Alhamdulillah, selesai sudah ujian 'Mid Term' untuk Subjek Dirasah Fil Quran(Study Of Quran).Pejam celik, pejam celik 'Short Sem' pertama di Gombak ini bakal melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi.Lebih Kurang 3 minggu lagi daripada Sekarang.

Tasmi pun Sudah, Mid Term pun sudah, yang tinggal hanya 'Final Exam'.Namun Markah Tasmi dan Mid Term juga teramat diperlukan bagi menyokong markah final nanti.


Mid Term kali ini agak di luar jangkaan.Bermula dengan tempat duduk kebiasaannya telah disusun atur agar pelajar tiada ruang untuk meniru, tetapi di Gombak tempat duduk tidak diatur.Yang dibaca banyak tidak ditanya.Yang ditanya pula banyak yang tidak dibaca.Terutamanya soalan yang berkaitan 'Mufradat'(perkataan sama erti bagi perkataan Dalam Ayat Quran) yang kebanyakannya tidak mengikut kitab rujukan.

Soalan ingin menguji kefahaman pelajar tentang beberapa ayat Quran daripada beberapa surah.Adakah Pelajar memahami dan mampu menafsirkan ayat tersebut secara ringkas.Umumnya soalan menginginkan pelajar mempunyai gambaran singkat mengenai ayat yang ditanya.

Asbabun Nuzul(Sebab-Sebab Ayat Diturunkan) juga ditanya sebagai contoh Asbabun Nuzul Surah Jumuah.Ada juga soalan inginkan pelajar mengetahui di mana surah tertentu diturunkan.Tidak kurang juga soalan tentang hukum dan tujuan sesuatu surah diturunkan.




Hati ini agak berdebar untuk mengetahui 'Result' Mid Term kali ini.Adalah teramat baik bagi memujuk diri ini supaya membulatkan harap dan tawakal kepada Allah.Sudah berusaha, tawakallah jawabnya.

Baca Seterusnya...
Alhamdulillah, Selamat Sudah Majlis Akad Nikah Abang Saya Mohd Abrar Bin Mohd Noor dengan Wan Najdah Binti Wan Mohamad Ali.Pagi ini kami sekeluarga menerima seorang ahli baru dalam keluarga ini.Mudah-mudahan kedatangan Kak Adah menambahkan lagi keberkatan, kesejahteraan dan kebahagiaan bagi Keluarga ini.

Alfun Mabruk Untuk Kedua-dua pengantin baru.Barakah Allah Fi Ahlikuma Wa Malikuma.

Jutaan terima kasih kepada semua sanak-saudara yang telah bertungkus lumus menjayakan Majlis akad Nikah ini terutamanya MeK Tam,Mak Cik Minah+Ayah Cik Sekeluarga,Kak Kamariah +Abg Man sekeluarga,Abg Pa+Kak Za Sekeluarga,Abg Man + Kak Mona dan Sanak-Saudara Seberang Takir.

Tidak lupa juga kepada sanak-saudara Ladang dan sanak saudara dari Kemaman yang akhirnya berkesempatan bersama di Majlis tadi.Ribuan Terima Kasih juga untuk Abg Judin dan Abg Lan yang sanggup 'turun' dari Kuala Lumpur untuk bersama dalam majlis tadi.





Bersama Pengantin Baru Abang Abrar


Gambar Kenangan Adik-Beradik



Doa Seorang Ayah



Kenangan Ustaz Khairul Azlan(Darul Fuqaha) dan Abang Judin.

Baca Seterusnya...


"Kalau makan nasi lemak malam ni boleh ke tak?,"cadang Abang saya.

"Ikut lah mana-mana,"saya tidak banyak soal

Selepas ke ATM CBM dan Maybank di Taman Melati,Motor Kami menuju ke sebuah taman perumahan di Wangsa Maju.Ada warung nasi lemak di sana.Perjalanan ke sana menemukan kami dengan Kampus UTAR dan sebuah kem askar.

Jalan ke sana agak lengang, dan tidak sesak dengan kenderaan.Mungkin pukul 9 lebih terlalu awal bagi masyarakat kota memulakan aktiviti malam mereka.Tetapi apabila tiba ke warung tersebut, ramalan saya ternyata meleset.

Semua kerusi dan meja agak sesak dengan orang ramai yang sedang menjamu selera.Tidak kurang juga yang sedang beratur untuk memesan makanan dan minuman.Menunya tidak banyak pilihan yang ada cuma nasi lemak pelbagai lauk dan CHAR KUEW TEOW.

Saya bukan berniat untuk menceritakan panjang lebar tentang warung ini, cuma hanya ingin berkongsi tentang fenomena yang ada.Kebanjiran manusia pada malam itu, tidak pula terbayang oleh mata ini seorang perempuan Islam yang bertudung.






Rata-ratanya Free Hair dan berpakaian ketat.Mungkin 'iktilat'(percampuaran dan pergaulan) antara perempuan dan lelaki pun agak tidak terkawal.Bukan maksud saya lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul tetapi biarlah berpada dan terkawal.

Tengah sedap-sedap menjamu selera itu, ada pula cerita lainnya.Ia agak mengejutkan saya.Di sebelah meja ada:

"Seorang ibu berkongsi rokok dengan anak perempuannya"
"Si Ibu Bertudung, si anak gadis pakai dedah sana sini".

Lantas terus disapa oleh abang saya.

"Inilah kehidupan bermasyarakat,"

Inikah realiti yang sedang melanda masyarakat kita saban tahun.Sungguh sedih dan malu apabila melihat gelagat Masyarakat kita yang tanpa segan silu untuk berbuat sedemikian rupa.Mungkin mereka jahil dan tidak tahu apa-apa tentang "Pantang Larang Hidup ini".

Ia boleh menyedarkan kita betapa tanggungjawab Daie amatlah terlalu berat.Golongan seumpama inilah yang perlu kita dekati dan tanganinya.

KISAH KEDUA.

MU telah menang mengatasi Chelsea untuk mendapat gelaran Raja Eropah.Bukan nak mengulas lanjut tentang kemenangan MU ini.Cuma nak berkongsi cerita seorang sahabat saya yang menonton siaran langsung ini di sebuah kedai Mamak.

Apabila MU menang, ada 'budak-budak melayu' kita yang menyambutnya dengan semburan Arak.Mungkin tidaklah salah untuk menonton siaran langsung bola ini,tetapi berpada-padalah.

Banyaklah pula salahnya pabila arak menjadi teman meraikan kemenangan.Habis basah baju sahabat ini dek terpercik Arak akibat perbuatan tidak bermoral generasi muda melayu kita ini.Baju yang terkena arak boleh dibasuh, tetapi mampukah akhlak budak-budak ini dibasuh..Mudah-mudahan akhlak mereka masih lagi boleh dibasuh sebagaimana mudahnya membasuh baju yang terkena arak itu.


Inikah Kehidupan Bermasyarakat.
Baca Seterusnya...
Kenangan Naib Johan Tilawah Negeri

Bercerita tentang taranum ini memang betul-betul mengimbau kenangan silam sejak di bangku sekolah rendah lagi.Apa tidaknya sejak darjah 4 lagi saya sudah berjinak-jinak dalam dunia pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat sekolah-sekolah.

Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak dan bangga dengan diri sendiri.Ia hanya suatu coretan hidup yang ingin dikongsi bersama.

Pertandingan Tilawah Al-Quran memang mewajibkan setiap orang peserta untuk membaca, melagukan Al-Quran, dan memperindahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan Taranum(Lagu-lagu Bacaan Quran).

Kebiasaannya Qari akan memulakan bacaan Al-Quran dengan Taranum Bayati dan diteruskan dengan taranum-taranum yang lain seperti nahwan,sikah,sobar,dan sebagainya.

Entah mengapa….Pelik dan ajaib, saya memang tidak mendapat pendidikan formal tentang taranum ini.Saya tidak berguru dan mempunyai guru khusus yang mengajar saya tentang bacaan berlagu Al-Quran.Namun ramai yang tidak percaya apabila saya memberitahu mereka tentang hakikat ini.

“Belajar dengan siapa taranum ni?,” Ramai yang bertanya begini.

“Tak belajar dengan sesiapa pun.Hanya tiru-tiru dan ikut-ikut je, kaset dan bacaan Qari,” Jawab saya yang serba salah.

“Takkan tak ada guru kot?,” Soalan yang agak berat untuk dijawab.

“Tak ada guru pun,kalau ada pun Ustaz Mat Nor je,” Saya cuba memberhentikan perbualan yang semakin ‘melarat’.

Pernah suatu ketika dulu, ketika ingin mengambil result UPSR di sekolah, ada seorang Mak Cik Bertanya kepada saya tentang 'Result' UPSR,

"Dapat berapa 'Result'?"

"5A,"

"Oooh, ni berkat ngaji ni,"

Banyak sekolah yang saya lawat hasil daripada Bertaranum ini.Dari Sekolah rendah sampailah ke Sekolah Menengah.

Ngaji Sekolah Rendah

Seperti biasa saya akan 'naik' kereta ustaz favourite saya ketika di sekolah rendah, ustaz Sidek untuk ke sekolah tempat pertandingan.(Dah lama lost contact dengan Ustaz).Begitulah jasa dan pengorbanan seorang pendidik terhadap anak muridnya.

Dulu saya masih ingat lagi imbuhan dan hadiah untuk Pemenang tempat pertama bagi sekolah rendah peringkat zon Kuala Terengganu Selatan begitu rendah ‘ciput’(Maaf menggunakan perkataan ini).Hanya wang bernilai RM20 kalau tidak silap saya.

Bukan ingin mempersoalkan imbuhan ini dan bukan untuk ini,Qari masuk pertandingan.Tetapi pihak penganjur harus dan sepatutnya berfikir dua kali sebelum ‘menghadiahkan’ duit ini kepada mereka yang menang.Saya pun tidak tahu mungkin sekarang keadaan ini sudah berubah.

Ngaji di SHAMS

Masuk Sekolah Menengah saya mencuba nasib lagi dalam pertandingan Tilawah.Alhamdulillah selama lima tahun berturut-turut saya mewakili SHAMS(SMKA SHEIKH ABDUL MALEK) dalam pertandingan tilawah ini.Sehinggakan ada yang memanggil saya ‘Izzuddin ngaji’.

“Siapa ni?,”Tanya seorang senior Akhawat di YM.

“Izzuddin SHAMS,” jawab saya dengan ringkas.

“Belum jelas lagi ni,Izzuddin yang ngaji tu ke?,” Dia pula yang keliru.

“Bukanlah,”Saya cuba untuk menipu.

Akhirnya saya terpaksa berterus terang sahaja…
“Ya, Izzuddin yang ngaji tu,”

“Kenapa tak mengaku tadi,?” Dia pula yang banyak soal.

“Saya hanya hamba Allah Biasa je,” Jawab saya merendah diri.

“Kan bagus orang ingat kita dengan ngaji,” Begitulah lebih kurang diolag YM malam itu.

Saya tidak layak dan diberikan gelaran ini kerana ilmu dan kemahiran yang ada betul-betul tidak mencukupi untuk menyandangnya.

Paling Tinggi pencapaian dalam Taranum ini, pada tahun 2004, sampai peringkat negeri.Namun saya hanya mampu mendapat tempat kedua sahaja.Alhamdulillah juga kerana masih Berjaya dengan tempat kedua kerana saya bukannya berguru formal tentang taranum ini.

Cuma sempat tidur semalam di Rumah Ustaz Mat Nor (Guru Kemahiran Quran SHAMS)untuk diajar dan dilatih.Terlepas peluang mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan.Saya tidak ingat di negeri mana JOHOR KE SABAH.

Ada yang berguru dengan Qari Negeri yang menempa nama di Peringkat Kebangsaan,

Ada yang berguru dengan Imam Masjid Negeri dan sebagainya.
Namun sudah jadi rezeki saya mendapat tempat kedua naib johan peringkat negeri.

Saya tidak berpantang dalam makanan sebagai mana ramai sahabat-sahabat yang lain kuat berpantang.Lucu pula bila teringat balik ketika memperdengarkan bacaan Al-Quran di Sekolah Geliga Kemaman.

“Ngaji sedap dah ni, tapi bila masa patut naik, dok naik.Kita tunggu-tunggu dok naik-naik,”Kata seorang sahabat ‘Ngaji’ kepada saya.

Memang apabila sampai ke peringkat tinggi, Qari sepatutnya meninggikan nada suara.Namun saya tetap dengan style dan taranum gaya ‘saya’.Saya hanya mampu ‘tersengih’(Tersenyum) sahaja.Tidak tahu untuk memberikan komen kepada pertanyaan itu.

Style dan Gaya saya ini ditegur lagi, kali ini oleh seorang Ustaz di Pusat Sumber Negeri Terengganu.ketika itu diadakan latihan persediaan untuk ke peringkat kebangsaan.Tetapi naib johan dan tempat ketiga juga dijemput.

“Saya tak boleh baca tinggi,ustaz,”Saya awal-awal lagi mengaku kalah.

“Ustaz tak suruh pun kamu baca tinggi.Baca yang sepatutnya lah,”Ustaz ini cuba meredakan gemuruh saya.

Saya pun membaca mengikut style saya.Apalagi Ustaz mula kehairanan.

“Aik, kamu baca taranum apa ni, bercampur-campur ni,sekejap yang ni, sekejap yang tuh,”Ustaz pun tidak tahan mendengar kecelaruan ini.

Seperti biasa saya hanya mampu tersenyum sahaja.Tiada apa-apa yang hendak diperkatakan.

Ngaji di CFS

Oleh kerana saya bukannya arif tentang lagu taranum Quran ini, maka saya hanya membaca Quran dengan gaya biasa sahaja bukannya taranum lagi apabila dijemput memperdengarkan Quran di CFS UIA.
Saya juga terpaksa menolak ajakan seorang sahabat untuk jadi ‘partner’ dia dalam satu program.

“Din, boleh jadi partner saya tak,?” Satu mesej SMS masuk ke handset saya.

“Program apa ni,”Saya ingin kepastian.

“ Ummatic Week.Ustaz Hamidon suruh saya cari partner.Ini susah sikit,kena ikut gaya Mustafa Ismail,” bersungguh-sungguh sahabat ini menerangkan.

“Cari orang lain lah bu, aku bukannya belajar Taranum Formal pun .Ikut-ikut je,”Saya mengangkat tangan, mengaku kalah.

Kenangan paling manis apabila diminta oleh seorang sahabat untuk memperdengarkan ayat al-Quran pada majlis launching Safety For All di CFS Nilai.Peluang mengaji di depan Rektor UIA, Ketua Polis Negeri Sembilan, dan 'ADMIN' yang lain.

KHATAM



kita manusia mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri dalam hidup ini.

Ada yang :

umur 3 tahun lagi sudah mampu membaca, mengira, dan menulis.

umur belasan tahun sudah menjejak kaki ke universiti.

mencipta nama dengan nyanyian dan tarian.

memahat sejarah tika umur masih setahun jagung.

Kelebihan Kita kerana Allah melebihkan kita.

Jika kita rasa kita Istimewa, sudah semestinya pencipta kita lebih Istimewa.

Jika kita rasa kita lebih, sudah semestinya pencipta kita Maha Lebih.


Baca Seterusnya...


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Guru 2008 kepada semua guru di Malaysia terutama kepada semua guru saya.Rasanya belum terlambat untuk saya meluahkan rasa terima kasih saya kepada semua guru saya.

Hidup manusia merupakan satu perjuangan,dan memerlukan pedoman dalam meniti arus kehidupan yang semakin hari semakin mencengkam jiwa kita.Pedoman yang agung dan benar akan membawa dan membimbing kita ke arah kesempurnaan.

Kesempurnaan yang paling agung dalam hidup ini adalah apabila kita berjaya menjadi manusia yang sempurna.sempurna fizikalnya,sempurna akhlaknya,sempurna corak dan gaya hidupnya.

Kesempurnaan manusia lahir daripada tangan yang ikhlas mendidik,telinga yang tidak letih mendengar,jiwa yang penyayang,dan akal yang kritikal dan kritis tika menghadapi masalah.Itulah hebatnya guru.Dalam dunia ini,tidak ada kerjaya yang lebih agung daripada kerjaya seorang guru.

Rasulullah SAW sendiri merupakan pendidik sempurna bagi umat ini.Pendidik yang sempurna ini telah dibentuk dan dididik sendiri oleh Tuhan yang Maha sempurna.

Walhasilnya,kesempurnaan Tarbiyah dan pendidikan Rasulullah melalui risalah Wahyu,telah menghasilkan generasi sebaik-baik umat.Tarbiyah rasul berjaya bukannya terletak pada metod dan manhajnya sahaja ,tetapi yang paling manis ialah pada akhlaknya.Akhlak Rasul seolah-olah bagaikan cermin yang telah memukau dan melembutkan hati sesiapa sahaja untuk berdampingan dengan Nya.

Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru saya.Tanpa penat lelah mu,teguran,dan bimbingan mu,siapalah aku.
Sesekali teringat pula kepada Cikgu Noormi(Cikgu Fizik saya)dengan gelak ketawanya ketika mengajar.Ada saja perkataan yang keluar daripada mulutnya melucukan hati ini walaupun lawaknya bersahaja.

Sudah menjadi kelaziman kepada Cikgu Noormi untuk membuat kelas tambahan malam untuk menghabiskan silibus subjek Fizik.Maka berbondong-bondonglah anak didiknya datang dengan membawa nota fizik yang bergambar tu.
Setiap kali habis kelas,selepas sahaja bersalam dia pasti bertanya kepada saya.

"Faham,dok,din?"Cikgu Noormi bertanya kepada saya.Tanpa berfikir,saya terus menjawab.
"Ya," walaupun jauh disudut hati saya,saya masih tidak begitu faham tentang bab eletrik dan elektronik yang dia ajar.

Subjek Fizik!!!Memang saya sudah menghadapi masalah sejak form4 lagi dalam fizik.tak tahu lah kenapa.Bagi saya,fizik lebih susah jika dibandingkan dengan kimia.Saya juga berkesempatan menadah ilmu FIZIK dengan Cikgu Pakar Fizik Cg Mat(Semua bdk SHAMS kenal dengan Cg Mat ni).Terima kasih kepada Cikgu Mat yang telah mengajar saya Fizik di rumah sahabat saya Fahmi,dan Cikgu Wan yang mengajar fizik di tingkatan empat.

Terima kasih juga buat Cikgu Adnan yang telah memberikan kesempatan saya untuk berada dalam saf kepimpinan BPDS Shams 2005.

Terima kasih juga buat Cikgu Aminah yang telah banyak melontarkan idea dan memberikan tarbiyah daripada sudut yangberbeza kepada saya.Saya berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit dan memanjangkan umurnya dalam kebajikan.

Terima kasih juga kepada Cikgu Rosli,Cikgu Matematik Form 5 saya,yang bersabar dengan kelemahan saya dalam Mat.
Alhamdulillah berkat doa Cg,saya mendapat 1A Matematik,walaupun saya orang yang terlemah di dalam kelas 5 Bukhari.

Begitu juga dengan killer subjek'Add Math".Usaha last-last minute dengan SPM hanya tinggal lebih kurang sebulan dua lagi agak berbaloi.Alhamdulillah.....Bila kenangkan balik, rindu pula pada saat bersama sahabat-sahabat lain bertungkus lumus 'mencairkan' kebekuan otak dengan soalan Add Math dengan Cg Zaiton, ibu kepada seorang sahabat saya di SHAMS.

Habis sahaja solat Terawih, terus saja bergegas dengan motor ke rumah Cg Zaiton.Lewat pukul 12 lebih tengah malam baru sampai di rumah.Sungguh seronok bila memikirkan ianya kembali.Alhamdulillah result Add Math tidak lah teruk sangat.A2...

Begitu banyak cerita untuk diluahkan,tetapi cerita-cerita tetap menjadi cerita.
Apa yang penting kita mengambil pengajaran di sebaliknya.Kesilapan masa silam usah kita kenang lagi kerana:.


Semalam sudah berlalu,

Yang ada hanyalah hari ini,

Yang tak tahu hanyalah masa depan.


Gunalah peluang yang ada pada hari ini untuk :

memadamkan peristiwa pahit masa silam

membina masa hadapan yang lebih gemilang

untuk hari yang bakal mendatang.


Maka saya tidak melepaskan peluang 16 Mei setiap tahun untuk menghantar mesej 'Selamat Hari Guru' kepada Cikgu saya .

Terima kasih kepada semua guruku di Shams,SKtam,5 Bukhari,4huzaifah,3 arabi,2 asim,1 furqan......guru tuisyen ku,Cg mat,Cg zaiton,dan lainnnn.



"Ya Allah,ampunkanlah dosa guru-guruku,panjangkanlah umur mereka dalam kebajikan, murahkanlah rezeki yang halal lagi berkat buat mereka,berilah taufik dan hidayah Kau kepada mereka semua" Aminnnnn...




Baca Seterusnya...


“Jiman, ko ni sekarang buat apa? Aku tengok ko ni sejak jadi ‘graduated’ ni asyik terperap je kat umah ni,Tak bosan ke?,”

Kata-kata Kamal menyedarkan Jiman yang sedang asyik mengelamun di hujung katil usang rumahnya.

“Alah, ko nih Mal, soalan cam ni pun ko nak tanya aku.Mestilah Bosan woiiii.Aku belajar lama-lama kat Universiti tu, satu kerja pun tak dapat,”

Soalan Kamal tadi dibalas Jiman dengan nada yang agak tinggi.

“Aku Tanya ni, bukannya apa.Baru-baru ni, aku ada terpandang satu iklan kerja kosong.Gajinya bolehlah tahan, lumayan juga,tempat tinggal disediakan.

“Tapi kerjanya nak kata senang, susah, tapi nak kata susah senang.Entahlah aku pun tak pasti lah.,”

Giliran Kamal pula menjernihkan keadaan.

“Oooo…, macam tu rupanya.Aku ingat ko nak perli aku pulak tadi.Kerja tu ‘Part Time’ ke ‘Full Time’.Aku mana-mana pun boleh asalkan ada kerja sudah,” Nada suara Jiman semakin turun apabila menyedari keadaan sebenarnya.

“Aku rasa kerja tu ada dua lah.Satu untuk ‘Part Time’, yang satu lagi ‘Full Time’. ‘Part Time’ kerjanya ringan sikit ah.
‘Full Time’ berat dan banyak sikit kerjanya.Alang-alang ko dah nak kerja, baik ko kerja ‘Full Time’.Banyak untung ooo,”


Kelas ‘lecture’ Free Kamal baru sahaja nak bermula.

“Tapi ko tahulah aku ni jenis orang macam mana, orang bujang katakan.Masih muda, single, Free, bebas, boleh enjoy lagi.Kata orang hidup ni sekali je, muda sekali je.Kita ‘enjoy’lah dulu.”

Luahan ikhlas Jiman yang panjang lebar menanti jawapan Kamal.

“Aku tahulah ko ni jenis yang macam mana.Tu lah sebab aku syorkan ko ‘Full Time’, biar ko berubah sikit.Biar ko jadi manusia yang kenal siapa sebenarnya ko ni,
“Dah kalu ko tahu hidup ni skali je, muda sekali je, gunalah masa muda ko, masa tubuh ko yang kuat ni, otak yang fresh ni untuk kerja bersungguh-sungguh.”
“Kumpul duit dan harta banyak untuk masa depan.tu baru graduated namanya”.

Nada Kamal dari rendah meninggi tiba-tiba,sedikit sebanyak boleh membuka pintu hati Jiman yang sedang terkapai-kapai mencari identiti diri.




Di dunia ini kita mepunyai pilihan sama ada untuk menjadi ‘Full Time’ atau ‘Part Time’ hamba atau ‘pekerja’/ kuli kepada Allah.

Samalah seperti graduan yang ‘Fresh Graduated’ mencari pekerjaan.Tanyalah mereka sama ada mereka mahu kerja ‘Full Time’ atau ‘Part Time’.Kepuasan bagi seorang graduan begitu terasa apabila mampu mencernakan semua kemampuan diri di alam pekerjaan.



Dunia laksana ‘alam pekerjaan’ yang sepatutnya menjadikan semua manusia Hamba Allah ‘Full Time’ dan komited dengan ibadah mereka.

Bukanlah hamba Allah ‘Full Time’ itu kerjanya hanya di tikar sembahyang,

Bukanlah hamba Allah ‘Full Time’ itu kerjanya hanya wirid,zikir, mengaji,

Bukanlah hamba Allah ‘Full Time’ itu kerjanya hanya tahu berdoa,merintih, tanpa usaha.

Tetapi hamba Allah ‘Full Time’ itu ialah apabila seluruh kehidupannya dipayungi naungan Hukum dan batas-batas Allah.

Hamba Allah ‘Full Time’ itu ‘memaksimakan hidupnya dengan segala amalan soleh’.

Hamba Allah 'Full Time' itu mentahqiqkan iman di jiwa, membuahkan ranting-ranting pahala kebajikan.

Hamba Allah 'Full Time' itu mensedekahkan harta di tangan bukan mencintainya di hati.

Hamba Allah 'Full Time' itu Kaya harta dan budi, berpangkat, berkedudukan tinggi, tetapi rendah dirinya, tawdhuk darah dagingnya.

Hamba Allah 'Full Time' itu mahal keretanya, besar rumahnya, ramai anaknya tetapi kuat ibadahnya, hebat jiwanya.

Hamba Allah 'Full Time' itu bak singa yang gagah berani di siang hari, dan bak 'malaikat' yang hiba menangis di malam hari.

Hamba Allah 'Full Time' menjadikan masa mudanya, tenaganya, wangnya,hartanya sebagai aset yang bernilai untuk menolongnya di akhirat kelak.

Kita semua bolehlah diibaratkan sebagai hamba Allah yang 'graduated'.Mengapa saya menganalogikan begitu kerna:

Istilah 'Graduated' bolehlah difahami sebagai terpilih dan telah dipilih.

'Graduated Student'= student yang telah terpilih dan telah dipilih untuk menamatkan alam pendidikan tinggi di universiti.

'Hamba Allah' yang 'Graduated'= Kita telah terpilih dan dipilih oleh Allah untuk hidup di atas muka bumi ini.Daripada ribuan 'sperma' yang keluar,benih kitalah yang terpilih dan dipilih oleh Allah Taala untuk menjadi Hambanya.Maka hamba yang terpilih sepatutnya menyedari akan 'status' dirinya yang sebenar.Hamba yang sebenar ialah hamba yang 'Full Time' tunduk, patuh, dan takut kepada Tuannya.

Tiada istilah "Sekejap ada, sekejap tak ada" dalam kamus kehidupan Hamba Allah"Full Time".

"Sekejap ada Iman, Sekejap tak ada Iman"

"Sekejap ada Tudung, sekejap tak bertudung"

"Sekejap Solat, sekejap tak solat"

"Sekejap Islamik, sekejap konvensional"

"Sekejap 'Minum', sekejap puasa"
Dialog di atas hanya suatu kiasan sahaja daripada saya.Tidak ada kena-mengena antara hidup dengan yang mati.Bahkan ia adalah rekaan semata-mata.

Apalagi pilihlah:

‘Full Time’ @ ‘Part Time”
Baca Seterusnya...

1-Diffrences between the concept of worship in islam and the concept of worship in other religions:

1.1-Freedom from any intermediaries

Islam has liberated 'worship' from the bondage of intermediaries between man and his Creator.

Example:The prophet(peace be upon him)himself advised his own daugther Fatimah,which show that all human beings stand on a footing of complete equality before God:

"O fatimah,daugther of Muhammad:I shall be of no help to you before Allah."

1.2-Not confined to specific places




Islam regards every place or wherever a man might be,that he still can perform the worship as long as the place is pure enough.
Example:the back of an animal and a mosque specifically built for worship-prophet(peace be upon him)has expressed this idea beautifully.

"The whole of the earth has been rendered for me a mosque:pure and clean"

1.3-All embracing view.

Every virtuous action which has been sincerely performed and with the view to carry out the commandments of God and in order to seek His pleasure,is an act of worship for which man will be rewarded.

Example:An act of worship to try to strengthen one's body by providing it with its due of nourishment and sleep:to enable it to shoulder the responsibilities which have been placed on man by God.

2 Reason Islam extends scope of ibadah

2.1-Islam wants man's heart to remain in perpetual communion with his lord.

Example:During workinh pursuits;this will enable him to remain perpetually in the state of submission,obedience and devotion to God and this is the very essence of worship.

2.2-Islam wants that man should observe ceaseless vigilance over his desires to that his life may become a source of his welfare in the life.As Quran says:seek the abode of the hereafter in that which Allah has given to you and neglect not your portion of the world'.(al-Quran 28:77)

Example:When aperson knows that even his enjoyment and pleasures can become acts of worship merely by virtue of purity of intention and motive.This for he knows well that this devotion to God does not necessarily mean abondament of worldly life,and misery and wretchedness.

2.3 Islam wants that man should observe good intention.

Example:The Holy Prophet has said that even when a person affectionately puts a piece of food in the mouth of his wife in order to strengthen bonds of matrimonial love,he is rewarded for it.This is understandable for he is trying to fulfil the purpose of living together with love and affection.This because good attention will prevent man from forgetting God because of excessive self-indulgence.

TAKE HOME TEST FOR BASIC THEMES OF qURAN(2DINS PALEX ACAP NADHIR FARIS IJAT)MADAM SUERAYA AND MADAM iSFADIAH.
Baca Seterusnya...

Alhamdulillah setelah sekian lama memendam rasa, kini saya mempunyai blog sendiri.Bermula dengan berjinak-jinak dengan blog di Friendster, maka saya mengorak langkah untuk berpindah ke blogspot ini.

Saya mula aktif berblog sejak dua tahun lalu.Walaupun tidak konsisten dengan entry terbaru dek kerana kekangan masa dan waktu, namun kepuasan setiap kali 'post the new entry' sukar dibayangkan.

Betapa gembira dan puasnya hati apabila mampu menilai, menulis, mencanang, dan seterusnya menghasilkan entry 'hak milik sendiri'.

Sebenarnya begitu sukar dan rencam dugaan untuk menulis.Otak mesti diperah, isu mesti dianalisa, gaya bahasa mesti memukau, dan idea mesti dicurah.Begitulah realitinya seorang bloggers.

Jauh sekali di hati ini untuk mengatakan yang diri ini seorang bloggers yang baik.Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari, diperbaiki, disemak, dan dikemas kinikan lagi.

Namun kelemahan yang ada tidak sepatutnya menghalang kita semua untuk berkarya dalam dunia blog ini.Semua kelemahan dan kekurangan itu merupakan anak tangga kepada kejayaan yang mendatang.

Ledakan teknologi maklumat dan pengetahuan dewasa ini telah membuka pintu hati saya untuk sama-sama mengaktifkan diri bersama dengan kominiti blog yang lain.Blog merupakan suatu pendekatan terbaik dalam mengetengahkan sesuatu isu, berkongsi pandangan dan pendapat dengan orang lain.

Dari sudut dan perspektif yang berbeza, saya melihat blog merupakan suatu senjata yang paling 'ampuh' untuk menyegarkan kembali dimensi dakwah para daie moden hari ini.Keterikan kita pada strategi yang agak 'statik' dan tidak 'energetic' telah menyuramkan dunia dakwah Islam.

Maka blog yangt bersifat 'online' dan mudah di'ekses' oleh pelbagai lapisan masyarakat ini sedikit sebanyak mampu memberikan perubahan kepada realiti kehidupan yang ada sekarang.Pengunjung blog tidak kira tua, muda, lelaki, mahupun perempuan semuanya mampu 'mengekses' internet dan melawat mana-mana sahaja blog yang ada.

Kandungan atau 'content' blog yang baik, berisi pedoman hidup, petunjuk yang benar dalam menjalani liku-liku hidup, dan nasihat yang bernilai ada ketikanya mampu menjadikan bloggers 'JUTAWAN SEGERA AKHIRAT'.

Setiap saat dan ketika pasti saham akhirat bloggers semacam itu akan penuh dan melimpah-limpah.Blog yang bermanfaat pasti memberikan peluang kepada kita untuk 'top up' ataupun 'reload' pahala mudah dalam jangka masa yang begitu singkat.

Bayangkan walaupun bloggers tidaklah '24 hours' mengadap blog mereka hatta ketika mereka tidur sekalipun, 'poket' mereka penuh dengan pahala kebajikan.Berlainan pula nasib bagi bloggers yang melakukan perkara sebaliknya.

Maka saya ingin 'mengejar' pahala mudah dan 'free'( no charge) ini untuk masa hadapan yang cerah di 'negeri sana'.

Mudah-mudahan blog merupakan jambatan 'konkrit' yang menghubungkan 'hasanah dunia' dengan 'hasanah akhirah'.Apalah kiranya bagi bloggers untuk mengapai cita-cita sebagai "JUTAWAN SEGERA AKHIRAT" dengan menggunakan blog mereka.


Ada apa dengan Blog; ada pahala Dengannya
Baca Seterusnya...



Alhamdulillah, Taaruf April 2007/ 2008 baru sahaja melabuhkan tirai setelah lima hari berlangsung.Dengan Berakhirnya Taaruf April 2007/ 2008, Alhamdulillah saya secara rasmi ‘officially’ telah menjadi sebahagian daripada warga besar IIU, Gombak,main campus.

Bercakap soal kemasukan ke IIU, ia adalah suatu perkara yang tidak dapat dilupakan.Ini kerana untuk masuk ke IIU, saya terpaksa berhempas pulas untuk menghantar surat rayuan kepada Admission and Record(ANR IIU) walaupun 'result' SPM saya tidak seteruk mana pun.Polisi kementerian masa tu, mana-mana student yang dah dapat tawaran KPM Matrik, tidak akan dapat lagi tawaran UPU.

Oleh kerana semua sahabat-sahabat mengisi borang online Matrik KPM, maka saya secara 'buta taklid' turut mengisi borang tersebut walaupun saya tahu saya tidak berminat untuk ke Matrik KPM.Sejak awal tahun semasa tingkatan 4 lagi saya masih tertanya-tanya dan terkapai-kapai untuk memilih aliran mana, aliran Sains ke aliran Sastera.Mula-mula ada juga sahabat-sahabat yang mengajak untuk ke aliran sastera,namun niat mereka hanya di tengah jalan.Saya terpaksa akur dan tunduk dengan majoriti yang mahu ke aliran Sains.

Maka berakit-rakit dan merangkak rangkaklah untuk memahami teori Fizik,kimia,Biologi.Ditambah pula dengan 'kesenangan'killer subjek Add Math.Di tahap ini, saya mengalami dilemma sama ada untuk memilih 'course' sains atau agama di U nanti.Untuk pengajian Islam,syaratnya mestilah SPM aliran sastera.Mungkin inilah akibatnya apabila tidak berfikir panjang untuk merencana masa hadapan.Bagi sahabat-sahabat yang masih di Sekolah Menengah, pilihlah aliran yang sesuai dengan diri anda.Kelak anda pasti tahu risiko yang akan anda hadapi jika tersalah pilih aliran.

Result SPM keluar dan nama saya tidak kelihatan di UPU online.Surat rayuan untuk ke uia terpaksa dibuat dan dihantar dengan segera.

ANTARA UIA DAN DQ

Demi masa depan, alternatif yang ada sekarang hanyalah Darul Quran JAKIM(DQ).Walaupun saya tahu betapa 'low' keupayaan saya dalam menghafal Quran,namun saya terpaksa dan memaksa diri untuk mengemas pakaian dan kelengkapan ke DQ.Minda di'positifkan' dan hati di'cekalkan' untuk memujuk perasaan agar bersemangat untuk ke DQ.Kalau tidak silap , saya mendaftarkan diri ke DQ lewat beberapa hari.Pagi sebelum ke DQ, saya mencuba nasib di UIA PJ untuk menghantar surat rayuan kemasukan UIA.Dengan berpakaian lengkap lagak seperti pelajar DQ, saya masuk ke bilik Bro Fazdil Jumman(Bdk2 Uia Pj mesti kenal Bro ni).Saya masih ingat lagi soalan Bro Fazdil:

"Tak nak amik course sains ke?,"

Dengan spontan, saya menjawab,

"Tak nak,"

Selesai sahaja rayuan di UIA, saya bergegas pula ke DQ untuk mendaftarkan diri.Agak melucukan pula bila memikirkan hal ni balik.Bergegas dalam keadaan penuh bersemangat untuk masuk ke DQ.Seolah-olah UIA sudah tidak ada lagi dalam hati ini.





Suatu malam, saya ke kafe DQ untuk beralih rasa dan selera makanan di Kantin hostel DQ.Terjumpa pula senior-senior Shams,bdk2 sijil DQ yang tengah makan di situ.

Dengan nada bersahaja saya bertanya kepada salah seorang daripada mereka,:

"ada apa datang DQ ni,?"
"Nak lawat din ah," jawab seorang senior saya yang juga merupakan murabbi saya di SHAMS.

Saya hanya bermuka selamba sahaja mendengar jawapan senior ini,walaupun saya tahu jangka hayat saya di DQ hanya nyawa-nyawa ikan sahaja.

Saya telah sedaya upaya untuk bertahan di DQ.Bertarung dengan perasaan dan minda yang sedang meronta-ronta untuk membuang segala tekanan ini.Bukan mudah untuk menghafal keseluruhan kalam Allah Azza Wa Jalla.Minda yang 'dibelai' dengan sikap positif dan tahu akan keupayaan diri ini mengkhatamkan Furqan akhirnya tersungkur juga.

Seminggu tinggal di DQ, saya merasakan rezeki kembara ilmu saya bukannya di DQ tetapi di tempat lain.Sebenarnya dari awal lagi saya merasakan diri ini begitu kerdil dan tidak mampu untuk menjadi Hamlatul dan Huffazul Quran.Maka Saya mengambil keputusan untuk keluar dari DQ.

Saya keluar tanpa memberitahu sahabat-sahabat lain yang sedang sibuk ke kelas.Hanya sempat menghantar sms kepada seorang sahabat sahaja.DQ, tempat yang penuh dengan kedamaian itu saya tinggalkan selepas beberapa minit menghantar surat keluar DQ kepada ustazah Mama(Bdk2 DQ pasti kenal dengan ustazah ni).

Pulang ke Terengganu tanpa tahu ke mana destinasi masa hadapan begitu meresahkan jiwa.Terima Kasih Kepada Cg Adnan Sulong yang sanggup turun ke UIA PJ untuk menghantar sekali lagi surat rayuan saya ke UIA.

Ahamdulillah rezeki saya memang di UIA.Saya tidak menyangka yang saya masih lagi tersenarai dalam 'first intake' 2006/2007.Masa yang begitu dekat dengan hari 'registration' yang secara 'ghalibnya' mungkin saya dipanggil untuk 'second intake'.

Apa yang hebat sangat UIA ni.Entahlah saya pun tidak tahu.Dek kerana dari kecil saya diasak dan digayang dengan 'information' tentang UIA, mungkin 'instinct' saya dengan UIA begitu kuat dan ada 'Chemistry'.

Ada juga Cikgu di SHAMS yang bertanya:

"Ingatkan DQ,?,"

"Dok leh g(tidak sesuai) dengan Dq,"

"Lak, kita(saya) ingat sesuai dan padan doh dengan dia nih,"Kata Cg Aminah kepada sahabat-sahabt lain yang turut berada di biliknya.

Apa yang penting, bagi sesiapa yang ingin ke mana-mana institusi pengajian tinggi, rancanglah masa hadapan anda dengan bijak dan teliti.Jangan jadi macam saya nih.Menyesal tak sudah.

Kalau mahu pengajian Islam, jangan berkerut muka dengan teori sains,

Kalau mahu pengajian Islam,jangan malu untuk ke aliran sastera.

Namun syukur ke hadrat Tuhan, saya berkesempatan untuk menelaah "kitab biologi, Fizik, Kimia, dan Add Math" yang serba tebal dan serabut tu.Keseimbangan ilmu masih d dalam hati ini kerana berjaya menghadapi nota-nota dan soalan 'Sains stream' yang serba canggih.

Taaruf April Kali ini mengimbau kembali peristiwa pertarungan itu; Pertarungan maha hebat antara:

UIA vs DQ
Baca Seterusnya...