Alhamdulillah...Selepas exam semester lepas, aktiviti cuti 'ronda-ronda' utara berjaya juga akhirnya...Destinasinya Langkawi, Perlis, Kedah, Penang dan Perak...Ianya bermula 17 April yang lalu...

Terima kasih kepada Ammar dan Naguib sekeluarga kerana terlalu banyak membantu, memberikan kemudahan tempat tinggal, makan minum di Penang dan di Kedah, Kenderaan kereta naguib untuk keliling 'utara' dan seterusnya menjayakan misi 'tawan' utara kali ini....Alhamdulillah...

Setelah 'penat' merancang 'masterplan', cari maklumat tentang tempat yang nak pergi, 'update' info tentang cuaca hari-hari, anggaran jarak perjalanan dengan bantuan 'Syeikh' Google,akhirnya kami dapat 'keliling' utara (tapi tak kesemua tempat)selama 6 hari..

Beberapa minggu sebelum aktiviti ronda-ronda utara kali ini, boleh dikatakan setiap hari, saya men'jenguk' website Jabatan Kaji Cuaca Malaysia untuk mengetahui keadaan cuaca dan hujan di kawasan sebelah utara Malaysia..

Ditambah lagi dengan keadaan banjir dan hujan lebat turun berterusan di negeri-negeri utara pada pertengahan Bulan Mac baru-baru ini, 'minat' dan 'alert' saya tentang info cuaca bertambah...

Bukan apa, takut nanti plan yang dirancang tak menjadi kenyataan...

Memang terbaik lah!!! perkhidmatan website ini, sememangnya harus dipuji dengan info-info cuaca, keadaan ribut,ombak bergelora, dan taburan hujan yang saya boleh katakan berada pada tahap'cemerlang'...

Kalau belajar pun, kita terpaksa dan bertungkus lumus untuk 'study', bersunguh-sungguh mengulang kaji pelajaran, begitulah juga kalau nak bercuti...

Kena tambah ilmu dengan baca pasal percutian orang lain di blog-blog, dan di laman forum-forum..Banyak website atau blog yang kena 'surf'..

Terlalu banyak manfaat sebenarnya daripada tulisan-tulisan dan entry-entry bloggers yang menulis tentang percutian mereka..Ianya banyak membantu mereka yang sebelum ini tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat-tempat tersebut...

Saya juga harus berterima kasih kepada bloggers yang merakamkan pengalaman dan cerita-cerita percutian mereka, mungkin sekali imbas, nampak usaha ini biasa sahaja tidak bermakna, tetapi besar sebenarnya manfaat kepada orang lain...


Tuan Rumah Penang, Ammar...


Berbalik kepada Ronda Utara kali ini, saya dan Ammar 'naik' bas Maraliner di perhentian Duta pukul 5.30 petang menuju ke Butterworth untuk menginap di rumahnya pada malam itu..

Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam...Lebih Kurang Pukul 8 lebih, bas Berhenti sebentar dalam 30 minit di R&R Bukit Gantang...

Kami makan sepuas hati kerana perut begitu lapar, dari petang tadi 'tak' makan...Lebih kurang pukul 10 malam akhirnya kami sampai di Stesen Bas Butterworth...Alhamdulillah..

Esok harinya kami akan bertolak ke Kedah dengan bas juga...Sampai di Kedah, Naguib menjemput 'kitaorang' dengan kereta 'bapak' dia untuk ke Jeti Kuala Perlis..

Daripada Hentian Shahab Perdana, Alor Setar, kami menuju ke Jeti Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi...Kalau nak 'naik' 'flite', kos dan harganya agak mahal...Nanti 'budget' percutian bertambah besar...

Fokus entry ini hanyalah pada 'edisi sebelum bergerak dan selamat datang ke Utara'...Saya akan ceritakan percutian di tempat yang lain pada entry-entry yang berikutnya InsyaAllah...

Sampai di hentian bas Butterworth, kami solat jamak takhir Maghrib Isyak di surau...Kemudian kami dijemput ayah Ammar dengan kereta..



Sg Dua Char Koay Teow..



Char Kuew Teow Special..kalu tak silap harganya RM4.5o....




Ayah Ammar, Sangat baik orangnya...



Daripada hentian bas sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Restaurant Char Kuew Teow 'paling famous' kat sana Sg Dua Char Koay Teow...

First time pekena Char Kuew Teow 'ori' dari penang, rasanya sedap tak terkata..Terima Kasih kepada ayah Ammar kerana belanja makan malam tu..

Sementara menunggu makanan sampai, dan sambil makan-makan, bermula lah seisi taaruf saya dengan ayah Ammar...Cerita pasal datang dari mana, tinggal kat mana, adik-beradik berapa, dan macam -macam lagilah..

Malam tu juga lah, kali pertama saya dengar berita tentang permohonan menjadi guru j QAF di Sekolah Menengah akan dibuka mulai tahun 2012 depan...Maklumlah, ayah Ammar Cikgu, mestilah tahu 'latest news' tentang dunia pendidikan...

Habis makan semua, kami balik ke rumah..Jam lebih kurang menghampiri pukul 12 tengah malam...Sebelum tidur, apa kata kita surf internet dulu...nak tahu perkembangan semasa apa yang berlaku setelah setengah hari tak online..Facebook memang wajib lah dibuka...

Ketika leka 'layan' Facebook, tiba-tiba saya tersentak, apabila mendapat khabar pemergian Ustaz Mat Noor Besar ke rahmatullah kira-kira pukul 9 malam yang lepas...Terima kasih kepada beberapa kawan SHAMS yang update status tentang berita kembalinya Ustaz Mat Noor Besar ke rahmatullah..

Al-Fatihah untuk roh ustaz..Moga Ustaz digolongkan di kalangan mereka yang beriman dan soleh di sisi Allah..Allahummaghfirlahu Warhamhu WaAfihi Wa'fuanhu...Allahumma Ameen...

Siapa yang 'tak' kenal nama Ustaz Mat Noor..Boleh dikatakan ramai rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya mengenali beliau..Seorang guru Al-Quran yang begitu 'cekap' dan canggih ilmunya tentang Quran dan pandai bertaranum...Saya sendiri menpunyai kenangan peribadi dengan ustaz..Mungkin pada entry lain, saya akan bercerita tentang kenangan bersama Ustaz..InsyaAllah...

Apa pun, hidup harus diteruskan..Yang pergi, kita doakan yang terbaik untuk mereka di sana..Kita yang masih hidup harus mengambil pengajaran daripada mereka semua bagi meneruskan sisa-sisa hidup yang masih berbaki ini...

Lebih Kurang Pukul 2 pagi..barulah kami tidur..Tak tahulah pukul berapa bangun pagi besoknya...

0 comments: