Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya juga dalam semua subjek minor sains politik di UIAM..Seingat saya, saya mengambil keputusan untuk ambil minor Political Science ketika semester kedua tahun kedua pengajian di UIAM..Itu adalah waktu yang terakhir untuk 'declare' minor..

Keputusan yang diambil adalah dalam keadaan berbelah bahagi, kerana tidak ramai kawan yang ingin mengambil minor..Bilangannya hanyalah boleh dibilang dengan jari, yang lelaki lebih kurang 3 orang sahaja, itu pun bukannya minor Political Science, tetapi minor lain..

Apapun keputusan telah dibuat, maklumat minor pun sudah dimasukkan ke dalam data komputer, jadi, saya tetap harus berhadapan dengan kelas minor sains politik ini..



Sesiapa yang ambil minor Politik, dikehendaki untuk mengambil 9 subjek iaitu:

Political Thought I(PT)

Political Thought II

Dalam dua subjek ini, saya belajar tentang pemikiran, idea dan teori politik daripada tokoh-tokoh pemikir daripada Barat seperti Plato, Aristotle, Thomas Hobbes,Machivelli, John Locke, Rousseau, dan juga Islam seperti Imam Mawardi, Al-Farabi, Imam Ghazali, Ibnu Taimiyyah, Sheikh Rashid Redha, Sheikh Muhammad Abduh dan lain-lain..

Pada saya, banyak idea dan teori daripada tokoh barat agak sukar  untuk difahami berbanding Idea-idea tokoh-tokoh Islam yang lebih mudah untuk difahami kerana  ianya lebih berbentuk falsafah dan khayalan akal fikiran semata-mata seperti idea law of nature, dan ada juga idea itu datangnya daripada tokoh paderi seperti Saint Augustine, dan Saint Thomas Aquinas...


Comparative Politics(CP)

International Relations(IR)

Dalam subjek CP, saya belajar perbandingan sistem politik, pentadbiran sesebuah negara, sistem pengundian pilihan raya dan lain-lain antara beberapa negara seperti UK, US, Perancis, Brazil, Russia dan Nigeria.Ianya mendedahkan kepada kita bahawa sistem politik itu berbeza-beza mengikut sesebuah negara ada yang berinstitusi Beraja, Sistem Presiden, dan Sistem Perdana Menteri..Sistem pengiraan undi juga berbeza-beza, ada yang menggunakan Plurality Electoral System, Majority Electoral System, Proportional Representative System..Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem ini semua boleh lah di google sendiri... :)

Dalam Subjek IR, saya belajar hubungan antara negara-negara di dunia, perang dunia yang berlaku, bagaimana sesebuah negara membina hubungan yang baik antara satu sama lain, Fungsi dan peranan IMF, dan penjajahan baru yang dilakukan oleh negara-negara kaya untuk menguasai negara-negara yang miskin..Ianya satu subjek yang menarik dan begitu seronok sekali untuk dipelajari..


Public Administration(PA)

International Political Economy(IPE)

Dalam subjek PA, saya belajar tentang Public Servant, masalah-masalah yang sering kali berlaku di kalangan  penjawat awam yang bekerja di bawah agensi kerajaan..Isu birokrasi, proses urus kerja yang lambat, cara untuk meningkatkan lagi kualiti mutu perkhidmatan penjawat awam dan lain-lain lagi...

Dalam subjek IPE, saya belajar tentang teori-teori ekonomi yang berkaitan dengan politik seperti liberalisme, neo-liberalist, Realist, Marxism, dan lain-lain..tentang tokoh-tokoh seperti Adam Smith, David Ricardo, Friedrich dan lain-lain lagi..


International Organizations(IO)

Research Methodology(RM)

Dalam Subjek IO, saya belajar tentang institusi dan organisasi global seperti IMF, European Union(EU), United Nation(UN), NATO dan lain-lain..


Issues In Malaysian Politics(IMP)
Cerita tentangnya di bawah nanti...




MINAT

Saya sebenarnya memang minat politik sejak dibangku sekolah lagi, selalu mengikuti perkembangan isu politik yang berlaku di dalam tanah air kita..Saya juga suka mendengar ceramah politik dan semua perkara yang berkaitan dengan politik..

Tetapi minat itu sedikit berubah, bila mana, saya mula menjejakkan kaki ke Matrik UIA di Petaling Jaya atau namanya sekarang Pusat Asasi UIA..Minat kepada politik telah berubah kepada minat kepada muamalat sistem perbankan Islam dan kewangan Islam..

Minat ini muncul apabila saya selalu dan kerap kali menjenguk website Ust Dr Zaharuddin Abdul Rahman, zaharuddin.net(semasa itu URL laman web itu ialah zaharuddin.com dan kemudiannya bertukar kepada zaharuddin.net)..

Melihat kepada karisma yang ada kepada Ust Dr Zaharuddin Abdul Rahman berlatar belakangkan pengajian MA di Jordan, saya mula tertarik dan minat dengan perbankan dan kewangan Islam..

Tetapi, minat kepada politik masih lagi ada..Mungkin juga minat saya pada ketika itu telah rencam dan pelbagai...

Sebenarnya, bukan senang untuk masuk sesuatu kelas yang agak 'asing' pada kita tanpa kawan-kawan satu department..Di bangunan baru, kawan baru, dan lecturer baru..Semua 'keseorangan'...

Mula-mula saya masuk ke kelas minor politik, saya bermonolog sendirian dalam hati:

"Apalah yang korang belajar ni..Macam tak de masa depan je, apa yang korang belajar ni..Setakat menghafal je nota-nota yang diberikan Lecturer je..Pastu Exam.."

Lama kelamaan, saya dapat faham bahawa setiap disiplin ilmu itu ada kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri..


CABARANNYA

Cabaran terbesar saya dalam kelas minor ini, ialah bila masa presentation...Bila diminta present dalam English secara spontan, atau kena jawab soalan daripada audiens secara spontan kerana kebiasaannya dalam kelas Fiqh, Bahasa Arab yang digunakan..

Agak susah sebenarnya, untuk tukar lidah sebutan 'makhraj' arab kepada speaking English..

Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah, ketika presentation untuk subjek Public Administration, apabila  saya digelakkan satu kelas..

Mungkin sebutan English saya tidak betul atau mereka gelakkan ayat English saya yang salah...Apapun itu merupakan pengalaman yang mahal, satu kejayaan menghadapi audiens yang kesemuanya dah selalu dan terbiasa menggunakan English dalam kelas..

Masa telah berlalu, jika difikirkan kembali, macam manalah agaknya saya mampu menghadapi keadaan yang agak memalukan sebegitu...haha..Ianya mungkin pahit buat sementara waktu, tetapi ianya amat manis, pengalaman yang menjadi pengajaran di masa akan datang...

Dalam hidup ini, guru yang terbaik ialah pengalaman yang berlaku dalam kehidupan kita..


SUBJEK PALING BEST

Subjek Issues in Malaysian Politics (IMP) ialah subjek minor politik yang paling best dan paling open kerana sesetengah isu yang dipelajari agak sensitif melibatkan UMNO/BN dan kerajaan..

Lecturernya ialah Dr Tunku Mohar, Head of Department Political Science..Banyak perkara baru tentang politik Malaysia yang saya tahu..Antara subtopik yang sangat berkesan dihati saya ialah Adakah Malaysia mengamalkan pseudo-democracy ataupun tak..

Selain itu..Alhamdulillah saya rasa, presentation terbaik yang pernah saya buat ialah dalam Kelas (IMP)..Untuk presentation ini, semua student diberikan kebebasan untuk present apa-apa sahaja isu semasa yang berlaku ketika itu, ada yang present tentang Antara PTPTN dan pendidikan free, isu penyenaraian FELDA di bursa saham Malaysia dan lain-lain lagi...Saya pula present, untuk menerangkan lebih lanjut tentang apa yang saya present saya copy balik status FB saya pada 7 May yang lepas yang berbunyi:

"Alhamdulillah3x Ya Allah..selesai present 'isu pinda perlembagaan-tukar religion kepada Addin- dalam kelas Issues in Malaysian Politics tadi..Lega rasanya..Bebanan sudah hilang... :)


Isu ini timbul minggu lepas, apabila surat khabar antaranya NST melaporkan yang Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pakatan rakyat akan pinda perlembagaan yang menyebutkan Islam Agama Rasmi(official religion) Persekutuan kepada Islam Sebagai Addin(the way of life) jika menang dalam election akan datang...



Ramai tokoh yang memberikan komen yang mengatakan agenda ini tak perlu dan susah untuk dilakukan(mndpt Tentangan kaum lain dalam DAP dan PKR)..Antaranya Ust Fathul Bari Mat Jahya dan Dr Fadlan Mohd Othman drpd Ulama MUda UMNO, Dato' Ibrahim Ali(Presiden PERKASA), Datuk Seri Ahmad Said MB Terengganu, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan PM sendiri...

Akhirnya semalam, keluar di paper bhw Ust Hadi Nafi bahawa beliau berkata nak pinda perlembagaan..Yang beliau maksudkan ialah memperkasakan lagi agama Islam dalam perlembagaan dengan menafsirkan perkataan religion kepada addin the way of life..Ini kerana menafsirkan agama kepada religion menyebabkan agama Islam itu hanya difahami tertumpu kepada soal spritual sahaja antara manusia dan tuhan sebagaimana yang difahami Barat...Sedangkan Agama jika ditafsirkan dengan perkataan Addin The Way of Life akan menampakkan ajaran Islam yang luas dan sempurna mencakupi seluruh aspek kehidupan...Bila ditafsirkan Islam is Addin The way of life, kuasa kepada agama lebih tinggi berbanding perlembagaan itu sendiri...

Pihak media kena hati2 bila melaporkan sesuatu Isu...Sewajarnya setiap kali habis wawancara dengan seseorang, wartawan diminta buat pengesahan " Saya ingin melaporkan begini begian..Adakah benar apa yang sy ingin laporkan ini, sama maksud dengan apa yang anda perkatakan sekejap tadi...Kalau dah buat pengesahan begini..Media juga kena laporkan yang sebenarnya bukan lapor sebhagian dan ptong mana yang dirasakan perlu dipotong...Ini supaya liputan berita lebih adil dan tepat... :)"



Alhamdulillah, saya juga dapat menjawab soalan daripada audiens yang tak faham tentang presentation ini dengan jayanya...

Sebenarnya banyak lagi kenangan di dalam Kelas Politik yang tidak tertulis di sini..Ianya kekal dalam kenangan..Saya sebenarnya rasa seperti bermimpi, kerana akhirnya saya dapat menempuhi segala 'ujian' dan 'cabaran' ini dengan jayanya...Saya juga selalu bertanya dalam diri sendiri "Bilalah nak habis semua kelas Politik ini??"Dah tak terdaya untuk menghadapinya...

Ada juga kawan yang ter'sekat' di tengah jalan, akhirnya terpaksa drop minor dalam political science ini...kekal dengan satu major sahaja...





Akhirnya dalam Transkrip Akademik saya tertulis Minor in Political Science...Alhamdulillah...


Sebagai penutupnya saya bawakan satu cerita:

Saya pernah ditanya: "Kenapa ambil minor Politik, Din??Kan sama je dengan politik kat luar ini..Boleh baca sendiri tentang politik"..

Saya hanya diam tidak banyak bicara tentang perkara itu...

Harini saya ingin jawab persoalan itu: Tak sama belajar politik di dalam kelas bersama dengan guru, menadah 'kitab' tentang politik dalam kelas dengan belajar politik di luar..Ada bezanya...

Politik itu sebenarnya bukan sahaja soal parti dan kepartian yang biasa menjadi tajuk bualan di kedai-kedai kopi......Persepsi masyarakat umum, bila sebut sahaja politik, ianya dikaitkan dengan parti politik...

Sembang-sembang politik di kedai kopi banyak memihak kepada parti yang disokong dan diundi..Tidak dinafikan isu parti adalah satu juzuk daripada politik..

Tetapi yang sebenarnya politik itu ialah bagaimana kita mengurus dan mentadbir kehidupan seharian kita dan sejauh mana kprihatinan kita terhadap apa yang berlaku di sekitar kita..


Pernah suatu ketika seorang Lecturer saya yang berasal daripada Bangladesh dalam Kelas CP bertanya kepada hadirin dalam kelas:

Apa yang kamu faham tentang Politik??

Dan dia bertanya lagi: Sudahkah kamu semua bersarapan pagi hari ini??

Lalu dia berkata: Sarapan itu satu bentuk politik...Hadirin dalam kelas kehairanan..Apa kaitan politik dengan sarapan...

Terus dia menerangkan: Daripada sarapan kamu itu, ambil contoh Roti Canai..Daripada harga roti canai itu, kamu boleh tahu tentang ekonomi dan kadar kenaikan harga barang yang berlaku dalam negara...Itulah politik...

Jadi kita kena luaskan skop perbincangan kita tentang politik...Jangan hanya tertumpu kepada satu juzuk sahaja dan meninggalkan juzuk yang lain...Dan Politik itu bukannya berdasarkan sentimen emosi dan fanatik serta taksub..

Politik itu ialah membenarkan apa yang betul dan memperbetulkan apa yang salah, walau sesiapa pun yang melakukannya...

Ilmu politik dalam kelas lebih kepada politik berdasarkan ilmu dan hujah, lebih membuka minda dan tidak hanya fokus kepada politik tempatan bahkan lebih daripada itu, lebih besar daripada itu, iaitu pentas politik antarabangsa...

Belajar politik itu bukan untuk menjadi ahli politik, tetapi belajar politik itu ialah untuk tahu bagaimana sikap dan caranya menguruskan kehidupan seharian yang penuh dengan kerencaman ini...

Walaupun pointer saya, banyak jatuh disebabkan subjek minor, tetapi, sekarang saya tidak menyesal kerana ambil minor politik...Banyak manfaat dan pengalaman baru yang berharga yang saya dapat...Kini Kelas Politik itu hanya Tinggal Kenangan...

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT