Sumber:MStar Online
12 Sukarelawan Malaysia Dibebaskan, Kini Di Jordan

Oleh MUIN ABDUL MAJID

DUBAI: Seramai 12 sukarelawan Malaysia yang berada dalam kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang Israel kini selamat dan sedang dalam perjalanan melalui darat ke Amman, Jordan.

Rombongan itu diiringi Duta Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz and pegawai kedutaan yang lain.

Sebelum itu, rakyat Malaysia telah melepasi sempadan Jordan.

"Kesemua mereka selamat dan berada dalam keadaan baik," kata duta itu kepada BERNAMA apabila dihubungi dari Dubai. Katanya kesemua sukarelawan hanya sehelai sepinggang dan tidak mempunyai pasport.

Kesemua 12 rakyat Malaysia itu adalah antara mereka yang ditahan oleh tentera Israel yang menyerbu kapal Mavi Marmara sebuah kapal Turki iaitu salah sebuah daripada armada kecil kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza pada Isnin.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dijangka tiba di Amman hari ini.

Abdul Malek berkata Kementerian Luar Malaysia dan pihak kedutaan akan menyediakan semua persiapan bagi memudahkan sukarelawan itu pulang ke Malaysia.

Salah seorang daripada mereka, Noor Azman Muhamad Samsuddin memberitahu, serangan yang dilakukan pada awal pagi oleh tentera komando Israel adalah pengalaman yang mengerikan.

Katanya sebahagian besar penumpang kapal yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, yang telah disekat Israel sepanjang tiga tahun yang lepas, tidak menyangka akan menerima tentangan dari tentera Israel sewaktu insiden maut tersebut.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam serangan itu, menyebabkan Israel dikutuk di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Menurut Noor Azman, dua sukarelawan Indonesia juga tercedera dalam serangan tersebut.
-M Star-


SYUKUR KITA

Kita mengucapkan syukur kepada Allah, sukarelawan Malaysia yang terlibat dalam konvoi kemanusiaan LL4G masih hidup dan selamat.Walaupun jauh di sudut hati mereka, mungkin ada yang mendambakan syahid dalam misi kemanusiaan kali ini.

Cuba kita renungkan ucapan mereka ini:

Sumber:LL4G


Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

Demikian antara amanat yang ditinggalkan oleh Ketua misi konvoi Lifeline4Gaza dari Malaysia ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin yang akan berangkat ke Turki pada 19hb Mei nanti. Amanat tersebut dibuat selepas senarai peserta konvoi dari Malaysia diumumkan.

Peserta konvoi dipilih dan disaring oleh penganjur utama projek, Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang berpusat di Turki. Seramai 6 orang sukarelawan dan 4 orang wakil media dari Malaysia akan menyertai konvoi kapal antarabangsa bersama-sama dengan lebih daripada 600 orang peserta dari puluhan negara.

“Saya bagi pihak peserta yang lain menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada apa-apa kesalahan, kesilapan yang dilakukan sebelum ini.


Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami, bantulah keluarga kami.”

“Semoga Allah terima semua amalan kita.”

“Ya Allah! Kuatkanlah hati-hati kami atas jalanMU.”

Beliau juga meninggalkan pesan kepada seluruh warga yang prihatin dengan perjuangan membebaskan bumi Palestin agar terus berjuang tanpa henti. Begitu juga kepada semua yang cakna dengan masa depan umat agar mempertingkatkan usaha dakwah kepada masyarakat dan memantapkan usaha tarbiyah bermula dengan diri dan ahli keluarga dan seterusnya anggota masyarakat.

“Aku hanya berwasiat pada kalian andainya kami tiada – teruskanlah perjuangan ini, tingkatkanlah dakwah kepada masyarakat, mantapkanlah tarbiyah diri, keluarga dan anak-anak didik kalian yang ada.”

“Jangan biarkan darah yang gugur di bumi Al-Aqsa menjadi hujah menentang kita di hadapan Allah atas kelalaian, kemalasan dan kejumudan amalan-amalan kita.”
“Ya Allah! Bantulah kami”

Peserta konvoi dari Malaysia akan bertolak ke Istanbul pada 19hb Mei dengan kapal terbang untuk menaiki kapal yang sedang menunggu di sana. Konvoi kapal dijangka akan bertolak dari Istanbul ke Antolia (Antalya) pada 21hb Mei dan akan belayar ke Gaza dua hari kemudian. -ihhh... -LL4G-

TAKDIR ALLAH

Namun takdir ketentuan Allah itu tersangatlah baik.

Dalam masa yang sama, kita menangisi dan berdukacita terhadap pemergian mereka yang gugur terkorban dalam misi kemanusiaan kali ini.

Semoga mereka adalah termasuk di kalangan mereka ini:

Dan tatkala orang-orang mukmin melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata: "Inilah yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kita". Dan benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan yang demikian itu tidaklah menambah kepada mereka kecuali iman dan ketundukan.
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak merubah (janjinya),
supaya Allah memberikan balasan kepada orang-orang yang benar itu karena kebenarannya, dan menyiksa orang munafik jika dikehendaki-Nya, atau menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(surah Al-Ahzab ayat: 21,22,23).

Bagi yang terselamat, semoga mereka semua selamat sampai ke Malaysia InsyaAllah.Selepas ini, diharapkan banyak program-program atau ceramah ‘perkongsian pengalaman mereka ini’ akan diadakan di mana-mana bagi menyuntik dan menyuburkan semangat kita semua supaya lebih prihatin terhadap isu saudara seagama di Palestin.

Lebih baik lagi, jika pengalaman mereka ditulis dan dibukukan bagi bacaan dan tatapan semua generasi kita.

Moga dengan usaha ini generasi kita mengetahui bahawa Negara ini, tanah tumpah mereka ini bukan sahaja mempunyai mereka yang boleh mendaki puncak tertinggi dunia, Everest, menjejakkan kaki ke kutub utara dan selatan, mengelilingi dunia dengan basikal, tetapi lebih manis lagi, Negara ini mempunyai wira-wira yang mampu menawan puncak ‘keegoan dan keangkuhan’ tentera Zionis yang paling kejam dalam dunia.

Saya sangat bersetuju dengan cadangan Ust Maszlee Malik, supaya mereka ini diberikan anugerah gelaran Dato’ atas semangat dan keberanian yang telah ditunjukkan.Tahniah ke atas mereka semua, walaupun misi kali ini kelihatan gagal untuk menyampaikan sumbangan, tetapi ianya tetap memberikan ‘pukulan maut’ kepada Israel dan membuka mata dan telinga masyarakat dunia tentang siapa sebenarnya Israel..

Tahniah Wahai Perwiraku...


Baca Seterusnya...

Balik dari kelas petang semalam, lebih kurang pukul 4.25 petang, satu mesej yang masuk ke peti ‘inbox’ hanset saya.Mesej yang meluruhkan hati itu berbunyi begini:

“Salam.Pls 4ward sms ini asap kpd sramai kwn yg ada.!-Dr ketua misi LL4G-Malaysia, Tn. Hj Noorazman: Kami sdg berada di pengairan Gaza, dlm jam 4.30ptg (waktu M’sia) kami akan berdepan dgn kapal Israel.Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah utk mnjga kslmtn kapal konvoi.Dijgkakan komando Israel akn turun ke kpl melalui helicopter dan cuba merampas kpl konvoi tersebut.Mohon doa n solat hajat dr semua muslim.Takbir! ”.

Mesej ini mungkin betul, mungkin juga salah, tetapi bagi mereka yang mengikuti perkembangan berita konvoi kemanusiaan LL4G, keberangkalian mesej ini benar adalah tinggi.

Sesiapa sahaja yang mendapat mesej ini, pasti akan marah.Dengan perasaan yang amat marah dan emosi yang tidak stabil, saya ‘forward’kan mesej ini kepada beberapa teman untuk berkongsi tentang perkembangan terkini yang berlaku ke atas konvoi ini.

Beberapa minit kemudian, seorang teman membalas mesej saya tadi:

“Terkini- 16 syahid, 50 cedera, nasib relawan Malaysia msih x dketahui..kapal y dinaiki mreka sudah drampas dan dibawa ke wilayah Israel.”

TIADA KEMANUSIAAN

Saya berfikir, kalau benarlah mesej ini, ternyata bangsa Yahudi zionis merupakan bangsa memang tiada perikemanusiaan langsung.Apa jenis manusia Yahudi ini.Jiwa dan naluri mereka kosong daripada nilai kemanusiaan, bahkan mereka sebenarnya memang tiada perasaan kemanusiaan walau sekelumit pun.

Konvoi kemanusiaan LL4G yang datang dengan perasaan penuh harapan untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa kekejaman Yahudi zionis,dalam suasana yang harmoni, dipaksa berpatah balik jika menginginkan sesuatu yang buruk tidak berlaku.

Maha suci Allah, yang menguatkan iman peserta konvoi ini.Mereka tidak berganjak daripada seribu langkah yang telah dimulakan.Bahkan sejak daripada awal lagi mereka telah mengetahui semua risiko yang bakal hadapi.

Ironinya,apabila berdepan dengan isu ini, kedengaran juga suara sumbang sesetengah pihak yang mencemuh usaha yang dilakukan oleh peserta konvoi ini.

CEMUHAN MEREKA

“Dah tahu dah, memang misi ni tidak akan berjaya, yang pergi jugak tu sapa suruh,”lebih kurang bunyinya cemuhan mereka.

Cemuhan mereka ini, secara zahirnya memang ada benarnya.Kekuatan Israel jauh lebih besar daripada apa yang Umat kita ada.Jika difikirkan secara logiknya Mustahil mereka yang lemah akan Berjaya mengatasi mereka yang lebih kuat.Sunnatullah(Hukum Alam) memang mengakui hakikat itu.Namun segala-galanya terletak pada kekuasaan Allah, dan kebesaranNya untuk memenangkan mana-mana pihak.Percaturan dan kekuasaan Allah itulah yang terbaik.Kita beriman dengan segala apa yang telah ditetapkan oleh Allah.

TIDAK DUDUK DIAM

Lemah tidak bermakna kita harus berdiam diri begitu sahaja, tanpa melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan yang sedemikian perit.Saudara-saudara kita di Palestin yang telah di ‘godam’ begitu teruk harus dan berhak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Matlamat konvoi ini murni sekali.Menyalahkan mereka seratus peratus adalah suatu tindakan yang tidak bijak.

Apa yang kita boleh belajar daripada serangan ini ialah kita mesti berusaha meningkatkan kekuatan umat ini dalam semua aspek, walaupun kita tahu, musuh kita 100 kali lebih terkedepan dalam semua perkara.Ianya mungkin lambat untuk kita melihat hasilnya, tetapi lebih baik daripada kita tidak melakukan apa-apa.

Kita perlu menyuntik kesedaran generasi yang ada sekarang supaya meraka selalu peka dengan isu yang berkait dengan agama dan kemanusiaan, yang berlaku di bumi Palestin.Sebagaiman yahudi zionis menyuntik racun kebencian dan benih pemusuhan sejak kecil lagi kepada generasi mereka terhadap Orang Islam di Palestin, kita juga sepatutnya menanam benih-benih semangat islah dan jihad ke dalam naluri-naluri bersih generasi kita sejak awal lagi.

Dalam masa yang sama kita beriman dengan firman Allah Taala:

Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun.(Surah Ibrahim:ayat 46).

DOA KITA

Kita mendoakan mereka yang terkorban dalam konvoi kali mendapat kedudukan yang terbaik di sisi Allah Taala.

Kita mendoakan mereka yang cedera parah sembuh pulih sedia kala, untuk terus meneruskan langkah melakukan sesuatu untuk Umat ini.

Kita berdoa supaya kita sentiasa bersama dengan saudara-saudara kita di Palestin sana.

Kita berdoa supaya musuh dihancurkan sehancurnya...

Wahai Kera Yang Hina,Laknat Allah ke atas kamu...

Baca Seterusnya...

Sering kali kita beranggapan bahawa ujian Allah itu datang dalam bentuk kemiskinan, kesusahan, kesempitan hidup, dan kekurangan harta benda.Ini sebenarnya bertepatan dengan firman Allah Taala yang bermaksud:

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Al-Baqarah: ayat 155).

Memang tidak dinafikan lagi bahawa kemiskinan hidup di dunia ini ialah salah satu daripada bentuk ujian Allah kepada hambaNya di atas muka bumi ini untuk menguji siapa di kalangan hambanya yang paling kuat imannya.

Namun ramai juga, mungkin tidak sedar bahawa kekayaan atau keinginan untuk menjadi kaya juga merupakan medan di mana Allah menguji iman seseorang hambanya.Sesuatu yang tidak boleh kita sangkalkan lagi, kebanyakan manusia akan lebih berharap dan hampir dengan Allah ketika mereka susah dan tidak mempunyai apa-apa, berbanding ketika mempunyai segala-galanya di tangan mereka.

Bahkan ujian dalam bentuk kesenangan harta itu lebih besar, berdasarkan hadith Rasulullah SAW:

Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” (riwayat Bukhari)

Lubuk Emas

Bahkan manusia yang sudah kaya tidak berasa puas dan cukup dengan hanya memiliki sebuah ‘lubuk’ kekayaan sahaja.Inilah realiti yang telah disingkap oleh Rasulullah lama dahulu,Sabda Rasulullah SAW:

Sekiranya anak Adam itu punyai dua lembah dipenuhi emas, nescaya sudah tentu mereka akan inginkan yang ketiga, dan tidak disumbatkan diperutnya tanah (mati)( Riwayat al-Bukhari)

Begitulah hebatnya penangan di sebalik ujian nikmat kekayaan yang dimiliki seseorang.
Ujian Allah terhadap nikmat kekayaan itu berlaku dalam dua bentuk iaitu sebelum dan selepas manusia dikurniakan nikmat kekayaan.

Sebelum dikurniakan nikmat kekayaan dan harta itu, manusia diuji dengan cara yang digunakan untuk mendapatkan harta dan kekayaan tersebut.Iman diuji sama ada menggunakan cara yang halal atau haram untuk mendapatkannya.Hanya ilmu yang betul dan iman yang sejahtera sahaja, membolehkan manusia berfikir secara rasional bagi menentukan jalan mana yang sepatutnya dipilih untuk menjadi kaya.

Selepas dikurniakan nikmat harta dan kekayaan pula, manusia diuji, ke mana dan bagaimana harta itu dibelanjakan.

Yang Penting Caranya

Islam tidak pernah menghalang Umatnya untuk menjadi kaya, tetapi Islam menitik beratkan soal ‘cara’ untuk mendapatkan harta dan kekayaan tersebut.

Mungkin ada juga yang mengetengahkan isu ‘survival hidup’ bagi menghalalkan semua cara untuk memiliki sesuatu.Namun Islam telah meletakkan asas yang jelas iaitu, matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Walaupun niat Robin Hood begitu murni untuk membantu mereka disekelilingnya yang susah,caranya yang tidak betul itu telah ‘menengelamkan’ amalan kebaikannya dalam lautan kesesatan.Biarlah si kaya dengan kekayaannya, yang miskin haruslah berusaha walaupun daripada bawah dengan cara yang betul.

Analogi kisah Robin Hood ini boleh kita samakan dalam situasi mereka yang beralasan seperti berikut:

“Saya masuk Skim Cepat Kaya ni bukan apa, saya ni orang susah, anak ramai.Hanya dengan cara ni saja saya boleh kaya,”Luahan seorang ayah yang tersilap langkah.

Pemuda ini sedang diuji...

“Saya masuk pertandingan ini kerana saya anak sulong, kalau saya menang, duit tu bolehlah saya bantu menyara adik-beradik saya,”Harapan seorang abang yang ingin mencurahkan bakti.

“Saya kepunan tengok jiran sebelah beli kereta baru, tu yang saya beli kereta baru ni,”Kegembiraan seorang ayah yang baru pulang membuat pinjaman konvensional.

“Ko jangan bimbang, kawan aku tuh jual insuran.semua benda boleh ‘cover’,”cadangan seorang kawan yang ‘entah pa pe’.

Pendek kata, selagi perkara dan cara itu halal di sisi syarak, maka peluang untuk anda memilki sesuatu dan menjadi kaya sedia terhidang.

Realiti yang saya tahu

Perkara ini berlaku beberapa tahun yang lalu,

Ianya berlaku kepada seorang pekerja biasa sebuah syarikat kereta,seorang mualaf.Sebelum masuk Islam, dia pernah bermain loteri.Selepas masuk Islam, dia diuji Allah apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah loteri sebanyak 6 juta.Dek kerana iman yang lemah, dia tertawan dengan habuan hadiah loteri itu.Kini hidupnya senang dengan kereta yang hebat Mercds Kompressor berbanding dulu kereta honda buruk lama.

Moga Allah memberikan hidayah kepadanya dan mereka yang tersilap langkah untuk kembali kepada Allah di atas kesilapan yang telah dilakukan.

Moga Allah memberikan kekuatan Iman dan Amal kepada kita semua apabila berhadapan dengan nikmat harta dan kekayaan.
Baca Seterusnya...

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.(Al-Baqarah: ayat 120)

Ayat di atas menyatakan dengan jelas bahawa permusuhan antara Yahudi & Kristian dengan Muslim sentiasa berterusan sehingga kita mengikuti agama mereka, dan permusuhan ini akan berlaku sehingga berlakunya hari kiamat.

2 hari lepas mereka(Yahudi & Kristian) mereka menunjukkan lagi ‘belang’ mereka yang sebenar apabila mereka tanpa segan silu melancarkan May 20 “Everybody Draw Mohammed Day’.Satu hari yang digunakan untuk mempamerkan sikap biadap mereka menghina batang tubuh dan peribadi Muhammad SAW, yang merupakan sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah.

Gerakan penghinaan mereka ini, tidak lama kemudian disusuli dengan ‘respon’ secara kolektif daripada Umat Islam, yang menandakan bahawa Umat ini masih lagi ada ‘sensitiviti’ terhadap sebarang perbuatan terkutuk seperti ini.
Seruan untuk memboikot laman ‘Facebook’ 24 jam kedengaran di sana sini.

“Deactivekan akaun facebook anda selama 24 jam dengan mengubah setting di account setting anda” Salah satu bentuk seruan itu.

Pakistan yang mempunyai jumlah penduduk Umat Islam yang kedua teramai mengambil tindakan drastik apabila dengan mengharamkan ‘Ban or Blocks You tube n Facebook’.Group untuk ‘counter attack’ isu ini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di facebook, diikuti dengan penghantaran mesej berangkai, mengingatkan semua muslim akan tindakan tidak bertamadun Yahudi &Kristian ini.

Daripada sudut yang berlainan, ada juga yang menolak cara ‘boikot’ yang pada mereka tidak memberikan sebarang manfaat yang besar untuk Umat Islam menang dalam Isu ini.Mereka lebih menumpukan kepada cara ‘diplomasi’ yang jauh daripada sentimen emosi dan perasaan.Segala tohmahan itu dibalas dengan hujah ilmiah yang menyebabkan pihak musuh menggelengkan kepala.

Walau apa pun yang dilakukan, moga-moga usaha Umat ini yang masih lagi bersama dengan Rasulullah dapat mempertahankan kesucian peribadi Rasullah SAW.

Isu ini sepatutnya membuka pintu hati kita semua bahawa mereka (Yahudi & Kristian) sudah lama ‘mati hujah’ atau ‘kalah hujah’ untuk menafikan kehebatan dan kemuliaan Rasulullah SAW.Mereka tiada cara lain lagi melainkan berusaha bersungguh-sungguh untuk memburukkan peribadi Rasulullah SAW.

Inilah realiti mereka yang sebenarnya.Mereka sombong untuk menerima kebenaran yang sedia terpampang di hadapan mereka iaitu Islam yang datang daripada Rasulullah SAW.

Benarlah apabila Allah menyifatkan mereka sebagai Al-Maghdubbi alaihim(golongan yang dimurkai Allah) dan Al-Dholiin(golongan yang sesat).Mudah-mudahan Allah menjauhkan kita semua daripada termasuk ke dalam golongan ini.

Kita sepatutnya tidak hairan dan tidak harus terkejut dengan isu ini, kerana memang begitulah tabiat dan kebiasaan mereka.Kewujudan kempen atau hari sebegini adalah rangkaian daripada usaha mereka yang berterusan untuk menghina nabi kita setelah nenek moyang mereka berusaha membunuh nabi-nabi yang terdahulu.Mungkin selepas ini ada banyak lagi ‘provokasi’seperti hari atau kempen yang diwujudkan untuk memburukkan Rasulullah SAW.

Bagi Kita Umat Islam kita mengenal siapa sebenarnya Nabi kita, akhlak dan peribadi baginda tiada terperi.Soalnya di sini, kita sepatutnya hairan jika masih ada mereka yang mengaku Umat Muhammad tetapi menghina Rasulullah SAW sama ada secara sedar ataupun tidak, secara terang atau sembunyi.

Mereka Hina Nabi..Kita Janganlah...

Baca Seterusnya...


“Esok, mak nak alang ‘start’ belajar ‘mengaji’ dekat rumah Mak Esah di kampung seberang tu,” Arah Rohaya dengan nada yang begitu serius, meminta anaknya mula belajar mengaji Quran esok hari.

“Baik mak, Alang dah janji dengan Ali semalam.Kitaorang memang nak ‘start’ mengaji esok pun.Mak jangan lah bimbang.Nanti Alang belajarlah mengaji.,” Jawapan Alang meredakan sedikit kebimbangan Rohaya.Kelihatan muka Alang riang sekali menunggu hari esok, ditambah esok dia tidak keseorangan pergi ke rumah Mak Esah esok.

“Kau ni Ali, nak jadi apa..Dah besar panjang, tapi nak belajar mengaji pun malas.Aku suruh ko pergi mengaji, ko tak pergi.Asyik suka main je ko ni.Kalau ko macam ni, bila lah ko nak pandai mengaji,” Sabar Mak Lijah tiada batasan lagi.Perangai Abu yang suka ponteng belajar mengaji semakin menjadi-jadi.

“Alah, kecoh betullah mak ni.Esok-esok boleh lagi pergi mengaji tu,”Jawapan Abu memang selamba.

“Ko dengar sini Abu, kalau esok ko tak pergi jugak belajar mengaji, siap ko aku kerjakan.”Mak Lijah memberi amaran keras.
Cerita-cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata.Dialog di atas mewakili perbualan harian segelintir masyarakat kita yang risau jika anak-anak mereka tidak pandai mengaji Al-Quran.Keprihatinan mereka membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka pandai mengaji Al-Quran.Kerisauan mula timbul apabila anak-anak yang semakin hari semakin membesar, tetapi masih lagi tidak pandai membaca Al-Quran dengan betul.

Kita juga sebenarnya tidak dapat menafikan bahawa masih banyak lagi ahli masyarakat kita yang tidak mengendah pun dengan pembelajaran Al-Quran anak-anak masing-masing.Quran dirasakan begitu ‘gampang’ untuk dipelajari.

“Ko pandai mengaji ke tak, tu mak tak kisah,yang penting ko dapat ‘Result’ cemerlang dalam ‘exam’ tu nanti,”Mentaaliti seorang mak yang cukup terkebelakang.

Sedangkan Rasulullah sendiri telah memberikan penegasan yang berbunyi:

“Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar Quran dan mengajarkannya”

Maka soal pembelajan Al-Quran bukan isu yang remeh sebenarnya.Kita perlu memastikan generasi kita merupakan generasi yang tidak lagi buta al-Quran dan boleh membacanya dengan baik.

Keberkesanan proses pembelajaran Quran bermula dengan pemilihan guru yang mursyid dalam pembacaan Quran.Hanya dengan guru yang mursyid sahajalah, anak murid dapat menguasai ilmu tentang sifat dan makhraj huruf, sebutan huruf dengan betul, hokum min dan nun mati dan ilmu-ilmu tajwid yang lain.

Teori dan Praktikal

Proses pembelajaran ini boleh diperkukuhkan lagi dengan membaca buku-buku tentang ilmu tajwid kerana gabungan antara teori dan praktikal akan memantapkan lagi proses pembelajaran Al-Quran..



Memang tidak dinafikan, terdapat banyak buku tajwid di pasaran.Namun saya ingin mencadangkan sebuah buku yang saya rasakan begitu bermanfaat sekali bagi kita semua untuk mempertingkatkan ilmu tajwid. Buku yang berbentuk separa ilmiah ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.Tidak rugi jika kita semua memilikinya.Buku ialah tulisan Ust Surur Shahbudin yang merupakan pensyarah Bahagian Tilawah quran UIAM.Pengalaman beliau yang begitu luas dalam proses pengajaran Al-Quran membolehkan beliau menghasilkan buku sebaik ini.Beliau juga mengajar Quran kepada masyarakat umum dan tidak ketinggalan juga mengadakan kursus, seminar sehari membaca Al-Quran bertajwid..Segala info boleh dapatkan di sini

Faham Makna

Selain mempelajari ilmu tajwid, pembelajaran tentang tafsir dan makna Al-Quran juga tidak boleh diabaikan.Amat malang sekali apabila ada segelintir ahli masyarakat kita yang ‘bersunguh-sungguh’ mempelajari ilmu tajwid, tetapi malas dan tidak mahu untuk mempelajari makna dan maksud disebalik ayat-ayat Al-Quran itu.

Perlu diingat di sini bahawa Quran tidak hanya wajib dibaca dengan betul, tetapi ia juga wajib diamalkan dalam kehidupan seharian kita.Bagaimana kita ingin mengamalkan isi kandungan Quran jika tidak mampu memahami makna dan tafsiran ayat-ayat Al-Quran tersebut.

Proses pembelajaran Quran itu tidak hanya tertumpu kepada ilmu tajwid sahaja, tetapi ia juga harus dimantapkan dengan pemahaman ayat-ayatnya.

Baca Seterusnya...
Entry ini saya tulis atas permintaan Dr Asyraf Zuki

Saya mendapat satu mesej mengatakan ust chik dah meninggal dunia pada malam itu.

“Ust chik, bekas PK HEM SHAMS telah meninggal dunia pada pukul di ijn jam 7 ptg td,”begitulah lebih kurang bunyi mesej seorang akhawat ex-shams.

Saya begitu terkejut apabila mendengar berita itu.Tanpa berfikir panjang, saya postkan satu wall di facebook tentang pemergian Ust Chik.saya tukar status YM untuk menyebar luaskan lagi pemergian ust Chik ke rahmatullah.Tanpa sebarang syak dan ragu-ragu, saya terus sahaja percaya bulat-bulat dengan mesej itu.

Keyakinan saya sebenarnya silap apabila ada seorang ex-shams menegur saya, dengan mengatakan bahawa ust Chik masih ada lagi.Dia baru sahaja mesej anak Ust Chik , saudara Ezo.

“Ezo kata ayah dia ada lagi td jantung dh stop, tp bg kejutan letrik tu, dh pump balik jantung,” mesej YM yang masuk.

“ada no ezo? Kot-kot lapang boleh g nawat ust,” pinta saya.

“Kalau mu g nawat ust, kirim salam lah,” lutfi mengakhiri ayatnya dalam YM.No hanset Ezo memang saya tak ada.


Esoknya saya ada exam.Maka saya tinggalkan dulu cerita ust Chik dan sambung balik ‘study’.

Lusanya, hari ahad, lebih kurang pukul 12 lebih tengah hari saya mesej Ezo bertanyakan keadaan Ust Chik.Kata ezo, keadaan Ust Chik dah stabil dan dia minta saya doa untuk Ust Chik.

“Dah stabil dah.minta din tolong solat hajat lah..doa banyak2,” permintaan Ezo yang berat sekali.

“InsyaAllah” pendek sahaja saya menjawab. Siapalah saya untuk diminta pertolongan sebegitu..Saya memang lemah untuk itu.

“kalau nak melawat ust Chik, boleh?,” saya meminta izin untuk melawat.Saya mengagak dengan keadaan ust Chik yang begitu, memang tak sesuai untuk beliau dilawati lebih-lebih mereka yang bukan daripada keluarga terdekat.

“Leh, masa melawat kul 6 -8 ptg, kul 12.30 -1.30 tgh hari, soleh baru je melawat tadi,” Masa yang memang sesuai memandangkan saya exam 4 hari lagi.

Selepas zohur, saya mengajak ‘member’ ex-shams untuk pergi melawat Ust Chik bersama.Malangnya ada yang dah bersedia untuk balik ke Terengganu malam nanti.saya cari lagi ‘member’ lain.Pada mulanya kami bersetuju untuk pergi melawat Ust Chik bersama kul 5.30 ptg nanti jika sekiranya petang itu hari tidak hujan.

Dah namanya takdir, petang itu awan gelap dan saya tidak berani untuk membonceng motor dengannya, bimbang nanti kebasahan di tengah jalan.Sejak beberapa hari yang lepas, di sebelah petang hujan lebat membasahi bumi KL.

Alternatifnya saya mengajak ‘member’ ini untuk ke IJN dalam pukul 12 tengah hari esok.Dah memang bukan rezekinya untuk melawat Ust Chik, apabila dia mengatakan esok pagi, dia dah mula bersiap dan bergerak untuk balik ke Terengganu.

“Takpe lah, aku pergi sorang je lah,” keputusan akhir saya.

Dalam pukul 12.20 tengah hari saya sampai di IJN, bertemu dengan Ezo di lobi bawah IJN.

“Mu pergi dengan mak, abg ipar dan kakak aku lah, aku demam tak boleh naik sama,”celah Ezo yang kelihatan agak keletihan.

“Ok, takpe,”saya mempermudahkan keadaan.

Saya naik lif bersama dengan abg ipar tanpa mak dan kakak Ezo yang naik berasingan kemudiannya.

Ketika bersembang-sembang dengan Abang Ipar Ezo sementara menunggu jam tepat pukul 12.30 tengah hari, abang Ipar Ezo membuka cerita tentang sakit dan keadaan ust Chik dari awalnya.Diringkaskan cerita, mula-mulanya Ust Chik jatuh dan rebah ketika nak naik surau pada satu petang.Mulut ustaz berbuih-buih.Kemudian ust terus dihantar ke Hospital Besar Kuala Terengganu.dan memandangkan keadaan ustaz yang lemah dan kepakaran yang terhad di HBKT, ust terpaksa dirujuk ke IJN.Di IJN, ustaz diminta supaya menjalani pembedahan memandangkan saluran jantung sudah tersumbat.

Tepat pukul 12.30 tengah hari dengan pas melawat yang melekat di baju, saya masuk melawat Ust Chik dengan abang ipar Ezo.Inilah kali pertama dalam hidup ini, saya masuk ke wad ICU.

Keadaan ust Nampak ada perubahan.Mata sudah dibuka, tangan dah boleh bergerak sedikit.saya merasakan keadaan ust masih separa sedar.Kami keluar dengan lebih kurang setengah jam kemudian.Selepas itu saya bagi pas melawat kepada Mak Ezo, giliran mak Ezo dan kakak ezo pula untuk melawat.

Pukul 1.30 tengah hari saya turun ke bawah untuk berbual-bual pula dengan Ezo.Banyak perkara yang dibualkan.Maklumlah dah hampir 4 tahun tidak berjumpa.

Sepuluh minit kemudian saya minta diri untuk balik ke UIA.Ezo saya tinggalkan dengan seribu doa dan pengharapan agar Ust Chik kembali pulih dan sihat seperti sedia kala.

Hari-hari berikutnya saya tinggalkan dulu kisah Ust Chik ini dan tumpuan diberikan kepada kertas terakhir peperiksaan sem ini.

Dan lebih kurang pukul 7.50 pagi 10 April saya menerima mesej daripada Ezo:

“ayah aku dh meninggal kul 7.40 td,”.

