Ok..Berbalik kepada cerita tentang makan malam dan forum murtad tadi, Makan malam berlangsung sebelum masuk waktu isyak lagi, yang bayar lebih dan mahal, makanlah atas meja dengan makanan ‘sedap-sedap, lazat-lazat’ sedia terhidang…
kalau bayar harga student, hanya makan atas kerusi, sambil tangan memegang bekas makanan plastic dan botol air mineral diselitkan di celah atau diletakkan bawah kerusi…
Forum murtad bermula lebih kurang pukul 9 malam…Saya tidaklah datang dengan membawa pen kertas dan mencatit secara khusus dan detail apa yang diperkatakan oleh semua panel…
Hanya datang untuk ‘bersantai menikmati cuti hujung minggu dengan santapan rohani ilmu’…
Apa yang saya ingin ‘share’ di sini ialah beberapa point yang masih lagi saya ingat dan ayatnya adalah berdasarkan olahan saya sendiri…
UST ZAHAZAN MOHAMAD:
Ust Zahazan memperkatakan tentang sejarah berlakunya murtad..
1-Di bawakan satu kisah yang telah disebutkan oleh Imam Al-Qurtubi dan Imam Az-Zahabi(Seingat saya) bahawa ada seorang muazin yang suatu hari ketika sedang melaungkan azan di atas puncak menara masjid, tiba-tiba dia ternampak seorang gadis perempuan kristian yang cantik..
Lalu dia jatuh hati dan rasa cinta kepada gadis tersebut..Kemudian, lelaki tersebut turun daripada menara masjid, lalu terus menuju ke rumah gadis tersebut dan berjumpa dengan orang tua gadis tersebut minta untuk berkahwin dengan gadis itu…
Orang tua gadis tersebut bersetuju dan membenarkan dia berkahwin dengan gadis tersebut dengan syarat dia terlebih dahulu kena memeluk agama kristian…Akhirnya dia masuk kristian, dan tak lama kemudian dia mati dalam keadaan murtad, keluar daripada Islam….
2- Diceritakan juga kisah yang benar-benar berlaku dalam Negara kita..Seorang pilot yang berkahwin dengan seorang pramugari, dan mempunyai anak lelaki..Jodoh yang tidak panjang, akhirnya mereka bercerai..
Pilot itu kemudiannya berkahwin lain dengan seorang perempuan yang solehah dan elok akhlaknya..Maka anak lelaki pilot( ketika itu anak lelaki itu sudah belajar di universiti) itu tinggal sekali dengan mereka..
Suatu hari isteri pilot yang baru dinikahi ini, merasakan ada sesuatu yang pelik tentang bilik anak lelaki tersebut..Lalu akhirnya pilot itu tadi masuk dan memeriksa bilik anak lelakinya..Dijumpainya salib…
Akhirnya dia berasa amat marah dan menyuruh anaknya segera pulang ke rumah pada waktu itu juga..Sampai sahaja di rumah, pilot itu tadi terus mengacukan pistol lalu mengancam untuk membunuh anak lelakinya itu serta mengugut akan menguburi mayat anaknya di kubur kristian..
Si anak lalu terkejut dan memberitahu bahawa dia sudah murtad dan masuk kristian sejak di tingkatan 5 lagi..
Pilot itu kemudiannya menelefon seorang ustaz, mendapatkan pandangan ustaz tersebut untuk menyelesaikan masalah tersebut..Akhirnya ustaz menyuruh si pilot tadi untuk memandu kereta dengan membawa anak lelakinya tadi bersama dan ‘slow talk’..Setakat ini sahaja cerita ini…
3- Cerita seterusnya yang dibawakan oleh Ust Zahazan ialah cerita berkenaan dengan Syeikh Muhammad Al-Ghazali yang mematahkan hujah pensyarahnya dalam kelas..Pensyarah Syeikh Muhammad Al-Ghazali seorang yang belajar di sebuah universiti yang terkemuka universiti Sorbonne di Perancis, mengatakan sikap umat Islam yang memalukan apabila kasut di masjid pun kena curi..
Sedangkan di barat perkara sebegini tidak berlaku, lalu Syeikh Muhammad Al-Ghazali bangun mengatakan, Bukankah Barat lebih kejam apabila datang ke Negara-negara Umat Islam lalu mencuri hasil bumi Umat Islam untuk dinikmati dan dibawa balik ke Negara mereka..
*Ketiga-tiga cerita ini mungkin ada sedikit kekurangan dan tidak sama olahannya berdasarkan apa yang diceritakan oleh Ust Zahazan Mohamad tetapi secara keseluruhannya apa yang saya nyatakan tentang cerita ini di sini secara umumnya adalah benar…
4- Point ust Zahazan lagi, masalah murtad yang berlaku pada hari ini sudah parah..Agak susah sebenarnya untuk menyelesaikan masalah murtad yang berlaku hari ini..kerana seperti baiki di hujung, pangkalnya sudah rosak, baiki di pangkal, hujungnya sudah rosak…
UST DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN..
1-Ust Zaharuddin pula ada mengulas tentang sikap segelintir ahli masyarakat yang ‘begitu excited’ bilamana mendengar dan tahu sahaja, ada website yang menghina Islam, terus sahaja diheboh-hebohkan kepada orang lain..
Sikap ini sebenarnya tidak baik, kerana ianya akan mempromosikan lagi blog yang menghina Islam tersebut dengan catatan rating yang tinggi..Secara tidak langsung kita telah mempromosikan blog tersebut..
Tindakan yang sepatutnya yang dilakukan ialah hanya diam sahaja tanpa diheboh-hebohkan kepada orang ramai dan dilaporkan kepada pihak berkuasa tentang perkara tersebut..Biar pihak berkuasa yang mengambil tindakan sewajarnya…
2- Penafsiran Human Rights di dalam Negara kita adalah berbeza dengan Negara-negara barat..Ianya mestilah ditafsirkan dengan kacamata agama dan budaya kita sendiri bukannya berpandukan kepada pemikiran-pemikiran barat..
Sebagai Contoh arak memanglah bebas untuk di minum di Negara-negara barat kerana memang budaya mereka suka minum arak…Di Negara kita, budaya kita tidak menerima amalan minum arak sebagai membawa kebaikan..
3- Selagi mana kita tidak mampu menghapuskan sikap materialistic menebal di kalangan orang islam kita, kita tidak mampu untuk menyelesaikan isu dan kes murtad di Negara kita…
Kalau kita orang Islam memperuntukkan sumbangan yang besar untuk membantu orang Islam yang susah sebagai contoh RM2000, maka orang kafir menyumbang lebih lagi daripada Rm2500, kalau kita bagi Rm3000, mereka akan gandakan Rm3500, begitulah mereka akan menyumbang lebih daripada kita sehingga perkara ini tidak akan berkesudahan sampai bila..
Mereka sanggup membelanjakan wang yang begitu besar asalkan dapat menarik orang Islam murtad.
4-Yahudi dan kristian tidak akan redha selagi mana Umat Islam tidak dapat mereka selewengkan..Ramai yang belajar di luar Negara berasa bangga dengan apa sahaja yang datangnya daripada barat..
Mereka mengganggap apa sahaja yang datang daripada barat adalah baik semuanya dan mesti diaplikasikan..Tidak dinafikan ada sesetengah perkara yang baik daripada barat, tetapi apa sahaja yang bertentangan dengan agama hendaklah ditolak sama sekali…
PROF DR MUHAYA MOHAMAD
Sebenarnya hanya satu sahaja soalan yang dilontarkan kepada Prof Muhaya..apa yang menariknya, prof Muhaya bertanya kepada audiens berapa ramai ibu dan ayah yang marah dan merasa gelisah bilamana anaknya tidak solat..sedangkan reality yang berlaku ramai yang lebih bimbang anak mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan berbanding dengan dengan anak mereka tidak solat….Banyak lagi point yang dilontarkan oleh Prof Muhaya..Tapi Sekadar itu sahaja yang saya masih ingat…