(Gabungan Entry lama sempena Eidilfitri dgn sedikit kemas kini dan ubahan)

Sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang petang tadi, maka bermulalah episod kemenangan bagi Umat Islam di seluruh tanah air.Tibalah syawal yang senantiasa ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar daripada kita semua.

Bahkan di pertengahan bulan Ramadhan lagi, promosi dan jualan untuk Hari Raya sudah giat berjalan di hampir semua 'Shopping Complex' dan pasaraya.

Ditambah lagi dengan iklan-iklan di kaca televisyen yang sememangnya sudah 'bersiap sedia' dari awal lagi untuk menghiburkan penonton setia mereka.Lepas satu movie satu movie,dari satu 'entertainment show' ke satu show yang lain akan ditayangkan bagi memeriahkan sambutan syawal kononnya.Tidak dinafikan juga ada juga program yang begitu bermanfaat dan berguna, namun jumlahnya hanya boleh dibilang dengan jari.

Namun sedarkah kita semua, ketibaan Syawal bermakna pemergian Ramadhan Kareem.Bulan yang padanya Rahmat,berkat dan penuh dengan Fadhilat.Sewajarnya di hujung waktu ini, kita membuat muhasabah menghitung diri kita sendiri.

Bagaimana dengan amalan dan ibadah kita pada Ramadahan kali ini,adakah meningkat, berkurangan , atau masih di tahap yang sama.Mudah-mudahan amalan kita meningkat pada bulan Ramadhan kali ini, walaupun peningkatannya hanya 'cukup makan'.

Mudah-mudahan Allah memberikan kita peluang lagi untuk bersama dengan Bulan Ramadhan pada tahun hadapan kerana fadhilatnya cukup besar:


الصَّلَوَاتِ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ

Solat Lima Waktu, Jumaat ke Jumaat yang berikutnya, Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antaranya,asalkan dosa besar dijauhi.

Yang penting lagi syawal ini, sepatutnya kita gunakan untuk bertakbir dan membesarkan Allah.

Ramadhan pergi....Moga berjumpa lagi Tahun hadapan....InsyaAllah...Amin...

Penting juga sebenarnya untuk kita bermuhasabah diri tentang amalan kita di bulan ramadan kali ini agar segala 'kelompongan' itu dapat ditambah baiki jika dipertemukan oleh Allah dengan Ramadan tahun hadapan.Ada baiknya jika kita bertanya kepada diri kita sendiri sejak daripada kita baligh sudah berapa kali kita diberikan peluang oleh Allah bertemu dengan Ramadan dan sejauh mana kita memanfaatkannya.Sepatutnya setiap tahun minda dan pemikiran kita harus berubah.Tiada lagi istilah puasa 'yang yuk' bagi kita yang sudah baligh ini.Puasa kita tidak lagi berlandaskan adat budaya semata-mata; orang puasa kita pun turut sama nak puasa tanpa ilmu dan kefahaman yang menyebabkan kita tidak menghayati ruh dan falsafah di sebalik pensyariatan puasa.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidilfitri 1431H maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini.Tidak lupa juga saya,hamba Allah yang dhoif ini ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas segala salah dan silap diri ini.Mudah-mudahan segala amalan kita pada bulan Ramadhan tahun ini mendapat ganjaran yang besar disisi AllahTaala.Amin.

Taqabalallahu Minna Wa Minkum Taqaballah Ya Karim...

Aku bukanlah manusia yang sempurna.Mungkin pada zaman yang silam aku pernah melukakan hati kamu,mencabut rasa tenang dalam dirimu,mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hatimu,tiada apa yang aku persembahkan kepadamu sahabat melainkan ku hulurkan tangan memohon seribu kemaafan.Maafkan aku bersama dengan doamu.
تقبل الله منا ومنكم ...كل عام وأنتم بخير
الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Di bawah ini, saya lontarkan sedikit idea kepada kita semua bagaimana untuk kita menyambut ketibaan syawal nanti.Ianya hanyalah sebagai tazkirah untuk diri saya yang dhoif ini agar mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan oleh Sunnah Rasul ketika menyambut Hari Raya Eidilfitri.

1. Berjaga malam pada hari raya dengan ibadah,zikir, solat,membaca Al-Quran, bertakbir, bertasbih dan istighfar.

2.Mandi dan memakai wangi-wangian, dan memakai pakaian terbaru.

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يلبس برد حبرة في كل عيد

Adalah Nabi SAW, memakai baju buatan Yaman yang indah pada tiap hari raya.(boleh rujuk Sunan Kubra lil Baihaqi juzuk 3,mks 280,dan Musnaf Abdul Razak juzuk 3 mks 333.)

3.Pada Hari Raya Eidfitri, hendaklah makan dahulu sebelum mendirikan solat hari raya

.كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ

Adalah Rasulullah SAW tidak bergerak menuju ke tempat solat pada hari Raya Eidfitri,sebelum makan beberapa biji kurma dengan jumlah yang ganjil.(Hadis Riwayat Bukhari dalam kitab Jumuah dalam bab Makan pada Hari Eidfitri sebelum keluar,no 900.Namun Di sana terdapat juga riwayat daripada tirmizi, Ibn Majah, dan Ahmad yang menyebut perkara yang sama.)

4. Menggunakan jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari Masjid.


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

(Hadis Riwayat Bukhari dalam kitab Jumuah pada Bab siapa yang melalui jalan lain apabila pulang tempat solat hari Eidfitri, no 933.Di sana juga terdapat Riwayat daripada Ahmad,Muslim, dan Tirmizi yang juga menyebutkan perkara yang sama.)

5.Bertakbir Pada Hari Raya.

Sewajarnyalah kita membesarkan Allah pada Hari di mana kita telah mencapai kejayaan ini.Mudah-mudahan kita berjaya di dunia dan akhirat.

Allah berfirman:


وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Sempurnakanlah Bilangan Puasa dan besarkanlah Allah di atas petunjuk yang telah diberikan kepadamu.(Surah Al-Baqarah: 185)

6.Sunat Mengucapkan Selamat Hari Raya.

Para sahabat Rasulullah SAW apabila bertemu sesama mereka akan mengucapkan Taqabalallah Minna Waminkum.(semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu).(Boleh rujuk Sunan Kubra lilBaihaqi Juzuk 3).

7.Banyakkan Sedekah, memberi senyuman dan menunjukkan kegembiraan kepada orang yang beriman yang ditemui.Melakukan ziarah kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

Untuk mendapat info lanjut,boleh rujuk:
-Al-Fiqh al-Islami Wa Adilatuhu(edisi arab) atau Fiqh Islam dan PerundanganNya(edisi melayu),karya Dr Wahbah Zuhayli.
-Fiqh Sunnah(edisi Arab dan Melayu) Karya Sheikh Sayid Sabiq.
-Fiqh Manhaji(edisi Arab)atau Fiqh Syafie Karya Dr Mustofa Al-Bugha,Dr Mustofa Khin, dan Ali Asy-Syarbaji.
-Pedoman Puasa Karya Prof Dr T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy.

Perginya Dia Yg Kita Rindui- Ramadan Kami amat merinduimu
Baca Seterusnya...
(Entry lama diupload kembali)

Kita sering terlupa dengan peluang keemasan yang sedia terhidang di hadapan kita.Bahkan kita sentiasa memikirkan sesuatu yang begitu jauh daripada realiti yang ada sekarang.

"Aku rasalah, sem depan, aku nak mula study bersungguh-sungguh, kalau tak nahas aku dibuatnya,"Azam seorang student yang mula mengatur strategi baru untuk berjaya, walaupun hari peperiksaan menjelang masih berbaki 7 hari lagi.Namun dia mudah menyerah kalah dengan kelemahan dirinya sendiri.Alangkah baik, jika dia tahu bahawa dia masih boleh berjaya dengan keputusan yang baik kalau berusaha bersungguh-sungguh dalam masa 7 hari itu.

Begitulah kebiasaan sikap kita.Merenung dan memikirkan sesuatu yang tidak pasti dengan meninggalkan perkara sekarang yang sudah semestinya berlaku.

Kita sekarang betul-betul berada di penghujung Ramadhan.Walaupun di penghujung, tetapi masih lagi berbaki 6 hari.Masih banyak lagi amal ibadah, amal soleh yang boleh dilakukan, dan banyak lagi maksiat dan kemungkaran yang boleh kita tinggalkan.

Sempat lagi kita ingin menyahut beberapa seruan dan pesanan daripada Rasulullah SAW:

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّورِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِي أَنْ يَدَعَ طَعَامَهُ وَشَرَابَه
ُ
Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan dosa, maka Allah SWT tidak akan memberikan ganjaran kesusahannya meninggalkan makan dan minumnya.
(Hadis riwayat Bukhari hadis no 1770, bab puasa, dalam kitab "sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dan amalan dosa dalam puasa. )


وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ
سَابَّهُ أَحَدٌ أو قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ

Ketika hari salah seorang kamu berpuasa, janganlah dia berkata keji dan janganlah menjerit.Sekiranya seseorang mencercanya atau ingin menganggunya, hendaklah dia berkata: aku sedang berpuasa.
(Hadis riwayat Bukhari hadis no 1771, bab puasa, dalam kitab "adakah orang berpuasa berkata Aku berpuasa ketika dikeji.)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang telah dilakukan.

(Hadis riwayat Bukhari hadis no 37,bab puasa, dalam kitab puasa ramadhan penuh pengharapan dan iman.)

Dan banyak lagi pedoman Rasulullah SAW yang boleh kita lakukan.

Saya pernah mengungkapkan satu pernyataan:

'Bersungguh-sungguh lah beramal pada Bulan Ramadhan ni...walau sehingga terpaksa berlakon dalam beramal...Moga keluar dari madrasah Ramdhan kita tahu apalah erti ibadah kalau hanya berlakon'.

Berlakon dalam erti kata, apabila contohnya:

A: seorang yang tidak pernah solat berjemaah di masjid.

B: seorang yang tidak pernah menutup aurat.

C: seorang yang tidak pernah solat.

D: seorang yang sentiasa bercakap kotor.

Namun apabila memasuki bulan Ramadhan A,B,C,D meninggalkan semua 'rutin harian' mereka atas sebab Ramadhan, bukannya kerana Allah.Tetapi kita sebenarnya tidak boleh mudah mencemuh mereka.

