Ust Dr Khairuddin ketika menyampaikan ceramah



Salam Maal Hijrah Buat Semua...Moga tahun baru hijrah 1433 kali ini lebih baik daripada tahun-tahun hijrah yang lepas...

Saya tidak mempunyai masa untuk menulis entry yang panjang..Rasanya cukuplah untuk saya berkongsi sedikit isi kandungan ceramah Maal Hijrah yang di sampaikan oleh Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri yang saya hadiri semalam di Surau Al-Ikhwan, Taman Samudera, Batu Caves...(Point ni telah saya kongsikan dalam fb saya)...

Antara point penting itu ialah:

1-Mengapa kita namakan maal hijrah sedangkan fakta sebenarnya menunjukkan bahwa nabi berhijrah di penghujung bulan safar...Antara lain sebabnya adalah kerana pada Bulan Muharram, nabi sudah ada azam untuk berhijrah, dan sudah ada pa...ra sahabat yang berhijrah sblm nabi pada bulan muharram...

2-Doa Akhir dan Awal tahun..Yang sebenarnya ianya tiada kena-mengena dengan nabi SAW kerana penentuan tahun hijrah bermula pada zaman Umar Al-khattab...

Nak berdoa boleh, tetapi jangan dikaitkan dan diyakini bahwa nabi buat perkara tersebut..Dan kelebihan yang disebut tentang berdoa akhir dan awal tahun hijrah ada kelebihan tertentu adalah direka-reka dan ianya tidak boleh disandarkan kpd nabi kerana ianya bukan drpd nabi SAW.....

Adalah menjadi satu kesalahan mengatakan tahun masihi adalah tahun ciptaan kafir kerana kalendar masihi adalah ciptaan manusia yang berasaskan kajian manusia yang dulu-dulu bagi menentukan masa dan waktu..Bahkan Allah sendiri telah meletakkan ayat Quran yang menceritakan kejadian pergerakan matahari, bulan mengelilingi bumi..Boleh baca lanjut perkara ini di sini...


3-Bagi menampung kebanjiran muhajirin yang berhijrah ke madinah dalam satu masa, nabi mempersaudarakan muhajirin dgn ansar..Ini menyebabkan ansar boleh berkorban apa shj untuk muhajirin, kongsi rumah tempat tinggal, dlln bantuan yang lain...

Yang tidak ada rumah sprt Ahli Suffah(org2 susah), nabi benarkan isu penting tentg Hijrah Rasul yg disampaikan...

mereka tinggal dan tidur di masjid...Inilah peranan masjid memberikan perlindungan kepada orang yg dalam kesusahan...

Zaman skrg, silapnya masjid tidak mesra kpd org yang dalam susah, masjid dikunci, tak boleh digunakan untuk org musafir bermalam tidur di masjid...Orang tidur di dalam masjid dikejutkan, dibangunkan, dihalau...Tidak hairanlah mengapa orang islam sndiri lari ke gereja kerana gereja mesra kpd gol susah...

4-Orang kaya sepatutnya mengasihi orang miskin..Inilah yg berjaya dididik oleh Rasulullah SAW...

Sprti apa yang dilakukan oleh uthman affan dan Abdul Rahman Auf...Masalah skrg ramai yang kaya, tetapi tidak ada sifat kasih kpd orang miskin shg sanggup memberikan apa shj kpd gol yg memerlukan...

Uthman bin Affan beli telaga drpd yahudi untuk diwakafkan untuk kegunaan umat Islam...

Lihatlah pengorbanan Uthman bin Auf ketika perang tabuk...lbh kurang 1000 ekor unta disumbangkan, kuda 70 ekor dan 1000 dirham diberikan untuk perbelanjaan perang tabuk...

Abd Rahman auf sgt pemurah : 1/3 hartanya diberikan pinjaman tanpa faedah kpd penduduk madinah..1/3 lg diberikan sj2, 1/3 lagi diberikan sbg hadiah...

Abd rahman auf mewasiatkan hartanya sbnyk RM400000(nilai skrg) setiap seorang untuk diberikan kpd semua ahli badar yang menyertai perang badar...Ini baru jumlah harta melalui wasiat..belum dikira lg harta pusaka yang ditinggalkan..

Begitulah Allah berkatkan harta Abd Rahman ibn Affan

1 comments:

Anonymous said...

ADA NAMA SAHABAT YANG TERTUKAR BIN