Dr Zaharuddin Abd Rahman ketika menyampaikan Ceramah

Alhamdulillah, semalam saya menghadiri kali ketiga ceramah sempena sambutan Maal Hijrah yang diadakan di Masjid Al-Khairiyah, Seri Gombak...

Ceramah disampaikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman...Ini merupakan ceramah Maal Hijrah siri terakhir yang siri pertamanya di sampaikan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan diikuti kemudiannya oleh Syeikh Nuruddin Al-Banjari...

Pada Mulanya, saya beranggapan tajuk yang akan disampaikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman adalah tajuk yang sama juga dengan tajuk yang telah disampaikan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Syeikh Nuruddin, iaitu Antara Islam yang diimani dengan Islam yang diwarisi...

Rupa-rupanya tajuk ceramah semalam adalah Hijrah dalam bab harta...

Saya rasa ada baiknya saya kongsikan beberapa isi dan point penting yang telah disampaikan oleh Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman...

Ceramah adalah Berkisar tentang penghijrahan drpd memilki harta yang haram kpd harta yang halal...Ianya merupakan satu perkara yang amat penting yang mesti diambil perhatian bagi mereka yang ingin menjaga urusan agama dan kehidupan mereka agar mendapat keberkatan dan keredhaan Allah taala...

Saya juga sebenarnya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menulis dalam bentuk yang lebih detail dalam entry ini..Sekadar yang termampu sahaja, yang saya boleh usahakan...

Antara point-point nya:

1-Jarang masjid2 yang mengadakan kuliah dan ceramah2 tentang muamalat berkenaaan harta benda sdgkan manusia setiap hari akan berurusan dengan harta benda mereka...

2-ِPenghijrahan dalam bab harta wajib sbgaimana Allah sebutkan dalam ayat 97 surah An-Nisa...

"Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."

Ayat ini walaupun tidak memperkatakan tentang hijrah dalam bab harta secara direct, tetapi ia juga ada kaitannya dengan hijrah dalam bab harta...

Secara ringkasnya ianya juga menuntut muslim jangan bersikap memberikan alasan untuk tidak berhijrah meninggalkan harta yang haram dan mencari harta yang halal kerana beranggapan diri masing-masing lemah dan jalan untuk hijrah harta adalah sukar dan membebankan serta tidak memberikan manfaat malah merugikan diri sendiri kerana daripada berharta, kepada kurang dan tidak berharta lagi setelah harta haram itu dibersihkan...

Nabi menyebutkan dalam satu hadis: Akan datang suatu zaman(di akhir2 zaman) mereka yang tidak ambil peduli daripada mana sumber harta yang mereka dapat sama ada ianya halal ataupun haram...

Kita berlindung kepada Allah daripada termasuk ke dalam golongan ini....

Kerana fitnah harta yang begitu hebat, kita lupa halal dan haram yang telah ditetapkan oleh syariat...

3-Dosa-dosa Riba adalah amat besar..Ianya bukan perkara yang boleh dibuat main-main...Allah dan Rasul telah Mengistiyharkan perang kpd orang yang memakan harta riba sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran dalam surah Al-Baqarah Ayat 278 hingga ayat 279...

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa."

...

Selain daripada itu juga, Riba Dosanya lebih besar drpd berzina 36 kali...Riba dosanya umpama berzina dengan ibu sendiri...

Sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW:

Riba mempunyai 72 pintu. Riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya." (dalam Kitab Almustadrak oleh al-Hakim)

Satu dirham riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk daripada berzina sebanyak 36 kali" (Riwayat Ahmad dan al-Dar Qutni..

Saya quotekan kata-kata ust ini yang menunjukkan kepada besar dan bahayanya dosa riba ini walaupun kita banyak melakukan amalan soleh yang lain...

"walau banyak mana berzikir sekalipun, walau banyak mana solat malam pun, walau banyak mana baca quran, dan walau panjang mana ayat quran yang dihafal..Masih lagi tidak beriman, jika tidak mampu meninggalkan dosa riba"...

Maka adalah menjadi kewajipan kepada Umat Islam untuk mempunyai ilmu berkenaan pengurusan harta secara Islam, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Saidina Umar Al-Khattab dalam salah satu ucapannya..

((Jangan kamu masuk dalam pasar kami, kecuali kamu sudah faham hukum agama tentangnya))

Perkara yang melibatkan urusan harta, mestilah difahami mengikut landasan agama terlebih dahulu, sebelum kita memulakan mana-mana transaksi perniagaan atau harta berkenaaan...

4-Contoh riba2 pada hari ini ialah...

-Pinjaman drpd bank konvensional untuk membeli rumah...Mana2 rumah yang dibeli dengan menggunakan pinjaman riba, maka rumah itu tiada keberkatan dan malaikat rahmat tidak masuk....

Termasuklah pinjaman untuk membeli kereta dengan pinjaman daripada bank konvensional...

-Penggunaan Kad kredit...Ini adalah kad yang paling jahat dalam dunia...Wajib kita tinggalkan..

Kalau dah pakai sebelum ini, wajib tinggalkan, dan mana2 yang masih ada kena 'gunting'..Penggunaan kad debit adalah yang terbaik...

5-Pembiayaan drpd bank Islam adalah ats kontrak jual beli dan bukannya ats kontrak pinjaman sebagaimana yang berlaku di bank konvensional...

Maka apabila ianya kontrak jual beli, maka bebas bagi pihak bank islam untuk mengenakan berapa shj kadar harga yang diinginkan...

Tidak timbul isu perbankan islam zalim dalam perkara ini dan dalam masa yang sama kontrak antara pelanggan bnk islam dengan bank islam berlaku ats asas redha dan persetujuan kedua-dua pihak...

Sebenarnya pembiayaan drpd bank Islam adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan bank konvensional..Ada kajian yang telah dibuat bahawa perbankan Islam lebih murah jika dibandingkan dengan bank konvensional...

Malah walaupun dikatakan bank Islam lebih mahal, manakah yang lebih baik daripada perkara mahal yang halal daripada perkara murah yang haram..Sudah tentulah perkara yang halal walaupun ianya mahal..

6-Jauhilah golongan yang begitu ekstrim dalam perkara yang riba..Golongan ini sampai mengharamkan duit kertas yang kita pakai harini...

Mereka menyeru kepada penggunaan dinar emas..sdgkan bila orang hendak membeli dinar emas drpd mereka, jual beli dinar emas itu juga menggunakan duit wang kerta..Kenapa tidak saja jual beli emas dengan pertukaran dinar dengan beras sebagai cnth...

7-Bagi yang telah terjebak dgn dosa riba di bank-bank konvensional, wajib berhijrah dan bertukar kepada pembiayaan bank Islam walaupun kos terutamaya kos peguam akan mahal...Anggaplah ianya sebagai denda di atas kelalaian kita sampai terlibat dengan dosa riba..

0 comments: