Hari ini (22 April 2011) merupakan hari jumaat...Aktiviti Ronda Utara sekitar Pulau Pinang bahagian Pulau...Untuk ke sebelah pulau kami akan menaiki Feri menyeberangi laut dan akan melalui jambatan Pulau Pinang bila balik nanti...

Lokasi pertamanya ialah Botanic Garden, kemudiannya Bukit Bendera (masa untuk naik keretapi bukit bendera setelah tidak berpeluang untuk naik Cabel Car di Langkawi), dan Rumah P. Ramlee...

Kami pada mulanya merancang untuk solat Jumaat di Masjid Negeri Pulau Pinang, atau Masjid USM kalau masa mengizinkan...Dan selepas solat Jumaat, akhir sekali ke Fort Cornwallis...


ATAS FERI




Kenderaan Beratur menunggu untuk sampai ke Pulau..



Dengan Tuan Rumah Penang...




Bergambar Bahagian bawah feri dengan Tuan Kereta..




Merenung lautan saujana mata memandang




Dikerumuni Orang yang ramai naik Feri



Kami naik Feri di 'Port' Butterworth..Banyak kereta dan motosikal yang beratur panjang untuk naik feri...Memang ramai yang menggunakan perkhidmatan Feri ini, mungkin untuk mengelakkan kesesakan 'jem' di atas jambatan Pulau Pinang...

Bayaran di kenakan RM7..Kalau tak silap saya, caj hanya dikenakan masa pergi sahaja, masa balik 'free'...Feri ini mempunyai dua tingkat..

Sebelah bawah menempatkan bahagian kenderaan dan bahagian atas pula menempatkan kerusi yang boleh digunakan untuk duduk sementara menunggu feri sampai ke pulau...Sekejap sahaja masa yang diambil untuk sampai ke sebelah pulau, lebih kurang 10 hingga 15 minit dalam feri...

BOTANIC GARDEN(TAMAN BOTANI)


Dihadapan Pintu masuk



Melihat keindahan alam dengan menaiki gerabak 'keretapi' bergerak





Antara Landskap yang mewarnai Botanic Garden


Kami terus meluru ke Bukit Bendera..Alhamdulillah, kami jumpa juga dengan bantuan GARMIN GPS, tetapi ini bukan bukit bendera, tempat yang ada keretapi untuk naik ke atas sana..

Ini Kawasan untuk ke Bukit Bendera menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke puncak Bukit Bendera...Oleh kerana Botanic Garden berdekatan dengan kawasan tersebut, maka kami mengambil keputusan untuk ke Botanic Garden dulu, dan selepas itu akan ke Bukit Bendera 'sebenar' di Ayer Hitam...

Botanical Garden bolehlah dikatakan sebagai taman rekreasi yang menghimpun pelbagai spesies Flora bunga, tumbuh-tumbuhan dan pokok pada satu tempat..Ada juga di beberapa kawasan yang dipagari untuk memelihara spesies tumbuhan tertentu...Ia juga sesuai sebagai tempat untuk jogging...

Perkhidmatan 'keretapi' pendek bergerak disediakan dengan bayaran RM1, pengunjung akan dibawa mengelilingi sebahagian kawasan taman ini..Cuma kena berhati-hati kat sini, kerana banyak sangat kera yang 'aktif' kat sini...Silap-silap makanan atau minuman di tangan lesap...Tak kira orang dewasa atau remaja, semuanya menjadi mangsa mereka...



BUKIT BENDERA


Papan tanda Bukit Bendera




Bergambar di pintu




Notis pemberitahuan Operasi Keretapi masih ditutup



Sampai sahaja, kami lihat pagarnya yang bertutup..Rupanya Bukit Bendera ini masih lagi ditutup kepada pengunjung..25hb April baru, keretapi baru Bukit Bendera berjalan...Nampaknya memang tak ada rezeki betullah untuk kami menaiki keretapi di Bukit Bendera ini, selain sebelum ini pun di Langkawi tak merasa juga penangan Cable Car...


RUMAH P. RAMLEE



Rumah P. Ramlee



Selepas bergambar di pagar masuk Bukit Bendera, kami kemudian bergegas mencari jalan untuk ke Rumah P.Ramlee memandangkan masa sangat suntuk menghampiri waktu untuk solat Jumaat...Walhasilnya, Rumah P.Ramlee ditutup pukul 12 tengah hari pada hari jumaat..Jadi melepas jugalah peluang kami untuk 'masuk' ke Rumah P.Ramlee ni, hanyalah boleh melihat daripada luar sahaja di 'bayangi' pagar...


MASJID USM


Pintu Masuk ke USM




Di pintu masuk masjid Al-Malik Khalid, nama sebenar masjid USM




Bahagian dalam masjid USM




Halaman Masjid USM




Kami masih lagi teragak-agak untuk solat Jumaat di mana, samada masjid negeri atau masjid USM..Namun kami meneruskan perjalanan melepasi kawasan masjid negeri untuk ke Masjid USM..

Kami sampai di Masjid USM lebih kurang 30 minit sebelum waktu azan solat Jumaat dikumandangkan...Sementara menunggu masuk waktu, elok juga 'mengisi' perut yang lapar...Di sebelah masjid USM, ada sebuah warung nasi makan tengah hari..Kami makan kat sini..

Lauk-pauk kat sini pun sedap, warga USM pun ramai yang makan kat sini...Harga pun Ok lah sesuai dengan lauk yang diambil..Bila Waktu solat Jumaat, masjid ini penuh padat dengan jemaah..tak cukup tingkat bawah, tingkat atas masjid pun penuh..

Apa yang lebih menarik ialah, khutbah yang disampaikan oleh khatib...Khutbah hari itu, memang mantap..Khutbah tanpa teks itu, disampaikan dengan nada suara yang boleh memberikan kesedaran dan menimbulkan keinsafan kepada jemaah...

Khutbah berkisar tentang hari akhirat yang diciptakan Allah, berlaku dengan pantas dan dahsyat sekali..

Kata Khatib lagi, jika dulu kita suka kepada acara karpet merah ABP, hari ini, mari kita penuhkan karpet-karpet merah yang ada di masjid-masjid dan surau-surau yang berdekatan dengan tempat kita..Selesai solat Jumaat, kami berehat sekejap di 'beranda' halaman masjid, sebelum meneruskan perjalanan ke Fort Cornwallis yang terletak di Padang Kota...


Fort Cornwallis




Sebelum masuk ke Pintu Utama Fort




Meriam menghala ke Laut




Sejarah Tentang Fort Cornwallis




Mee Sotong Dengan Cendoi..Memang Masyuk..




Jambatan Pulau Pinang..Masa balik..

Ianya adalah sebuah kota lama tinggalan British, yang terletak atas kawasan yang berbukit dan mengadap ke arah laut..Banyak kesan peninggalan British kat sini seperti meryam lama, rumah api, kapal layar besar, dan tempat menyimpan senjata api...

Keluar sahaja dari sini, kami singgah di gerai mee sotong..Pekena mee sotong dan air cendoi memang terasa 'Kaw', tambah lagi matahari memang terik ketika itu..Basahkan tekak dengan air cendoi yang sejuk..Memang terbaik!!..

Abis makan semua, kami pulang ke rumah Ammar melalui jambatan Pulau Pinang.Kemudian berehat sekejap hampir setengah jam lebih, dan selepas itu bertolak untuk ke Alor Setar rumah najib...Malam ini kami akan tidur di rumah Naguib dan akan mengakhiri ronda Utara kami di Alor Setar esok...
Baca Seterusnya...
Selepas makan pagi, kami memulakan perjalanan bagi 'ekspedisi' Ronda Utara ke negeri Perak pada pukul lebih kurang 7.40 pagi(Ini merupakan hari kelima ronda utara kami iaitu 21 April 2011)..

Destinasi kami yang pertama di Perak ialah bandar di Raja Kuala Kangsar..Di Kuala Kangsar kami akan 'visit' Galeri Sultan Azlan, Masjid Ubudiah, Istana Kenangan, dan lepak-lepak makan di Gerai laksa dan cendoi...

Kemudian daripada Kuala Kangsar, tentatif kami yang berikutnya ialah menuju ke Bukit Merah Waterpark, dan malamnya Grand Dinner di Mutiara Cafe, Penang sebelum bermalam tidur di rumah Ammar...

Perjalanan daripada Alor Setar ke Kuala Kangsar memakan masa 2 jam lebih melalui Lebuh raya PLUS...Sepanjang perjalanan, kita akan dapat menyaksikan suasana bendang sawah yang menghijau, dan kawasan perindustrian seperti kilang-kilang terutamanya di Butterworth...

Kuala Kangsar terletak 'atas' lagi daripada Bukit Merah dan Taiping jika perjalanan daripada Kedah dan Penang...Jika ternampak sebuah kilang simen tersergam megah di tepi jalan besar highway, itu tandanya anda sudah memasuki daerah Kuala Kangsar...

Ia seolah-olahnya 'landmark' yang menyambut pelancong luar ke Kuala Kangsar...Apabila kita masuk menghala ke 'bandar' Kuala Kangsar, kita akan berjumpa dengan sebuah menara jam di sebuah bulatan..



GALERI SULTAN AZLAN









Tak susah sebenarnya untuk mencari di mana letaknya Galeri Sultan Azlan Shah...Berpandukan signboard dan bantuan Garmin GPS, akhirnya kami sampai ke Galeri Sultan Azlan Azlan...

Pada hari itu, kelihatan kerja-kerja 'renovation' sedang giat dilakukan..Nasib kami amat baik apabila masih lagi dibenarkan masuk ke galeri walaupun 'kren' sedang sibuk bekerja...

Galeri masih lagi dibuka untuk kujungan umum...Untuk masuk Galeri, kami hanya perlu bayar RM1 sahaja...Memang murah walaupun harga sebenar bagi dewasa ialah RM4, warga emas RM2, pelajar Menengah atau IPT RM2, dan sekolah rendah RM1...

Tak logik plak kalau kami ini dianggap pelajar sekolah rendah, mungkin RM1 sebagai harga promosi ketika kerja 'renovation' sedang sibuk dilakukan...

Galeri ni boleh lah dibahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian mempamerkan sejarah peribadi dan latar belakang Sultan Azlan dan satu lagi bahagian pameran kereta milik Sultan Azlan...

Kami hanya melawat bahagian pertama sahaja memandangkan masa tidak mencukupi...Gambar hanya boleh diambil di kawasan luar galeri sahaja...Dalam galeri tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar...



MASJID UBUDIAH






Selepas itu, kami ke masjid Masjid Ubudiah yang terletak memang berhampiran dengan Galeri Sultan Azlan..

Ketika kami baru sahaja sampai, kelihatan ramai pelancong 'orang putih' sedang melawat masjid ini...Moga-moga Allah membuka hati kalau tak semua pun, sebahagian, atau seorang pun jadi lah untuk memeluk agama Islam setelah melawat masjid yang tersergam hebat ini..Ameen..



ISTANA KENANGAN





Mula-mula, kami sesat jalan untuk ke sini, tetapi setelah lama kami mencari, akhirnya kami berjumpa juga..Inilah istana adabi yang saya panggil kerana masa kecil dulu, ada iklan rempah adabi yang berlatarkan bangunan yang seakan-akan mirip istana ini...

Walaupun bersusah payah untuk sampai ke sini, tetapi nasib kami kurang baik kerana istana ini ditutup...Apapun, takpe lah, asalkan dapat bergambar di luar kawasan istana lama ni pun jadilah...


GERAI CENDOI DAN LAKSA









Rasanya sesiapa yang datang ke Kuala Kangsar kalau tak singgah ke gerai ni, memang tak sah...Kerana sebut sahaja Kuala Kangsar memang menjadi sebutan orang ramai dengan laksa 'kuale'nya dan cendoinya...

Jam menunjukkan pukul 12 lebih..Elok sangatlah kami sampai sana, time macam ni perut pun dah lapar...Ada banyak gerai kat sini..Masa kami sampai tu, tak banyak gerai yang dibuka, hanya beberapa buah sahaja ..

Mungkin di sebelah petang, banyak lagi gerai yang akan dibuka...Laksa di gerai yang kami makan, ok lah, tapi tak berapa sedap sangat, cendoi pun boleh lah...Habis sahaja makan, kami order 3 bungkus kuew teow goreng..Hajat nak makan di Bukit Merah nanti...



BUKIT MERAH WATERPARK











Selesai aktiviti jalan-jalan lawat kawasan, jom sekarang kita rehatkan minda dengan basahan air di waterpark ni..Untuk sampai ke sini, kereta kena 'daki' bukit beberapa ketika sebelum sampai di pintu masuk ke sini..Perasaan teruja tu memang ada dalam hati..

Selepas membeli tiket masuk dengan harga RM27, first sekali kami ke surau untuk solat, dan kemudiannya ke kaunter pembelian token loker simpan beg dan sewa sebuah pelampung...Seperti biasa, kawasan seperti ini bercampur lelaki dan perempuan..

Tiada sekatan ataupun pengasingan antara lelaki dan perempuan...Setahu saya tidak ada lagi taman tema di negara kita yang menetapkan pengasingan tempat antara wanita dan lelaki bila masuk ke taman tema air sebegini..

Saya berharap kepada mana-mana hartawan ataupun ahli perniagaan korporat Muslim untuk membuka sebuah taman air waterpark yang betul-betul islamik suatu masa nanti..

Ini juga satu bidang jihad yang bukan sahaja akan mendatangkan keuntungan yang lumayan, tetapi juga akan mendatangkan pahala yang besar jika taman tema air sebegini diselia dengan nilai-nilai Islam yang sebenarnya....InsyaAllah akan sampai masanya..

Selain itu, kalau dapat tinggal beberapa hari kat sini memang seronok..Sewa apartment ke atau resort ke kat sini..Suasana kat sini memang tenang dan mendamaikan..Jauh daripada hiruk-pikuk seperti di bandar besar...Mungkin tempat yang romantik juga bagi honeymoon pasangan yang baru bernikah..

Setelah puas bermain air, akhirnya kami tinggalkan Bukit Merah WaterPark untuk balik ke Penang..Di pertengahan jalan kami singgah di sebuah R&R untuk makan kuew teow goreng yang kami beli di Kuala Kangsar tadi..

Masa dalam perjalanan balik tu jugalah, kami mendapat tahu bahawa Sheikh Abdul Rahman Sudais akan memberikan ceramah di Institut Al-Qayyim(IQ), Bukit Mertajam..Infonya disampaikan oleh mak Ammar sendiri..

Kami berbelah bahagi untuk ke IQ, memandangkan masa pun semput-semput je tinggal..Badan pula letih dan penat..Lagi satu malam ni kami ada Grand Dinner..Akhirnya hajat untuk bersua secara live dengan Sheikh Sudais terpaksa 'ditangguhkan' dulu pada masa yang akan datang jika sekiranya ada peluang...


PUNCAK MUTIARA CAFE







Selepas solat maghrib, kami menuju ke Puncak Mutiara Cafe di Kampung Palet...Ammar yang suggest kepada kami tempat ni...Ternyata tempat ni, makanannya memang sedap-sedap belake...Harganya memang berpatutan dan bertepatan dengan rasa makanan yang dihidangkan...

Kami sampai tak larat nak makan semuanya..Malam tu kami balik dalam keadaan perut yang sangat kenyang dan terlebih kenyang..Alhamdulillah..Syukur di atas nikmat pemberian Allah..Esok ronda Penang..
Baca Seterusnya...

Hari ini (20 April 2011) sudah masuk hari keempat aktiviti ronda utara kami, selepas baru sahaja pulang daripada Langkawi...Alhamdulillah..Segala-galanya begitu cepat berlalu..

Baru semalam kami merasa keseronokan 'menjelajah' pulau sekitar Langkawi, hari ini kami sudah berada di 'kawasan daratan' negeri Kedah...

Baru semalam kami 'membelah' laut menaiki feri daripada Langkawi pulang ke Jeti Kuala Kedah dengan harga RM23, dan hari ini kami 'mengisi' minyak petrol ke dalam kereta untuk bergerak ke Negeri Perlis...Alhamdulillah...

Aktiviti ronda utara kami diteruskan, ke Padang Besar, dan Gua Kelam di negeri Perlis pada sebelah paginya dan pada sebelah petangnya kami ke Menara Alor Setar, Masjid Zahir, dan Rumah Merdeka...


PADANG BESAR










GUA KELAM






Lokasi seterusnya ialah Gua Kelam..Gua Kelam ini ada dua bahagian, Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2...

Saya sebenarnya begitu teruja pada awalnya, kerana inilah kali pertama nak merasa pengalaman masuk gua..Keterujaan itu jatuh mendadak apabila mendapati Gua Kelam ditutup untuk kunjungan umum kerana kerja-kerja penyelenggaraan akibat banjir tempoh hari masih berjalan...

Patutlah kawasan ni sunyi je...Tak de Orang dan tak de kenderaan...Apapun, mesti amik gambar jugak sebagai kenangan...

Mana lah tahu lain kali tidak berkesempatan lagi untuk ke sini..Satu lagi, berdekatan dengan Gua Kelam ini, ada juga sungai yang sesuai untuk menjadi tempat perkelahan keluarga..

Dalam hati saya berkata: "Takpe, Gua Kelam 2 kan ada"...

Kalau tak ada rezeki untuk ke Gua Kelam 1, mesti boleh ke Gua Kelam 2..Ternyata culahan hati ini meleset, apabila Gua Kelam 2 turut juga ditutup...Semuanya 'gara-gara' banjir baru-baru ini...

Memang Kepunan, tak dapat naik 'keretapi' di Gua Kelam 2 ni untuk 'menyelongkar rahsia alam' di sini..Apapun semuanya ada hikmanya tersendiri..Mungkin kalau kami dibenarkan masuk, ada pula perkara yang tidak diingini yang akan berlaku..

Kami meninggalkan kawasan Gua Kelam dengan perasaan 'frust' sekali..Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya...Apapun kita sebagai hamabaNya wajib akur dengan ketentuanNya...

Keluar sahaja daripada kawasan Gua Kelam ini, bermakna berakhirlah ronda utara kami di Perlis..

Ada dua tempat yang kami tidak sempat pergi, Ladang Burung Unta Ostrich di Padang Besar dan Tasik Melati memandangkan masa yang tidak mengizinkan...Dua tempat ini di'potong' daripada senarai tempat yang ingin lawati..

Dalam perjalanan balik ke Kedah, kami berhenti di sebuah warung, namanya Cendol 2020, untuk mengisi perut yang dah lapar..Maklumlah, dah masuk masa makan tengah hari..

Kami makan bihun goreng yang dibawa pagi tadi dan 'order' 3 Cendol..Saya tak ingat pula, di kampung mana, letaknya warung ini..Apapun cendolnya sedap walaupun agak manis..Rasanya memang berbaloi minum cendol kat sini...


MASJID TUANKU SYED PUTRA




Zohor, kami singgah solat di masjid Tuanku Syed Putra, Kangar..Kawasan persekitaran masjid ini sangat cantik, ditambah lagi dengan struktur binaannya yang menarik..Gabungan eleman binaan batu dan kayu menjadikan masjid ini bertambah serinya...

Tapi satu je yang kurang baik, tandasnya, yang kurang bersih dan seperti kurang dijaga...Mungkin 'cleaner' bercuti pada hari itu..Apapun solat di masjid sebegini memang merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan..Alhamdulillah...


KAMPUNG PANTAI JOHOR


Pesembur



Mee Rebus


Sampai sahaja di Alor Setar, kami ke Kampung Pantai Johor untuk menikmati makanan kat sana..Kata Naguib, pesembur kat sini sedap, selain ada juga menu lain seperti mee rebus, dan mee goreng..

Gerai ini terletak ditepi jalan besar dan berhampiran dengan sebuah masjid..Memang mudah untuk mencarinya...Ketika kami 'duduk' dan tengah makan, kelihatan semakin ramai orang mengunjungi gerai ini termasuklah 'Orang Office'..

Waktu tu jam menunjukkan pukul 3 lebih...Selepas kenyang makan, kami bersiar-siar dengan kereta menelusuri jalan ke Wisma Darul Aman, kalau tak silap saya..Wisma ini merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, berdekatan dengan sebuah taman rekreasi yang sentiasa dikunjungi orang ramai...


MENARA ALOR SETAR





Seterusnya kami bergerak ke Menara Alor Setar...Menara ini memang menjadi mercu tanda bandar Alor Setar..Tinggi tu memang tinggi, tapi tak lah rasanya sama tinggi dengan Menara Kuala Lumpur..Tetapi struktur dan corak bangunannya seakan sama dengan Menara Kuala Lumpur...

Apa yang menyedihkan, menara ini ditutup disebabkan masalah teknikal..Apalah agaknya hikmah, dah dua tempat kami lawati tutup..Apapun kami sempat bergambar di kawasan bawah menara ini..Cukuplah untuk mengabadikan kenangan yang kami pernah ke sini...


MASJID ZAHIR





Ketika kami baru sampai di masjid ini, suara qari mengaji Al-Quran dipasang dan kedengaran jelas dari 'speaker' masjid...Boleh dikatakan masjid ini merupakan masjid tertua di Kedah dan antara yang tertua di Malaysia..

Struktur binaannya memang 'antik' dan penuh dengan elemen tradisi..Lihat saja pada pintu masjidnya yang memang bersaiz besar..Selain itu, mengadap setentang dengan masjid ini ialah Balai Besar(info tentangnya di sini)..


RUMAH MERDEKA





Lokasi terakhir kami pada hari ini ialah Rumah Merdeka(Info tentangnya di sini)...Mujurlah kami masih lagi dibenarkan masuk, walaupun jam sudah menghampiri pukul 5 petang, waktu ianya ditutup untuk kunjungan umum...

Setelah mendapat kebenaran daripada 'Officer' di sini, akhirnya kami dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah ini..Gambar dibenarkan diambil yang hanyalah untuk tatapan peribadi saja, dan bukannya untuk sebarang tujuan komersial..

Apabila kami melangkah keluar daripada Rumah Merdeka ini, maka berakhirlah aktiviti ronda Utara kami di Perlis dan Kedah..

Alhamdulillah kerana Allah memudahkan segala urusan perjalanan kami selamat pergi dan pulang...

Malamnya kami 'membuat persiapan' untuk ke Perak keesokan harinya...Surf internet untuk 'meminda' dan check semula maklumat berkaitan jarak perjalanan yang bakal kami tempuhi dan tempat yang akan kami pergi pada esok harinya...

Baca Seterusnya...