Eidfitri selalu dikaitkan dengan kembalinya muslim, mukmin kepada fitrah asal manusia.Dengan kata lain, kembali kepada fitrah bermakna kembali kepada asal-usul kejadian manusia.Manusia semuanya secara fitrahnya dilahirkan dalam keadaan suci bersih tanpa sebarang dosa.Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh sabda Rasulullah SAW:


كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الْفِطْرَةِ فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ
Setiap bayi, dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapa merekalah yang kemudiannya menhadikan mereka yahudi, atau nasrani, atau majusi.(Hadith riwayat Bukhari no 1296 dalam bab Jenazah dalam kitab Ma Qila Fi Auladil Musrikin)


Memang manusia dilahirkan secara fitrah tidak berdosa dan baik, tetapi akan tersesat jika manusia tidak memahami 'World View' tentang kehidupan ini.Manusia boleh terpengaruh dengan suasana persekitaran yang melingkungi dan tertipu dengan 'dakyah' dan 'Tarbiyah' 'mak ayah' yang kufur sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas.

Maka untuk sentiasa berada dalam keadaan fitrahnya yang suci, manusia perlu memerah keringat dan penah lelah untuk memahami kerangka pemikiran tentang kewujudan dirinya di atas muka bumi Allah ini.Tiga persoalan yang perlu manusia jawab:


1-Dari mana kita datang?


2-Apa tujuan kewujudan kita?


3-Ke mana kita semua selepas kehidupan ini?


Tidak ada agama yang memberikan sejelas-jelas penjelasan tentang isu melainkan Islam.Allah menyatakan dalam Quran:

أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا

Tidakkah Aku Tuhan kamu..Mereka menjawab ya bahkan kami bersaksi sedemikian.(Surah al-Aaraf ayat 172).


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Tidaklah Aku jadikan manusia itu,melainkan untuk mengabdikan dirinya kepada Aku.(Surah al-Zariyat, ayat 56).


إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita dikembalikan..(Surah al-Baqarah ayat 156).


Ketiga-tiga ayat ini menjadi asas kepada manusia dalam memahami kerangka pemikiran tentang kehidupan ini.

Berbalik kepada soal Eidfitri yang sekarang ini bahangnya masih lagi terasa.Sebenarnya kembalinya kita semua kepada Fitrah selepas menyambut Hari Raya adalah kerana kita telah dididik oleh sebuah universiti yang boleh kita namakan sebagai 'Universiti Of Fitrah'.

Ramadhan mendidik dan mengasuh kita supaya kita kenal erti sebuah 'Fitrah', tuntutan sebuah 'Fitrah', dan Natijah sebuah 'Fitrah'.Maka orang yang berjaya dalam puasanya ialah mereka yang dapat menghasilkan 'Taqwa ' selepas sebulan berpuasa.

Orang Kita memang 'familiar' dengan makna Eidfitri iaitu kembali kepada fitrah, namun tindak-tanduk dan tingkah laku sesetengah daripada kita semua tidak melambangkan bahawa kita benar-benar faham erti fitrah.Kita boleh katakan bahawa masyarakat kita hari ini memahami 'Eidfitri' dengan 'Eid A'dati'(Kembali kepada adat kebiasaan).


Eid A'dati:

Kalau Aurat hanya di jaga ketika Ramadhan, didedah kembali selepas Hari raya.

Kalau Solat Jemaah hanya dilakukan ketika Ramadhan, ditinggalkan selepas hari raya.

Kalau Dosa hanya ditinggalkan ketika Ramadhan, dilakukan selepas hari raya.

Kalau hiburan keterlaluan disekat ketika Ramadhan, diperluaskan selepas hari raya.

Kalau Malu untuk mendedahkan dosa ketika Ramadhan, hilang selepas Ramadhan.

Kalau kita hanya berjaya untuk 'Eid A'dati' selepas ramadhan, maka kita masih lagi jauh daripada Target puasa yang telah ditetapkan oleh Allah iaitu Taqwa.Taqwa hanya milik bagi diri yang benar-benar 'Eid Fitri'.

Eidfitri Atau Eid A'dati.

0 comments: