Manusia memerlukan sahabat setia yang sentiasa memberikan rangsangan.
Manusia memerlukan jiwa yang besar dan bersedia untuk menghadapi segala cabaran
mendatang.
Manusia memerlukan penguasaan ilmu yang berterusan dan tidak terhenti pada setakat ilmu
yang ada sahaja.

Berakhirnya Talk Bro Eidit, kami telah ditayangkan video 'Sakratul Maut' yang sangat-sangat menginsafkan.Ingatan Tentang Mati datang secara tiba-tiba.MasyaAllah...Ini kali kedua saya menonton video ini.Tayangan ini telah diselangi dengan tazkirah dan alunan zikir 'Istighfar'.Kali pertama di penghujung kursus solat sempurna UZAR di UIA.



Usai sahaja Program di Lecture Room 4,peserta dikehendaki untuk ke masjid untuk 'supper' dan bermalam(tidur) di sana.Sebelum tidur, peserta dibimbing untuk bacaan Surah Al-Mulk secara jamaah.Pagi Esok, lebih kurang pukul 4.30 atau 5 pagi, semua dikehendaki bangun untuk Qiamulail yang telah dipimpin oleh Bro President Ma'ruf Club.

Rehlah Sungai Pisang.

Pada entry yang lalu, saya menolak pelawaan Abg Shafirul untuk Ke Sg Pisang kerana menganggap rehlah itu bermula pada malam jumaat.Rupa-rupanya Rehlah ini adalah sebahagian daripada Program 'Journey of Life'.

Saya menunggang sendiri motor untuk ke Sg Pisang memandangkan ramai peserta yang tiada kenderaan sendiri untuk ke sana.Sg Pisang tidaklah jauh mana daripada UIA Gombak.Hanya lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja, saya sudah mampu menghirup udara segar dan 'mencuci mata' dengan nikmat alam kurniaan Tuhan.

Rehlah kali ini lebih kepada Jungle trekking.Semua peserta dibawa 'explore' Kawasan sekitar Sg Pisang dengan empat tempat sebagai 'checkpoint'.Setiap checkpoint,setiap kumpulan dikehendaki untuk menjawab soalan yang menguji minda dan menilai kemantapan peserta terhadap sejarah dan isu-isu 'islamik'.

Jungle trekking rasanya berakhir pada jam 1 lebih.Usai sahaja bergambar dengan Fasi dan Comittee serta peserta, peserta diberi pilihan untuk mandi-manda.Agak pelik hanya sebahagian peserta sahaja yang mengambil peluang ini.Mungkin Majoritinya sudah letih dan penat dek berjalan kaki dalam Jungle Trekking tadi.

saya pun tidak melepaskan peluang ini.Memang jarang sekali, berkesempatan untuk mandi sebegini.

Lebih kurang jam 2.15 petang, saya sampai ke bilik dalam keletihan bercampur kelaparan perut yang belum makan.

Baca Seterusnya...

Sekali lagi saya mendapat mesej daripada Abg Shafirul, senior SHAMS.Kali ini pelawaan untuk Perjumpaan Anak Terengganu UIA (HISMAT).

"Salam, perjumpaan Anak Ganu,belakang Lt 1 AIKOL, kul 8pm-10pm,antaranya lucky draw,book tket balik mid sem dan raya,bagi tau org laen retek,"Begitulah lebih kurang nya bunyi mesej Abg Shafirul.

Saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk hadir ke perjumpaan ini, tambahan pula ia diadakan pada jumaat malam.

Usai sahaja solat jumaat di masjid UIA, saya dilambai oleh Abg Asyraf, seorang senior SHAMS.Mungkin ada sesuatu yang ingin dibicarakan.Saya memberhentikan langkah.

"Malam ni,mtk tolong ngaji boleh,"permintaan yang biasa saya dapat.

"Ok,bereh2," terus sahaja saya mengiyakannya.

Malam itu,saya datang awal sedikit, walaupun diminta hadir pada pukul 8.30 malam.Yang sebenarnya saya tidak begitu pasti di mana venue gathring malam itu walaupun telah dipetakan oleh Abg Asyraf.Jadi terpaksalah datang awal untuk mencari venue sebenar.


Program pada malam itu dimulakan dengan solat isyak berjemaah yang telah diimamkan oleh Ustaz hamid Jusoh, seorang lecture di AIKOL UIA.

Dengan sedikit kata-kata alu-aluan daripada pengerusi, agenda program berganjak dengan menjemput saya untuk memperdengarkan ayat-ayat suci.Seperti biasa,saya memilih untuk membaca surah Hujurat.Ayat-ayat ini dirasakan cukup bersesuaian bagi majlis pada malam itu.

Kemudian,giliran presiden HISMAT(Himpunan Mahasiswa Islam Terengganu) pula memberikan ucapan.Ucapan lebih tertumpu kepada pengenalan tentang HISMAT dan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh HISMAT.Antaranya kuliah bulanan, penyertaan jualan pasar malam di UIA, menyediakan tiket bas untuk balik kampung dan sebagainya.Amanah sebagai Presiden HISMAT UIA kali ini digalas oleh seorang lagi senior saya Abg Syawal.Entah mengapa, hampir keseluruhan Main Board HISMAT dipegang oleh Budak-budak Sheikh Malek.


Selepas itu, ucapan daripada Ustaz Hamid Jusoh yang begitu bersemangat sekali.Intonasi ucapan yang kadang-kadang tinggi dan rendah cukup menambat hati saya yang mendengar.Boleh dikatakan ucapan yang disampaikan cukup bernas dan bernilai.Banyak pengajaran yang boleh diambil.

Sebelum makan, diadakan lucky draw.Kemudian semua berjamu selera nasi lemak.Mungkin InsyaAllah kita semua anak Ganu boleh berjumpa lagi....

Lawat blog HISMAT :www.hismat.blogspot.com
Baca Seterusnya...

Semalam usai solat zohor di surau mahalah Uthman, kelihatan kelibat Abang Shafirul, senior SHAMS di belakang saf.Saya mengambil peluang untuk bersalam dengannya dan terus sahaja bergegas untuk balik ke bilik.Tanpa disedari, Abang Shafirul mengekori di belakang dan menyentuh bahu saya.

"Malam ni,free dok,?,nak jemput ke program maaruf Club di experimental hall"Begitulah lebih kurangnya pertanyaan Abg Shafirul


"Ok, InsyaAllah,"Kerana merasakan 'free' pada malam hari, saya terus sahaja menyahut jemputan itu.


Saya memang sudah mengetahui lebih awal yang Maaruf Club akan mengadakan Mass Gathering pada 17hb malam.Setahu saya, 'Gathering' itu akan diadakan di Adm Lt 4.Maka saya menghantar satu mesej kepada Abg Shafirul untuk satu kepastian tentang 'venue' sebenar Mass Gathering Maaruf Club.


"Program malam ni kat experimental hall ke Lt 4,?"


"Program malam ni kat Lt4.Ph2, klu fre hujung minggu ni, nk ajk skali g journey of life ma'ruf club,kt g rehlah2 kt sg. pisang,nk?


Ingatkan soalan venue saja yang dijawab.Ada lagi jemputan lain.Hujung minggu ni, rasanya nak berehat saja,maka saya menolak pelawaan itu.


"Rehlah tu x p kot,"jawab saya seringkas mungkin dengan loghat ala-ala utara.

Usai sahaja solat Isyak di Masjid UIA, kira-kira dalam pukul 9.05 malam, saya bergegas ke Lt 4.Sampai saja di sana, bacaan Al-Quran sedang diperdengarkan,menandakan program sudah bermula.


"Rasanya dah terlewat aku ni,"saya bermonolog sendirian.


Usai sahaja 'Registration', saya memulakan langkah untuk masuk ke Lecture Theatre(Lt).Terkejut juga apabila melihat masih banyak ruang kosong yang belum terisi.Rupanya, saya masih dikalangan 'al-awalin'.(golongan yang terawal).



Mass Gathering kali ini telah menjemput Dr Majdan illyas sebagai Speaker yang memberikan tazkirah yang sarat dengan pengajaran dan teladan.Tazkirah berlatarkan tentang kisah Dua orang sahabat iaitu kalau tidak silap saya Saad bin Umair al-jumahi dan Khubaib....Rasanya lebih baik anda sendiri yang membelek buku sirah dan sejarah Islam untuk mengetahui lebih lanjut kisah kedua-dua orang sahabat ini.


Yang menariknya Dr Majdan Illyas ini merupakan Guru saya pada sem ini.Beliau mengajar subjek 'Islamic Aqidah'.Mungkin selepas ini, lebih banyak ilmu yang saya akan dapat melalui kelas beliau, InsyaAllah....





Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ma'ruf Club sila lawati blog ini:




www.marufclub.blogspot.com
Baca Seterusnya...

Sem baru bermula lagi.Entahlah mungkin di awal sem ini, suasananya agak hambar dan bosan.Tidak banyak aktiviti yang dilakukan.setiap hari yang berlalu seakan-akan sama.Pergi kelas dan balik bilik.Namun suasana sebegini perlu diubah dan ditukar.kalau tidak, masa hanya terbuang begitu sahaja,tenaga disia-siakan.Mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan bagi diri ini untuk membuat ‘reformasi hidup’ sebagai bekal untuk ‘Hari ESOK’.


Sem kali ini jadual study juga agak berat.Dengan contact hour 18.5, ianya agak berat bagi yang baru bertatih di alam universiti ini.Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala-galanya.

Cabaran berat bagi kita, tetapi tidaklah seberat cabaran dan dugaan Rasul yang membawa Risalah Ilahi.Tekanan yang kita hadapi, tidaklah sebesar tekanan Rasul yang sentiasa berdepan dengan 1001 rintangan yang berliku.Namun jiwa Rasul itu begitu teguh sekali,seteguh karang di lautan dalam.Setiap liku dan duri kehidupan dilalui dengan penuh kesabaran dan keyakinan bahawa pertolongan Allah pasti akan datang.


Nabi itu adalah pejuang sejati yang tidak pernah mengenal erti sebuah kekalahan, tewas, dan putus asa.Maka Orang yang mengaku dirinya pengikut Rasul, tidak harus mudah menyerah kalah, berasa akan tewas, dan terlalu cepat berputus asa.

Mari sama-sama kita berusaha menguatkan azam dan meneguhkan cita-cita untuk meyambung perjuangan warisan Rasul,utusan tuhan.

saya masih ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu suatu perkara besar yang bakal menentukan masa hadapan saya selepas ini.Kepada Allah saya memanjatkan doa agar penantian itu menghasilkan sebuah kejayaan yang hakiki.Amin...
Moga Allah memberikan kekuatan kepada kita sebagaimana Allah memberikan kekuatan kepada Rasul-RasulNya.Amin…

Baca Seterusnya...

Mungkin telah ditakdirkan oleh Allah SAW, saya berjaya juga masuk Gombak pada short sem yang lepas.Setelah menghabiskan 'kredit' yang agak banyak untuk membuat panggilan rayuan dan berhubung dengan ANR Gombak,akhirnya usaha saya dan beberapa orang rakan lain berhasil juga.

Nama kami 6 orang tersenarai dalam senarai pelajar 'New Intake April 2008'.Salah kami juga yang tak buat 'Add n Drop' awal-awal.



Semuanya disebabkan tak ada pengetahuan dan pengalaman dalam 'Add n Drop' ni.Ingatkan Add n Drop ni memang kena buat di Lab CFS je,rupanya mana-mana tempat pun boleh.Menyesal juga,namun apa boleh buat.

Takdir Allah mengatasi segala-galanya.Malam tu, kami begitu bersemangat sekali untuk buat Add n Drop pada siang hari esok.Semua 'subject' untuk short sem dalam kepala.Yang tinggal hanya untuk tekan Butang Add sahaja.

Pagi esok,lain pula jadinya.Semua subject dah penuh.Terasa hairan bercampur ajaib,kenapa dah penuh sedangkan semalam kami tengok masih ada kekosongan.Rupa-rupanya semua subject dah di 'conquer' budak perempuan.Baru kami tahu yang 'Add n Drop' ni bukan hanya tertakluk di Lab CFS je...

Ya Allah...Memang kecewa dan 'Frust'.Apa nak buat,nasib badan.Yang tinggal hanya membuat rayuan.

Tunggu punya tunggu akhirnya 14hb April 2008, offer letter Short Sem 07/08 keluar juga.Rayuan kami diterima,tetapi subjectnya belum diketahui lagi.Semasa sessi Add n Drop sekali lagi di Lab HS,barulah kami tahu yang kami akan belajar DIRASAH FI Al-Quran untuk short sem kali ini.Mana-mana subject pun boleh,asalkan dapat masuk short sem sudah.


Belajar Sofwah Tafasir



Dirasah Fi Quran subject yang agak berat juga bagi saya.Maklumlah bila sebut je subject Quran mesti akan ada markah hafazan dan Tasmi.Bab Hafazan nilah yang meluruhkan jantung.Entah mengapa saya berasa 'tertekan semacam je' apabila dengar perkataan HAFAZ QURAN.

Mungkin sebab itu, rezeki saya bukannya di Darul Quran.Namun bila dengar hanya surah Al-Hasyr,Jumuah,Mulk,Insan,Nabak,Buruj wajib dihafal, hati kembali tenang tenteram.

Muqarar atau silibus kami terhad sebenarnya.Bukannya satu Quran kami akan belajar.Hanya juzuk 28,29, dan 30 sahaja yang akan dipelajari.Kitab pengajian kami mantap juga.Sofwah Tafasir karangan Syeikh Muhammad Ali As-Sabuni yang merupakan Pensyarah Kuliah Syariah dan Dirasat Islamiyyah Universiti Al -Malik Abdul Aziz , Makkah Mukaramah.

Kitab tafsir ini adalah gabungan di antara Tafsir Mathur dan Maa'Qul dengan memetik pandangan Ulama tafsir yang lain.Antaranya Al-Tobari, Al-Kasyaf, Al-Qurtubi, Al-Alusi, Ibnu Kathir,Al-Bahru Al-Muhit dan lain-lain lagi.

Oleh kerana bahasa arab saya bukanlah hebat sangat, maka saya memerlukan kitab tafsir dalam Bahasa Melayu sebagai rujukan dan teman setia.Alhamdulillah mujurlah ada Tafsir Ahmad Sonhadji, Terjemahan Ringkasan Tafsir Ibnu Kathir, dan Tafsir Al-Azhar Hamka.

Guru kami pula ialah Dr Saad Ad-Din Mansore, seorang ustaz yang berasal daripada Sudan.Bahasa Arab yang digunakan agak tinggi sehingga ada ketikanya saya langsung tidak memahami apa yang diperkatakan.

Dia mengajar dalam keadaan 'sempoi' je.Tak terlalu serious dan tak lah terlalu lembut.Seorang yang berpewatakan simple dan mudah untuk diajak berjumpa.Banyak kali juga, berkesempatan untuk ke bilik ustaz.Mungkin sem depan kalau ada rezeki, saya dapat belajar lagi dengan ustaz .

Result pun dah keluar 1 hb,hari selasa baru ni.Alhamdulillah satu permulaan yang baik untuk First Sem di Gombak.Yang penting prestasi mesti dikekalkan.Untuk mengekalkan prestasi ni bukanlah senang.Usaha dan tawakal kerja kita,ketentuan daripada Allah.

Mudah-mudahan sem depan banyak lagi peluang untuk menambahkan ilmu pengetahuan terhidang.Mungkin Kembara Jom Talalqqi Dengan Mereka akan bermula kembali.
Minggu depan sem baru akan bermula.Kita jumpa di sana....InsyaAllah...

Baca Seterusnya...


Melihat kepada masyarakat setempat yang ada di sekeliling , hati ini sering tertanya-tanya dan bermonolog sendirian.

"Mereka ni tak tahu ke?,"Monolog dalaman ini sedikit sebanyak membuahkan sejambak Keinsafan kepada Yang Maha Esa.Rasa sedih dan dukacita usah ditanya lagi.Ditambah dengan simpati yang berterusan.

"Mungkin mereka ni tidak tahu sungguh,"Hanya husnu Zan yang dapat menenangkan perasaan.



Memang tidak dapat dinafikan lagi, kita hidup pada hari dengan masyarakat yang majoritinya TIDAK TAHU.Mereka TIDAK TAHU... ini halal ke haram, baik atau buruk, zalim atau adil, maaruf atau mungkar.

Kepuasan jiwa dan perasaan, keselesaan hidup dan tempat tinggal, kelazatan makanan dan minuman sering kali menjadi keutamaan masyarakat.

"Yang penting aku dapat apa yang aku nak, salah ke betul ke ,aku tak nak ambil tahu,"Mungkin kata-kata seperti inilah yang telah diterjemahkan kepada realiti kehidupan masyarakat kita.

"Kita ni muda sekali je,apa salahnya kita enjoy dulu,nanti bila kita tua kita taubatlah,"Mungkin beginilah agaknya corak 'mindset' dan jiwa Orang Muda.

Kalau inilah yang keluar daripada mulut 'Orang Kita',maka yakin dan percayalah 'Orang Kita' masih banyak 'benda' yang mereka belum tahu.

Kalau inilah dialog kebiasaan yang meniti di bibir 'orang kita',maka nyatalah bahawa 'Orang Kita' masih di takuk lapok dan standtard lama.

Memerhati, melihat dan menilai corak kehidupan masyarakat kita mampu menghasilkan satu kesimpulan yang cukup pahit untuk diterima.


Fenomewa Semasa

Berjemaah di Masjid memang suatu perkara yang baik.Namun jika tersilap cara,ia bakal mengundang dosa secara tidak sedar.

Wanita Ke Masjid

Apa salahnya wanita ke masjid jika keadaan mengizinkan dan mengharuskannnya.Aman daripada Fitnah dan dosa.Namun sedarkah kita, akhir-akhir ini Budaya wanita ke Masjid untuk berjemaah telah mengundang dosa yang tidak dikehendaki.

Niat murni untuk berjemaah pada asalnya telah melenyapkan pahala yang dihajati.

Mengapa saya berkata begitu.Cuba perhatikan pakaian yang dipakai oleh 'pemudi-pemudi' kita untuk ke masjid.

Sebelum sampai ke masjid 'Dedah mendedah' tetapi sampai sahaja di ruang solat semuanya tutup 'melitup'.Sudah semestinyalah perjalanan ke masjid 'menjanjikan' dosa-dosa bagi mereka ini.

Bukan setakat dosa pada diri mereka, yang lebih parah lagi mereka 'mengalirkan' dosa-dosa kepada orang.

Mata yang melihat dan memandang mereka 'confirm' tidak terlepas daripada dosa-dosa 'segera-instant'.Sudahlah mereka berdosa, mereka membabitkan orang lain pula untuk turut berdosa.

Mereka Tak Tahu Ke? Dosa tu...

Berbangga DOSA

Memang menjadi lumrah manusia, suka berbangga dan menunjuk-nunjuk.Rasanya tak salah untuk berkongsi sesuatu perkara untuk manfaat orang lain.Namun Gejala Berbangga dengan DOSA lainlah pula ceritanya.

Entah mengapa masyarakat hari ini dilanda satu sindrom yang cukup parah.Virus 'Suka BerBangga Dengan Dosa' mula menular dengan hebatnya terutamanya di kalangan 'muda-mudi' kita.

Berdua-duaan dan ber'couple' rasanya semua naluri manusia tahu bahawa ini dosa.Rasanya tanyalah sesiapa pun mesti mereka yang ditanya tu tahu bahawa 'berdua-duaan itu dosa.Belum masuk bab 'pimpin,pegang,dan macam-macam lagi.

Lagilah dosa.Namun yang menjadi masalahnya ada pula yang ingin merakam 'kenangan abadi ini' untuk tatapan umum.Maka 'potret' kenangan ini disebar luaskan sehingga ke 'serata alam'.Kononnya supaya orang tahu bahawa merekalah pasangan yang paling romantis abad ini.

Mereka Tak Tahu Ke? Dosa tu...

Mereka sudah melakukan satu dosa,jangan tambah lagi dengan dosa yang lain.Cukuplah satu dosa yang telah mereka lakukan.Sepatutnya mereka simpan sahaja dosa mereka dengan Tuhan Yang Maha Pengampun.Biarlah antara mereka dengan Allah sahaja yang tahu.Jangan Berbangga dengan dosa yang bakal mengundang padah di hari kemudian.


Cukuplah hanya dengan dua contoh ini buat tatapan dan renungan kita semua.



Advantagenya

Namun di sebalik Fenomena 'Mereka Tak Tahu Ke? Dosa tu...,ia sebenarnya memberikan 'advantage' yang cukup besar bagi seorang 'Daie'.Dengan beranggapan golongan sasaran 'Tak Tahu' inilah sepatutnya menaikkan semangat Daie untuk bersungguh-sungguh menyeru kepada kebaikan.

Anggaplah mereka Tak tahu dan jangan anggap mereka pesalah walaupun mereka nyata salah.Sekiranya 'mindset' ini sentiasa ada di benak fikiran,Maka Daie akan terus mendidik dan mendidik...

Mereka Tak Tahu Ke? Dosa tu...@ Mereka Tak ingin ambil tahu ....itu Dosa tu...

Baca Seterusnya...


Cuti-cuti macam ni, terasa bosan pulak.Tiba-tiba je teringat 'majalah kecil' ni.Maka bersungguh-sungguhlah,cuba mencarinya.Akhirnya jumpa juga dengan buku ini.Apa istimewa sangat majalah ni?Ada apa dengannya.Teringat plak suka-duka kat kelas 5 bukhari ni.Macam mimpi je boleh masuk 5 bukhari.Bukanlah bijak sangat pun.Tiap-tiap kali ujian, ranking dalam kelas mesti last sekali,tak pun second last.Sekarang semua dah tinggal kenangan.Mungkin seloka ni ubat rindu pada Bukhari 05




Seloka ini terasa cukup istimewa.Terima kasih kepada yang mengarangnya.Apabila dibelek majalah ni, bolehlah ingat balik kat 'member-member lama'.Kita satu keluarga besar' Bukhari 05' rupanya.


Salam sejahtera ucapan pembuka
5 Bukhari memulakan bicara
12A1 target SPM 2005
Doakan semoga kami berjaya

Hujung bangunan lokasi kami
Kelas paling ceria tingkatan 5
1 nakhoda, 10 kerusi, 20 kiwi
Pelbagai telatah menghiburkan belaka

Guru kelas jawatan disandang
Nasihatnya panjang berkajang-kajang
Cikgu Abdullah guru penyayang
Setiap katanya tetap kami pegang

Ketua kelas jawatan diberi
Pakar Bahasa Arab 5 Bukhari
Dialah Sayed Mohd Saufi Fahmi
Menyimpan impian menjadi mufti

Senyuman manis tak kira cuaca
Perempuan paling glamour 2005
Ilham Amaninalah orangnya
Penolong kelas yang berwibawa

Jawatan sebagai treasurer lelaki
Disiplin tinggi, pintar disegani
Inilah along kami,Mohd Khairi
Lelaki melayu sejati abad ini

Duit,dowry,dan money
Hari-hari, tak kira cuti, setiap pagi
Bendahari lain, tak sibuk begini
Wan Nur Aini,apek paling ranggi

Katak puru, katak pisang
Semua spesies dia tahu
Gamat kelas bila datang
Auzaie memang macam tu

Sejarah,Geografi gabungan serasi
Penerangan bernas sangat dikagumi
Merangkumi buku, nota, fakta dan isi
Amiruddin tempat rujukan kami

Korea, Jepun, Hong Kong dan China
Semua dialog dalam kepala
Penonton setia drama TV3
Namun Izzati tak lupa tanggungjawabnya

Bila marah berapi-rapi
Tapi langsung tak ada isi
Dari Pulau Kambing Zafirah ke sini
Untuk mencari suami mithali

Mama Juwie gelaran sensasi
Penyebar berita masa kini
Walaupun gosip sudah basi
Nik Nurwani tetap penghibur kami

Senyum sumbing tak kira situasi
Rakan baik kepada Auzaie
Auzaie lesap, dia pun busy
Hatim Ahmadlah siapa lagi

Huda anak Cikgu Hindun
Baizura, Sulaihah rakan sejati
Mereka pelajar yang sopan santun
Nasihat guru tersemat di sanubari

Murtabak enak di bulan puasa
Terasa lapar bila mnghidunya
Fazila 'bulat' panggilan biasa
Bila ketawa terasa dunia dia
Yang punya

Hanafi berjalan meleret bunyi
Popia goreng kuih diminati
Masa Ustazah lari bersembunyi
Masa Cikgu Aminah langsung tak berani

Barisan belakang tempat kalian
Cikgu mengajar korang berangan
Putera impian jadi khayalan
Norlin dan Afiqah memang padan

Anak kesayangan ayah dan umi
Telatahnya manja mencuit hati
Prinsip hidup ingin berdikari
Syahirah Nabilah memang baik hati

Gegak gembira tiba-tiba
Sudah tahu empunya suara
Fatimah Zaharah memang selamba
Dalam MT dialah juara

Budak-budak main kotak
Main kotak tepi perigi
Siapa tak kenal Lutfi Razak
Sekali tengok macam Mawi

Pakaian pengawas uniform rasmi
Mohd Fidry kawan rapat Khairi
Bila senyum tunjuk gigi besi
Bila diam macam singa hilang bini

Kelip-kelip tengok cikgu
Pastu berrotib pula
Saadiah dan Ain buat apa tu?
Rupa-rupanya proses tahi mata!

Keropok Sira makanan asasi
Pengawas toilet kerja sampingan
suara Faezah memang seksi
Lesung pipit penghias senyuman

Jalan asyik tunduk ke bawah
Entah berzikir atau berfikir
Bila Izzuddin sampaikan tazkirah
kegemilangan Islam cuba diukir

Che Pah datang berlenggang-lenggang
Senyuman di bibir tak pernah lekang
Belajar Kimia waktu petang
Tak lain tak bukan Liyana Sayang


Tinggi berisi macho sekali
Anak kesayangan mummy
Gigi Taring sebagai penyeri
Cutenya Syairazi macam baby

Bukan tak reti nak kutuk diri
Tapi entahlah tak sampai hati
Bukan memuji, janganlah berdengki
Cukuplah Aimi sebagai pemerhati

Tak lupa Cikgu-cikgu kami
Memberi ilmu tanpa henti
Terima kasih daun keladi
Semoga hidupmu sentiasa di rahmati

Berakhir di sini coretan memori
Kerana warganya yang memikat hati
Segala salah harap diampuni
Jadikan tatapan selepas perpisahan nanti

Baca Seterusnya...