Dr Abdul Basit Abdul Rahman ketika memberikan ceramah perdana


Alhamdulillah, Semalam 11 Disember 2011, sempat juga mendengar ceramah Perdana oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman , di Masjid Saidina Hamzah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, walaupun last-last minit baru dapat tahu…

Saya terus google map jalan untuk ke sana...Tapi masih lagi musykil dan tidak pasti jalan untuk ke sana...

Jam sudah menunjukkan lebih kurang pukul 7.05 malam, saya merasakan ada baiknya untuk solat maghrib dahulu di masjid UIAM..Tetapi sebaik sahaja, sampai di masjid UIAM, fikiran saya berubah, dana saya mengambil keputusan untuk terus ke masjid Saidina Hamzah..

Jalan untuk ke sana masih samar dan tanpa kepastian, dengan perasaan 'agak-agak dah betul jalan ni', saya bertawakal mengikut firasat perasaan..

Tergesa-gesa mencari lokasi sebenar letaknya masjid Saidina Hamzah..Akhirnya sampai juga..Orang ramai dah selesai solat maghrib berjemaah dengan imam masjid..

Kelihatan seorang lelaki yang baru sahaja memasuki pintu masjid, lantas Saya solat dengan dia menjadi Imam...Tidak timbul di sini makmum masbuq...

Sebaik sahaja selesai solat maghrib berjemaah, saya terus meluru ke saf hadapan, memandangkan ceramah akan bermula tak lama lagi..Alhamdulillah, boleh lah mendengar ceramah Dr Abdul Basit daripada mula sampai akhirnya....

Ceramah diberhentikan awal kerana Dr Abd Basit Kesuntukan masa, untuk ke Airport dan terus balik ke Kelantan…

Ceramah berkisar kpd Kepentingan Ilmu dalam beramal…

Muqadimah ceramah menghuraikan hadis nabi…


من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له طريقا إلى الجنة


Barangsiapa yang menuju jalan menuntut ilmu, Maka Allah permudahkan baginya jalan ke syurga..

(Hadis Riwayat Ahmad, abu daud dan Ibnu Majah,Tirmizi)

Jalan menuntut ilmu zaman sekarang senang jika dibandingkan zaman dahulu.. Zaman dahulu jalan menuntut ilmu begitu sukar…Tetapi zaman sekarang di mana-mana sahaja boleh menuntut ilmu, ada radio, internet, malah ketika jalan jammed pun boleh lagi menuntut ilmu…

Antara point-point ceramah yang disampaikan:

1-Jalan menuju ke syurga ialah dengan menuntut ilmu…Ilmu sangat penting dalam kehidupan beribadah..Pertama sekali ilmu tentang akidah yang shahih, dan kemudiannya ilmu fiqh yang menentukan sah atau batal amalan yang dilakukan…

Amalan kita diterima berdasarkan kepada dua syarat: niat yang ikhlas, dan beribadah mengikut cara yang ditentukan oleh Allah dan Rasulullah SAW…

Perkara ini perlu diberikan perhatian sebelum melakukan amal ibadah, agar ibadah itu tidak sia-sia di sisi Allah Taala...

Islam adalah agama yang berasaskan ilmu dan pengetahuan, dan bukannya atas semangat yang berkobar-kobar dan kelantangan bersuara dan bercakap, tetapi tidak memahami kehendak dan suruhan agama dengan cara yang sebetulnya...


2-Banyak berlaku kekeliruan dalam masyarakat apabila istilah yang tidak sepatutnya digunakan..Gejala Sosial sebagai contoh merujuk kepada Zina atau buang anak..

Mengapa tidak digunakan terus istilah Gejala Zina, gejala buang anak, supaya masyarakat sedar bahawa perkara tersebut adalah satu dosa yang besar dan takut untuk melakukannya…

Begitu juga dengan penggunaan Istilah Interest atau bunga di bank-bank konvesional yang mengelirukan masyrakat awam yang tidak tahu…

Gunakan sahaja istilah Riba yang memang merupakan dosa yang haram di sisi Islam…Bila dengar sahaja riba, sudah pasti masyarakat tahu ianya satu dosa..



3-Sempena Maal Hijrah, mari sama-sama buat checklist tentang amalan kita semua..Biar ada peningkatan..

Bagaimana dengan Solat Berjemaah kita di masjid, kalau sebelum ini, tak semua waktu kita solat jemaah, mungkin sempena maal hijrah ini kita boleh memenuhkan kuota solat berjemaah lima waktu di masjid…

Bagaimana dengan bacaan Quran kita setiap hari…Zaman sekarang tiada alasan untuk berkata tidak tahu baca Quran kerana teknologi cukup canggih dapat membantu kita membaca Al-Quran…Sekarang di mana-mana sahaja, Pen Quran di jual..Beli dan ambillah manfaat daripadanya, gunakan sebaik-baiknya...

Bagaimana dengan Soal Halal dan haram dalam kehidupan..Halal haram bukan sahaja dalam bab makanan minum, tetapi yang ramai yang tidak sedari ialah dalam bab halal haram sumber pendapatan dan kewangan kita…Adakah kita terlibat dengan rasuah, atau terima duit kopi…Adakah Kita beli rumah terlibat dengan bank-bank konvensional yang mengenakan riba…



4-Adakah kita telah bersiap untuk kembali kepada Allah…Dr Abd Basit Menyebutkan ayat Quran Surah Al-Hasr ayat 18…

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. "

Apakah yang telah kita persiapkan untuk ke alam kubur dan seterusnya ke alam akhirat…Ayat ini menyeru kepada Bertaqwa kepada Allah sebanyak dua kali sama sebagaimana yang disebutkan dalam ayat tentang riba dalam surah Al-baqarah ayat 278…

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. "

Sebelum kita tidur harini, fikirkan apa yang telah kita sediakan untuk ke negeri akhirat…

Guna dan manfaatkanlah waktu di akhir penghujung malam(paling kurang 30minit sebelum solat subuh) untuk solat tahajud dan memohon keampunan kepada Allah, kerana ketika itu Allah memberikan keampunan seluas-luasnya kepada hambaNYa...


5-Suatu perkara dilupakan oleh masyarakat ialah Solat ketika sakit walaupun di hospital..Ramai dikalangan pesakit di hospital mengganggap bahawa sakit dan terlantar di hospital adalah lesen besar untuk tidak solat..

Sedangkan solat tetap mesti dilakukan walaupun ketika sakit..Ilmu tentang solat ketika sihat dan sakit wajib dipelajari…

Ramai yang pergi ziarah pesakit di hospital, tak berani untuk bertanya:Anda Sudah Solat ke Belum???…


6-Perhatikan keluarga kita:


Adakah maksiat dan perkara mungkar berleluasa di rumah kita,

Adakah harta kita terbabit dengan dosa rasuah dan dosa riba,

Adakah anak-anak perempuan kita mendedahkan aurat dan tidak menutup aurat dengan sempurna, keluar daripada rumah entah ke mana pergnya…



7-Akhir sekali pesanan terakhir Dr Abd Basit…Mari Amalkan doa ini ketika di akhir tahiyat sebelum memberikan salam sebagaimana diajarkan oleh nabi SAW:


اللهم إني أعوذبك من عذاب جهنم وأعوذبك من عذاب القبروأعوذبك من فتنة المحيا والممات وأعوذبك من فتنة المسيح الدجال


Maksudnya: Aku berlindung dengan Mu Ya Allah daripada azab api neraka jahannam dan aku berlindung dengan Mu daripada azab kubur dan aku berlindung dengan Mu daripada fitnah semasa hidup dan mati dan aku berlindung dengan Mu daripada fitnah dajjal...

*InsyaAllah, saya juga ingin mencoret sesuatu tentang program Islamic Student Convention I-Con 2011, dan Majlis Makan Malam Amal dan Forum Murtad tempoh hari....

0 comments: