Alhamdulillah...Saya sudah pun habis belajar(Exam terakhir di UIAM pada 8 Jun 2012 dan result keluar pada 20 Jun 2012) dan sudah pun secara rasmi bergelar graduan UIAM.





Majlis Konvokesyen UIAM yang ke 28 telah selamat diadakan pada minggu lepas bermula 6 Oktober 2012 hingga 8 Oktober 2012.

Sesi untuk Kuliyyah Islamic Revealed Knowledge And Human Science(KIRKHS) ialah pada 7 Oktober 2012 iaitu pada seisi petang..

Alhamdulillah, perjuangan selama 6 tahun di UIAM, 2 tahun di matrik dan 4 tahun di kampus Gombak telah pun selesai. 6 tahun jika dihitung adalah satu tempoh yang agak lama, tetapi masa itu sebenarnya berjalan begitu pantas tanpa kita sedari, akhirnya perjalanan kehidupan di UIAM telah pun berakhir.Mungkin buat sementara waktu ataupun buat selama-lamanya...

Bagi yang ingin melihat sekitar gambar konvokesyen saya tempoh hari boleh tengok di sini:

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10200526514664475.8146989.1206357624&type=3

Bagi memudahkan lagi kerja untuk update entry blog kali ini rasanya tidak perlulah untuk diupload dua kali gambar-gambar konvokesyen di sini, cukuplah hanya dengan apa yang telah ada di FB saya(yang sebenarnya saya malas nak upload dua kali..haha)

Semua gambar-gambar di fb tersebut khas sebagai menghargai pengorbanan mak dan ayah yang telah banyak berkorban bagi memastikan kejayaan anak-anak..Siapalah kita pada hari ini, jika tanpa pengorbanan besar mak ayah kepada kita.




                                                             


Alhamdulillah, pada konvokesyen kali ini, inilah sahaja rezeki pencapaian saya sepanjang berada di UIAM...Anugerah Rector List ini, amatlah kecil jika mahu dibandingkan dengan anugerah yang lain seperti Royal Award, Rector Award, dan Kuliyyah Award.

Ianya sangat berbeza jika nak dibandingkan kerana Rector List tidak mendapat apa-apa habuan berbentuk wang ringgit, cuma diberikan sijil penghargaan sahaja..Berbanding tiga lagi award seperti yang saya sebutkan di atas, pemenang diberikan hadiah berbentuk wang tunai berserta plug penghargaan dan sijil.

Moga Allah SWT mengurniakan pencapaian yang lebih baik kepada saya pada masa akan datang dan pada peringkat yang lain pula InshaAllah.

Di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan Jazakumullah Khair Jazak kepada semua lecturer yang telah menjadi sumber inspirasi dan motivasi saya sepanjang keberadaan saya di Bumi UIAM, terutamanya kepada lecturer Department Fiqh Dan Usul Fiqh UIAM dan Department Political Science UIAM...

Antara lecturer Fiqh yang menjadi sumber inspirasi saya ialah:



1) Prof Dr Ashraf Md Hashim

Beliau merupakan Anak kepada Dato' Hashim Yahya, mantan Mufti Wilayah.Seorang yang sangat segak, handsome, awet muda, rupanya tidak menampakkan bahawa dirinya sudah berusia 40-an, Sentiasa berpakaian kemas.

Sangat cool je bila lihat beliau drive kereta mini coopernya dan kadang-kadang drive BMW 5 seriesnya.Saya berkesempatan belajar dengannya dua subjek: Fiqh Jinayat dan Maqasid Syariah..

Boleh dikatakan setiap hari bersemangat untuk ke kelas beliau kerana tertarik dengan perwatakan beliau..

Bagi sesiapa yang tidak mengenalinya, mungkin tidak akan tahu dan menyangka, bahawa beliau seorang Prof Fiqh kerana penampilannya berbeza dengan penampilan biasa 'ustaz-ustaz'.

Latar pendidikan tingginya hebat BA di Universiti Islam Madinah, MA di University Of Jordan, dan PHD di Universiti Birmingham.







