Entry ini sebenarnya dah lama saya postkan dalam blog friendster dulu,tapi saya rasa ada baiknya saya postkan balik di sini dengan sedikit perubahan...

Beberapa hari yang lepas,saya telah menerima satu mesej daripada seorang senior muslimat saya yang sedang belajar di Melbourne,Australia.Saya rasa amat kagum bercampur takjub dengan mesej yang telah diberikan itu walaupun dalam masa yang sama saya pening kepala untuk menjawabnya.

Mesej itu berkisarkan tentang pengalamannya sepanjang berada di negara orang iaitu Melbourne.Katanya dia mula dan lebih menghargai nikmat Iman dan Islam sepanjang berada di Melbourne berbanding berada di Malaysia.Tertanya-tanya kenapa???Dia rasa tercabar di sana.Di sana muslim tidak solat di surau-surau tetapi solat di tepi jalan,di tempat lapang,ianya tidak semudah di Malaysia.

Hidup dalam keadaan inilah telah membuatkan dia tertekan lalu menimbulkan perasaan ingin berjihad di jalan Allah.SubhanaAllahhhh...Allah telah mentarbiyah dia dari sudut yang berbeza.Alhamdulillah.


Sesungguhnya sesiapa yang bersungguh-sungguh pada mencari hidayah,maka Allah pasti akan menunjukkannya kepada mereka.

Teringat pula saya pada cerita Abdullah Ibn Mubarak, seorang ulama silam yang pada asalnya adalah orang yang rapat dengan muzik.Allah memberi hidayah kepadanya hanya melalui burung.
Ketika sedang bermain alat muzik,dia terdengar bunyi bacaan Al-Quran:tidakkah dengan mengingati Allah itu hati menjadi tenang.

Selama dua kali bacaan ayat itu kedengaran,tetapi dia gagal mencari siapa dan dari arah mana bunyi itu keluar.Kali ketiga dia bertekad untuk mencarinya dan akhirnya dia melihat seekor burung yang membacakan ayat itu.

Timbul keinsafan di dalam hati dan membuatkannya meninggalkan alam muzik menuju alam agama yang hakiki.MasyaAllahhhh...Hebatnya hidayah Allah kepada sesiapa yang merasai dan memahami kemanisannya.Walaupun berada di tempat yang majoriti non Muslim,namun hidayah Allah mengatasi segala-galanya.

Sekalung tahniah dan syabas saya ucapkan kepada saudari itu di atas anugerah yang telah diberikan Allah ke atasnya.Mudah-mudahan ianya menjadi iktibar kepada kita semua.InsyaAllah.

Mesej itu belum lagi habis.Ada satu situasi dan satu soalan yang telah dinyatakan.Katanya senior-seniornya yang menjadi naqibah bukannya dari sekolah agama,tetapi datangnya dari TKC dan sekolah lain.Ilmu mereka tinggi,hafalan mereka mantap,aurat dijaga,dan pergaulan juga dijaga.Situasi ini membuatkannya dia tertanya-tanya di manakah perginya budak-budak daripada sekolah agama seperti mereka yang daripada bukan sekolah agama.


Tercengang saya dibuatnya apabila melihat persoalan ini.Budak-budak daripada sekolah agamalah sepatutnya ke hadapan untuk memimpin umat yang sedang tercari-cari erti sebuah kehidupan.Dia juga tertanya-tanya kenapa biah solehah sekolah agama semakin hilang.

Gembira juga hati ini apabila kadang-kadang dapat berhubung dengan rakan-rakan lama di SHAMS.Kenangan dan memori di SHAMS seolah-olah di 'refresh'kan kembali.

Tetapi tiba-tiba hati saya berasa sebak dan sedih apabila kebetulan bertemu dengan rakan-rakan di SHAMS dulu.
Apa sudah jadi.Maafkan saya jika teguran ini memakan hati dan jiwa.
Di mana anda yang saya kenal dahulu
Mengapa anda begitu cepat berubah


Namun di sudut hati kecil ini,saya mendoakan agar Allah membuka pintu hati kita semua untuk kembali ke pangkuannya.Mari kita bersama mengorak langkah untuk melakukan perubahan dalam hidup kita.

Insafkan Dirimu Dalam Mencari Keredhaan Ilahi..
Kepada rakan-rakan di SHAMS yang sudah mengembara di negeri orang, apa pula pengalaman anda.Mudah-mudahan Allah menguatkan Iman dan Islam anda di sana.Saya berharap sangat anda mampu menjadi contoh terbaik kepada yang lain dan mampu menyebarluaskan dakwah Islam di sana.Aminnnn...

0 comments: