Al-Hasyr yang bermaksud pengusiran merupakan salah satu daripada surah madaniah.Surah berkisarkan tentang peperangan Orang Mukmin Terhadap Yahudi Bani Nadhir.Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, sifat dan perilaku Yahudi amat buruk.Mereka telah mengingkari dan melanggar perjanjian antara mereka dengan Rasululllah SAW.

Perlanggaran ini merupakan kesalahan yang cukup besar sehingga Rasulullah mengambil keputusan untuk mengusir dan menghalau Yahudi Bani Nadhir daripada Bumi Madinah.Ibnu Abbas RA telah menamakan surah ini surah Bani Nadhir kerana boleh dikatakan kebanyakan ayatnya menceritakan tentang pengusiran Yahudi Bani Nadhir daripada Bumi Madinah.


Surah ini juga membongkar rahsia dan perangai buruk Orang-orang munafik.Mereka mengatakan bahawa mereka sanggup bersama-sama dengan Yahudi dan akan menolong Orang Yahudi jika diperangi Orang Islam.Jika Yahudi dihalau keluar daripada madinah, mereka pun akan keluar daripada Madinah. Tetapi Allah tahu bahawa kesanggupan mereka itu hanyalah omongan kosong semata-mata yang dilemparkan kepada Orang Yahudi.Mereka hanya ingin menipu dan mengambil kesempatan daripada Orang-Orang Yahudi.

Inilah sifat Munafiq yang tidak mempunyai pendirian dan prinsip yang jelas.Apabila mereka bersama dengan orang beriman, mereka menzahirkan dan menunjukkan keimanan mereka kepada Rasul.Padahal hati mereka gelap dengan keraguan terhadap Rasul.Perangai mereka tak ubah seperti pijak semut tak mati.

Di Belakang Orang Beriman, mereka bagaikan jaguh yang akan bersama-sama Yahudi jika dihalau daripada madinah.Manisnya mulut mereka dengan janji sedemikian walaupun hati mereka menidakkan janji mereka itu.Allah telah menyamakan mereka seperti SYAITAN yang memberikan janji manis kepada manusia.SYAITAN menyuruh manusia kufur.Ketika mana manusia itu kufur, SYAITAN berlepas diri daripada mereka.Begitu juga munafik, mereka berjanji untuk menolong Yahudi, tetapi pada hakikatnya apabila sampai masa mereka tidak mengotakan janji.

Point Surah Al-Hasyr

Surah ini dimulakan dengan Ayat yang mensucikan dan mengagungkan Allah SWT.Semua Makhluk di langit dan di bumi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-batan mensucikan Allah dengan KeesaanNya,Kekuasaannya, dan kebesaranNya.Sebagaimana Firman Allah:

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

ُ

Semua yang di langit dan bumi bertasbih kepada Allah.Dan Dialah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

2) Allah telah menyebutkan kekuasaan dan kemuliaan diriNya dengan menghalau Yahudi daripada rumah dan negeri mereka.Walaupun kawasan tempat tinggal mereka dikelilingi dengan kubu-kubu yang pada sangkaan mereka tidak dapat ditembusi oleh sesiapa pun,tetapi kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya.Dalam keadaan sedemikian, Allah telah mendatangkan suatu peristiwa begitu pahit bagi mereka ketika mana mereka diusir daripada bumi Madinah. Dikatakan sebelum Bani Nadhir sebelum meninggalkan kampung halaman mereka, mereka telah merobohkan rumah-rumah mereka.Tiang-tiang dicabut,atap-atap ditanggalkan.Dinding-dinding telah ditebuk.Semua ini dilakukan supaya Orang Mukmin tidak dapat mendiami kawasan mereka.Inilah bukti yang menunjukkan kedengkian dan hasad mereka terhadap orang mukmin.Dalam masa yang sama,kubu-kubu mereka dapat dimusnahkan oleh Orang-orang beriman. Firman Allah:

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampong-kampung mereka untuk pengusiran pertama kali, kamu tiada menyangka, bahawa mereka akan keluar dan mereka pula yakin, bahawa benteng-benteng mereka akan mempertahankan mereka daripada(seksaan) Allah,maka Allah mendatangkan kepada mereka(hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka.Dan Allah melemparkan ketakutan ke dalam hati mereka.Mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri dan juga tangan Orang-orang yang beriman.Maka jadikanlah ianya teladan wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

3) Surah ini juga membincangkan tentang Fai’(Harta rampasan perang tanpa berlakunya penyerangan) dan Ghanimah(Harta rampasan perang dengan berlakunya penyerangan),beserta syarat-syarat dan hukum-hukumnya.Harta Fai’ itu dikhususkan juga kepada Faqir supaya harta tidak hanya beredar atau ‘mengalir’ kepada orang kaya sahaja.Firman Allah:

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Apa jua harta rampasan (Fai’) yang diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal daripada penduduk kota maka ianya adalah untuk Allah, Rasul,kaum kerabat Rasul terdiri daripada Bani Hashim,Bani al-Mutallib,anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang yang musafir.Harta ini diberikan kepada yang golongan berkenaan supaya harta itu tidak beredar kepada orang kaya sahaja sehingga mereka terus kaya dan yang miskin terus miskin.Dan Hukum yang datang daripada Rasul itu yang berupa suruhan, maka Kamu ambillah,dan larangannya maka jauhilah.Dan Bertaqwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah keras seksaanNya.

4) Surah ini menceritakan tiga golongan manusia.MUHAJIRIN,ANSOR,dan golongan selepas zaman kedua-duanya(TABIIN).Pujian diberikan kepada MUHAJIRIN yang sanggup meninggalkan kampung halaman mereka dan harta benda mereka,semata-mata untuk mendapatkan kelebihan dan keredhaan di sisi Allah Taala.Kelebihan ANSOR turut dinyatakan apabila bergembira dengan kedatangan Muhajirin Ke Madinah.Tidak ada perasaan dalam hati mereka untuk mendapatkan harta sebagaimana yang telah diberikan kepada MUHAJIRIN.Mereka(ANSOR) tidak mementingkan diri mereka walaupun pada masa yang sama mereka berhajat kepada harta tersebut.Golongan ketiga pula ialah mereka yang berdoa seperti berikut:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Wahai Tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang lebih dahulu beriman daripada kami.Jangan Engkau jadikan pada hati kami perasaan dengki kepada Orang yang beriman.Wahai Tuhan kami Engkaulah Maha Penyantun lagi Maha penyayang.

5) Surah ini juga mengingatkan Orang-Orang beriman supaya bertaqwa kepada Allah.Janganlah Orang-orang yang beriman lupa kepada Allah sehingga Allah menjadikan lupa beramal untuk kebaikan diri mereka diakhirat kelak.Allah mengatakan Bukit yang begitu pejal akan runtuh apabila diturunkan Al-Quran ke atas dirinya dek kerana takut kepada Allah.Bagaimana pula dengan manusia yang mempunyai akal fikiran, sudah semestinya mereka sepatutnya lebih takutkan Allah apabila mendengar ayat-ayat Allah.Diakhiri surah ini dengan menyebut sifat-sifat Allah yang Maha Agung.

WA ALLAHUALAM.

Baca Seterusnya...

Entry kali ini, InsyaAllah saya ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang saya telah pelajari sepanjang First Sem di Gombak.Moga perkongsian ini memberikan manfaat dan faedah kepada kita semua.

Al-Mujadalah gelaran yang telah dinisbahkan kepada seorang mukminah solehah.Khaulah Binti Tha'labah begitulah namanya.Namanya mekar harum sejak turunnya beberapa ayat terawal daripada surah Al-Mujadalah hinggalah sekarang.Popularitinya tidak pernah luput ditelan zaman dan kisahnya sentiasa meniti di bibir umat ini tatkala membaca dan mentadabbur hati dan akal bagi mengambil pengajaran daripada kisahnya.


Allah telah menurunkan beberapa ayat terawal daripada surah Al-Mujadalah disebabkan rayuan daripada Khaulah agar Allah menyelesaikan masalah yang sedang beliau hadapi.Masalah itu cukup besar pada hemat beliau.Ianya soal hidup dan mati, soal maruah dan harga diri,soal hak atau batil, soal sah atau batal.Apakah sebenarnya yang telah membelenggu kehidupan beliau dan apakah yang boleh dan telah dilakukan oleh Mukmimah berjiwa besar ini bagi menyelesaikan masalah yang sedia terhidang di hadapannya.Zihar itulah persoalan yang sedang bermain di fikiran Khaulah RA.

Untuk itu marilah kita lapangkan jiwa, bukakan pintu hati untuk sama-sama memahami episod sebenar 'dilemma' yang dihadapi oleh Khaulah.'Dilemma' itu mungkin akan terjawab apabila kita membaca 'Asbabun Nuzul'(Sebab-sebab turun Ayat permulaan Surah Al-Mujadalah ini).

"Dari Aisyah r.a. bahawasanya ia berkata" Maha Suci Allah Yang Maha Mendengar Semua suara."Telah datang Al-Mujadalah-Khaulah binti Tha'lbah-dan beliau telah bercakap dengan Rasulullah SAW.Sedang Aku(Aisyah) ketika itu berada di rumah dan aku mendengar perkataan Khaulah.Tetapi ada juga sebahagian percakapannya tidak ku dengar.Dia(Khaulah) telah mengadu tentang perbuatan suaminya ke atas dirinya.Dia(khaulah) berkata: Ya Rasulullah,dia(yakni suaminya) telah menghabiskan masa mudaku dan aku telah memberinya banyak anak.setelah usiaku lanjut dan aku tidak boleh mengandung lagi,dia telah 'menzhiharkan aku'.Ya Allah Aku mengadu hal aku kepada Mu.

Aisyah berkata" Tidak lama kemudian Jibril datang membawa ayat-ayat tentang Zhihar."

(Dikeluarkan Al-Bukhari,Ibn Majah, dan Al-Baihaqi).Saya tidak berapa berani untuk menterjemahkan riwayat ini dengan pemahaman saya sendiri melainkan saya merujuk kitab yang menterjemahkannya terlebih dahulu.Bahkan penerangan zihar di bawah pun dengan merujuk kitab terlebih dahulu.

(Boleh rujuk kitab Ayatul Ahkam oleh Ali As-Sabuni terjemahan oleh Saleh Mahfoed).

Sedikit Tentang Zihar.

Zihar bolehlah diertikan sebagai menyamakan isteri dengan ibu.Sebagai contohnya ia berlaku apabila seorang suami berkata kepada isterinya "Engkau ini seperti punggung ibuku".Zihar merupakan talak pada zaman jahiliah dengan mengumpamakan isteri sebagai ibu kandung yang haram dinikahi sampai bila-bila.

Maka Islam membatalkan hukum jahiliah ini dan dalam Islam suami haram mendekati isterinya yang telah diziharkan.Namun bezanya ialah Islam tidak menyamakan antara zihar dengan talak sebagaimana Orang jahiliah menyamakan zihar dengan talak.Zihar mempunyai kifarah untuk membolehkan suami kembali kepada isterinya yang telah diziharkan.Kifarahnya ialah membebaskan seorang hamba,jika tidak mampu berpuasa selama 2 bulan berturut-turut, dan jika tidak mampu juga memberi makan 60 orang miskin.

Surah Al-Mujadalah

Surah ini adalah surah madaniah yang mengandungi hukum yang bolehlah diringkaskan seperti berikut:

Hukum Zihar,

Kifarah Zihar,

Hukum berbisik-bisik

Adab-adab ketika dalam majlis

Hukum memberikan Sedekah sebelum berbicara dengan Rasulullah.Tetapi hukum ini dinasakhkan.

Suruhan dan arahan supaya Orang beriman tidak mencintai Orang kafir yang menjadi musuh bagi mereka, walaupun Orang kafir itu adalah bapa-bapa mereka,anak-anak mereka, saudara-saudara mereka, dan kaum kerabat mereka.

Input

Lihatlah kepada peri laku Khaulah Binti Tha'labah RA yang sedang berada dalam dilemma itu.Tidak ada manusia lain yang dijumpainya jika mempunyai sesuatu masalah melainkan Rasulullah SAW orangnya.Tidak cukup dengan berbicara dengan Rasulullah SAW,Khaulah RA telah merintih dan mengadukan masalahnya secara 'direct' kepada Allah Tuhan Segala Makhluknya.

Kita juga sepatutnya begitu.Jika mempunyai masalah, apa lagi mohonlah pertolongan daripada Allah.Allah tempat kita mengadu dan mengharapkan sesuatu.Bahkan Allah sendiri menyukai hambaNya yang suka merintih kepadaNya.Allah telah mendengar rintihan Khaulah RA lalu memberikan penyelesaian yang terbaik kepada beliau.

Surah ini juga mengajar kita supaya menghargai nikmat Iman dan Islam sebagai sebesar-besar nikmat Allah.Penghargaan kepada nikmat ini dibuktikan oleh Orang Mukmin apabila sanggup membenci dan tidak mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada mereka yang menentang dan menolak Islam.Walaupun yang mereka kasihi itu ialah bapa mereka,anak mereka,saudara mereka,dan keluarga mereka.

Apalagi Jom kita berusaha merealisasikan input yang begitu berharga daripada surah ini.Wa Allahualam.


Baca Seterusnya...
Curiculum Activity Centre IIUM


Alhamdulillah tepat pukul 11 pagi,18 Jun 2008,selesai sudah Final Exam Bagi 'First Sem' di Gombak.

Final Exam yang berlangsung di CAC (Dewan Konvo) UIA sedikit sebanyak menambahkan lagi debaran untuk otak ini 'berjuang' di medan pertempuran soalan.Boleh dikatakan ini merupakan pengalaman baru bagi saya.Kalau di CFS,exam hanya di kelas atau seminar hall,tapi di Gombak lain pula gayanya.Exam juga bukan hanya dengan rakan sekelas, tetapi turut 'ditemani' dengan 'student-student' lain yang kebetulan venuenya adalah sama.


SOALAN EXAM


Soalan mempunyai empat bahagian.Soalan bahagian pertama wajib dijawab dengan soalan 2,3,4 sebagai pilihan.

Seperti mid term exam yang lepas,final exam pun begitu juga.Lain yang dibaca, lain pula yang disoal.Saya lebih memberikan penekanan terhadap pemahaman dan tafsir ayat-ayat Quran, tetapi yang banyak ditanya berlatarkan tentang isi kandungan dan persoalan penting yang ada dalam sesuatu surah.


Ada juga soalan final kali ini yang sama dengan soalan Mid Term tempoh hari.Contohnya persoalan tentang zihar dan kifarahnya dari surah Al-Mujadalah.

Kisah Jin yang Kagum dengan Quran dalam surah Al-Jin juga ditanya,selain daripada soalan tentang Al-Mumtahanah(perempuan-perempuan yang diuji),Al-Naba'(Khabar tentang kiamat),Kisah Hatib bin Abi Baltaah,Ashabul Jannah(Kisah pemilik kebun yang diuji oleh Allah),Kekuasaan Allah mengeluarkan Air dari perut bumi dan banyak lagi.

Dalam situasi sebegini, otak yang beku dek kerana 'air cond' sejuk terpaksa dikerah.Segala kefahaman yang ada dalam dada ini,harus digunakan se'maksimum' mungkin.




Dan apabila kamu telah berazam,maka bertawakallah kepada Allah.Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Motivasi Quran

Kepada sesiapa yang masih menempuhi saat-saat sukar bersama 'Final Exam'.Ada satu ayat Quran yang boleh memberikan motivasi dan semangat kita untuk terus berusaha dan berusaha.Dapatkan stamina dan azam baru daripada ayat ini.Mudah-mudahan kejayaan buat kita semua.


Katakanlah: Bekerjalah(Berusahalah) Kamu.Nanti Allah akan melihat pekerjaanmu, serta RasulNya dan orang-orang mukmin.Nanti kamu akan dikembalikan kepada Yang Mengetahui yang ghaib dan yang terang.Lalu kamu akan diberitahukan apa-apa yang telah kamu kerjakan.
Baca Seterusnya...
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20080608235739/Article/

Majlis fatwa arah PTPTN ubah kaedah kira caj

Oleh Norfatimah Ahmad

Jakim pantau perubahan pastikan agensi patuh garis panduan



KUALA LUMPUR: Majlis Fatwa Kebangsaan mengarahkan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) mengubah kaedah pengiraan caj perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjamnya mengikut garis panduan ditetapkan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata keputusan berhubung perkara itu ditetapkan pada mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan yang diadakan di Alor Star, Kedah, baru-baru ini.

"Berdasarkan keputusan itu, kami menemui PTPTN dan menerangkan langkah perlu diambil untuk memastikan kaedah pengiraan dilaksanakan selaras garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan kerana kami mahu membantu PTPTN menyelesaikan kekaburan berhubung isu itu.

"Berikutan itu, pemantauan dari semasa ke semasa akan dilakukan terutama menerusi pembentangan PTPTN berhubung perubahan kaedah itu untuk memastikan mereka setuju dan mematuhi garis panduan itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa sama ada caj perkhidmatan tiga peratus dikenakan kepada peminjam PTPTN ada berunsur riba atau tidak.

Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara terperinci.

Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac 2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan.

Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar, bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.

Malah, resolusi Majlis Syariah Organisasi Perakaunan dan Audit bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan Majlis Fiqh Sedunia di bawah Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) menyatakan, caj bagi perkhidmatan hanya dibolehkan dengan syarat ia adalah kos sebenar pengurusan teknikal saja, manakala caj yang dikenakan melebihi kos sebenar adalah haram.

Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai.

"Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak kekeliruan.

Baca Seterusnya...
Kisah Pertama

"Salam, ayah Asyraf meninggal,dia sampai petang ni,"Pagi itu saya menerima sms daripada seorang akhwat SHAMS.Tidur saya tiba-tiba terganggu dek kerana terkejut beruk apabila menerima sms sebegitu.

"Asyraf mana ni ye,sape ni?"saya kehairanan apabila no yang tidak dikenali menghantar sms tentang berita yang amat mengejutkan.

"Asyraf Zuki, ni Zafirah,"Sahabat Akhawat UTP rupanya.Ingatkan siapa tadi.Saya bermonolog sendiri.

Tanpa berlengah masa, saya mengambil keputusan untuk menjemput sahabat akrab saya di SHAMS.sudah hampir 2 tahun dia tidak pulang ke Malaysia semenjak berkelana di bumi Mesir.

Timbul pula satu masalah besar.

"Macam mana aku nak telefon Asyraf,"Soalan yang begitu ligat bermain di fikiran saya.Baru saya ingat sebelum ini saya telah beberapa kali berhubung dengannya.Mungkin saya boleh berhubung dengan no tersebut.Ada Tiga no yang tersimpan dalam handset saya.Setiap satu no saya cuba.Namun semuanya tidak berhasil.

Tiba-tiba saya teringat yang saya ada menyimpan no Ayah Asyraf.Apa lagi saya terus menghubungi no tersebut.Mujurlah no itu betul dan Kakak kepada Asyraf yang menjawab panggilan saya.

Kata Kakak Asyraf, Asyraf tengah transit di Dubai.Mungkin dia akan sampai di KLIA pukul 8.40 malam.

Tidak ada apa-apa perkataan yang dapat saya ucapkan kepada Kakak Asyraf melainkan ucapan Takziah.

"Sabarlah ye Kak,Mungkin.Ada hikmah di sebaliknya.Moga Arwah termasuk di kalangan Orang-orang yang soleh dan beriman,"Saya menghantar satu SMS untuk menenangkan keadaan.

"Tapi tulah Arwah harap sangat dapat berjumpa dengan Asyraf sebab dah dua tahun arwah tak jumpa dengannya,"Itulah rindu seorang ayah terhadap seorang anak.Tetapi Takdir telah menentukan segala-galanya.



Petang itu dalam pukul 6.30 saya bergegas ke KLIA dari CFS Nilai dengan membonceng motor dengan seorang sahabat.Perjalanan dari Kampus CFS Nilai ke KLIA memakan masa 20minit.

Selepas berhenti solat maghrib di Masjid KLIA saya terus ke KLIA.Alhamdulillah lebih kurang pukul 9 lebih wajah seorang sahabat akrab kelihatan keluar dari balai ketibaan.saya terus bersalam dan berpelukan untuk melepaskan rindu terhadap seorang sahabat.Saya hanya mampu menyuruh Asyraf bersabar dan terus bersabar.

"Rah, aku balik dululah.Pagi esok aku datang lagi,"Saya meminta diri untuk pulang ke CFS.Jam ketika itu menunjukkan pukul 10 lebih.Selepas subuh, saya ke KLIA lagi untuk menemani Asyraf pulang ke Terengganu.

Saya kerap ke rumah Asyraf terutamanya sebelum ke Attawuniah,tempat saya bekerja selepas SPM.Masih teringat lagi di minda ini saya berbual dengan arwah dan disambut oleh arwah.Pemergian arwah begitu mengejutkan secara tiba-tiba.



Kisah Kedua

"Salam, Pak Asing,pengajar di Attawuniah meninggal kul 4 petang tadi," saya menerima satu sms daripada guru Quran saya Ustaz Mazuri.

"Sakit apa ustaz?,Tiba-tiba je," saya menginginkan sebuah kepastian.

"Arwah pergi minum air.Tiba-tiba dia jatuh.Orang ramai panggil ambulans.Tadi anak arwah datang pejabat kata dia dah tak ada,"Begitulah lebih kurang sms Ustaz Mazuri.

Pak Asing (mungkin namanya Hashim, saya pun tidak berapa pasti), seorang rakan kerja yang begitu rapat dengan saya ketika saya berpeluang mengajar 'ngaji' di Attawuniah.Seorang yang banyak mempunyai pengalaman dan suka berkongsi pengalaman beliau dengan saya..Sekali-kala wajah tuanya agak menakutkan budak-budak yang belajar 'mengaji' di Attwuniah.Bak kata orang bila ada beliau, saya tak kering gusi dek kerana terdekah-dekah ketawa.

Namun apa yang pasti pemergian beliau begitu mengejutkan secara tiba-tiba.Terasa macam baru semalam saya berbual-bual dan bergelak ketawa dengan beliau.

Kisah Ketiga

Semalam saya menerima panggilan daripada Kakak saya yang memberitahu pemergian Ayah Kak Ipar saya Kak Adah(Pak
Din@lebih biasa saya panggil Ayah Wan juga merupakan ayah kepada seorang sahabat saya-Wan Najmuddin).

Sepatutnya saya pulang ke Terengganu Esok malam,tetapi bila mendapat berita tersebut saya terus bersiap-siap untuk pulang Terengganu.Memang saya akan pulang ke Terengganu minggu ini untuk bersama-sama dengan sahabat SHAMS lain dalam satu program di Rantau Abang.

Jam menghampiri pukul 12 tengah malam, kami bertolak meredah kesunyian malam untuk pulang ke Terengganu.

Saya hanya mampu mengucapkan takziah kepada Kak Adah dan Idin Sekeluarga di atas pemergian ayah wan ke Rahmatullah.

Masih segar lagi di ingatan ini, wajah 'tua' ayah Wan yang biasa menunaikan solat jumaat di saf pertama di Masjid Rusila.

KHATAM

Pemergian ketiga-tiga mereka memang memeranjatkan saya.Sedikit sebanyak pemergian mereka menambahkan lagi ingatan saya kepada mati.Benarlah firman Allah:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ




Setiap Umat itu baginya Ajal.Apabila Datangnya ajal itu tidak dapat di lambatkan sesaat dan tidak dapat didahulukan walau sesaat



Mereka Pergi dengan tiba-tiba.Al-Fatihah untuk mereka semua.Semoga Roh mereka digolongkan di kalangan mereka yang soleh lagi beriman.Amin.....
Baca Seterusnya...

“Man, Aku tengok ko ni dah besar panjang,dah makin lanjut umur ko ni,Tak nak kahwin ke?,”Terkejut beruk Azman bila persoalan yang begitu besar diajukan.

“Nantilah,belum sampai masanya lagi, nanti kalu ada jodoh, tak ke manalah,akhirnya aku kahwin jugak nanti,”Jawab Ali yang masih dalam kehairanan.

“Ko nak tunggu apa lagi man?Ko kan dah ada kerja bagus, rumah besar, kereta pun ok.Lagi lama ko tunggu lagi kasihan aku tengok ko ni,”kata-kata pujukan daripada Ali mula terpacul keluar yang begitu ikhlas ingin melihat kawannya mendirikan sebuah ‘masjid’.

“Aku bukan apa li, aku rasa belum bersedia lagilah.Banyak lagi kekurangan pada diri aku ni.Nak urus diri aku pun sakit, ini kan nak jaga anak dara orang,Ko pun tahu,soal kahwin ni bukannya boleh dibuat main-main,”Begitu ‘humble’ nada suara Azman meluahkan perkara yang sebenar di hatinya.

“Apa yang kurangnya? aku tengok ko ni dah cukup ‘perfect’ untuk menjadi suami orang.Macam aku cakap tadi.Semuanya ko dah ada.” Tanya Ali yang masih lagi tidak faham ‘mengapa’ Budak Azman ni tak mahu kahwin juga.Pada Ali, Budak seperti Azman inilah yang paling sesuai kahwin.

“Biar aku berterus sajalah Li.Memang aku ada segala-galanya.Aku ada Rumah, ada kereta, ada ‘good job’.Tapi aku jahil tentang agama.Ilmu aku tentang agama ini masih cetek lagi.Nak kahwin ni bukan hanya perlu ada wang dan harta untuk menyara anak orang tapi ilmu agama pun perlu juga.Wang dan harta untuk menyara anak orang di dunia, ilmu agama untuk ‘menyara’ anak orang di akhirat,”Panjang pula penerangan Azman kepada Ali yang kelihatan seperti orang yang baru tersedar dari sebuah mimpi yang begitu indah.

Penerangan Azman tidak berhenti setakat itu.

“Semalam aku ke Surau ada seorang ustaz bagi tazkirah.Dia ada baca sepotong ayat Quran.Tapi aku dah lupa ayat mana entah.Tapi aku ada tulis ‘point’ penting tazkirah dia tu.Dia kata lelaki sebagai seorang suami mempunyai tanggungjawab yang begitu berat terhadap keluarganya.Suami sebagai ketua keluarga haruslah menjaga ahli keluarga daripada sambaran api neraka.Bila aku dengar je, tentang api neraka, aku mula berfikir banyak kali untuk kahwin.Macam mana aku nak jaga ahli keluarga aku kalu tak ada ilmu tentang agama, halal dan haram pun aku susah nak beza.,”Penerangan Azman kali ini telah membuka minda Ali yang selama ini tertutup dengan angan-angan indah tentang sebuah perkahwinan.

Entry kali ini saya masih berada dalam wedding mood atau mood jamuan kesyukuran sabtu baru-baru ini.Watak dan ceritanya hanyalah rekaan semata-mata,tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.

Setiap daripada kita yang ingin menjejakkan kaki ke alam perkahwinan harus membaca kembali sepotong ayat Al-Quran di dalam Surah At-Tahrim ayat ke 6.Ayat inilah yang telah dibaca oleh ustaz yang memberi tazkirah dalam dialog di atas.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Wahai Orang-Orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”

Semua daripada kita yang ingin ke alam baru harus sanggup menyahut seruan Allah dalam ayat ini.Seruan ini tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk kebaikan dan manfaat manusia itu sendiri.

Sesiapa yang ingin menyahut seruan ini tidak dapat tidak, harus membekalkan dirinya dengan ilmu yang cukup tentang agama.Ilmu tentang halal atau haram,baik atau buruk, boleh atau tidak boleh, makruh atau sunat, dan sebagainya.

“Aku ni bukannya ustaz yang tahu tentang agama.Aku dulu belajar tentang sains dan Math,Soal agama ini aku kuranglah sikit”

“Yang aku tahu tentang ekonomi.Tentang agama ini manalah aku tahu.Mana aku tahu isteri aku kena pakai macam ni,tak boleh buat itu ini.Mana aku tahu anak aku kena buat macam ni macam ni.”

“Argh… buat apa aku nak tahu pasal ni semua.tak ada kaitan pun dengan aku.Yang penting keluarga aku dapat makan minum, ada tempat tinggal dan bahagia sudah.Soal agama ni tolak ketepi dulu.

Dialog di atas biasa kita dengar dari mulut orang awam kita yang beralasan tidak tahu dan tidak faham tentang agama.Hanya beralasan semata-mata tanpa menggerakkan usaha untuk mendapat tahu dan mengambil tahu tidak dapat diterima oleh akal yang sihat.Yang penting kita berusaha untuk tahu dan berusaha untuk mengamalkan apa yang kita tahu.

Seruan di atas begitu berat untuk kita semua pikul.Kepada Allahlah kita menadah tangan supaya menjadikan kita di kalangan orang yang berusaha menjaga:

Dirinya, Ahli Keluarganya daripada seksaan api neraka Allah.

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَ

"Setiap di kalangan kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya tentang apa yang telah dipimpin.Imam adalah pemimpin dan akan ditanya tentang rakyat di bawahnya.Lelaki adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipertanggung jawabkan ke atas dirinya".


Baca Seterusnya...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan semesta Alam, selesai sudah Majlis Jamuan Kesyukuran Sambut Menantu di rumah saya semalam.Jamuan kali ini banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan,erti sebuah pengorbanan,erti sebuah kehidupan berkeluarga dan banyak lagi.

Bukan mudah dan memang terlalu payah untuk mengadakan sebuah jamuan rupanya.Masa, tenaga,wang ringgit harus di'Gadai' buat sementara waktu untuk menjamu sanak-saudara dan sahabat handai.Hasil kesempurnaan majlis dapat 'ditebus' semula apabila melihat sanak-saudara dan sahabat handai yang datang.

Saya sendiri telah hampir sebulan(4 kali) berulang-alik dari Kl ke K Trg setiap minggu.Pulang dengan niat memberikan komitmen yang penuh dan pulang dengan niat untuk menyokong majlis yang akan diadakan.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua mereka yang terlibat untuk menjayakan jamuan kesyukuran kali ini.
Jutaan terima kasih kepada:

"Mak Cik Minah & Ayah Cik sekeluarga,Mek Tam,Kak Kamariah &Abg Man sekeluarga,Mak Cik Mek,Mak Ani,Pak Yah,& anak beranak,Abg Pa,Abg Arsyad & Sekeluarga,Kak Sabariah,Abg Murad Sekeluarga,Ayah su & Chu sekeluarga, Pak Weil & Mak Ti sekeluarga"

Yang telah sedikit sebanyak memberikan sumbangan untuk majlis ini.

Terima kasih juga kepada semua tetamu yang telah hadir yang sanggup meluangkan masa dan waktu untuk ke jamuan kami sekeluaga.


Belajar cara kerat daging

Lepas kerat simpanlah pula


Angkat minyak Masak



Bakal YB Ke ni...Hahaha...

My VVIPs

Ustaz Mazuri, Guru Ngaji saya

Basuh pingganlah plak lepas jamu

Berbual-bual dengan sahabat lama Lutfi syahmi,Tauke Canopy

Baca Seterusnya...