Ust Dr Khairuddin ketika menyampaikan ceramah



Salam Maal Hijrah Buat Semua...Moga tahun baru hijrah 1433 kali ini lebih baik daripada tahun-tahun hijrah yang lepas...

Saya tidak mempunyai masa untuk menulis entry yang panjang..Rasanya cukuplah untuk saya berkongsi sedikit isi kandungan ceramah Maal Hijrah yang di sampaikan oleh Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri yang saya hadiri semalam di Surau Al-Ikhwan, Taman Samudera, Batu Caves...(Point ni telah saya kongsikan dalam fb saya)...

Antara point penting itu ialah:

1-Mengapa kita namakan maal hijrah sedangkan fakta sebenarnya menunjukkan bahwa nabi berhijrah di penghujung bulan safar...Antara lain sebabnya adalah kerana pada Bulan Muharram, nabi sudah ada azam untuk berhijrah, dan sudah ada pa...ra sahabat yang berhijrah sblm nabi pada bulan muharram...

2-Doa Akhir dan Awal tahun..Yang sebenarnya ianya tiada kena-mengena dengan nabi SAW kerana penentuan tahun hijrah bermula pada zaman Umar Al-khattab...

Nak berdoa boleh, tetapi jangan dikaitkan dan diyakini bahwa nabi buat perkara tersebut..Dan kelebihan yang disebut tentang berdoa akhir dan awal tahun hijrah ada kelebihan tertentu adalah direka-reka dan ianya tidak boleh disandarkan kpd nabi kerana ianya bukan drpd nabi SAW.....

Adalah menjadi satu kesalahan mengatakan tahun masihi adalah tahun ciptaan kafir kerana kalendar masihi adalah ciptaan manusia yang berasaskan kajian manusia yang dulu-dulu bagi menentukan masa dan waktu..Bahkan Allah sendiri telah meletakkan ayat Quran yang menceritakan kejadian pergerakan matahari, bulan mengelilingi bumi..Boleh baca lanjut perkara ini di sini...


3-Bagi menampung kebanjiran muhajirin yang berhijrah ke madinah dalam satu masa, nabi mempersaudarakan muhajirin dgn ansar..Ini menyebabkan ansar boleh berkorban apa shj untuk muhajirin, kongsi rumah tempat tinggal, dlln bantuan yang lain...

Yang tidak ada rumah sprt Ahli Suffah(org2 susah), nabi benarkan isu penting tentg Hijrah Rasul yg disampaikan...

mereka tinggal dan tidur di masjid...Inilah peranan masjid memberikan perlindungan kepada orang yg dalam kesusahan...

Zaman skrg, silapnya masjid tidak mesra kpd org yang dalam susah, masjid dikunci, tak boleh digunakan untuk org musafir bermalam tidur di masjid...Orang tidur di dalam masjid dikejutkan, dibangunkan, dihalau...Tidak hairanlah mengapa orang islam sndiri lari ke gereja kerana gereja mesra kpd gol susah...

4-Orang kaya sepatutnya mengasihi orang miskin..Inilah yg berjaya dididik oleh Rasulullah SAW...

Sprti apa yang dilakukan oleh uthman affan dan Abdul Rahman Auf...Masalah skrg ramai yang kaya, tetapi tidak ada sifat kasih kpd orang miskin shg sanggup memberikan apa shj kpd gol yg memerlukan...

Uthman bin Affan beli telaga drpd yahudi untuk diwakafkan untuk kegunaan umat Islam...

Lihatlah pengorbanan Uthman bin Auf ketika perang tabuk...lbh kurang 1000 ekor unta disumbangkan, kuda 70 ekor dan 1000 dirham diberikan untuk perbelanjaan perang tabuk...

Abd Rahman auf sgt pemurah : 1/3 hartanya diberikan pinjaman tanpa faedah kpd penduduk madinah..1/3 lg diberikan sj2, 1/3 lagi diberikan sbg hadiah...

Abd rahman auf mewasiatkan hartanya sbnyk RM400000(nilai skrg) setiap seorang untuk diberikan kpd semua ahli badar yang menyertai perang badar...Ini baru jumlah harta melalui wasiat..belum dikira lg harta pusaka yang ditinggalkan..

Begitulah Allah berkatkan harta Abd Rahman ibn Affan

Baca Seterusnya...
Dah lama benar saya tidak mencoret sesuatu di sini..Alhamdulillah, kali dapatlah menulis sesuatu kat blog yang hampir 4 bulan tak ada update baru..Kali ini saya ingin mencoret tentang ceramah Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam...



Saya mengetahui tentang program ceramah Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri agak lewat sebenarnya. melalui 'iklan' di IIUM online group yang dipost oleh seorang Brother(mungkin Committee program)...DalamPost itu ditinggalkan no handset seorang sister untuk di hubungi bagi mendapatkan sebarang maklumat lanjut...

Tanpa membuang masa, saya terus menghantar satu sms kepada sister berkenaan untuk memastikan keshahihan berita tentang ceramah tersebut...

"Slm.btl ke dr Zulkifli al-Bakri ad bg talk mlm ni?"

Dua minit kemudian sms saya dijawab...

"Ya.Skjp sy 4wd msg"...

Seminit kemudian, sms tentang details program masuk...

EVENT ALERT!
[Intellectual Youth Club]

IN FOCUS Discussion Ghazali
Special

Tajuk:
'Tasawuf dalam khdpn Kontemporari: Renungan Thdp karya2 al Ghazali' oleh
ust Dr Zulkifli Mohd al Bakri

RABU(esk)23/11
HS LR 1.2, 8-1o mlm
Smua dijemput hadir.4wd.


Hati saya memang berbunga-bunga untuk datang mendengar secara 'live' ceramah yang akan disampaikan oleh Dr Zul...

Sudah lama tidak mendengar ceramah mursyid secara live, lebih kurang 4 tahun yang lepas, itulah kali terakhir, saya mendengar ceramah mursyid secara 'berdepan' sendiri dengan mursyid ketika di masjid Nilai, dan satu program di Matrik UIA Nilai...

TERKESIMA

Seperti biasa, saya solat Maghrib di Masjid UIAM..Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam masjid, saya terkesima...Kelihatan Dr Zul sedang solat sunat...

Awalnya Dr Zul sampai...Mengikut tentatif, program bermula pada pukul 8 malam, sedangkan sekarang baru masuk waktu azan...Mungkin Dr Zul terus bergegas daripada tempat lain untuk datang ke UIA...

Program sebaliknya bermula selepas Solat isyak memandangkan audien masih lagi sedikit untuk program dimulakan awal..Sekali lagi Dr Zul solat Isyak di masjid UIA..

PERHATIKAN CARA SOLAT

Apa yang selalu menjadi kegemaran saya apabila dapat melihat seorang sosok 'tokoh' pendakwah ialah Saya suka memerhatikan cara dan gaya solat yang dilakukan oleh tokoh berkenaan...

Selain belajar daripada kitab-kitab, inilah juga satu cara bagaimana untuk memperkemaskan lagi ilmu tentang solat...

Saya tidak melepaskan peluang untuk memerhatikan gerak geri, cara dan perlakuan Solat yang dilakukan oleh Dr Zul...

Selepas solat Isyak, Dr Zul seingat saya, sepanjang memerhatikan gerak geri beliau solat sunat 2 rakaat sebanyak 2 sekali dan solat satu rakaat sekali(mungkin solat witir..WaAllahualam)...

Alang-alang dah berada dekat dengan Dr Zul, selepas solat sunat, saya mengekori Dr Zul daripada belakang dan seterusnya 'menyertai' yang lain untuk mengiringi Dr Zul ke tempat Program...


CERAMAH BERMULA


(Dr Zul Ketika memberikan ceramah)


Dr Zul, memulakan ceramah pada malam itu, dengan memperkenalkan biografi Imam Al-Ghazali, bermula dengan nama penuh, latar belakang tempat kelahiran, pendidikan dan perguruan Imam Ghazali, kitab-kitab karangan hebat Imam Ghazali dan hinggalah kepada perbincangan bab tasawuf yang dipelopori Imam Ghazali...

Sebelum masuk perbincangan bab tasawuf, Dr Zul menerangkan tentang kepakaran Imam Al-Ghazali dalam ilmu Feqh, ilmu falsafah sehingga digelar Hujjatul Islam...

Apa yang menjadikan Imam Ghazali ini begitu hebat ialah penguasaan ilmu mantiq yang amat mendalam yang dimiliki oleh Imam...

Walaupun Imam Al-Ghazali seorang yang terkenal kesufiannya, tetapi Imam Al-Ghazali juga hebat dalam Amar Maa'ruf Nahi Mungkar..Beliau pernah menulis surat kepada pemerintah-pemerintah ketika itu..

Dr Zul juga sumbangan Imam Ghazali dalam memberikan kata-kata semangat kepada tentera Islam yang berjuang ketika itu untuk membuka kota-kota(di negara Afrika seperti Senegal Sekarang)( saya terlupa nama tokoh panglima perang tentera Islam ketika itu)..

Pendek kata, walaupun, Imam Al-Ghazali terkenal dengan tasawufnya, tetapi beliau juga tidak 'lari' daripada masyarakat dan sebaliknya 'masuk' ke dalam masyarakat untuk berdakwah dan melakukan kerja-kerja ISlah...

namun satu kelemahan Imam Ghazali ialah dalam bidang hadis, apabila menaqalkan hadis-hadis yang telah ditakhrij balik oleh ulama-ulama lain sperti Al-Hafiz Al-Iraqi...

Ini semua kerana keadaan geografi tempat Imam Ghazali menuntut ilmu yang lebih banyak terkesan dengan madrasah ahli rakyi berbanding kawasan hijaz yang lebih tertumpu kepada madrasah ahli hadis...

POINT-POINT PENTING

Banyak sebenarnya point-pont penting yang disampaikan oleh Dr Zul Semalam...Antara lain..(Sebagaimana yang telah saya post dalam status FB saya semalam)
Dr Zul juga bercerita antara lain :

1-"Isteri Saya Doktor, belajar di Dublin, Tapi saya tak lah bercinta ke apa apa ke, saya tanya nak ke tak nak kat saya, Kalau nak, nak lah, kalau tak nak, tak nak lah"...

2- "Masalah Umat Semakin berat..Kecelaruan Gender...Tanggungjawab Daie cukup besar untuk mengubah masyarakat...
Dr Zul juga ada menceritakan tentang kisah jemaah Haji baru-baru ni(ada seorang yang dah tukar operate tukar gender daripada lelaki kepada perempuan)..Timbul masalah apabila dia nak 'duduk' sekali dengan mak dan saudara dia dalam satu bilik...
Pihak Tabung Haji telefon Dr Zul(Dr Zul memang seorang daripada penasihat ibadat Tabung Haji) bertanyakan pandangan Dr Zul tentang perkara ini..Akhirnya seisi kaunseling antara Dr Zul dengan 'lelaki' tu berlaku di rumah Dr Zul sendiri..
Sampai sekarang kata Dr Zul, dia baik dengan budak 'lelaki' tu dan selalu menerima sms daripada budak lelaki tu.....

3-Kata Dr Zul, bila kita sakit, fikirkan tentang bagaimana kesudahan dengan kerja2 dan khidmat aku kepada agama apabila sakit, menyebabkan kita berusaha untuk sembuh atau melakukan sesuatu untuk menjaga kesihatan kita...

4-Dr Zul juga bercerita pengalaman tidak ada'biasiswa' ketika belajar di peringkat MA di Syria..
"Ayah saya tanya saya, macam mana nak sambung belajar, Kalau Madinah, Free, percuma ditanggung,Saya jawab: takpe kita yakin dengan rezeki Allah..Akhirnya Allah mudahkan segala urusan saya"..

5-Dr Zul juga bercerita tentang kegiatan beliau selepas berhenti daripada menjadi pensyarah..Sekarang ini, beliau sibuk mengarang, buat kertas kerja, menulis di banyak majalah, dan menulis seminggu sekali dalam akhbar..


KESIMPULANNYA:
Pengisian yang disampaikan malam tadi oleh Al-Mursyid Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sangat2 berharga...
Ditambah lagi dengan pertuturan beliau yang begitu fasih dan petah laju berkata2..
Semua yang keluar drpd mulut Mursyid adalah mutiara ilmu...Garapan Penaqalan daripada kitab sekian sekian, kata ulama2 sekian sekian, menyebabkan tak rasa puas untk mendgr Ucapan Mursyid...

Ceramah disampaikan santai... k
...dg2 diselangi dengan Lawak dengan Slang Loghat Trg yang tidak dpt dipisah drpd Mursyid....amat2 berbeza dengan 'style' ucapan dan gaya penyampaian Mursyid sprt di kaca TV...

Banyak input tentang realiti semasa yang di sampaikan Mursyid...

Antara Mafhum drpd apa yang di sampaikan Mursyid:

-Ramai Orang bertindak dengan ilmu, tapi tak ramai yang bertindak dengan hikmah...

-Jangan berfikir untuk jadi orang yang berguna kepada manusia,Jadilah manusia yang berguna untuk agama...

-Bila kita ditimpa sakit, fikirlah, macam dengan 'khidmat dan kerja2 untuk agama' aku nanti...

-"Mungkin hari ini saudara dengar kata-kata saya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, tapi bila sampai dah matang..Barulah sedar..Ooo..Betul Sungguh apa yang Dr Zul Cakap haritu"...

-Yakin bahawa rezeki adalah di tangan Allah...(diceritakan pengalaman slps berhnti drpd mnjd Pensyarah)..

-"Belajar zaman sekarang jangan setakat BA, jangan setakat MA, belajar biar sampai PHD...Lepas 2 jadi Pengkaji mengkaji ilmu dan biar jd Pakar dlm bdg msg2.. untuk memberikan sumbangan kepada Umat..Kita Mahukan Sprti Al-Qaradawi, Wahbah Zuhaily, Ramadhan Al-Bouti yang blh menjadi SUARA kepada Umat...


(Bergambar Kenangan Dengan Dr Zul)

Moga Allah memberikan kesihatan dan kekuatan yang berpanjangan(diceritakan juga tadi dengan kesibukan tugas) kepada Mursyid untuk melangsungkan kerja2 agama untuk kebaikan Umat seluruhnya...

Al-Mursyid Dr Zul....Memang sebutir Permata Negeri Terengganu...

Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Hafizahullah...

Baca Seterusnya...