Rasa gembira dan teruja terus menguasai diri ini apabila dikhabarkan Art Student di UIA PJ dikehendaki pindah ke kampus UIA baru di Nilai.Mana tidaknya, dah 1 tahun setengah hidup dalam suasana KL dan Selangor,ada baiknya juga beralih ke tempat baru yang sudah pasti menjanjikan suasana dan cabaran baru.
Anda pun pasti tahu suasana KL dan Selangor yang rencam dengan pusat membeli-belahnya,Mid Valley,Petaling Street,Kotaraya,dan banyak lagi tempat yang boleh menggugatkan iman dan prinsip hidup.

Pada awalnya saya merasakan penghijrahan ke Nilai ada baiknya, tidaklah begitu jauh dengan Selangor dan Kl.Hanya lebih kurang 45 minit sahaja untuk ke Kl dari Nilai bukan lah suatu masalah saya rasakan.Bahkan dikatakan,UIA Nilai berhampiran dengan Nilai Squere(tempat jualan kain hebat katanya).Rupanya Nilai Squere yang dikatakan ‘GRAND’ sunyi sepi dengan kain,langsir,dan karpet.



Namun semua persepsi positif tentang Nilai dan Kampus Baru UIA nilai mula berubah apabila saya ‘REGISTER’ nama di sini.Suasana di Nilai lebih bebas berbanding PJ,tidak ada lagi pagar yang ‘memenjarakan’ ART Student.Bahkan kawasan UIA Nilai yang terbuka ini berkongsi tempat dengan ‘Public Place’.Ini suatu variasi dari Admin UIA rasanya kepada ART Student.

MASALAH DAN TAK PUAS HATI

2 minggu atau sebulan pertama,saya dapat rasakan majoriti daripada ART Student melahirkan rasa kekecewaan dan tidak berpuas hati dengan Admin UIA.Walaupun perjumpaan student dengan Dean,pihak Admin UIA diadakan,namun ketidakpuasan hati masih membelenggu student.Masalah agak banyak:

KESELAMATAN-UIA Nilai kampus yang tidak berpagar pasti akan mengundang masalah jenayah yang tidak kita duga,KECURIAN,ROGOL,BUNUH dan banyak lagi.

PERGAULAN BEBAS-Kalau di PJ yang dikelilingi dengan pagar dan dipenuhi dengan mata-mata pak guard dan mak guard couple dan pergaulan bebas boleh berlaku,apatah lagi di Nilai.Pasti ada yang tewas dengan nafsu dan tenggelam diulik mimpi indah.


MEROKOk-Oleh kerana bangunan tumpuan student UIA berkongsi tempat dengan public,ada student yang merasakan apa hak Admin UIA untuk saman mereka yang merokok.Mereka merokok di tempat yang ‘dikongsi’ dengan public.


SUASANA BELAJAR-Kampus yang terbuka pastinya tidak mampu ‘stimulate’ mood belajar dikalangan student.Macam mana nak belajar,kalau bising dengan tukang masak yang berperang dengan pedang di dapur.

PENGANGKUTAN-Kalau di PJ,nak ke KL senang saja denga Metro Bas no 12,tetapi tidak di Nilai, tidak ada lagi istilah Bas untuk keluar ke mana-mana,yang ada hanyalah kereta sewa atau ‘prebek sapu’.Admin UIA terpaksa menyediakan van untuk kemudahan student keluar ke stesen KTM ,GIANT,dan lain-lain.

Mesin ATM-Di UIA nilai anda perlu berjalan kaki dalam 500 meter untuk mengeluarkan wang kerana tak ada mesin ATM.Hampir 4 bulan student bergantung dengan ATM public.Tak silap saya dekat hujung sem baru lah mesin ATM wujud di UIA Nilai.

LIBRARY-Ini satu lagi masalah yang paling besar bagi Art Student di Nilai.Bagi saya Buku-buku yang ada tidak begitu banyak untuk dijadikan rujukan assignment.Bahkan saya sendiri terpaksa meminjam buku di PJ.Tidak terhenti setakat itu sahaja,masalah yang paling besar sekali ialah saya rasa buku-buku yang ada di library tidak boleh dipinjam sehingga sem 2 melabuhkan tirainya.Anda pasti tahu dan dapat memahami macam mana peritnya untuk membuat assignment dalam keadaan buku yang tidak boleh dipinjam..


Banyak lagi masalah yang pastinya memeningkan semua fellow dan pihak admin UIA,disamping itu ada juga positifnya di mana student dibenarkan membawa kenderaan.Satu kemudahan yang tidak dapat dirasakan oleh student PJ.Tidak ada lagi kelas yang ‘panas’,semuanya air condition..Sejuknya…..Masjid plak terlalu dekat dengan hostel yang sepatutnya dipenuhi dengan student UIA Nilai,tetapi masjidnya masih banyak ruang kosongnya..
ANDA mahu tahu lebih lagi tentang UIA NILAI,Anda Sendirilah yang sepatutnya berada di sana.Barulah anda boleh merasai dan menghayati CAMPUS LIFE in NILAI.








0 comments: