(Sebuah puisi tentang kejayaan, ciptaan saya)



Semua Orang Punya Impian dan Cita-cita...

Bersabarlah jika masanya belum tiba...

Segala-galanya punya hikmahnya...

Baik Buruk semuanya ditanganNya...


Hari ini mungkin kita meronta-ronta...

Mungkin juga sudah berputus asa...

Segalanya dirasakan sudah tiada makna...

Masa mencemburui menikam duka...


Aduhai dunia sudah kelam gelita...

Dulunya cerah sekarang tiada apa-apa...

Apa cerita dengan usaha dan jiwa...

Terhenti dan lesu dimamah usia...


Mereka semua sudah dewasa dan berjaya...

Tinggal aku yang masih tidak tentu halanya...

Mereka sudah mula memberi aku masih lagi menerima...

Sungguh berbeza episod cerita kita...


Kapal dipukul ombak pasti bergelora...

Andai bijak nakhoda selamat semua akhirnya...

Biar susah pada pandangan mata...

Jangan patah hatinya...


Usah kenal penat dan terleka...

Sematkan tekad kuatkan usaha...

Ingat hasilnya akan kunjung jua...

Hanya menunggu tikanya saja...


Bersabarlah Esok pasti kita yang punya...

Kerana Di sisi Allah tiada yang sia-sia...

Bila tiba masa dan detiknya...

Tangan ini sendiri yang akan Mengapainya...

Baca Seterusnya...

Hari terakhir(23 April 2011) Ronda Utara, tak banyak aktiviti kami..Paginya bersama dengan jemaah Masjid As-Solihin Taman Muhibbah, kuliah subuh dan sarapan pagi jamaie di halaman masjid dan pada sebelah petangnya bersiar-siar sekitar Kompleks Bukhari Alor Setar, dan jalan-jalan tengok bendang sawah padi...

Malamnya makan-makan di RFC Alor Setar, berhampiran Stesen bas Shahab Perdana, sebelum saya pulang berseorangan ke Kuala Lumpur dengan bas...



KULIAH SUBUH DAN SARAPAN PAGI


Khusyuk menikmati air



Jemaah menikmati makanan



Kitaorang pun layan roti canai



Kebetulan pagi ini, ada sarapan pagi selepas kuliah subuh..Menunya roti canai, bengkang ubi, pulut nyior, dan air plak boleh pilih, Teh O, Teh susu, Horlicks, dan nescafe...Makanan dan minuman ni semuanya 'tajaan' oleh ayah Naguib, orang kuat masjid As-Solihin..

Ketika ustaz rancak memberikan kuliah subuh, saya, Ammar, dan Naguib, dan beberapa orang jemaah lain, sibuk menghamparkan tikar, susan meja dan kerusi dan menghidangkan makanan dan minuman...

Selesai sahaja, kuliah subuh, jemaah yang lain 'menyerbu' makanan...Alhamdulillah, seronok juga makan dan minum pagi sebegini, sebelah orang yang sebaya ayah dan datuk kita...Sambil makan, boleh lah dengar diorang sembang dalam loghat Utara yang pekat...



KOMPLEKS BUKHARI


'Kolam' Kompleks Bukhari




Kubah belakang tu ialah Masjid Al-Bukhari




Sawah yang baru nak ditanam



Kami petang tu, hanya tengok-tengok kawasan luar sahaja, bahagian dalam masjid dan tempat lain tak masuk sebab masa pun tak cukup..Hari pun dah lewat senja...

Selepas itu, tengok sawah padi sekitar belakang rumah Najib...Sayangnya, ketika ini, sawah masih lagi 'kosong' dan bukannnya musim menghijau...Padi baru nak ditanam...



RFC

Plug Perasmian RFC Alor Setar




Order makanan


Sedap!!!




Best !!!


Ini kali pertama makan kat RFC..Takdir Allah, walaupun di Terengganu, dah ada RFC, tapi tak pernah makan kat sana..RFC ni ok jugak lah dia punya makanan..Siap ada Mee Bandung, Chicken Chop lagi...

BALIK...

Selepas makan, jam pun dah menghampiri pukul 11 lebih..Bas saya pukul 11.30 malam...Selepasbersalaman, saya pun naik bas...Destinasi selepas tu, saya balik Kuala Lumpur, Ammar ke rumah kawannya di Alor Setar, dan najib pulang ke rumah...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah dan terima kasih banyak-banyak kepada Najib dan Ammar sekeluarga, dan tak lupa juga kepada Somad, dan lain-lainnya yang telah menjayakan Ronda-ronda Utara kali ini...

Selepas ini, ke mana pula destinasi yang akan dituju..Mudah-mudahan murah rezeki , panjang umur, dapat ke tempat lain pula...InsyaAllah....

Baca Seterusnya...