2) Prof Madya Dr Azman Mohd Noor

Beliau antara lecturer Fiqh Yang paling fasih lidahnya bagi saya apabila bertutur dalam English dan Arabic.

Sangat baik, mesra, faham dengan pelajar-pelajarnya.Belajar formal dengannya untuk subjek Fiqh Zakat dan Muamalat Masrafiyyah.Berkesempatan untuk belajar kitab Subulussalam dengannya secara peribadi di biliknya..

Akhirnya kelas itu tidak dapat diteruskan kerana mungkin komitmen saya sendiri terhadap kelas itu kurang dan halangan dan kekangan yang lain...Mungkin di entry akan datang saya akan menulis sedikit tentang bagaimana untuk memastikan kelas Talaqqi dengan Guru di Universiti boleh berjaya dilakukan berdasarkan sedikit pengalaman yang ada...InshaAllah..

Latar pendidikan tingginya juga hebat BA di Universiti Islam Madinah, MA di UKM dan UIAM, dan PHD di Universiti Edinburgh.




3) Prof Madya Dr Anke Sandra Bouzenita

Beliau lecturer Fiqh yang sangat Unik...Bolehlah saya katakan beliau seorang Muslimah Mukminah Solehah,   dan mempunyai rupa paras yang cantik(maklumlah orang Eropah..haha). Seorang foreigner yang berasal daripada German.Gambar tak diletakkan..takut nanti jadi fitnah plak...haha...

Beliau mesra dipanggil dengan Dr atau Ustazah Iman.Mampu berbicara dalam banyak bahasa, sudah semestinya bahasa German, fasih berbahasa English dan juga fasih berbahasa Arab.

Ada satu ketika tu, nak tergelak juga dan bercampur hairan apabila beliau bercakap telefon dalam kelas dengan bahasa German.Antara subjek yang diajar beliau, yang telah mengubah persepsi saya tentang politik Islam ialah Nizam Hukum..

Beliau juga mengajar subjek Usul Fiqh, Adillatul Ahkam.Selain itu, beliau juga seorang lecturer yang sangat mudah memberikan markah kepada students, asalkan jawapan yang diberikan tidak begitu tersasar daripada kehendak soalan yang diberikan..Latar belakang pendidikannya semuanya di German.








4) Dr Abdul Bari Awang

Lecturer Fiqh yang paling handal dalam bab Harta Pusaka, kerana hanya beliau seorang sahaja yang mengajar subjek Fiqh Mawarith di UIAM..Bagi saya, subjek yang berkaitan dengan harta Pusaka adalah subjek yang paling susah dan rumit.Tidak semua orang boleh mengajar tentangnya.

Cara Ustaz Bari Mengajar menarik...Walaupun dalam keadaan dia marah, tetapi marahnya tu boleh jadi lawak.Dan antara cara mengajar beliau yang berlainan dengan lecturer yang lain ialah, beliau memberikan tugasan assignment untuk ke lapangan dan tidak hanya assignment berbentuk cari rujukan buku di library.

Bagi subjek Fiqh Mawarith, Ustaz akan minta pelajarnya ke Mahkamah Shariah, Pejabat Agama dan Waqaf, buat interview dengan pegawai yang berkenaan di sana. Untuk Subjek ini, saya ditugaskan ke Amanah Raya Berhad(ARB) untuk cara pengurusan produk Hibah di ARB.

Bagi subjek Fiqh Uqud Maliyyah, ustaz akan minta pelajarnya ke Bank-Bank Islam, tengok dan buat kajian tentang produk-produk yang ada di Bank Islam tersebut ataupun ke institusi kewangan Islam yang lain.Untuk subjek ini, saya ditugaskan ke Bank Rakyat untuk berjumpa Pegawai Shariah Bank Rakyat Ustaz Zaki.

Latar belakang pendidikannya keseluruhannya di UIA, drpd BA hinggalah PHD.








5)Ust Wan Rumaizi Wan Husin

Saya tidak belajar secara rasmi dalam kelas dengan Ustaz Wan Rumaizi..Dengan beberapa SMS yang dihantar kepada beliau untuk minta belajar secara personal dengannya, akhirnya saya dapat belajar kitab Kifayatul Akhyar..

Walaupun tidak sempat habis keseluruhan kitab tersebut, saya sangat menghargai kesungguhan ustaz untuk mengajar memandangkan Ustaz ketika itu sedang sibuk dengan pengajian di Peringkat PHD.

Tak cukup dengan itu, beberapa kali ustaz dengan murah hati belanja makan sedap2 plak tu..Tak cukup dengan itu juga, Ustaz juga pernah beri duit saku untuk dibuat belanja..

Hubungan Saya dengannya Sangat Rapat..Banyak perkara saya dapatkan nasihat dan pandangan daripadanya terutamanya yang berkaitan dengan perkara-perkara yang penting.Pengajian kitab dengannya juga telah membuka dimensi yang baru bagi saya dalam memahami ilmu Fiqh yang sangat luas.Ustaz selalu memberikan peringatan bahawa betapa pentingnya dalil dalam menentukan sesuatu hukum fiqh.

Latar Belakang pendidikannya BA Universiti Al-Bayt Jordan, MA UIAM dan sekarang dalam proses menyiapkan PHD di IBF UIAM.







6)Ust Mustafa Shamsuddin

Pertama kali belajar dengannya ialah dalam kelas Fiqh Ibadah I..Pada masa itu, jikalau saya ada banyak kemusykilan tentang hukum, saya akan sms bertanyakan hukumnya kepada ustaz.

Pengajian saya dengannya tidak lama kerana selepas daripada itu Ustaz Study Leave kerana menyambung pengajian di peringkat PHD.

BA dan MA ustaz di UIAM, dan PHD sekarang di Universiti of Jordan.








7) Dr Mohd Sabri Zakaria

Lecturer Fiqh yang paling best mengajar dalam kelas.Gaya pengajarannya menyebabkan pelajar-pelajar tidak bosan berada di dalam kelasnya.

Secara formalnya saya belajar dengan Ustaz Sabri untuk subjek Fiqh Ibadat II, Fiqh Muamalat Maaliyah..Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan, dapat belajar kitab juga dengan Ustaz Sabri, Kitab Anwarul Masalik..

Kami, iaitu saya dan Ustaz Sabri telah berazam dan bercita-cita untuk mengkhatamkan pengajian dan pembacaan Kitab Anwarul Masalik ini, sebaik sahaja saya habis belajar di UIAM..Banyak kali ustaz Sabri cakap, InshaAllah, kami akan sempat habiskan pembacaan kitab ini..

Namun Takdir Allah mengatasi segala-galanya.Kerana kesibukan Ustaz dengan pelbagai tugasan dan komitmen yang lain, pertembungan masa antara waktu saya free, ustaz pula tak free, Ustaz free, saya pula tidak free...kitab ini tidak berjaya dikhatamkan pembacaannya.

Walau bagaimanapun, saya amat menghargai usaha ustaz yang sanggup meluangkan masa yang beliau ada, walaupun saya sedar ustaz sebenarnya sangat sibuk dengan tugasan yang lain.Banyak juga perkara yang baru saya dapat daripada pengajian kitab ini dengan Ustaz Sabri..Moga Allah ganjari Ustaz Sabri dengan sebaik-baik ganjaran..

Latar belakang pendidikan Ustaz BA di Universiti Al-Azhar, MA di Universiti Yarmouk dan PHD di UIAM..












8)Prof Dr Syeikh Abdul Razzaq As-Saa'di

Siapa yang tak kenal dengan Syeikh Razak, Ulama berwibawa daripada Iraq..Dengan Gaya berjubah, berserban, dengan melihat wajah sosok Syeikh Razak sahaja, sejuk mata dan hati bagi yang memandangnya..

Alhamdulillah berkesempatan belajar secara formal dengan Syeikh Razak dalam kelas Subjek Arabic For Islamic Studies..Selain di kelas, saya tidak melepaskan peluang mengikuti kuliah pengajian Feqh Syafie Syeikh Razak di masjid UIAM..

Suatu kehilangan yang besar buat warga UIAM, apabila Syeikh Razak meninggalkan UIAM dan berhijrah ke Jordan dan mengajar di sana.Kehebatan Syeikh tidak boleh disangkalkan lagi..

Khutbah Jumaat yang disampaikan melalui Mimbar Masjid UIAM sangat berkesan dengan gaya bahasa Arab yang mudah difahami, dan Syeikh juga tidak lupa untuk menghuraikan uslub balaghah dan bahasa arab yang lain setelah menyebutkan ayat-ayat Al-Quran..


LECTURER-LECTURER YANG LAIN

Selain nama-nama di atas...Terima Kasih dan Jazajumullah Khair Jazak juga diucapkan kepada Lecturer Fiqh yang lain iaitu Prof Dr Arif Ali Arif(Lecturer Fiqh Qada', Syeikh yang berasal daripada Iraq, saya juga mendapat habuan duit RM20 kerana mendapat markah antara yang tertinggi dalam kelas Fiqh Qada),

Prof Dr Amanullah(Lecturer Qawaid Fiqhiyyah, berasal daripada Bangladesh), Prof Dr Sayed Sikandar(Lecturer Fiqh Muqaran, berasal daripada Afghanistan).Assoc Prof Dr Hossam Eldin(Lecturer asalnya Mesir mengajar Intro to Fiqh dan Usul Fiqh, Ijtihad Wa Ifta' dan Qadhaya Fiqhiyyah Muasiroh)

Dr Akhtar Zetty(Lecturer Research Method), Dr Miszairi Sitiris(Lecturer Fiqh Usrah), Dr Affendi Awang Hamat(Lecturer Mabahith Hukum) dan Dr Fuad Sawari(Lecturer Mabahith Turuq Istibat I)

Terima kasih dan Jazakumullah Khair Jazak juga kepada Lecturer Subjek Minor Political Science iaitu Dr Tunku Mohar(lecturer Subjek International Relation dan Issues in Malaysian Politik), Prof Dr Ishtiaq Hussien(Lecturer Subjek International Organizations) Dr Muhammad Fuzi Omar(lecturer Intro to Political Science, Political Thought II) Prof Omar Abdi Shuriya(Lecturer Poltical Thought I) Dr SM Abdul Quddus(Lecturer Public Administration), Dr Moniruzzaman(Lecturer Comparative Politics dan International Political Economy),  dan Prof El-Fatih(Lecturer Research Method).....

Juga Terima Kasih dan Jazakumullah Khair Jazak kepada lecturer-lecturer Subjek Fundamental seperti Ustaz Dr Nadzirah Subjek Ulum Quran, Ust Dr Saadudin Ulum Hadith, Ust Dr Mogtaba Fiqh Seerah, Ust Dr Ismail Mamat Akhlak dan Ust Dr Majdan Alias Aqidah Islamiah.

Juga Terima Kasih dan Jazakumullah Khair Jazak kepada lecturer-lecturer lain Subjek Tilawah Ust Abdullah Bukhari Abdul Rahim, Ustaz Zulkhairi, Subjek Bahasa Melayu Puan Siti Baidura dan seorang lagi yang dah lupa namanya..

Juga Terima Kasih dan Jazakumullah Khair Jazak kepada Lecturer AAP(Ust Mohammad AbdulRahman), danLecturer AOP...

Juga Terima kasih kepada lecturer Matrik PJ dan Nilai Ust Mamat Yaidi, Ust Zamrie, Ust Hasan Basri, Ust Nizam, Ust Dr Nima Jehtea dan yang lain-lain lagi...

Sebenarnya terlalu panjang jika ingin diceritakan satu persatu kenangan bersama semua lecturer-lecturer ini, tidak cukup dengan hanya satu entry sebegini..Ini pun sudah cukup panjang...

Akhir kata...

Moga Allah merahmati kita semua dan mengolongkan kita di kalangan mereka yang tidak terputus amalannya walaupun telah meninggalkan dunia ini inshaAllah:

Sebagaimana yang disebutkan oleh Nabi SAW:

Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya.(Riwayat Muslim)