Petang itu saya ke rumah Ezo untuk menziarahi jenazah Ust Chik.Jenazah sampai di Kampung Tetambah lebih kurang pukul 5.50 petang.Turut berada di rumah Ust Chik pada petang itu, Ust Razak, bekas pengetua SHAMS dan Ust Rokiah Ibrahim, Ustazah Pendidikan Islam Tingkatan 3 saya.

Sekian..coretan tentang Ust Chik…

Al-Fatihah untuk Allahyarham Ust Chik…Allahummaghfirlahu Warhamhu waafihi waa’fuanhu wa akrim nuzulahu…Ameennn…


Baca Seterusnya...


Eidfitri selalu dikaitkan dengan kembalinya muslim, mukmin kepada fitrah asal manusia.Dengan kata lain, kembali kepada fitrah bermakna kembali kepada asal-usul kejadian manusia.Manusia semuanya secara fitrahnya dilahirkan dalam keadaan suci bersih tanpa sebarang dosa.Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh sabda Rasulullah SAW:


كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Setiap bayi, dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapa merekalah yang kemudiannya menhadikan mereka yahudi, atau nasrani, atau majusi.(Hadith riwayat Bukhari no 1296 dalam bab Jenazah dalam kitab Ma Qila Fi Auladil Musrikin)


Memang manusia dilahirkan secara fitrah tidak berdosa dan baik, tetapi akan tersesat jika manusia tidak memahami 'World View' tentang kehidupan ini.Manusia boleh terpengaruh dengan suasana persekitaran yang melingkungi dan tertipu dengan 'dakyah' dan 'Tarbiyah' 'mak ayah' yang kufur sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas.

Maka untuk sentiasa berada dalam keadaan fitrahnya yang suci, manusia perlu memerah keringat dan penah lelah untuk memahami kerangka pemikiran tentang kewujudan dirinya di atas muka bumi Allah ini.Tiga persoalan yang perlu manusia jawab:


1-Dari mana kita datang?


2-Apa tujuan kewujudan kita?


3-Ke mana kita semua selepas kehidupan ini?


Tidak ada agama yang memberikan sejelas-jelas penjelasan tentang isu melainkan Islam.Allah menyatakan dalam Quran:

أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا

Tidakkah Aku Tuhan kamu..Mereka menjawab ya bahkan kami bersaksi sedemikian.(Surah al-Aaraf ayat 172).


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Tidaklah Aku jadikan manusia itu,melainkan untuk mengabdikan dirinya kepada Aku.(Surah al-Zariyat, ayat 56).


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan..(Surah al-Baqarah ayat 156).


Ketiga-tiga ayat ini menjadi asas kepada manusia dalam memahami kerangka pemikiran tentang kehidupan ini.

Berbalik kepada soal Eidfitri yang sekarang ini bahangnya masih lagi terasa.Sebenarnya kembalinya kita semua kepada Fitrah selepas menyambut Hari Raya adalah kerana kita telah dididik oleh sebuah universiti yang boleh kita namakan sebagai 'Universiti Of Fitrah'.

Ramadhan mendidik dan mengasuh kita supaya kita kenal erti sebuah 'Fitrah', tuntutan sebuah 'Fitrah', dan Natijah sebuah 'Fitrah'.Maka orang yang berjaya dalam puasanya ialah mereka yang dapat menghasilkan 'Taqwa ' selepas sebulan berpuasa.

Orang Kita memang 'familiar' dengan makna Eidfitri iaitu kembali kepada fitrah, namun tindak-tanduk dan tingkah laku sesetengah daripada kita semua tidak melambangkan bahawa kita benar-benar faham erti fitrah.Kita boleh katakan bahawa masyarakat kita hari ini memahami 'Eidfitri' dengan 'Eid A'dati'(Kembali kepada adat kebiasaan).


Eid A'dati:

Kalau Aurat hanya di jaga ketika Ramadhan, didedah kembali selepas Hari raya.

Kalau Solat Jemaah hanya dilakukan ketika Ramadhan, ditinggalkan selepas hari raya.

Kalau Dosa hanya ditinggalkan ketika Ramadhan, dilakukan selepas hari raya.

Kalau hiburan keterlaluan disekat ketika Ramadhan, diperluaskan selepas hari raya.

Kalau Malu untuk mendedahkan dosa ketika Ramadhan, hilang selepas Ramadhan.

Kalau kita hanya berjaya untuk 'Eid A'dati' selepas ramadhan, maka kita masih lagi jauh daripada Target puasa yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu Taqwa.Taqwa hanya milik bagi diri yang benar-benar 'Eid Fitri'.

Eidfitri Atau Eid A'dati.

Baca Seterusnya...