"Mama.....Oooo.... Mama, along keliru dan bingunglah mama,"suara Midah yang berusia 10 tahun memecahkan kesunyian di dapur lewat senja itu.

"Astaghfirullahal Azim, terkejut mama dibuatnya, apa yang along keliru sangat ni sampai naik pekak telinga mama ni mendengar jeritan along tadi."Kak esah yang sedang mengacau lauk tiba-tiba terkejut dengan jeritan Midah.

"Tak de lah,Cuba mama tengok gambar ini,yang ini pakai macam 'hantu bungkus', yang satu lagi macam tak pakai apa-apa pun.Kenapa pakaian diorang ni lain-lain ye," Soalan Midah agak memeningkan Kak Esah untuk menjawabnya.

"Along nak buat apa dengan gambar-gambar ni semua,ada aktiviti apa-apa ke kat sekolah?,"Tanya Kak esah yang inginkan kepastian.

"A'ah, minggu depan ada pertandingan menulis karangan berkaitan gambar ni.Pertandingan itu sempena Minggu Budaya Islam kat sekolah Along.Along nak masuk pertandingan tu, tapi along tak faham lah bila tengok gambar ni.Macam mana nak tulis karangan kalau tak faham gambar ni," Soalan yang ringkas daripada Kak Esah dijawab panjang lebar oleh Midah yang sememangnya suka berceloteh.

"Ooo... macam tu, ingatkan ada apa tadi. Mama rasalah, along kena pandai bezakan kedua-dua gambar ni dulu, barulah along boleh tulis karangan tu.

"Apa bezanya mama,? Soal Midah lagi yang terus dihantui kebingunan.

"Yang sebenarnya,Along kita ni perempuan kena tahu mana pakaian yang boleh kita pakai, dan pakaian mana yang tak boleh kita pakai.Kalau Along tahu pasal perkara ni,barulah along dapat mengarang sebuah karangan yang menarik."Kak esah mula memberikan 'lecture' kepada anak perempuan tunggalnya.

"Mana satu pakaian yang perempuan boleh pakai,Mama,"Rasa ingin tahu mula menyuntik dalam diri budak setahun jagung ini.



"Kita.... perempuan ni ada maruah,harga diri yang cukup bernilai.Allah telah memberikan kecantikan,keayuan,kesopanan kepada kita supaya kita tahu menilai harga dan maruah diri kita.Maruah dan harga diri perempuan,along kena ingat terletak pada tubuh kita nih.Sebab tuh lah Islam suruh kita tutup aurat dengan pakaian yang labuh,tak singkat,macam along pakai sekarang nih.Along, kalau kita tutup aurat kita, kita akan dapat pahala tau.Lagi banyak aurat kita terdedah lagi banyaklah dosa kita." Kak Esah mula naik semangat dengan 'kuliah senja'.

"Tapi mama, Aurat perempuan Islam apa ye,Along tak pasti lah,"Banyak pula ngomel Midah lewat-lewat senja begitu.

"Aurat kita perempuan Islam semua anggota tubuh selain muka dan tapak tangan,Along tahu tak mama begitu bangga dengan Along sebab Along pandai tutup aurat dan jaga maruah along.Sejuk rasanya perut mama ni mengandungkan along.Sudahlah tu Along,dah nak Maghrib dah ni, cepat pergi mandi, malam ni Along ada tuisyen kan?," Perbualan mereka anak beranak semakin layu dek ufuk merah yang semakin menyelubungi awam malam.

"Baiklah,Mama.kalau macam ni pasti Along akan menang pertandingan menulis karangan tu nanti.Mak jangan lupa doakan untuk along ye" Midah mula memasang angan dan keazaman yang melangit.

"InsyaAllah,Along mesti menang,Alongkan anak Mama," Doa seibu pasti dikabulkan Ilahi..

Kerana Diri Mu Begitu Berharga-entry kali ini telah 'menggerakkan' naluri saya untuk menulis sekali lagi tentang isu "Aurat".Betapa besarnya isu ini sehingga ia mendambakan perhatian dan 'concern' daripada kita,saya, dan anda semua sebagai hamba Yang Maha Esa..

Sekali lagi saya rasa terpanggil untuk menulis satu lagi entry tentang wanita dan aurat.Sebelum ini saya telah menulis satu entry yang bertajuk "Ada Apa dengan Aurat Wehhhh.....".Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang membaca entry tersebut.Tidak kurang juga kepada mereka yang meminta kebenaran untuk 'copy', mengedar dan menyebarluaskan lagi entry tersebut.Moga-moga entry yang 'tidak seberapa daripada saya' itu mampu memberikan sedikit pencerahan kepada kita semua dalam memahami isu yang terpenting dalam hidup ini.

Cerita di atas adalah rekaan saya semata-mata.Tidak ada kena mengena antara hidup dan mati.Mungkin perjalanan ceritanya tidak begitu menarik, namun sedikit sebanyak ia mampu memberikan pengajaran kepada kita semua tentang betapa pentingnya 'cakna' kita dalam isu aurat ini.

Masyarakat hari ini perlu menyegarkan kembali watak Kak Esah yang semakin hari semakin luput ditelan zaman dek arus kelalaian masyarakat.Watak kak Esah dalam cerita tadi menggambarkan kepada kita bahawa beliau seorang ibu muda yang begitu peka dan prihatin terhadap soal penutupan aurat anaknya.Walaupun sibuk di dapur,demi keselamatan dan kebahagian anaknya di dunia dan akhirat Kak Esah sanggup melayan 'ngomelan' daripada Midah,seorang anak yang naif dan tidak mengenal erti kehidupan dunia yang sebenarnya.
Kak Esah seorang ibu muda yang agak serba tahu tentang Aurat, begitu mudah menjawab soalan yang begitu penting bagi kita semua Umat Islam.

Midah pula yang telah dikelilingi dengan suasana Islam di rumah begitu senang untuk mentaati perintah ibunya yang mahukan dia 'istiqomah' dengan tudungnya.Usia setahun jagung tidak menghalangnya untuk terus kekal dengan pakaian bermaruahnya walaupun keadaan diluar rumah sebaliknya.

Apalah kiranya bagi Wanita Ummah pada hari ini menghidupkan kembali Watak Kak Esah ini.

Apalah kiranya bagi Wanita Ummah pada hari ini mendidik dan menghidupkan kembali Watak Midah ini..

Kerana apa ye?????

Kerana Diri Mu Begitu Berharga.............Tutuplah

2 comments:

Dr Kadir said...

Tolong tanyakan along, along nak hantar karangan ni ke kat pertandingan tu nanti? :)

Izzu Aldin said...

yup InsyaAllah