Kita semua tahu bahawa Ramadhan ibarat sebuah 'Madrasah Jiwa', yang cukup ampuh sebenarnya untuk mengubah manusia yang tak terdidik selama 11 bulan.Mudah-mudahan didikan Ramadhan sebulan mampu memadamkan semua kekotoran dosa dan maksiat yang silam.

Jangan lafazkan cukuplah hanya disini, sekiranya masa dan kesempatan masih terlalu banyak terhidang di hadapan.

Moga-moga kita mendapat 'Husnul Khatimah' pada akhir Ramadhan nanti.


وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Barangsiapa yang bersungguh-sungguh pada jalan kami, Kami akan tunjukkan pada nya jalan kami.Sesungguhnya Allah bersama orang yang berbuat kebaikan.

(Surah al-ankabut: ayat 69).


Baca Seterusnya...

(Entry 31 Ogos 2008 dengan sedikit kemas kini)

Alhamdulillah, hari ini telah masuk 1 ramdhan 1429 Hijrah.Kedatangan bulan yang dinantikan oleh semua IbadurRahman(Hamba Kepada Yang Maha Pemurah).

Namun kedatangan bulan ini juga sebenarnya menjadi beban dan masalah bagi sesiapa yang belum sempurna dan kurang imannya.Mudah-mudahan Allah menyertakan kita bersama-sama dengan mereka yang menanti-nantikan kedatangan bulan ini,suka dan memanfaatkan sepenuhnya kelebihan yang ada pada bulan ini.

Jika direnungkan kembali,hampir sebelas bulan Umat Islam menjalani kehidupan dengan makanan,minuman,nikmat berpasangan, dan pelbagai lagi nikmat kurniaan Allah.Apabila tibanya bulan ini, maka semuanya ini ditinggalkan oleh mereka yang benar-benar beriman kepadaNya.

-Tiada lagi hidangan makanan dan minuman yang ingin dijamu pada siang harinya.

-Tiada lagi nikmat bersama dengan pasangan pada siang harinya.

-Banyak betul pantang larang dan garis panduan yang wajib dipatuhi.

-Mata dan lisan perlu dijaga, hati perlu dibimbing agar tidak terpesong, marah perlu dikawal,pendek kata bukan hanya mulut dan perut berpuasa, tetapi hampir semua pancaindera berpuasa.

Namun ramai manusia pada hari ini,kadang-kadang hampir terlupa akan hakikat ini.Ramai yang berpuasa sekadar mulut dan perutnya sahaja.Dalam masa yang sama, aktiviti kehidupan mereka yang lain hampir sama sahaja seperti bulan-bulan yang lain.

Mengapa semua kita tinggalkan?

Sebenarnya Puasa Ramadhan ingin mengajar kita akan erti sebuah ketaatan kepada Allah.Semua perkara ini yang pada bulan lain dibolehkan kita menikmatinya, tetapi tidak pada bulan ini.

Ini menunjukkan bahawa ketaatan kepada Allah lebih mahal harganya jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang maha banyak.Apa ertinya nikmat Allah yang banyak jika bertentangan dengan syariat Tuhan yang Maha Agung.

Ramadhan merupakan bulan pemberian bonus kepada Ruh dan Jasad manusia.Sebagaimana yang kita ketahui, manusia memerlukan makanan ruh dan jasad dalam kehidupan ini.

Jasad harus bertenaga untuk beribadah kepada Allah, manakala ruh harus disuntik dengan semangat keimanan dan ketaatan untuk menjadi hamba yang sebenar kepada Allah.

Maka bulan inilah IbadurRahman berebut-rebut untuk mendapatkan bonus masing-masing.Bayangkan jika pekerja diberikan bonus oleh majikannya di saat mereka sedang kekeringan kewangan dan kekangan wang perbelanjaan.Itulah saat yang ditunggu-tunggu.

Apalagi manusia seperti kita yang selalu menghadapi kekontangan iman dan kekangan amal.Maka inilah bulan di mana Allah menjamu kita dengan Bonus Iman dan Amal Soleh.

Jika diselak jendela sejarah Islam, Ibadah puasa diwajibkan pada tahun 2 hijrah ketika mana Umat Islam sedang berperang menentukan hidup mati agama Allah yang maha suci ini.

Dalam keadaan yang begitu sukar ini pun, mereka tidak berpaling daripada melaksanakan arahan Allah ini.Bagaimana pula dengan kita pada hari ini.Kita tidaklah seperti mereka,bahkan kita tidak sekuat mereka.Begitu istiqamah sekali mereka pada jalan Allah.

Jika Sukarnya Istiqamah pada JalanNya sebelum ini,Moga Ramadhan kali ini titik mula kepada sebuah perubahan dalam hidup ini.

Banyak amalan yang boleh kita senaraikan dalam 'long list' kehidupan kita di musim 'pesta ibadah' ini, antaranya:

1-Bermula dengan berniat puasa dan bersahur pada malam harinya.Sebaik-baik waktu bersahur ialah pada waktu hampirnya terbit fajar dalam tempoh membaca 50 ayat quran secara sederhana.

2-Jangan lupa untuk melakukan solat sunat tahajud, taubat dan lain-lain pada malam-malamnya,

3-Solat sunat sebelum subuh(kerana pahalanya lebih baik daripada dunia dan isinya),solat berjemaah subuh(kerana kelebihan pahalanya seperti pahala mereka yang mendirikan solat qiam seluruh malam), solat berjemaah isyak(kerana pahalanya menyamai pahala solat qiam separuh malam), dan solat berjemaah fardhu yang lain zohor, asar, maghrib.Begitulah juga solat sunat yang lain, jangan ditinggalkan seperti solat sunat rawatib, solat dhuha, solat menghormati masjid, solat sunat terawih dan lain-lainnya.

4- Membaca Al- Quran.Ada baiknya menghabiskan satu juzuk satu hari supaya genap sebulan khatam seluruh Al-Quran.

5-Memperbanyakkan doa ketika berpuasa dan terutamanya ketika hendak berbuka.

6-Segera berbuka ketika yakin sudah masuk berbuka.Berbuka dengan didahului dengan kurma dan kalau tiada, boleh dahulukan dgn air.

7-Jauhkan diri daripada melakukan maksiat dan dosa.

Download Pamplet Ramadan

Download senarai semak amalan ramadan

Salam Ramadhan Daripada Saya.

Ramadhan Kareem
Baca Seterusnya...

Kebanjiran Rancangan realiti TV dalam Negara kita boleh diibaratkan sebagai cendawan tumbuh selepas hujan, memenuhi skrin siaran televisyen kita.Kebanyakan rancangan realiti TV ini lebih berbentuk pencarian bakat dan bintang baru dalam bidang hiburan tanah air.

Sebut sahaja rancangan seperti Mentor, Akademi Fantasia, Malaysian Idol, dan My Star LG dan banyak lagi, pasti ramai anak muda kita mengetahuinya.Ianya mengundang jutaan peminat di kalangan muda-mudi kita di seluruh Negara, apatah lagi ianya disiarkan pada waktu perdana dan pada hujung minggu, waktu kemuncak orang ramai menonton televisyen.

Mungkin segala penat dan stress ketika bekerja di tempat kerja bagi yang dewasa dan ketika belajar bagi yang ke sekolah dihilangkan dengan menonton rancangan ini.Budaya orang kita memang begitu agaknya.

MAKSIAT DALAMNYA

Sememangnya kita mengakui bahawa program sebegini memang melalaikan muda-mudi kita dan ianya tidak lain tidak bukan merupakan rancangan yang merosakkan akhlak dan peribadi muda-mudi islam yang ada sekarang.Bahkan kita boleh mengatakan bahawa ianya merupakan salah satu daripada sarang virus yang menggalakkan masyarakat kita melakukan maksiat.

Usah bicara soal penutupan aurat yang sempurna, batas pergaulan antara lelaki dan perempuan, matlamat dan tujuan hidup yang sebenar, mendirikan solat dalam program sebegini, semuanya di ‘bakul sampah kan’ dan tidak diendahkan oleh penerbit dan peserta.

Ini belum lagi dikira tentang jumlah jutaan wang yang telah dibelanjakan oleh orang kita untuk mengundi peserta rancangan reality TV kegemaran mereka.Bayangkan duit yang sebegitu banyak jika dikumpulkan, pasti dapat membantu saudara-mara seagama yang masih ramai lagi hidup melarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

ALTERNATIF

Alhamdulillah sekarang, sudah ada usaha mengalihkan pandangan masyarakat kita daripada rancangan reality TV yang hanya berbentuk hiburan melalaikan kepada rancangan yang lebih bermanfaat iaitu Program Akademi Quran, dan Imam Muda.

Walaupun bilangan hanya boleh dibilang dengan jari sahaja, namun diharapkan ianya menjadi alternatif kepada rancangan reality TV yang ‘entah pape’ sebelum ini.

Secara rambang kita boleh katakan dua program ini tak kurang hebatnya mendapat tempat di hati masyarakat kita dan antarabangsa.Imam Muda contohnya mendapat ‘publisiti’ yang agak ‘grand’ apabila mendapat liputan daripada BBC, dan beberapa lagi media antarabangsa.

IMPIAN SAYA

Saya secara peribadi berharap dan mengimpikan mungkin pada suatu hari nanti akan ada satu lagi AF dan sudah pasti,ianya bukan Akademi Fantasia.AF yang saya maksudkan ialah (Akademi Fiqh).

Sebagai orang berada yang berada dalam lapangan Fiqh, saya berasa wajar dan amat penting jika rancangan reality TV Akademi Fiqh diterbitkan.Ianya hanya impian saya sahaja dan imaginasi fantasi yang diharapkan menjadi realiti pada masa akan datang.

Sebuah rancangan yang mengajak pesertanya mendalami ilmu Fiqh secara mendalam dan cuba memahamkan penonton di rumah tentang beberapa persoalan Fiqh harian yang menjadi kemusykilan mereka dari zaman berzaman.

Segala perkara yang biasanya menjadi persoalan masyarakat tentang soal ibadah akan cuba dibincangkan secara mendalam supaya apa yang disampaikan mampu dilaksanakan oleh peserta dan penonton di rumah dengan sempurna.

Kita mesti mengakui bahawa di antara sebab mengapa ramai orang kita yang tidak melakukan ibadah seharian seperti solat dan lain-lain ialah kerana mereka menggangap dalam beberapa keadaan sukar untuk melaksanakannya.

Fahaman bahawa sukar melakukan ibadah ini disebabkan mereka tidak memahami sebenarnya bagaimana untuk melakukan ibadah tersebut.

Ambil sahaja cara ‘mengambil wuduk’ dan mendirikan solat ketika sakit atau uzur.Berapa ramai pesakit yang berada di hospital tahu tentang perkara ini.Ini belum lagi perkara yang berkaitan jamak dan qasar solat ketika musafir, dan banyak lagi isu lain yang sepanjang pengamatan saya, masyarakat kita masih memerlukan banyak lagi bimbingan dan tunjuk ajar.

Jika mereka tahu dan faham bahawa cara untuk melakukannnya sudah semestinya mereka bersegera untuk melakukannya tanpa ‘berat punggung’ dan ‘banyak soal’.

Malah mereka akan bergembira dan berseronok untuk melakukan ibadah walaupun dalam keadaan mereka ‘telentang’ kesakitan.Kesakitan sepatutnya lebih menginsafkan setiap pesakit untuk menghampiri Allah dan bukannya sebagai alasan untuk meninggalkan kewajipan sebagai seorang muslim.

Bagi muslimat, seisi Fiqh Nisa' yang melibatkan tajuk pakaian muslimah yang sebenar, persoalan haid dan nifas,nikah cerai dan sebagainya harus juga dibincangkan.Ini memandangkan masih ramai lagi perempuan islam di luar sana yang tidak mengetahui bab-bab sebegini ini sehingga ada yang dengan ringan mulut berkata "Saya Cuti hari ni" apabila ditanya kenapa tidak solat.

fesyen wanita islam pada hari ini pula seakan-akan 'serba-serbi' boleh dan apa yang cantik di mata orang habis semuanya disapu, menunjukkan ketidakfahaman perempuan kita dalam bab aurat dan hijab.

Selain itu,Isu perbankan dan kewangan Islam juga mestilah dimasukkan ke dalam modul pengisian program ini.Ianya bagi menolak dakwaan ramai pihak bahawa sistem kewangan konvensional dan sistem kewangan Islam adalah sama.

Bagi yang tahu, semestinya mereka dapat membezakan antara kedua-dua sistem ini.Betapa banyak produk dan institusi kewangan islam yang berkembang di dalam negara kita, tetapi masih ramai yang ‘melanggan’ sistem yang tidak halal.

Maka saya berasa, penerbitan rancangan ini amat ‘signifikan’ jika kita melihat realiti yang ada dalam masyarakat kita hari ini.

Mungkin ada juga yang berpendapat, macam mana nak belajar Fiqh secara mendalam dalam masa beberapa minggu atau bulan sahaja.Memang benar, Fiqh tidak boleh dipelajari secara mendalam dalam masa yang singkat, tetapi diharapkan dalam masa yang singkat itu, semua perkara yang menjadi asas dan basic dalam ilmu Fiqh berjaya difahamkan kepada peserta dan penonton di rumah.

Setidak-tidaknya isu pokok yang menjadi ‘dilemma’ masyarakat berjaya dibereskan dalam masa yang singkat itu.

Mungkin juga, ianya tidak mampu mengajar segala-galanya, tetapi ia dapat menyemai semangat dan menyuntik kesedaran peserta dan penonton untuk mengambil tahu tentang seluk beluk ibadah yang dikerjakan, di samping menyedarkan generasi kita supaya mengutamakan bab ‘halal dan haram’ sebelum melakukan sesuatu.

Persoalan mazhab yang pelbagai harus dibicarakan juga, supaya peserta dan penonton di rumah terbuka kepada perbincangan ulama-ulama selain mazhab rasmi Negara ini.

Mungkin juga ada yang memandang serong kepada sikap keterbukaan ini.Namun jika kita menerima pendekatan Akademi Quran (AQ) sebagai contoh, yang mana gaya dan cara bacaan imam qiraat lain diperdengarkan kepada orang ramai, bagaimana pula dalam masa yang sama kita tidak boleh menerima pendekatan membicarakan ilmu Fiqh dalam pelbagai mazhab.

Bacaan Qiraat Imam lain, kadang-kadang boleh menjadikan makna bertukar dan ayat difahami dengan makna yang berlainan.Begitu lah juga, imam mazhab, mereka juga berbeza pendapat antara satu sama lain.Namun meninggalkan ‘khazanah fiqh’ yang bernilai ini dengan begitu sahaja, adalah tindakan yang dirasakan kurang bijak.

Sebenarnya ‘khazanah Fiqh’ inilah yang mampu menjawab semua persoalan hidup masyarakat kita pada hari ini, tanpa menafikan keperluan kepada ijtihad baru dalam beberapa masalah kontemporari.

AKHIRNYA

Kalau impian ini menjadi realiti, kita mengharapkan topic perbualan harian masyarakat lebih tertumpu dan beralih kepada persoalan hukum Fiqh dalam kehidupan seharian mereka, berbanding sebelum ini yang banyak berbual kosong semata-mata.Masa kita tidak lagi dihabiskan dengan membaca keratan akhbar yang berkaitan dengan ‘gosip sana, gossip sini’ dunia hiburan yang banyak melekakan umat kita.

Fiqh adalah ilmu yang ‘holistic’ yang tidak hanya membicarakan soal hukum, tetapi ianya juga membicarakan tentang pentafsiran Quran, Sunnah dan hadis, memahami adat dan budaya masyarakat, matematik dalam ilmu faraid dan kewangan Islam.Daripada perbicaraan semua ilmu ini barulah keluarnya sesuatu hukum Fiqh pada akhirnya.


Akademi Fiqh(AF)-Impian Saya..


Baca Seterusnya...




Alhamdulillah, saya berkesempatan untuk turut serta dalam kursus pemantapan sahsiah pelajar Tingkatan 3 2010 SHAMS(SMKA SHEIKH ABDUL MALEK,KTRG) 2010 pada 1 Julai hingga 3 Julai yang lepas sebagai salah seorang daripada fasilitator program.

Walaupun sebenarnya, sumbangan saya dalam kursus ini hanyalah ‘habuk atau debu’ sahaja jika ingin dibandingkan dengan teman-teman yang lain.

Kunjungan ke SHAMS kali ini, suka untuk saya namakannya sebagai Episod Sireh Pulang Ke Gagang kerana sudah lama sebenarnya saya tidak ‘beraktiviti’ sejak keluar dari SHAMS 2005, 5 tahun yang lalu.

Mungkin atas sebab tertentu, saya lebih mengambil sikap ‘pasif’ untuk ‘turun’ padang ke SHAMS.Tempat jatuh lagi di kenang, inikan pula sekolah sendiri yang banyak meninggalkan pahit dan manis dalam hidup ini, sudah pasti SHAMS sentiasa dekat di hati.

Saya menyertai kursus ini hanya secara kebetulan sahaja, apabila seorang teman,Saufi mengajak untuk turut serta dalam program ini sebagai fasilitator.Sebut sahaja perkataan fasilitator, saya agak keberatan untuk menyertainya, memandangkan saya tidak berpengalaman menjadi fasilitator sebelum ini.

Fasilitator,kebiasaannya bertindak sebagai pemudah bicara dalam mana-mana program motivasi.Yang lemahnya, saya sebenarnya tidak berapa minat dengan program motivasi.

Sebab itu lah saya tidak suka jadi fasilitator.Saya lebih minat program tarbiah dalam versi yang lain. Untuk memotivasikan seseorang bukannya mudah. Namun setelah diyakinkan oleh Saufi, kerja dan tugasnya mudah, saya memenuhi ajakan Saufi.

Slot yang dikendalikan oleh Fasilitator tertumpu pada aktiviti riadah, muhasabah diri, dan 'konklusi program'.









Program selama tiga hari ini lebih berbentuk pengisian dan ceramah yang disampaikan oleh beberapa orang guru SHAMS:


Ustaz Muhammad Bin Harun-Ustaz Syariah Islamiah yang cara pengajarannya bersahaja, tetapi padat dengan pengajaran.Moga Allah memanjangkan umur ustaz dalam kebajikan,dimurahkan rezeki, diampunkan segala kesalahannya..Allahumma Ameen…



Cikgu Aminah Awang-guru BM yang selalu menyelitkan elemen nasihat dan tazkirah dalam pengajarannya.Moga Allah memanjangkan umur Cikgu dalam kebajikan,dimurahkan rezeki, diampunkan segala kesalahannya..Allahumma Ameen…


Cikgu Abdul Rahman-Cg Man kaunselor SHAMS yang pada zaman saya, bergandingan dengan Almarhumah Ustazah Fatimah Chik memberikan motivasi kecemerlangan kepada warga SHAMS.Sekarang Uban memenuhi kepala Cg Man, agaknya kerana terlalu kerap memikirkan tentang sahsiah pelajar SHAMS.Moga Allah memanjangkan umur Cikgu dalam kebajikan,dimurahkan rezeki, diampunkan segala kesalahannya..Allahumma Ameen…


‘Public Figure’

Ada beberapa orang yang saya boleh gelarkan mereka sebagai ‘public figure’ terlibat dalam menjayakan slot pengisian kali ini.

Ustaz Mustafa Kamal



Saya agak teruja sebenarnya, apabila mendapat tahu kuliah maghrib hari pertama akan disampaikan oleh Ustaz Mustaffa Kamal Bin Hamzah(Alhamdulillah saya telah mengenali ust Mustaffa Kamal sejak beliau mula membaca Kitab Maui’zotul Mukminin di Masjid Ladang).

Ceramah ustaz lebih tertumpu kepada tujuan kehidupan kita di dunia ini.Saya cuba merakam ceramah yang disampaikan oleh ustaz, namun rezeki tidak ada, apabila bateri kamera habis, rakamannya tidak di ‘save’. Moga Allah memanjangkan umur ustaz dalam kebajikan,dimurahkan rezeki, diampunkan segala kesalahannya..Allahumma Ameen…

Ustaz Abdul Alim Zakaria



Sesiapa yang selalu mendengar nasyid kumpulan ‘shoutul amal’ pasti kenal dengan Ustaz Abdul Alim yang ketika itu masih lagi kecil mendendangkan lagu seperti guruku dan lain-lain.Saya sempat berbual dengan ustaz tentang perkembangan ustaz di Akademi Quran (AQ);

‘Balik cuti ke ust,?’Saya membuka topik perbualan.

“Aah cuti,,.”Jawapan ustaz dalam keadaan tersenyum.

“Dah AQ macam mana?”Tanya saya yang kehairanan kenapa ust di Terengganu sedangkan AQ tak habis lagi.

“Seb..seb..Sebenarnya..ana keluar dah,”agak keberatan dan malu-malu ustaz menjawab soalan saya.

“Episod minggu ni ke?,”saya inginkan kepastian.

“Bukan..bukan..episod minggu depan,”

Moga Allah memanjangkan umur ustaz dalam kebajikan,dimurahkan rezeki, diampunkan segala kesalahannya..Allahumma Ameen…


Ustaz Rosdi



Seorang lagi, ialah Ustaz Rosdi(sekarang sudah mengajar di SMAASZA Batu buruk,zaman saya di SHAMS dulu, ustaz mengajar di sebuah sekolah di Besut), suami kepada Ustazah Rokiah Hasan.Secara jujurnya, saya merasakan bahawa Allah memang telah menganugerahkan pasangan ideal suami isteri ini kepada kita untuk mentarbiah generasi Islami.


Sumbangan Ustazah

Sebut sahaja nama Ustazah Rokiah Hasan, pasti semua warga SHAMS kenal, walaupun suaranya begitu lantang dan kuat ketika mengajar Bahasa Arab dan menegur kesalahan pelajar, namun hatinya baik dan ikhlas.

Ketegasannya itu tidak sedikit pun menjauhkan pelajar daripadanya, sebaliknya beliau terus dihormati dan disegani oleh semua pelajar SHAMS.

Teringat pula, kenangan mendapat didikan langsung daripada ustazah ketika kami ‘exco Badan Pengawas Disiplin Sekolah(BPDS) merancang untuk mengubah bentuk ‘usrah’ BPDS yang terasa begitu kaku dan lemah tidak bermaya ketika itu.

Idea ustazah untuk mengadakan ‘diskusi buku’ telah mula mengubah suasana ‘usrah BPDS’.Walhasilnya, sebuah kitab arab kecil nipis(tajuknya saya dah tak ingat..’Jilul Jadid kalau tak silap) berjaya ‘dibedah oleh tiga orang pendiskusi Ustazah Rokiah Hasan sendiri,Ustazah Hamidah, dan Ustaz Aribah Awang.Selepas daripada itu, Usrah BPDS terus mendapat kelainan.

Kalau sebelum itu, usrah lebih tertumpu kepada pengisian daripada exco ataupun senior BDPS dan perbincangan isu berbangkit dan masalah yang berlaku dalam sekolah, tetapi tidak sekarang.Usrah telah bertukar menjadi majlis ilmu yang disampaikan daripada ustaz dan ustazah di SHAMS.

Satu jadual khusus telah dibuat dengan ustaz-ustazah mengikut ‘turn’ masing-masing untuk membincangkan tajuk-tajuk yang telah ditetapkan.Alhamdulillah pembaharuan ini berjaya dilakukan, walaupun adalah beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Moga Allah memanjangkan umur ustazah dalam kebajikan,dimurahkan rezeki, diampunkan segala kesalahannya..Allahumma Ameen…

Ustaz Rosdi

Gaya ceramah Ustaz Rosdi yang begitu bersemangat dan ‘energetik’ menyebabkan semua ‘adik-adik’ menumpukan sepenuh perhatian kepada ceramahnya.Intonasi ustaz Rosdi memang tidak berubah sejak daripada dulu lagi.

Suara dan ‘style’ ceramahnya masih sama.Jujur saya katakan, mendengar sahaja ceramah ustaz, saya bermotivasi untuk melakukan sesuatu untuk Islam dan bersemangat hidup untuk Islam.

Teringat pula kenangan program bersama ust ketika di SHAMS dulu, kalau tidak silap pada tahun 2004, apabila ustaz turut menjayakan program pemantapan sahsiah pelajar juga(kalau tidak silap pelajar ‘Form 2’).

Moga Allah memanjangkan umur ustaz dalam kebajikan,dimurahkan rezeki, diampunkan segala kesalahannya..Allahumma Ameen…

AKHIRNYA

Banyak yang saya belajar perkara baru dalam kursus ini, terutamanya aktiviti riadah dan modul-modul pengisian yang digunakan.Terima kasih diucapkan kepada teman, saya banyak belajar daripada kehebatan kamu semua.InsyaAllah, ilmu yang dikutip sepanjang program ini, saya akan ‘apply’ jika diberikan kekuatan untuk menjadi fasilitator dalam program yang lain…

Baca Seterusnya...

Isunya di sini:



Sebenarnya teater sebegini memang tidak ‘lulus syarak’ dan bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya kita sebagai ‘orang timur’.Memang benar begitu banyak filem atau teater lain yang turut memaparkan adegan sebegini.

Kesemuanya mungkar yang harus dicegah dan dihalang.Namun entry ini hanya ingin memperbetulkan ketidak fahaman mereka tentang erti pengorbanan, sifat malu dan lain-lain, melalui komen yang telah dilontarkan oleh mereka sendiri apabila ditanya tentang adegan 'peluk' dalam teater tersebut.


1-PELAKON Misha Omar menganggap aksi mesra dengan pelakon, Razali Hussain dalam pementasan teater muzikal Uda dan Dara tidak akan mengundang reaksi negatif para penonton.

Komen:(Bolehkah manusia hanya memikirkan reaksi atau pandangan negatif daripada manusia sahaja terhadap sesuatu kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh mereka.Bagaimana pula dengan ‘reaksi Allah’ atau pun pandangan Allah yang sepatutnya didahulukan daripada pandangan manusia-manusia yang lain.Sepatutnya sebelum melakukan sesuatu perkara kita harus bertanya kepada diri kita sendiri:Apakah perbuatan yang aku lakukan kita dibenarkan oleh Allah ataupun tidak?)


2-Misha yang memegang watak Dara dalam teater muzikal itu berkata, dia perlu menghilangkan rasa kekok dipeluk dan didukung Razali untuk menjiwai watak tersebut.

Komen:(Adakah kita sanggup menghilangkan rasa ‘kekok’ demi menjayakan sesuatu watak atau adegan yang tidak dibenarkan syarak.Nikmat dikurniakan sikap‘tidak biasa dengan maksiat’ tidak sepatutnya disia-siakan untuk membiasakan diri dengan maksiat yang seterusnya menyebabkan kita tenggelam dalam dosa dan noda.Moga Allah menjauhkan kita semua daripada perkara ini)


3- Dalam pementasan itu Razali memegang watak uda.
"Saya rasa peminat lebih memahami apa itu realiti dan lakonan. Kalau kemesraan yang anda lihat di pentas itu adalah kemesraan antara Uda dan Dara yang diterjemahkan menerusi Razali dan Misha, ia adalah sesuatu yang bagus.
"Macam mana kita nak hidupkan satu-satu watak sekiranya dalam lakonan itu kami tidak dapat menghidupkan watak cinta dengan baik," katanya kepada pemberita sejurus selesai pementasan Uda dan Dara, Isnin.

Komen:(Oleh kerana daripada awal lagi teater ini tidak ‘lulus syarak’, maka komen ini seakan-akan kena pada tempatnya.Namun yang salah tetap salah walau dalam apa bentuk sekali pun.Cinta kekadang boleh dizahirkan dalam banyak bentuk dan tidak hanya tertumpu pada belaian dan adegan ‘bermanja’.


4-Misha yang cukup dikenali menerusi lagu popular beliau, Bunga-bunga Cinta diminta mengulas sama ada aksi-aksinya berpeluk bersama Razali mungkin mengundang kemarahan para peminatnya.

Komen:(Sepatutnya jika sudah diketahui perbuatan yang ingin dilakukan silap, mengapa masih lagi ingin melakukannya.)



5- Dalam pementasan itu, Misha dan Razali mampu melakonkan watak mereka dengan baik termasuklah saling berpelukan malah dalam satu situasi, Razali mendukung Misha.
Apa pun, Misha berharap peminat memahami dipersembahkannya adalah untuk tatapan penonton dan ia merupakan satu tuntutan.
"Sebenarnya setiap babak yang dilakonkan itu memerlukan pengorbanan daripada saya. Saya kena merelakan diri melakukan begitu bagi menjiwai watak Dara.

Komen:(Apakah dengan menggadaikan maruah itu boleh dianggap sebagai satu pengorbanan. Sudah semestinya tidak dan ianya menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenarnya Tiada erti sebuah ‘pengorbanan’ dalam melakukan sesuatu maksiat..)


6- "Kalau di luar, tak berani saya nak buat macam itu," katanya sambil menyifatkan Uda dan Dara ialah Romeo dan Juliet bagi masyarakat Melayu.
Tanpa kemesraan antara Uda dan Dara, jelas Misha, teater itu tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.

Komen:(Tidakkah sama di pentas dan di luar pentas, aksi atau adegan sebegini ‘still’ tidak boleh dilakukan bersama oleh mereka yang tidak mempunyai ikatan yang sah.)


7- Sementara itu, Razali ketika diminta mengulas mengenai aksi itu berkata dia tidak berasa segan kerana cuma memberi fokus kepada watak yang dibawanya.
"Bila perasaan itu hadir (sewaktu pementasan), tak rasalah apa-apa," katanya.

Komen:(Dimanakah lagi kebaikan seseorang individu apabila sifat malu sudah hilang daripada dirinya.Sanggup melakukan apa sahaja untuk menjayakan sesuatu perkara walaupun telah nyata ianya bercanggah dengan syarak.Mari renungkan hadis Rasulullah SAW: Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu.(kitab Hadith 40 puluh An-nawawi).


Kesimpulannya:
Sifat malu yang bertempat merupakan benteng yang paling ampuh bagi mengelakkan manusia daripada membuat dosa,berbangga dengan dosa yang telah dilakukan, dan mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap dosa yang mereka lakukan.

Uda dan Dara-Malu lah dengan kita dengan dosa....
Baca Seterusnya...

Bersempena dengan musim siswa-siswi mendaftarkan diri di institusi pengajian tinggi(IPT) dalam negara kali ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua untuk menjauhi sebarang bentuk pinjaman pelajaran yang tidak syarie, berbentuk ribawi, dan ada padanya syubhah.

Sememangnya kita tidak dapat menafikan lagi bahawa pembelajaran di peringkat IPT bukannya percuma, malah banyak wang yang diperlukan bagi menampung kehidupan di kampus seperti yuran pengajian, kos buku, kos sara hidup, dan lain-lain lagi.

Adat kata, mereka yang tidak berkemampuan, memang tidak dapat menjejakkan kaki ke IPT.Namun, terdapat pelbagai institusi yang boleh membantu menyelesaikan ‘masalah ini’ dengan menawarkan pinjaman untuk sepanjang tempoh pengajian di IPT.Ini membolehkan siswa dan siswi ke IPT.Beban yang ditanggung oleh mereka yang layak ke menara gading menjadi ringan.

Sama ada kita sedar ataupun tidak, pelbagai institusi ini akan mengenakan pinjaman yang berbeza bentuk dan sistemnya.Lain institusi lain pula sistemnya, sama ada sistem itu syarie ,patuh syariah ataupun tidak.

Sistem yang tidak patuh kepada syariah, ringkasnya ialah:

1-Sistem di mana mereka mengenakan riba(Pinjam RM10 dibayar pada waktu pembayaran dengan RM15) terhadap jumlah asal yang dipinjam.

2-Setiap perkhidmatan akan ada kos yang digunakan untuk menyempurnakan proses permohonan dan kelulusan pinjaman tersebut.Kos ini dinamakan kos perkhidmatan.Sistem yang patuh syariah ialah sistem yang menggunakan kos yang sebenarnya dan bukannya berdasarkan peratus yang telah ditetapkan daripada awal, yang mungkin lebih daripada kos yang sebenar.

Maklumat tentangnya boleh dibaca di sini:


http://www.zaharuddin.net/content/view/531/93/

Penting sebenarnya bagi siswa-siswi mengetahui akan perkara ini.Bagi saya ianya melibatkan masa depan siswa-siswi.Ianya bukannya isu sampingan, tetapi merupakan isu pokok yang perlu difahami oleh setiap mahasiswa dan mahasiswi.

Walaupun sebenarnya isu ini masih lagi diperbincangkan dan tidak ada persepakatan di kalangan ‘scholar’ di Malaysia.

Maklumat tentangnya boleh dibaca di sini:

http://www.zaharudddin.net/content/view/859/72/

Namun mengambil sikap berhati-hati dan berwaspada amatlah baik dalam hal ini.Lagipun,ruang untuk mendapatkan biasiswa sedia terhidang untuk kita semua.Mengapa hendak dilepaskan peluang keemasan yang ada di depan mata kita semua.

ALTERNATIFNYA:

Alternatif dalam hal yang syubhah atau masih tidak ada persepakatan ini, saya mengesyorkan pilihan ini kepada semua:

http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/pidn/index.php?menu=1

Saya kira inilah alternatif yang termudah yang boleh dimohon oleh semua yang layak.Temuduga tidak diadakan,dan kelulusan permohonan bergantung kepada ‘cukup syarat ataupun tidak’. Cuma kita perlu kepada sedikit usaha atau usaha luar biasa bagi memastikan syarat yang diletakkan berjaya kita penuhi.

Sebenarnya banyak lagi alternatif lain yang boleh diusahakan seperti zakat, dan biasiswa daripada institusi yang lain.Tetapi jika ditanya saya biasiswa yang mana pilihan saya, inilah jawapannya.Tambahan pula, bagi pelajar pengajian Islam sukar sebenarnya untuk mencari institusi yang lain, yang menawarkan biasiswa kepada pelajar pengajian Islam seperti saya.

CERITA SAYA.

Memang sukar sebenarnya untuk mendapatkan biasiswa oleh mana-mana pihak.Syarat yang dikenakan cukup ketat, terutamanya ‘pointer’ yang layak memohon mestilah 3.3 @ke atas.

Sejak mula mendaftarkan diri di Matrikulasi UIA(sekarang Pusat Asasi UIA), saya mula berazam untuk bebas daripada cengkaman pinjaman pelajaran yang tidak syarie.Jalan dan likunya bukannya mudah.Segala-galanya, saya korbankan dalam usaha mendapatkan biasiswa.

Saya sebenarnya mempunyai tabiat yang agak pelik, saya tidak mampu untuk melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa.Jika saya melakukan kerja A sebagai contohnya, saya akan terus komited dan bersemangat sehingga lupa dan mengabaikan kerja B yang dalam masa yang sama juga amat penting.Kalau saya sudah terlibat dalam sesuatu program, saya lupa untuk ‘study’ bagi ‘exam’ yang akan datang.

Ketika di Tingkatan 5 dulu, inilah tabiat pelik saya apabila terlalu memikirkan segala-galanya tentang ‘Pengawas’,menyebabkan keputusan SPM 2005 saya hanya baik sahaja dan terendah berbanding teman-teman sekelas yang lain.Faktor tidak minat dengan aliran sains juga menyebabkan saya tidak begitu fokus dengan apa yang dipelajari, ditambah pula dengan tabiat pelik saya tadi.

Masuk ‘Matrik’, saya memang mengakui kelemahan saya dengan tabiat pelik ini.Saya berazam untuk belajar daripada kesilapan yang lalu.Saya mengatakan kepada diri sendiri,

“Kalau nak biasiswa ini, kenalah ‘puasa’ daripada terlibat dengan sebarang aktiviti yang tidak berkenaan.”Minda, saya asak dengan mentaliti sebegitu.

Atas sebab inilah, saya menolak jawatan dalam ‘mainboard’ Kelab PERKIM Matrik UIA suatu ketika dahulu.Berpeluh juga sebenarnya mencari alas an bagi menyakinkan ‘senior’ tersebut yang saya sebenarnya tidak layak dengan jawatan tersebut.Akhirnya dia akur dan menghormati pendirian saya.Maafkan lah saya wahai ‘senior’.

Alhamdulillah, saya mampu untuk mengekalkan ‘pointer’(layak untuk ‘apply biasiswa’) saya hingga ke akhir semester di Matrik UIA.Walaupun jauh di sudut hati, saya agak cemburu dengan penglibatan teman-teman dalam banyak proram dan kegiatan di Matrik UIA.Beberapa agenda dakwah terpaksa saya tinggalkan sehingga ada juga teman yang ‘memerli’ saya.

“Jangan tengok sahaja,ubahlah,”Kata dia yang menginginkan saya turun padang ke tengah lapangan masyarakat kerana melihat saya ‘berkurung’ di bilik sahaja untuk menelaah buku.

Saya hanya mampu sabar, dan saya yakin jalan yang saya tempuh ini betul.Walau apa pun yang dikatakan, mereka sebenarnya tidak mengetahui apa yang saya rasa.

Alternatif Lain

Memang pilihan utama saya ‘biasiswa JPA’, tetapi dalam masa yang sama saya juga terpaksa membuat ‘back up plan’.Manalah tahu, permohonan ditolak dan saya tidak layak untuk mendapat biasiswa JPA.

MAIWP

Untuk itu, saya dan beberapa orang teman pergi sendiri ke Bangunan Majlis Agama Islam Wilayah persekutuan di Kampung Baru untuk memohon biasiswa tajaan MAIWP.Malangnya, kami tidak layak.

“Biasiswa ini hanya untuk mereka yang lahir di Wilayah sahaja,”Kata pegawai di kaunter.

“Tapi iklan dalam Surat khabar tulis,terbuka kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia,”Kami cuba ‘argue’.

“Ooo..itu dulu, sekarang kami dah ubah syarat,”Jawapan yang mengecewakan kami.
Kami meninggalkan bangunan MAIWP dengan perasaan kecewa.

MARA

Pinjaman boleh ubah ditawarkan oleh MARA.Seorang teman menelefon pejabat MARA untuk bertanya serba sedikit ‘info’ tentang pinjaman tersebut.Jawapan pihak MARA juga mengecewakan kami.

“Kami hanya menawarkan pinjaman boleh ubah ini kepada pelajar Ijazah Institusi pelajaran MARA dan pengajian peringkat master,”Untungnya mereka yang belajar di institusi MARA.

Tiada apa yang boleh saya lakukan lagi selepas itu,melainkan menadah tangan, berdoa agar Allah meluluskan permohonan biasiswa JPA saya.

Semester pertama di UIA Gombak, Alhamdulillah saya menggunakan duit bulanan pemberian mak dan ayah.Pengorbanan mereka, saya amat hargainya.

Alhamdulillah,akhirnya permohonan biasiswa saya diluluskan, dan duit dimasukkan pada semester kedua saya di UIA Gombak…

Biasiswa..Ooo..Biasiswa..Silalah Mohon.. Baca Seterusnya...


Generasi hebat merupakan tajuk sebuah lagu yang dinyayikan oleh sekumpulan remaja.Mereka dilahirkan daripada rancangan realiti TV yang rencam.’status’ program ini memang tidak mendapat sijil halal.

Secara kasar atau zahirnya, saya merasakan seni kata dan lirik lagu ini amat baik dan tidak ada salahnya.Terlalu banyak perkara positif yang cuba ingin disampaikan melalui mesej lagu ini kepada para pendengar.

Namun persoalan yang timbul di sini apakah gambaran sebenar ‘generasi hebat’ yang ingin diketengahkan oleh pengubah lirik dan lagu ini.

Mungkin video klipnya boleh menceritakan segala-galanya tentang tafsiran sebenar maksud ‘generasi hebat’ yang difahami oleh mereka yang terlibat dalam menghasilkan lagu ini.

Melihat kepada video klip lagu ini.Kalau begitulah tafsiran dan fahaman mereka, mereka benar-benar silap.Tidak ada manfaat daripada sebuah lirik yang ‘positif’ tetapi cuba disampaikan mesejnya dalam bentuk sebegitu.Jelas sekali tafsirannya jauh menyimpang daripada petunjuk Allah dan Rasul.

GAMBARAN SEBENAR

Sebenarnya Rasulullah pernah memberitahu kepada kita semua akan perihal sebenar generasi hebat dalam sebuah hadisnya:

Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. Imran berkata: Saya tidak ingat sama ada (Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) menyebut 2 atau 3 kurun selepasnya.(Riwayat Bukhari).

Jelas daripada hadis ini bahawa generasi hebat itu ialah generasi 3 kurun pertama dalam tahun hijrah.Mereka ialah generasi sahabat nabi, tabiin, tabi’ tabiin(pengikut tabiin), sebaik-baik generasi yang tidak ‘patah tumbuh hilang berganti’.Di mana akan kita mencari pengganti kepada sebuah generasi hebat yang diakui Rasulullah SAW ini.

Apa yang memungkinkan generasi selepas 3 generasi hebat ini untuk turut sama menjadi hebat ialah hanya dengan mengikut jejak langkah mereka, cara hidup mereka di dalam semua aspek kehidupan.

Kita sebenarnya perlu mengkaji dan mendedahkan kepada generasi kita yang ada pada hari ini dengan sejarah keunggulan generasi hebat ini.

Basahkan bibir kita dengan menyebut -nyebut nama mereka dan ‘perturunkan dan wariskan’ kepada generasi kita bukti dan cerita menarik yang begitu banyak yang telah dilakar oleh generasi hebat ini.

Kita tidak menafikan bahawa zaman mereka amat berbeza sekali dengan zaman kita. Generasi kita sekarang hidup di zaman sudah ada yang ke ‘Angkasa raya’, segala maklumat ada di hujung jari, dan segala-galanya serba canggih.

PANDANG KE HADAPAN

Menoleh ke belakang untuk berada pada zaman mereka bukan langkah yang digemari oleh banyak pihak.Hakikatnya kita menginginkan ‘cara dan nilai kehidupan mereka’ diterjemahkan dalam kehidupan seharian generasi kita yang ada.Apa kata, mari kita belajar daripada mereka,generasi hebat yang sebenarnya.

“Oh Tuhan, indahnya kehidupan jika ianya menjadi kenyataan,”.

Teramat baik jika kita mengingatkan generasi yang ada pada hari ini dengan sebahagian arahan Rasulullah SAW yang membolehkan mereka mengembalikan semula ‘realiti generasi hebat ini’ pada hari ini.

"Sesungguhnya orang-orang yang masih hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah itu )……(Riwayat Abu daud dan Tirmizi)."

Generasi Hebat-Merekalah Juara sebenarnya..
Baca Seterusnya...

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga menghadirkan diri ke walimatul urus saudara Mawardi dan isteri Balqis, di Chenderung Balai(CB), Teluk Intan.Walaupun sebenarnya ada beberapa halangan atau ujian (tidak sehebat dan sebesar mana pun dengan ujian mereka yang lain) yang menyebabkan perjalanan ke rumah pengantin hampir tidak menjadi kenyataan.

SEMINGGU SEBELUM

Seminggu sebelum walimah saya mendapat kad jemputan secara langsung daripada tangan saudara Mawardi ketika kami secara kebetulan berjumpa di Bangunan IRK(Islamic Revealed Knowledge-Ilmu Wahyu) usai solai Jumaat di Masjid UIAM.

Keluar daripada kawasan ‘parking’ ‘motor’, saya terpandang saudara Mawardi yang seolah-olah mengisyaratkan sesuatu ke arah saya.Saya tidak begitu ‘hiraukannya sangat’ dengan sangkaan, mungkin dia mencari orang lain.

Keadaan yang sesak menyebabkan semua ‘motor’ terpaksa ‘beratur’ untuk keluar.Saya pula sedang menunggu seorang teman untuk balik bersama.Tiba-tiba terdengar suara dari belakang memanggil:

“Izzuddin,Izzuddin,”

Saya berpaling ke belakang.Memang sah suara Mawardi, dan saya terus meluru ke arahnya.Sekeping kad walimah yang bersampul putih dihulurkan tanda jemputan undangan datang.Satu 6hb di Perak dan satu lagi 16hb di Terengganu.

“12hb? exam lagi, mungkin tak dapat pergi lah,”saya berterus terang.

“Kalau nak balik Terengganu sama dengan ana, kereta ana kosong,”alternatif yang diberikan untuk hadir kenduri di Terengganu.

“Perak tu, dalam 2 jam setengah sampai lah,”Dia memberikan ‘isyarat’ yang ke Perak lebih dekat.

Selepas bersalam, saya meninggalkan Mawardi dengan semangat untuk ke Teluk Intan.Mengikut resmi ayah, kalau dijemput sendiri oleh tuan punya majlis, ‘jawabnya’ memang kena pergi.

BEBERAPA BULAN YANG LALU

Jujurnya saya berasa bersalah sebelum ini tidak hadir, apabila dijemput sendiri oleh Mawardi ke majlis akad nikahnya di Perak beberapa bulan yang lalu.

Usai satu kelas ‘Ijtihad wa Ifta(Ijtihad dan fatwa),

“Ana nak jemput anta, akad nikah ana,” Mawardi bersuara.

“Kat mana?Gong badak ke?,”saya bertanya dengan selambanya.Gong Badak,Terengganu ialah lokasi rumah Mawardi.Saya tidak menyangka dan tidak mengetahui yang Mawardi nak berkahwin dengan Orang Perak.

“Tak,Perak.Kalau nak pergi, ana nak sewa rumah,”Beria-ria ajakan Mawardi.

“Kalau Perak, tak pergi kot,”Saya tanpa berfikir panjang ‘mengundurkan diri’.

“Ok, tak apa lah,”Mawardi menerima ‘pengunduran’ saya.

Kekesalan ini, saya ubati dengan menghadiahkan 2 buah buku Ustaz Hasrizal ‘Aku Terima Nikahnya’ dan ‘Bercinta Sampai Syurga’ kepada Mawardi sebagai ucapan tahniah atas pernikahan dia dan Balqis.

MEMANG NAK PERGI

Dua hari selepas itu, ahad, saya menghantar ‘mesej’ kepada Mawardi bertanyakan kos minyak dan tol untuk ke Chenderung Balai.

“Myvi minyak dan Tol dari UIA ke Chenderung Balai berapa?,”Myvi pilihan pertama saya untuk ke sana.

“Rm20-30 sekali pergi,”Anggaran Mawardi

“Tol plak, RM19.30,”jumlah yang tepat berbanding dengan minyak tadi.

“Pergi dan balik ke,?”saya inginkan kepastian.

“Gi sj. :)” balas Mawardi dengan senyuman di sana.

Senyuman Mawardi pada mesejnya saya balas dengan hati yang ‘berbunga’ untuk ke CB.

ANTARA DOA DAN HARAPAN

Pada awalnya, saya menjangkakan boleh ke CB dengan Myvi yang dipinjam dari seorang ‘sister’ senior IRK, memandangkan sebelum ini mudah sahaja ‘urusan pinjamannya’.Namun untuk kali ini, urusannya menjadi sedikit ‘rumit’ memandangkan CB jauh dari UIA.Harapan hanya tinggal harapan dan saya memahami situasi ‘sister’ itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Saya menadah tangan berdoa dan menggunakan waktu sujud untuk memohon supaya hajat ke CB tercapai jua hendaknya.

“Ya Allah, sampaikan jugak aku ke rumah Mawardi.,”sebahagian doa saya.

Doa,doa juga,tetapi usaha kena teruskan juga mencari kereta untuk ke CB.Dengan masa yang semakin suntuk dan tidak menentu, saya bercadang untuk menyewa kereta yang ada dalam UIA sebagai ‘back up’ plan.

Saya ‘deal’ dengan 4 orang tuan empunya kereta, dan rata-ratanya meletakkan harga RM70 untuk setengah hari, belum masuk minyak dan tol lagi.Jika dicampur semuanya, memang kosnya agak tinggi.

Jika begini keadaannya, saya merasakan mustahil untuk ke CB.

“Nampak gayanya, doa aku tidak dimakbulkan kali ini,”Saya bermonolog sendirian.

Saya berasa resah lagi apabila Mawardi menghantar jemputan melalui SMS pula kali ini:

“Salam.Dijemput datang ke walimah urus saya,Mawardi & Balqis.6 Jun d Perak, 12jun d k.tganu.Peta perak http://amawardee.com/mapbalqis.jpg. Peta k.tganu http://amawardee.com/mapmawardi.jpg. Semoga khadiran anda akan memeriahkan lg majlis.”

Tetapi saya tetap berusaha mencari kereta kerana jauh di sudut hati ini, saya nak ‘jugak’ sampai ke CB.

Saya cuba ‘mesej’ beberapa orang teman IRK yang sama ‘batch’ Mawardi.Manalah tahu ‘kot-kot’ mereka nak ke CB juga.2 orang mengundurkan diri untuk ke sana sementara seorang lagi lambat membalas mesej saya.

“Salam.Sape batch ko yang g kenduri Mawardi?,”bunyi mesej saya.

“Ws, ko g ngn sape?,” mesej saya tadi akhirnya dijawab walaupun lambat.

“Aku cadang nak g dengan>>>>,>>>>,>>>>.tapi kete tak da,”Saya cuba meraih simpati

“Erm..oo..aku xcnfirm lagi.. nati aku bgtau,”Dia pula yang tidak pasti lagi

“Ko kalu g,g dgn moto ke?,”saya cuba mencerahkan keadaan.

“Kete la..tp kne tong2 tol ngn mnyk la..huhu,”jawabnya sambil menguntum ‘senyuman maya’.

“Kalu minyak n tol..aku support..,”Saya cuba memberikan sokongan.

“Nak g prk ke ganu.?”Dua jamuan yangmenyebabkan dia menginginkan sebuah kesahihan.

“Ganu aku ada exam.”Alasan saya

“Oo..ok..esok kte g..InsyaAllah”.Saya gembira bukan kepalang mendengarnya.

“Iswara dengan Myvi minyak sama ke,?”tanya saya untuk rancang ‘badget’.

“Aku bwk Honda,”Kereta lain pula yang akan digunakan.

“Aku support RM100 je, yang lbh kena collect lah,”Saya mengangkat tangan menyerah diri takut-takut budget lari.

“Ok2,Honda jimat,”Dia cuba menenangkan keadaan.


Alhamdulillah akhirnya doa saya dimakbulkan juga, lebih manis lagi, apabila kereta lain yang diminta, kereta lain yang jauh lebih ‘istimewa’ dibagi-Nya.Bermula dengan Myvi,kemudiannya Iswara,Viva,dan akhir sekali Honda.Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah.


SUPPORT,MEMBERI AKAN DAPAT HASILNYA.

Alhamdulillah, dengan izinNya saya dapat ‘support’ sbhgn besar ‘safar’ kali ini pertamanya rancangan hanya untuk ke CB, tetapi ‘lajak’ sampai ke ‘Ipoh’.

Jumlahnya agak besar, ditambah lagi berada di hujung ‘short sem’.Tetapi kerana saya begitu teruja untuk ke CB, saya hulurkan segala-galanya untuk memberi.

Beraqidah lah bahawa setiap apa yang dibelanjakan untuk sesuatu perkara yang baik, pasti akan ada sesuatu yang menanti si pemberi sama ad di ‘sini’ atau ‘di sana’.

Apatah lagi apa yang ada digunakan untuk menyahut seruan nabi kita:

“Jika salah seorang dari kamu diundang menghadiri acara walimah, maka datangilah!”(hadith riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain).

LAJAK SAMPAI IPOH.

Ketika dalam perjalanan pulang dari kenduri, semua ‘ahli kourum’ sepakat untuk ‘singgah’ sebentar rumah seorang teman di Ipoh.

Kami sampai lebih kurang pukul 5 petang,dan solat jama taakhir di sana.Rezeki kami cukup murah pada petang itu, apabila kami dijamu dengan Mee Hailam oleh tuan rumah yang ternyata ramah dan mesra.Sebelum itu kami dihidangkan kuih-muih dan secangkir teh panas.

Terima kasih diucapkan kepada tuan rumah atas semua layanan yang diberikan.Kehadiran kami mudah-mudahan membawa berkat dan pahala kepada tuan rumah sekeluarga.

Memulakan perjalanan pulang pukul 7.00 petang dan Alhamdulillah selamat sampai di UIA pukul 10.40 malam dengan ucapan Aaibun Taaibun li Rabbina Hamidun.

Walimah Mawardi –Sesungguhnya aku Menghargai Nilai sebuah kehidupan.

Ku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik,

Ku menulis hanya untuk memberitahu diri ini dan kamu supaya menjadi baik.

Baca Seterusnya...

Sumber:MStar Online
12 Sukarelawan Malaysia Dibebaskan, Kini Di Jordan

Oleh MUIN ABDUL MAJID

DUBAI: Seramai 12 sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang Israel kini selamat dan sedang dalam perjalanan melalui darat ke Amman, Jordan.

Rombongan itu diiringi Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz and pegawai kedutaan yang lain.

Sebelum itu, rakyat Malaysia telah melepasi sempadan Jordan.

"Kesemua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik," kata duta itu kepada BERNAMA apabila dihubungi dari Dubai. Katanya kesemua sukarelawan hanya sehelai sepinggang dan tidak mempunyai pasport.

Kesemua 12 rakyat Malaysia itu adalah antara mereka yang ditahan oleh tentera Israel yang menyerbu kapal Mavi Marmara sebuah kapal Turki iaitu salah sebuah daripada armada kecil kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza pada Isnin.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijangka tiba di Amman hari ini.

Abdul Malek berkata Kementerian Luar Malaysia dan pihak kedutaan akan menyediakan semua persiapan bagi memudahkan sukarelawan itu pulang ke Malaysia.

Salah seorang daripada mereka, Noor Azman Muhamad Samsuddin memberitahu, serangan yang dilakukan pada awal pagi oleh tentera komando Israel adalah pengalaman yang mengerikan.

Katanya sebahagian besar penumpang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, yang telah disekat Israel sepanjang tiga tahun yang lepas, tidak menyangka akan menerima tentangan dari tentera Israel sewaktu insiden maut tersebut.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam serangan itu, menyebabkan Israel dikutuk di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Menurut Noor Azman, dua sukarelawan Indonesia juga tercedera dalam serangan tersebut.
-M Star-


SYUKUR KITA

Kita mengucapkan syukur kepada Allah, sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam konvoi kemanusiaan LL4G masih hidup dan selamat.Walaupun jauh di sudut hati mereka, mungkin ada yang mendambakan syahid dalam misi kemanusiaan kali ini.

Cuba kita renungkan ucapan mereka ini:

Sumber:LL4G


Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

Demikian antara amanat yang ditinggalkan oleh Ketua misi konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin yang akan berangkat ke Turki pada 19hb Mei nanti. Amanat tersebut dibuat selepas senarai peserta konvoi dari Malaysia diumumkan.

Peserta konvoi dipilih dan disaring oleh penganjur utama projek, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang berpusat di Turki. Seramai 6 orang sukarelawan dan 4 orang wakil media dari Malaysia akan menyertai konvoi kapal antarabangsa bersama-sama dengan lebih daripada 600 orang peserta dari puluhan negara.

“Saya bagi pihak peserta yang lain menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada apa-apa kesalahan, kesilapan yang dilakukan sebelum ini.


Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami, bantulah keluarga kami.”

“Semoga Allah terima semua amalan kita.”

“Ya Allah! Kuatkanlah hati-hati kami atas jalanMU.”

Beliau juga meninggalkan pesan kepada seluruh warga yang prihatin dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin agar terus berjuang tanpa henti. Begitu juga kepada semua yang cakna dengan masa depan umat agar mempertingkatkan usaha dakwah kepada masyarakat dan memantapkan usaha tarbiyah bermula dengan diri dan ahli keluarga dan seterusnya anggota masyarakat.

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

“Jangan biarkan darah yang gugur di bumi Al-Aqsa menjadi hujah menentang kita di hadapan Allah atas kelalaian, kemalasan dan kejumudan amalan-amalan kita.”
“Ya Allah! Bantulah kami”

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijangka akan bertolak dari Istanbul ke Antolia (Antalya) pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian. -ihhh... -LL4G-

TAKDIR ALLAH

Namun takdir ketentuan Allah itu tersangatlah baik.

Dalam masa yang sama, kita menangisi dan berdukacita terhadap pemergian mereka yang gugur terkorban dalam misi kemanusiaan kali ini.

Semoga mereka adalah termasuk di kalangan mereka ini:

Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),
supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan menyiksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(surah Al-Ahzab ayat: 21,22,23).

Bagi yang terselamat, semoga mereka semua selamat sampai ke Malaysia InsyaAllah.Selepas ini, diharapkan banyak program-program atau ceramah ‘perkongsian pengalaman mereka ini’ akan diadakan di mana-mana bagi menyuntik dan menyuburkan semangat kita semua supaya lebih prihatin terhadap isu saudara seagama di Palestin.

Lebih baik lagi, jika pengalaman mereka ditulis dan dibukukan bagi bacaan dan tatapan semua generasi kita.

Moga dengan usaha ini generasi kita mengetahui bahawa Negara ini, tanah tumpah mereka ini bukan sahaja mempunyai mereka yang boleh mendaki puncak tertinggi dunia, Everest, menjejakkan kaki ke kutub utara dan selatan, mengelilingi dunia dengan basikal, tetapi lebih manis lagi, Negara ini mempunyai wira-wira yang mampu menawan puncak ‘keegoan dan keangkuhan’ tentera Zionis yang paling kejam dalam dunia.

Saya sangat bersetuju dengan cadangan Ust Maszlee Malik, supaya mereka ini diberikan anugerah gelaran Dato’ atas semangat dan keberanian yang telah ditunjukkan.Tahniah ke atas mereka semua, walaupun misi kali ini kelihatan gagal untuk menyampaikan sumbangan, tetapi ianya tetap memberikan ‘pukulan maut’ kepada Israel dan membuka mata dan telinga masyarakat dunia tentang siapa sebenarnya Israel..

Tahniah Wahai Perwiraku...


Baca Seterusnya...

Balik dari kelas petang semalam, lebih kurang pukul 4.25 petang, satu mesej yang masuk ke peti ‘inbox’ hanset saya.Mesej yang meluruhkan hati itu berbunyi begini:

“Salam.Pls 4ward sms ini asap kpd sramai kwn yg ada.!-Dr ketua misi LL4G-Malaysia, Tn. Hj Noorazman: Kami sdg berada di pengairan Gaza, dlm jam 4.30ptg (waktu M’sia) kami akan berdepan dgn kapal Israel.Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah utk mnjga kslmtn kapal konvoi.Dijgkakan komando Israel akn turun ke kpl melalui helicopter dan cuba merampas kpl konvoi tersebut.Mohon doa n solat hajat dr semua muslim.Takbir! ”.

Mesej ini mungkin betul, mungkin juga salah, tetapi bagi mereka yang mengikuti perkembangan berita konvoi kemanusiaan LL4G, keberangkalian mesej ini benar adalah tinggi.

Sesiapa sahaja yang mendapat mesej ini, pasti akan marah.Dengan perasaan yang amat marah dan emosi yang tidak stabil, saya ‘forward’kan mesej ini kepada beberapa teman untuk berkongsi tentang perkembangan terkini yang berlaku ke atas konvoi ini.

Beberapa minit kemudian, seorang teman membalas mesej saya tadi:

“Terkini- 16 syahid, 50 cedera, nasib relawan Malaysia msih x dketahui..kapal y dinaiki mreka sudah drampas dan dibawa ke wilayah Israel.”

TIADA KEMANUSIAAN

Saya berfikir, kalau benarlah mesej ini, ternyata bangsa Yahudi zionis merupakan bangsa memang tiada perikemanusiaan langsung.Apa jenis manusia Yahudi ini.Jiwa dan naluri mereka kosong daripada nilai kemanusiaan, bahkan mereka sebenarnya memang tiada perasaan kemanusiaan walau sekelumit pun.

Konvoi kemanusiaan LL4G yang datang dengan perasaan penuh harapan untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa kekejaman Yahudi zionis,dalam suasana yang harmoni, dipaksa berpatah balik jika menginginkan sesuatu yang buruk tidak berlaku.

Maha suci Allah, yang menguatkan iman peserta konvoi ini.Mereka tidak berganjak daripada seribu langkah yang telah dimulakan.Bahkan sejak daripada awal lagi mereka telah mengetahui semua risiko yang bakal hadapi.

Ironinya,apabila berdepan dengan isu ini, kedengaran juga suara sumbang sesetengah pihak yang mencemuh usaha yang dilakukan oleh peserta konvoi ini.

CEMUHAN MEREKA

“Dah tahu dah, memang misi ni tidak akan berjaya, yang pergi jugak tu sapa suruh,”lebih kurang bunyinya cemuhan mereka.

Cemuhan mereka ini, secara zahirnya memang ada benarnya.Kekuatan Israel jauh lebih besar daripada apa yang Umat kita ada.Jika difikirkan secara logiknya Mustahil mereka yang lemah akan Berjaya mengatasi mereka yang lebih kuat.Sunnatullah(Hukum Alam) memang mengakui hakikat itu.Namun segala-galanya terletak pada kekuasaan Allah, dan kebesaranNya untuk memenangkan mana-mana pihak.Percaturan dan kekuasaan Allah itulah yang terbaik.Kita beriman dengan segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

TIDAK DUDUK DIAM

Lemah tidak bermakna kita harus berdiam diri begitu sahaja, tanpa melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan yang sedemikian perit.Saudara-saudara kita di Palestin yang telah di ‘godam’ begitu teruk harus dan berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Matlamat konvoi ini murni sekali.Menyalahkan mereka seratus peratus adalah suatu tindakan yang tidak bijak.

Apa yang kita boleh belajar daripada serangan ini ialah kita mesti berusaha meningkatkan kekuatan umat ini dalam semua aspek, walaupun kita tahu, musuh kita 100 kali lebih terkedepan dalam semua perkara.Ianya mungkin lambat untuk kita melihat hasilnya, tetapi lebih baik daripada kita tidak melakukan apa-apa.

Kita perlu menyuntik kesedaran generasi yang ada sekarang supaya meraka selalu peka dengan isu yang berkait dengan agama dan kemanusiaan, yang berlaku di bumi Palestin.Sebagaiman yahudi zionis menyuntik racun kebencian dan benih pemusuhan sejak kecil lagi kepada generasi mereka terhadap Orang Islam di Palestin, kita juga sepatutnya menanam benih-benih semangat islah dan jihad ke dalam naluri-naluri bersih generasi kita sejak awal lagi.

Dalam masa yang sama kita beriman dengan firman Allah Taala:

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.(Surah Ibrahim:ayat 46).

DOA KITA

Kita mendoakan mereka yang terkorban dalam konvoi kali mendapat kedudukan yang terbaik di sisi Allah Taala.

Kita mendoakan mereka yang cedera parah sembuh pulih sedia kala, untuk terus meneruskan langkah melakukan sesuatu untuk Umat ini.

Kita berdoa supaya kita sentiasa bersama dengan saudara-saudara kita di Palestin sana.

Kita berdoa supaya musuh dihancurkan sehancurnya...

Wahai Kera Yang Hina,Laknat Allah ke atas kamu...

Baca Seterusnya...

Sering kali kita beranggapan bahawa ujian Allah itu datang dalam bentuk kemiskinan, kesusahan, kesempitan hidup, dan kekurangan harta benda.Ini sebenarnya bertepatan dengan firman Allah Taala yang bermaksud:

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: ayat 155).

Memang tidak dinafikan lagi bahawa kemiskinan hidup di dunia ini ialah salah satu daripada bentuk ujian Allah kepada hambaNya di atas muka bumi ini untuk menguji siapa di kalangan hambanya yang paling kuat imannya.

Namun ramai juga, mungkin tidak sedar bahawa kekayaan atau keinginan untuk menjadi kaya juga merupakan medan di mana Allah menguji iman seseorang hambanya.Sesuatu yang tidak boleh kita sangkalkan lagi, kebanyakan manusia akan lebih berharap dan hampir dengan Allah ketika mereka susah dan tidak mempunyai apa-apa, berbanding ketika mempunyai segala-galanya di tangan mereka.

Bahkan ujian dalam bentuk kesenangan harta itu lebih besar, berdasarkan hadith Rasulullah SAW:

Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” (riwayat Bukhari)

Lubuk Emas

Bahkan manusia yang sudah kaya tidak berasa puas dan cukup dengan hanya memiliki sebuah ‘lubuk’ kekayaan sahaja.Inilah realiti yang telah disingkap oleh Rasulullah lama dahulu,Sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari)

Begitulah hebatnya penangan di sebalik ujian nikmat kekayaan yang dimiliki seseorang.
Ujian Allah terhadap nikmat kekayaan itu berlaku dalam dua bentuk iaitu sebelum dan selepas manusia dikurniakan nikmat kekayaan.

Sebelum dikurniakan nikmat kekayaan dan harta itu, manusia diuji dengan cara yang digunakan untuk mendapatkan harta dan kekayaan tersebut.Iman diuji sama ada menggunakan cara yang halal atau haram untuk mendapatkannya.Hanya ilmu yang betul dan iman yang sejahtera sahaja, membolehkan manusia berfikir secara rasional bagi menentukan jalan mana yang sepatutnya dipilih untuk menjadi kaya.

Selepas dikurniakan nikmat harta dan kekayaan pula, manusia diuji, ke mana dan bagaimana harta itu dibelanjakan.

Yang Penting Caranya

Islam tidak pernah menghalang Umatnya untuk menjadi kaya, tetapi Islam menitik beratkan soal ‘cara’ untuk mendapatkan harta dan kekayaan tersebut.

Mungkin ada juga yang mengetengahkan isu ‘survival hidup’ bagi menghalalkan semua cara untuk memiliki sesuatu.Namun Islam telah meletakkan asas yang jelas iaitu, matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Walaupun niat Robin Hood begitu murni untuk membantu mereka disekelilingnya yang susah,caranya yang tidak betul itu telah ‘menengelamkan’ amalan kebaikannya dalam lautan kesesatan.Biarlah si kaya dengan kekayaannya, yang miskin haruslah berusaha walaupun daripada bawah dengan cara yang betul.

Analogi kisah Robin Hood ini boleh kita samakan dalam situasi mereka yang beralasan seperti berikut:

“Saya masuk Skim Cepat Kaya ni bukan apa, saya ni orang susah, anak ramai.Hanya dengan cara ni saja saya boleh kaya,”Luahan seorang ayah yang tersilap langkah.

Pemuda ini sedang diuji...

“Saya masuk pertandingan ini kerana saya anak sulong, kalau saya menang, duit tu bolehlah saya bantu menyara adik-beradik saya,”Harapan seorang abang yang ingin mencurahkan bakti.

“Saya kepunan tengok jiran sebelah beli kereta baru, tu yang saya beli kereta baru ni,”Kegembiraan seorang ayah yang baru pulang membuat pinjaman konvensional.

“Ko jangan bimbang, kawan aku tuh jual insuran.semua benda boleh ‘cover’,”cadangan seorang kawan yang ‘entah pa pe’.

Pendek kata, selagi perkara dan cara itu halal di sisi syarak, maka peluang untuk anda memilki sesuatu dan menjadi kaya sedia terhidang.

Realiti yang saya tahu

Perkara ini berlaku beberapa tahun yang lalu,

Ianya berlaku kepada seorang pekerja biasa sebuah syarikat kereta,seorang mualaf.Sebelum masuk Islam, dia pernah bermain loteri.Selepas masuk Islam, dia diuji Allah apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah loteri sebanyak 6 juta.Dek kerana iman yang lemah, dia tertawan dengan habuan hadiah loteri itu.Kini hidupnya senang dengan kereta yang hebat Mercds Kompressor berbanding dulu kereta honda buruk lama.

Moga Allah memberikan hidayah kepadanya dan mereka yang tersilap langkah untuk kembali kepada Allah di atas kesilapan yang telah dilakukan.

Moga Allah memberikan kekuatan Iman dan Amal kepada kita semua apabila berhadapan dengan nikmat harta dan kekayaan.
Baca Seterusnya...

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.(Al-Baqarah: ayat 120)

Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa permusuhan antara Yahudi & Kristian dengan Muslim sentiasa berterusan sehingga kita mengikuti agama mereka, dan permusuhan ini akan berlaku sehingga berlakunya hari kiamat.

2 hari lepas mereka(Yahudi & Kristian) mereka menunjukkan lagi ‘belang’ mereka yang sebenar apabila mereka tanpa segan silu melancarkan May 20 “Everybody Draw Mohammed Day’.Satu hari yang digunakan untuk mempamerkan sikap biadap mereka menghina batang tubuh dan peribadi Muhammad SAW, yang merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah.

Gerakan penghinaan mereka ini, tidak lama kemudian disusuli dengan ‘respon’ secara kolektif daripada Umat Islam, yang menandakan bahawa Umat ini masih lagi ada ‘sensitiviti’ terhadap sebarang perbuatan terkutuk seperti ini.
Seruan untuk memboikot laman ‘Facebook’ 24 jam kedengaran di sana sini.

“Deactivekan akaun facebook anda selama 24 jam dengan mengubah setting di account setting anda” Salah satu bentuk seruan itu.

Pakistan yang mempunyai jumlah penduduk Umat Islam yang kedua teramai mengambil tindakan drastik apabila dengan mengharamkan ‘Ban or Blocks You tube n Facebook’.Group untuk ‘counter attack’ isu ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di facebook, diikuti dengan penghantaran mesej berangkai, mengingatkan semua muslim akan tindakan tidak bertamadun Yahudi &Kristian ini.

Daripada sudut yang berlainan, ada juga yang menolak cara ‘boikot’ yang pada mereka tidak memberikan sebarang manfaat yang besar untuk Umat Islam menang dalam Isu ini.Mereka lebih menumpukan kepada cara ‘diplomasi’ yang jauh daripada sentimen emosi dan perasaan.Segala tohmahan itu dibalas dengan hujah ilmiah yang menyebabkan pihak musuh menggelengkan kepala.

Walau apa pun yang dilakukan, moga-moga usaha Umat ini yang masih lagi bersama dengan Rasulullah dapat mempertahankan kesucian peribadi Rasullah SAW.

Isu ini sepatutnya membuka pintu hati kita semua bahawa mereka (Yahudi & Kristian) sudah lama ‘mati hujah’ atau ‘kalah hujah’ untuk menafikan kehebatan dan kemuliaan Rasulullah SAW.Mereka tiada cara lain lagi melainkan berusaha bersungguh-sungguh untuk memburukkan peribadi Rasulullah SAW.

Inilah realiti mereka yang sebenarnya.Mereka sombong untuk menerima kebenaran yang sedia terpampang di hadapan mereka iaitu Islam yang datang daripada Rasulullah SAW.

Benarlah apabila Allah menyifatkan mereka sebagai Al-Maghdubbi alaihim(golongan yang dimurkai Allah) dan Al-Dholiin(golongan yang sesat).Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita semua daripada termasuk ke dalam golongan ini.

Kita sepatutnya tidak hairan dan tidak harus terkejut dengan isu ini, kerana memang begitulah tabiat dan kebiasaan mereka.Kewujudan kempen atau hari sebegini adalah rangkaian daripada usaha mereka yang berterusan untuk menghina nabi kita setelah nenek moyang mereka berusaha membunuh nabi-nabi yang terdahulu.Mungkin selepas ini ada banyak lagi ‘provokasi’seperti hari atau kempen yang diwujudkan untuk memburukkan Rasulullah SAW.

Bagi Kita Umat Islam kita mengenal siapa sebenarnya Nabi kita, akhlak dan peribadi baginda tiada terperi.Soalnya di sini, kita sepatutnya hairan jika masih ada mereka yang mengaku Umat Muhammad tetapi menghina Rasulullah SAW sama ada secara sedar ataupun tidak, secara terang atau sembunyi.

Mereka Hina Nabi..Kita Janganlah...

Baca Seterusnya...