Guruh berdentum dengan kuat pada pagi ini, dan hujan turun dengan lebat sekali...Pada mulanya, kami berasa gusar jika aktiviti Island Hopping terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca yang begitu buruk pada pagi ini..Mengikut info cuaca Jabatan Kaji Cuaca, cuaca pada pagi ini baik...

Tetapi takdir Allah menentukan segala-galanya..Hujan turun tak henti-henti...Selepas solat subuh, kami sabar menunggu dan berharap sekejap lagi hujan akan berhenti...Beberapa kali, kami membuka pintu bilik untuk menjenguk keadaan hujan di luar...

Pak Cik yang saya telefon semalam cakap, kalau hujan rintik-rintik pun, kami masih berpeluang untuk Island Hopping...Bot tetap 'jalan'...Tetapi melihat hujan yang lebat sebegini, besar kemungkinan aktiviti Island Hopping kami terpaksa dibatalkan...

Tunggu punya tunggu, akhirnya, hujan reda dan berhenti...Cuaca kembali baik...Memang info cuaca tadi tepat sebenarnya...Mungkin Saya yang salah dan tidak arif mentafsirkan bila waktu sebenar cuaca di langit cerah sebagaimana yang disebutkan dalam website Jabatan Kaji Cuaca...

Apapun, semuanya di bawah kekuasaan Allah, yang menentukan segala-galanya...Kuasa Allah mengatasi segala-galanya...

Alhamdulillah, kami kembali bersemangat untuk aktiviti Island Hopping pagi itu...Lebih Kurang pukul 8 pagi, kami keluar daripada motel dan bersarapan di Jeti Kuah...Kali ini, kami hanya bertiga, Somad dah tak bersama lagi..Mungkin ada hal lain hari ini...

Dari Jeti Kuah inilah kami akan menaiki bot untuk 'meninjau' 3 buah tempat, Pulau Beras Basah, berhenti di 'port' bagi makan burung helang, dan Pulau Dayang Bunting...

Agak lama juga, kami menunggu sebelum 'naik' bot, sementara menunggu bilangan 'kuota' penumpang bot penuh..Cukup 'korum' barulah bot jalan..Pukul 9 lebih, bot kami bergerak ke lokasi pertama iaitu Pulau Beras Basah..Perkara pertama sekali yang kena buat bila naik bot ni, kenalah pakai 'life jacket' untuk mengelakkan apa-apa yang tidak diingini berlaku...




Alhamdulillah, walaupun first time naik bot, tapi saya tak kena mabuk laut..Tak muntah-muntah pun...Syukur sangat, kalau kena mabuk laut, susah jugak...

Bot yang kami naik penuh dengan pelancong luar negara..Ada pelancong dari Eropah, Korea, dan Pakistan mungkin, takpun India...Dalam bot, memang susah nak amik gambar ...

Maklum sajalah pakaian pelancong asing ni macam mana kan...Amik gambar pun, termasuk sekali rupa dan pakaian mereka yang mendedahkan aurat...Lagipun, Bot ni bukannya besar sangat, duduk pun agak berhimpit-himpit...


PULAU BERAS BASAH








Lebih kurang 45 minit perjalanan daripada jeti kuah, kami pun sampai...Sampai saja di Pulau Beras Basah, kami lihat sudah ramai orang dan Banyak kera 'liar' di sini...Apa yang boleh dilakukan di sini, ialah mandi laut, 'main' pantai, dan semestinya amik gambar...Suasana pulau ini cantik..Kalau nak mandi tu boleh, tapi satu je yang kena ingat, tandas tak de..

So, tak boleh lah nak bilas tubuh lepas mandi pantai..Satu lagi, susah juga, kalau nak buang air kalau dalam kes emergency...Selain itu, ada sebuah 'kiosk' kecil yang menjual air..Kalau dahaga tu, boleh lah beli air...

Kami di'benarkan' lepak-lepak dekat Pulau Beras Basah ni, lebih kurang 45 minit hingga ke satu jam..


KAWASAN HELANG



Selepas tu, kena naik bot balik, nak pergi ke tempat ada burung helang 'berkumpul' mencari makanan...Sebelum ni pun, saya dah pernah tengok burung helang ni...Tapi dari jauh lah..Kali ini tengok helang daripada jarak yang agak dekat...Banyak juga helang yang 'berkeliaran' pada waktu sebegini(lebih kurang pukul 10 pagi lebih)...Bot kami berhenti tak begitu lama kat sini, lebih kurang 15 minit kemudian terus 'meluru' menuju ke Pulau Dayang Bunting...


PULAU DAYANG BUNTING







Saya rasa pulau ni lagi cantik jika nak dibandingkan dengan Pulau Beras Basah tadi...Cuma satu je kurang, tak de pantai, tapi ada tasik...Untuk ke tasik Dayang Bunting, kenalah jalan kaki 'jungle trekking' skit, naik bukit turun bukit, barulah sampai dekat tasik tu...

Tapi kenalah berhati-hati semasa berjalan tu kerana pada awal perjalanan, kita akan berjumpa dengan kera yang agak 'hyper' aktif....Barang-barang kenalah dijaga dengan rapi, takut nanti dikebas dan dirampas untuk 'santapan' kera-kera ni semua...

Sampai sahaja di Tasik ini, anda akan rasa perjalanan memang berbaloi walaupun agak letih dan mengah..SubhanaAllah memang cantik sekali 'view' Tasik Dayang Bunting ni...Sebuah tasik yang dikelilingi hutan yang agak tebal...Banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini...

Boleh berenang dalam tasik, meninjau keseluruhan tasik ni menggunakan solar bot ataupun pedal bot...Satu lagi, bagi yang berani tu, bolehlah letak kaki dalam tasik sambil digigit 'manja' anak-anak ikan keli yang masih lagi kecil...Lebih memudahkan, tempat persalinan pakaian juga ada disediakan...

Tapi macam biasalah, tempat macam ni bercampur lelaki dan perempuan...

Dengan hanya bayaran RM30, kami boleh meninjau keseluruhan tasik menggunakan solar bot...Tapi penat lah sikit kerana nak kena kayuh pedal solar bot ni...

Belum abis satu tasik, baru suku tasik mengayuh, dah terasa letih..Walau macam mana pun, aktiviti ni memang best...Ditambah lagi hujan renyai-renyai turun ketika kami sedang 'masyuk' mengayuh ke tengah tasik...

Satu lagi perkara yang mengagumkan kat tasik ni, ada seorang 'guider' kat sini yang boleh berbahasa arab, walaupun dia ni bukan orang arab..Pertuturannya lancar, bukannya fushah tapi ammi..

Memang hebat 'mamat' ni...Agaknya mesti pelancong arab kat sini terkejut 'beruk' bila mendengar 'mamat' ni boleh bercakap arab, ammi pulak tuh...

Lebih kurang sejam kemudian, kami meninggalkan pulau ini dengan seribu satu kenangan yang indah...

Sebelum balik, ada seorang budak perempuan korea yang naik bot sekali dengan kami, menghulurkan bantuan, nak amik gambar kami bertiga..Terima kasih diucapkan kepada miss korea tu offer untuk amik gambar kami bertiga....Mudah-mudahan, kalau ada rezeki, kita berjumpa di Korea pula suatu hari nanti..InsyaAllah..

Di pertengahan jalan nak balik pula, pak cik Pemandu bot tu menunjukkan kepada kami bentuk sebenar gambaran gunung yang dikatakan berbentuk seperti seorang perempuan yang sedang hamil mengandung...Sekali imbas, memang nampak sebijik macam rupa perempuan yang sedang mengandung...

Akhirnya kami selamat sampai ke Jeti Kuah..Aktiviti daripada pagi sampai Tengah Hari hari ini memang menyeronokkan..Alhamdulillah..Memang berbaloi dengan harga RM40, kami dapat pergi ke tiga buah tempat yang memang menarik..

Aktiviti petang ni, ialah ke Kota Mahsuri..Sebelum tu, kena balik motel dulu untuk mandi, solat jamak taqdim zohor dan asar, dan makan tengah hari...Kami pun tak lupa untuk membeli tiket feri ke Kuala Kedah untuk balik pada petang nanti pada pukul 5.30...


KOTA MAHSURI



Lepas makan tengah hari, kami bergerak ke Kota Mahsuri dengan bantuan peta Garmin GPS..Memang mudah, kalau nak ke mana-mana dengan adanya GPS ni...Kali ini kami memang tak sesat untuk sampai ke Kota Mahsuri...

Walau apa pun yang berlaku, sesiapa yang bercuti di Langkawi kenalah datang jugak ke Kota Mahsuri ni...Kalau tak memang tak sah dan lengkaplah percutian di Langkawi ni...Ada ke pergi Langkawi, tapi tak pergi Kota Mahsuri, memang tak 'feel' lah orang kata...

Dengan hanya bayaran RM5, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam Kota Mahsuri ni..Di sebelah kiri, selepas masuk saja ke sini, ada tempat pameran tentang sejarah asal usul Langkawi dan sejarah hidup Langkawi...

Semua tentang Langkawi dan Mahsuri boleh diketahui di sini...Siap boleh tonton dokumentari pasal Mahsuri lagi..Selain itu, Kota Mahsuri ini boleh lah dikatakan sebuah 'kompleks' memandangkan kawasannya yang agak luas..Di sinilah, tersemadinya makam mahsuri...

Ada juga telaga mahsuri, dan contoh 'sample' perkampungan dan Rumah tradisi orang Kedah..Semua ukiran dan struktur binaan rumah memang 'antik' dan tradisional...Dalam rumah, dipamerkan ruang tamu, bilik, dapur tradisional orang dulu dulu...Bawah rumah ini, ada dipamerkan alat-alatan tradisional yang berkaitan proses penghasilan padi...

Nun tersorok di sana, ada sebuah dewan terbuka, kelihatan muda-mudi sedang berlatih bernyanyi, membuat persembahan...Tak pasti sama ada mereka berlatih untuk apa...

Tapi yang pastinya ramai pengunjung yang 'layan' dan 'syok' mendengar dan melihat persembahan mereka semua...Tak kira kecil besar, tua muda, semuanya seperti 'terpukau' dan seronok dengan lagu arab Amru Diab yang dipersembahkan...

Kami meninggalkan kota Mahsuri untuk bergegas menghala ke Jeti Kuah, memandangkan masa semakin semput...Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang lebih..Bukan apa, sebelum balik tu, nak juga beli sedikit ole-ole coklat kat kedai Haji Ismail tuh..

Selepas 'borong' sedikit coklat, kami hantar balik kereta sewa dan terus masuk ke Jeti Kuah untuk naik Feri pulang ke Kuala Kedah..Kami datang kot Kuala Perlis dan balik kot Kuala Kedah...

Akhirnya kami tinggalkan Langkawi dengan pelbagai macam kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila..Langkawi yang penuh dengan cerita mitos, lagenda, dan dongeng, kami tinggalkan untuk meneruskan aktiviti ronda utara di tempat lain..Jam menghampiri pukul 7 petang, Alhamdulillah kami sampai di Jeti Kuala Kedah..Kami dijemput ayah Naguib dan akan bermalam dirumah Naguib malam ini...

Baca Seterusnya...
Pagi tu, kami bangun pukul 6 lebih selepas dikejutkan oleh mak Ammar..Bangun, mandi, dan solat subuh...Dan bersarapankan nasi lemak, kuih-muih dengan secangkir teh O panas...

Rasanya cukuplah untuk mengalas perut kami untuk ke Stesen bas Shahab Perdana, Alor Setar pagi tu...Dalam masa yang sama, Mak Ammar ada membekalkan kami karipap untuk dimakan ketika dalam bas....

Lebih kurang pukul 7 pagi, kami keluar daripada rumah, untuk ke Stesen bas Butterworth...Kali ini, mak Ammar yang hantar kami ke sana...Sampai di Stesen Bas Butterworth, kami terus meluru ke kaunter tiket bas ke Stesen Bas Shahab Perdana...

Tiket tidaklah mahal sangat dan berharga lebih kurang RM9 lebih sahaja...Ok lah tu..Pagi tu kelihatan ramai yang sedang menunggu bas..Mungkin untuk ke tempat kerja kot..dan mungkin juga untuk 'berjalan-jalan' macam kami jugak...

Bas bergerak lebih kurang pukul 8 lebih dan perjalanan ke Shabab Perdana mengambil masa lebih kurang sejam...Tak de apa yang saya dan Ammar buat ketika dalam bas...Mula-mulanya sembang-sembang, dan akhirnya qada' tidur..Maklumlah tidur lewat semalam..mestilah mengantuk...

Akhirnya kami sampai di Shahab dengan selamatnya.. lebih kurang 15 minit kemudian, kami dijemput oleh Naguib dan ayahnya dengan kereta...dan menuju terus ke Jeti Kuala Perlis...

Perjalanan ke Jeti Kuala Perlis hanya memakan masa lebih kurang 45 minit atau sejam sahaja, memandangkan kereta yang kami naik itu dipandu laju...

Sampai di Jeti Kuala Perlis, kami beli tiket Feri dengan harga RM18...Sebelum naik Feri..kenalah bergambar dulu..





Maklumlah inilah kali pertama saya naik Feri..Memang Jakun betul..Tak pernah naik feri...

Jeti Kuala Perlis (bahagian darat), kami tinggalkan dengan hati yang 'excited' untuk berada di Langkawi...Saya mesej Somad, 'Tour Guide' kami di Langkawi, memaklumkan yang feri kami dah mula bergerak..Somadlah orangnya yang banyak menolong kami mencari tempat penginapan dan kereta sewa di Langkawi...

Kami akan berada selama 2 hari satu malam di Langkawi nanti..


Jeti Kuah





Alhamdulillah..sampai di Langkawi dalam sejam lebih kemudian...Ketibaan kami disambut dengan hujan yang agak lebat....Keluar daripada Jeti Kuah, kami mengambil kereta sewa ...Kancil..Ok lah untuk tiga orang naik..

Selepas isi minyak apa semua, kami bergerak untuk berjumpa dengan Somad..Somad akan tunjukkan pada kami 'lokasi' motel penginapan kami...Persepsi awal sebelum sampai Langkawi, saya ingatkan Langkawi ni macam pulau kecil sahaja, tapi tak sebenarnya..

Luas kawasannya..Dari Jeti, nak ke motel kami, jaraknya sahaja lebih kurang 17KM...Langkawi ni macam Kampung biasa juga..Tempat menarik seperti Underworld,Taman Hidupan Liar, dan banyak lagilah..semuanya berlatarkan kawasan kampung...


Depan Motel Mengadap laut..


Oklah..Selepas berhempas pulas, akhirnya kami sampai di motel Tanjung Puteri, Pantai Air Hitam...Cantik tempatnya...Mengadap laut..harga pun murah..

Terima kasih kepada somad, selepas tawar punya tawar, akhirnya dapatlah dengan harga RM80... Harga asalnya RM120...Memang berbaloilah..Siap ada WIFI lagi...


Bilik Motel Kami..Cukup Selesa..


Kami check in, dan Solat jamak taqdim zuhur dengan asar...Rombakan kecil tempat dibuat pada masterplan kami setelah mendapat 'khidmat nasihat' Somad...So masterplan kami ialah hari pertama 'visit' Oriental Village, Telaga Harbour Marina, Beras Terbakar, dan Pantai Cenang...Hari kedua aktiviti Island Hopping, dan lawat Kota Mahsuri...




ORIENTAL VILLAGE

Ok..Lepas makan tengah hari, tempat pertama yang kami tuju ialah Oriental Village..Kat sinilah tempat Cable Car tu..Tapi kami dah tahu daripada awal lagi yang Cable Car ni ditutup untuk kerja-kerja 'maintenance'..

Kecewa tu memanglah kecewa..Tapi nak buat macam mana...Dah tak de rezeki orang kata...Tapi selain Cable Car, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat dekat Oriental Village ni...Oriental Village ni kawasan bebas cukai...Tempat Shopping..

Tapi kami tak shopping mana pun..Cuma banyak amik gambar je...Nak jaga Budget...Ada jugak mini zoo, restaurant makanan Western, Japanese dan lain-lain lagi..

View Oriental Village ni memang 'nice'..Sesuai sangat untuk kaki kamera untuk 'tembak' gambar kat sini...Tambah lagi dengan rekaan struktur dan susunan bangunannya yang menarik..Happening..

memang menggamit tumpuan pelancong...Agak lama jugak lah, kami duk kat Oriental Village ni..

Tapi orang dan pelancong tak ramai sangat..Mungkin hari itu bukannya hujung minggu dan bukannya musim cuti sekolah..Dan mungkin juga ramai yang tahu Operasi Cable Car ditutup...





TELAGA HARBOUR MARINA

Abis 'round' keliling Oriental Village, kami gerak ke Telaga Harbour Marina, tempat kapal layar berlabuh...Tempat ni pun memang cantik..Biasanya tengok dalam TV je tempat macam ni..Memang teruja bila dapat tengok 'live' macam ni...

Kat sini, ada restaurant, bersebelahan dengan stesen minyak Petronas..Nak tengok kapal tu dari atas boleh lah, tapi kalu nak pergi ke bawah naik atas kapal..memang tak boleh kerana kawasan masuknya berkunci automatik...





BERAS TERBAKAR

Lebih kurang pukul 5.30 petang, kami gerak ke kawasan Beras Terbakar..Kawasannya simple, berdekatan dengan kampung dan rumah orang ramai....Sebelum nak masuk ke sini..Ada beberapa gerai menjual pakaian, baju seluar, dan minyak gamat...

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 6.05 petang..kami tinggalkan Kawasan Beras Terbakar untuk ke Pantai Cenang..Tapi sebelum tu, kami singgah di kawasan yang dikatakan tempat mahsuri dihukum bunuh...Taman Tugu Keris namanya..Kemudian, kami teruskan lagi perjalanan kami...



PANTAI CENANG

Untuk ke Pantai Cenang, kita akan melalui kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi,dan kawasan Laman Padi...

Apa yang pelik di Langkawi ini, walaupun dah pukul 6 lebih, tapi matahari masih lagi terik dan suasana masih panas...

Apa yang menarik di Pantai Cenang ni...First kawasan Pantainya yang luas..Memang jauh dan tak larat kalau jalan dari hujung ke hujung...Second, boleh main payung terjun yang diikat dekat bot...Yang lain tu biasalah aktiviti pantai..

Nama pun pantai memang tempat bercampur lah lelaki perempuan..Pakaian tu biasalah..faham faham sendiri lah..Pemandangan pelancong orang putih sedang 'berjemur' dan beristirehat dengan meneguk arak biasalah..Kat sini, saya terfikir bagaimana sebenarnya pelaksanaan sistem pelancongan islam...

Ini belum cerita bab restaurant lagi..Memang 'bersepah' arak..Hidangan 'babi' tu tak pasti plak..ada ke tak..Mungkin ada kot..Tempat pelancong, mestilah ada kot...

Kadang-kadang saya tengok ada yang muka macam orang kita, tapi lagaknya macam pelancong asing..Apalah nak jadi dengan orang kita ni...Itu suasana pada waktu petang, malam tak tahu lah macam mana..mungkin lebih meriah dan happening..Semoga Pantai Cenang terpelihara daripada tsunami...

Aktiviti Island Hopping paling murah boleh didapati di Pantai Cenang ni...Boleh dapat RM25 sekepala...

Kami tinggalkan Pantai Cenang kerana waktu maghrib sudah hampir..

Masuk Maghrib kami singgah di satu masjid baru siap, menggantikan masjid lama...Tak ingat plak nama apa...Satu lagi yang menariknya pasal Langkawi ni, banyak masjid kat sini..Boleh dikatakan, jalan skit, lama skit jalan jumpa sebuah masjid, jalan lagi lama skit jumpa lagi masjid...Memang bumi Langkawi ni makmur dengan jumlah masjid yang banyak...

Selesai solat jamak taqdim maghrib dan isyak, kami pergi cari makan malam...Destinasinya dekat Jeti Kuah, tempat mula-mula kami sampai pagi tadi...


DATARAN LANG

Lepas makan, terasa plak nak bergambar di Dataran Lang...Saya mengelak untuk mengambil gmbar kat sini..Terasa semacam je..Tak selesa untuk amik gambar dekat benda yang boleh saya katakan seperti berhala atau patung gergasi...

Kami lepak-lepak jap kat sini..Malam-malam pun ramai jugak yang datang kat sini..Lebih Kurang pukul 10, kami gerak balik untuk berehat kat motel...

Tapi sebelum tu, hantar Somad balik rumah dulu..Terima kasih Somad kerana seharian sanggup jadi tourguide kami..

Malam tu, sebelum tidur, saya confirmkan pasal aktiviti Island Hopping dengan Pak Cik yang 'terbagi' business kad dia kat kami masa mula-mula sampai kat Jeti Kuah pagi tadi...

So, Confirm pagi esok..Aktiviti kami ialah Island Hopping..Malam tu, kami tidur dengan hati yang cukup excited untuk island hopping esok...

Baca Seterusnya...

Alhamdulillah...Selepas exam semester lepas, aktiviti cuti 'ronda-ronda' utara berjaya juga akhirnya...Destinasinya Langkawi, Perlis, Kedah, Penang dan Perak...Ianya bermula 17 April yang lalu...

Terima kasih kepada Ammar dan Naguib sekeluarga kerana terlalu banyak membantu, memberikan kemudahan tempat tinggal, makan minum di Penang dan di Kedah, Kenderaan kereta naguib untuk keliling 'utara' dan seterusnya menjayakan misi 'tawan' utara kali ini....Alhamdulillah...

Setelah 'penat' merancang 'masterplan', cari maklumat tentang tempat yang nak pergi, 'update' info tentang cuaca hari-hari, anggaran jarak perjalanan dengan bantuan 'Syeikh' Google,akhirnya kami dapat 'keliling' utara (tapi tak kesemua tempat)selama 6 hari..

Beberapa minggu sebelum aktiviti ronda-ronda utara kali ini, boleh dikatakan setiap hari, saya men'jenguk' website Jabatan Kaji Cuaca Malaysia untuk mengetahui keadaan cuaca dan hujan di kawasan sebelah utara Malaysia..

Ditambah lagi dengan keadaan banjir dan hujan lebat turun berterusan di negeri-negeri utara pada pertengahan Bulan Mac baru-baru ini, 'minat' dan 'alert' saya tentang info cuaca bertambah...

Bukan apa, takut nanti plan yang dirancang tak menjadi kenyataan...

Memang terbaik lah!!! perkhidmatan website ini, sememangnya harus dipuji dengan info-info cuaca, keadaan ribut,ombak bergelora, dan taburan hujan yang saya boleh katakan berada pada tahap'cemerlang'...

Kalau belajar pun, kita terpaksa dan bertungkus lumus untuk 'study', bersunguh-sungguh mengulang kaji pelajaran, begitulah juga kalau nak bercuti...

Kena tambah ilmu dengan baca pasal percutian orang lain di blog-blog, dan di laman forum-forum..Banyak website atau blog yang kena 'surf'..

Terlalu banyak manfaat sebenarnya daripada tulisan-tulisan dan entry-entry bloggers yang menulis tentang percutian mereka..Ianya banyak membantu mereka yang sebelum ini tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat tersebut...

Saya juga harus berterima kasih kepada bloggers yang merakamkan pengalaman dan cerita-cerita percutian mereka, mungkin sekali imbas, nampak usaha ini biasa sahaja tidak bermakna, tetapi besar sebenarnya manfaat kepada orang lain...


Tuan Rumah Penang, Ammar...


Berbalik kepada Ronda Utara kali ini, saya dan Ammar 'naik' bas Maraliner di perhentian Duta pukul 5.30 petang menuju ke Butterworth untuk menginap di rumahnya pada malam itu..

Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam...Lebih Kurang Pukul 8 lebih, bas Berhenti sebentar dalam 30 minit di R&R Bukit Gantang...

Kami makan sepuas hati kerana perut begitu lapar, dari petang tadi 'tak' makan...Lebih kurang pukul 10 malam akhirnya kami sampai di Stesen Bas Butterworth...Alhamdulillah..

Esok harinya kami akan bertolak ke Kedah dengan bas juga...Sampai di Kedah, Naguib menjemput 'kitaorang' dengan kereta 'bapak' dia untuk ke Jeti Kuala Perlis..

Daripada Hentian Shahab Perdana, Alor Setar, kami menuju ke Jeti Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi...Kalau nak 'naik' 'flite', kos dan harganya agak mahal...Nanti 'budget' percutian bertambah besar...

Fokus entry ini hanyalah pada 'edisi sebelum bergerak dan selamat datang ke Utara'...Saya akan ceritakan percutian di tempat yang lain pada entry-entry yang berikutnya InsyaAllah...

Sampai di hentian bas Butterworth, kami solat jamak takhir Maghrib Isyak di surau...Kemudian kami dijemput ayah Ammar dengan kereta..



Sg Dua Char Koay Teow..



Char Kuew Teow Special..kalu tak silap harganya RM4.5o....




Ayah Ammar, Sangat baik orangnya...



Daripada hentian bas sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Restaurant Char Kuew Teow 'paling famous' kat sana Sg Dua Char Koay Teow...

First time pekena Char Kuew Teow 'ori' dari penang, rasanya sedap tak terkata..Terima Kasih kepada ayah Ammar kerana belanja makan malam tu..

Sementara menunggu makanan sampai, dan sambil makan-makan, bermula lah seisi taaruf saya dengan ayah Ammar...Cerita pasal datang dari mana, tinggal kat mana, adik-beradik berapa, dan macam -macam lagilah..

Malam tu juga lah, kali pertama saya dengar berita tentang permohonan menjadi guru j QAF di Sekolah Menengah akan dibuka mulai tahun 2012 depan...Maklumlah, ayah Ammar Cikgu, mestilah tahu 'latest news' tentang dunia pendidikan...

Habis makan semua, kami balik ke rumah..Jam lebih kurang menghampiri pukul 12 tengah malam...Sebelum tidur, apa kata kita surf internet dulu...nak tahu perkembangan semasa apa yang berlaku setelah setengah hari tak online..Facebook memang wajib lah dibuka...

Ketika leka 'layan' Facebook, tiba-tiba saya tersentak, apabila mendapat khabar pemergian Ustaz Mat Noor Besar ke rahmatullah kira-kira pukul 9 malam yang lepas...Terima kasih kepada beberapa kawan SHAMS yang update status tentang berita kembalinya Ustaz Mat Noor Besar ke rahmatullah..

Al-Fatihah untuk roh ustaz..Moga Ustaz digolongkan di kalangan mereka yang beriman dan soleh di sisi Allah..Allahummaghfirlahu Warhamhu WaAfihi Wa'fuanhu...Allahumma Ameen...

Siapa yang 'tak' kenal nama Ustaz Mat Noor..Boleh dikatakan ramai rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya mengenali beliau..Seorang guru Al-Quran yang begitu 'cekap' dan canggih ilmunya tentang Quran dan pandai bertaranum...Saya sendiri menpunyai kenangan peribadi dengan ustaz..Mungkin pada entry lain, saya akan bercerita tentang kenangan bersama Ustaz..InsyaAllah...

Apa pun, hidup harus diteruskan..Yang pergi, kita doakan yang terbaik untuk mereka di sana..Kita yang masih hidup harus mengambil pengajaran daripada mereka semua bagi meneruskan sisa-sisa hidup yang masih berbaki ini...

Lebih Kurang Pukul 2 pagi..barulah kami tidur..Tak tahulah pukul berapa bangun pagi besoknya...

Baca Seterusnya...

Aduhai sakitnya tikaman mata pena,

Kerana ini kenangan prinsip dia,

Tiada kaitan dengan sesiapa,

Kenapa harus disanggah segala,


Aduhai sakitnya tikaman mata pena,

Dihujani hujah berjela-jela,

tiada faedah percuma saja,

kerana ini bukan soal mengata,


Aduhai sakitnya tikaman mata pena,

Hanya bertintakan pra sangka,

Insan begitu mudah mengungkap kata,

Menghukum tanpa usul periksa,


Aduhai sakitnya tikaman mata pena,

Dulunya ubat penyembuh derita,

Kesukaan ramai menguntum tawa,

Diangkat dijaja ke mana-mana,


Aduhai sakitnya tikaman mata pena,

Kini semuanya buruk belaka,

Sungguh kotor dan hina,

Terpalit di seluruh muka,


Aduhai sakitnya tikaman mata pena,

Bacalah yang lahir saja,

Yang batin serah pada Allah Taala,

Kerana yang dalam sana bukan kerja kita,


Aduhai sakitnya tikaman mata pena,

Kenapa tidak sebelum apa-apa,

Ucapkan salam ramah mesra bertanya cerita,

Itukan budaya dan adab kita,


Aduhai sakitnya tikaman mata pena,

Tatkala kekusutan bermaharajalela,

Semuanya kusam tersalah bicara,

Lidah ringan maaf dipinta,


Aduhai sakitnya tikaman mata pena,

Pedihnya membumkam hati dan jiwa,

Seluruh tubuh terasa luka,

Sekali terkena ingat sampai bila-bila...

Baca Seterusnya...


Hari ini, ahad, hari minggu..Masih banyak lagi yang mengadakan kenduri walimah sempena cuti sekolah..Jadi, coretan santai hari ini ialah tentang mahar dan walimah perkahwinan...Cerita ini hanyalah rekaan penulis semata-mata...

Suatu hari A berkata kepada B:

"Boleh ko perkenalkan kepada aku seorang gadis yang boleh aku lafazkan Aku Terima Nikahnya dengan hanya bermaharkan seutas cincin besi ataupun dengan sebuah mushaf Quran, dan berwalimahkan walau hanya dengan roti dan kurma atau sekurang-kurangya dengan seekor kambing"...

B berkata Kepada A:"Pelik ko ni??"





A Menjawab: Aku bukan apa...Kalaulah ada, bermakna aku dan dia memang sehati sejiwa untuk megimani sabda nabi:

"Sesungguhnya keberkatan yang paling besar dalam perkahwinan ialah yang paling ringan perbelanjaannya.”

(Hadits riwayat Imam Ahmad)

B: Tapi masalahnya...Ada ke gadis macam tu?? Ada ke?? Ada ke??....

Baca Seterusnya...

Walimah kenduri kahwin sangat 'familiar' dengan nasi minyak...Mengikut adat orang kita, tak sah kalau buat kenduri kahwin, kalau tak ada nasi minyak...

Malah perkataan 'nasi minyak' itu sendiri pun merujuk kepada orang yang akan berkahwin...

"Eh, Bau nasi minyak lah..Bila ni??"

"Aku nak makan nasi minyak ko lah..Cepat-cepat lah kahwin"...

Tapi 'menu' walimah ni pun dah banyak berubah dah sekarang ni...Macam-macam ada..kadang-kadang nasi putih biasa pun ada...Ni belum cerita bab makan beradat lagi...

Lauk-pauknya mak ai banyaknya..Biasalah 'special' untuk raja sehari pengantin baru...Apapun menu ni semua tak pelik atau janggal di sisi masyarakat kita...




Walimah yang paling 'pelik' saya pernah dengar ialah biskut jagung 'cicah' kopi O...Bunyinya pelik bukan..Tapi ni kisah benar...Memang bertentangan dengan walimah 'mainstream' orang kita...

Majlis kenduri anak seorang alim pernah dijamu dengan biskut jagung dan kopi O...Anak seorang alim itu pernah menjadi aktivis mahasiswa era pertengahan tahun 80-an atau awal 90-an(kalau tidak silap saya)...

Memang sempoi dan simple je kan....

Biskut Jagung Kopi O...

Baca Seterusnya...

Walimah, kenduri perkahwinan merupakan suatu ibadah yang dianjurkan oleh Islam...Bahkan memenuhi undangan ke kenduri walimah itu suatu kewajipan...Kedua-duanya adalah ibadah yang dilakukan atas nama pengabdian diri kepada Allah..Ianya bukan soal budaya warisan tinggalan zaman berzaman, tetapi lebih daripada itu ianya soal ibadah yang akan diganjari dengan balasan yang baik di sisi Allah..

Zaman sekarang, terutamanya bila mana masyarakat kita sudah terdedah dengan Twitter atau Facebook, maka segalanya menjadi mudah belake...Termasuklah dalam isu jemputan untuk menghadiri walimah kenduri perkahwinan...

Guna Facebook:

Kalau Facebook, trendnya ialah:

1-Create satu event, kemudian invite semua kawan Facebook ...

2-Upload gambar kad undangan, peta ke rumah dekat wall photos, dan tag semua kawan..

3-Jemputan secara Umum dekat status bunyinya seperti:

"Jemput semuanya ke majlis walimah saya esok di tempat(sekian), (sekian)...Kalau nak kad sila PM bagi alamat dan atau no telefon"

Maaf Cakap:

(Masalah akan timbul, kalau jemputan ini dibuat secara umum begitu, kalau kita tidak mengenali dia secara peribadi, hanya kenal secara online sahaja...Adakah kita juga sebenarnya dijemput hadir ke majlis tersebut??Wajib ke kita menghadirinya??)

(Kadang-kadang ada juga, yang tidak selesa, untuk bagitau: "Saya nak kad majlis awak, ni alamat dan no telefon saya"..Segan nak mintak kad)

Guna Orang Tengah:

Bagi mereka yang tiada akaun Facebook pula, mereka akan menyuruh seorang kawan mereka, yang ada akaun facebook, menjadi Orang Tengah, menjemput semua kawan untuk hadir ke kenduri walimah tersebut...

Maaf Cakap:

(Timbul juga persoalan jika tuan empunya majlis sendiri menggunakan orang tengah untuk menjemputnya..Kadang-kadang ada juga di kalangan kita, yang tidak begitu selesa dengan cara begini, tambah lagi kalau dirinya tidaklah kenal, sebegitu rapat dan mesra dengan tuan empunya majlis..)

Maaf Cakap:

Rasanya:

-Kalau nak invite guna Facebook, lebih baik invite secara Message sahaja..Secara Personal..Ianya lebih elok...

-Tag kad undangan hanya untuk mereka yang benar-benar kita ingin jemput..dan Tag hanya orang yang benar-benar kita rapat dan kenal...

-Undangan menghadiri majlis kenduri walimah ini sebenarnya merupakan satu kayu ukur 'kesungguhan' 'Cakna' dan 'Prihatin' kita terhadap mereka yang dijemput...Walau sesibuk mana sekalipun kita, sepatutnya diri kita sendiri yang menjemput undangan ke majlis kita itu...

-Walimah hanya dilakukan mengikut keperluan dan kemampuan kita sahaja...Tidak semua yang akan kita jemput..So, orang kata, kalau nak jemput datang..Biarlah caranya memang betul-betul nak jemput...Bukan seperti melepaskan batuk di tepi tangga...

-Sebagaimana kita bakal digelar raja sehari pada hari itu sahaja, itulah juga kali pertama dan kali terakhir mungkin kita meraikan dan berkongsi kegembiraan dengan orang yang di jemput, begitulah dengan orang yang telah diundang ke majlis tersebut...itulah kali pertama dan kali terakhir mungkin dia memenuhi undangan kenduri kahwin kita dan itulah kali pertama dan kali terakhir mungkin dia menghadiahkan hadiah perkahwinan untuk kita...Maka apalah kiranya kita mengundang semua yang ingin diundang dengan penuh tertib dan adab...

Maaf Cakap akhirnya saya letakkan kat sini:

1-(Komen Dr Zaharuddin Abd Rahman di FB beliau)...

Jemputan majlis perkahwinan melalui aplikasi 'invite' dan 'tag' nama TIADALAH mencukupi utk dianggap satu jemputan yg mesti dipenuhi (kecuali uzur) sbgmn anjuran Nabi. Selain terasa begitu 'sampingan' & tidak seriusnya penjemput. Eloknya, jika nak guna fb juga, tujukan jemputan guna message, tulis nama individu yg dijemput & picture kad utk detail. Itu boleh diterima..

2- Tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang berkaitan dengan perkara ini:

Baca Seterusnya...