"Man, ko pasti ke jalan yang kita lalu ini betul, aku rasa macam salah jalan je kita ni," pertanyaan Azri mula membuatkan otak Azman berfikir kembali.

"Entahlah,aku pun sebenarnya tak pasti juga.Entah betul ke tidak jalan yang kita lalu ni,"Serba salah Azman menjawab pertanyaan Azri.

"Ok.....,Harap-harap betul lah jalan yang kita lalu ni,kalau tak 'masak' lah kita dibuatnya,"Kata-kata ini terpacul dari mulut Azman bagi menenangkan keadaan.

"Cuba ko tengok peta ni, tak pun ko tengok lah 'signboard' di tepi jalan tu," Alternatif yang diberikan Azri 'memurnikan' kembali keadaan yang sedia kelam kabut.

Akhirnya perjalanan yang memakan masa yang lama itu sampai ke destinasi yang ingin dituju.

"Ri, nasib baik kita ada peta tadi, kalau tak aku rasa tak ada 'chance' ah kita dapat sampai ke tempat ni,'Signboard' pun banyak di tepi jalan tadi."Azman melahirkan kegembiraan dan kepuasan hatinya apabila selamat sampai ke destinasi 'abadi' mereka.

Dialog di atas adalah satu analogi yang saya buat untuk menggambarkan perjalanan hidup kita ini.Hidup di dunia ini merupakan suatu persinggahan dalam perjalanan untuk ke akhirat.Sudah semestinya perjalanan yang selamat memerlukan pedoman dan petunjuk agar kita tidak sesat dan tertipu dengan kejahilan diri ini.

Jadilah kamu Di Dunia seperti Perantau atau Musafir-كن في الدنيا كأنك غريب، أو عابر سبي

{عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكَبِى فَقَالَ: كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْب، أَوْ عَابِرُ سَبِيْل}.

{وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاح، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِك}

Daripada Ibnu Umar RA katanya: Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan seraya berkata: Jadilah Kamu di Dunia seperti Perantau, atau Musafir.

Dan Ibnu Umar RA berkata:

"Apabila kamu berada pada waktu petang, maka jangan kamu menunggu waktu pagi.Apabila Kamu berada pada waktu pagi, maka jangan Kamu menunggu waktu petang.Rebutlah peluang semasa sihatmu sebelum sakitmu, waktu hidupmu sebelum matimu."

Entry pada kali ini,saya ingin berkongsi tentang assgment hadis saya pada sem lepas.Hadis 'Jadilah Kamu Di Dunia seperti Perantau Atau Musafir adalah hadis no 6416 riwayat Bukhari.Hadis ini juga merupakan hadis no 40 dalam kitab hadis 40 Imam Nawawi.

Kita sebenarnya datang daripada Allah, dan kita akan kembali kepada Allah sebagaimana yang telah dijanjikanNya.Hidup di dunia adalah sementara sahaja.Akhiratlah yang kekal abadi.



Maka untuk sampai ke negeri Akhirat dengan selamat dan aman, Rasulullah SAW menasihatkan kita dengan hadis di atas.

Jadilah kamu di Dunia seperti Perantau: Perantau datang dari jauh ke sebuah tempat dengan harapan untuk membina sebuah kehidupan yang sempurna.Walau sehebat mana sekalipun kehidupan mereka di tempat itu, namun mereka sentiasa rindu dan 'kangan' kepada kampung halaman,tanah tumpah mereka.Mereka bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh mencari harta yang banyak sebagai bekalan untuk membina kehidupan yang selesa apabila mereka pulang ke daerah asalnya nanti.

Begitulah kiasan yang indah daripada Rasul: Kita sebagai hamba Allah merupakan perantau di dunia ini.Sudah semestinya kita ingin kembali kepada Allah dan mengiginkan kehidupan yang selamat di negeri akhirat dan balasan syurga daripada Allah.Perantau yang tahu bahawa dirinya adalah Hamba Allah pasti akan mengerjakan Amal soleh dan meninggalkan segala maksiat di dunia ini sebagai bekalan untuk kebahagian akhirat.Bahkan dalam masa yang sama, perantau itu tidak menjadikan dunia ini tempat laa'bun, lahwan,(tempat untuk bermain dan suka ria).

Atau Jadilah Kamu seperti Musafir: Sudah menjadi adat dan kebiasaan apabila Musafir berhenti untuk berehat seketika di suatu tempat sebelum meneruskan perjalanan mereka yang jauh.Perjalanan yang jauh mendambakan keperluan dan bekalan yang begitu banyak seperti makanan, minuman, dan kenderaan yang bagus.

Perbezaan Perantau dan Musafir

Musafir tidak menetap pada sesuatu tempat untuk suatu jangka masa tertentu dan meneruskan perjalanan selepas itu.Sebaliknya, Perantau menetap dan bekerja di suatu tempat dan akan kembali ke tempat asal mereka.

Dunia ini boleh kita analogikan sebagai sebuah pulau yang telah disinggahi sebuah kapal besar.Nakhoda kapal telah menasihatkan anak kapalnya supaya mengambil dan mengutip segala benda yang memberikan manfaat kepada mereka apabila sampai ke destinasi sebenar mereka.
Maka beruntunglah anak kapal yang taat dan patuh kepada arahan Nakhoda tadi, dan rugi dan celakalah anak kapal yang ingkar dan lalai dengan arahan Nakhoda tadi.


Dunia ini adalah seperti pulau dan Nakhoda itu Yang Maha Esa, dan watak anak kapal itu mewakili manusia.Allah telah mengarahkan kita untuk melakukan semua perkara dan amalan yang boleh memberikan kita manfaat apabila kita sampai ke negeri akhirat.



Apalah kiranya bagi kita mengoreksi diri ini untuk kembali ;

Memikirkan siapa diri ini.

Memikirkan Dari mana kita dan Ke mana kita selepas hidup ini.

Memikirkan tujuan hidup di dunia ini.


Apalagi yang kita tunggu jom sama- sama menyahut seruan nabi:

Jadilah kamu Di Dunia seperti Perantau atau Musafir-كن في الدنيا كأنك غريب، أو عابر سب

0 comments: