Entry ini sudah di postkan dalam blog friendster saya sempena pengisytiharan SHAMS sebagai sekolah KLUSTER,namun ada baiknya saya masukkan kembali entry ini ke sini....
Apabila bercakap tentang Shams saya pasti ramai di kalangan Rakyat Terengganu yang mengagumi dan menghormatinya.Agaknya nama Shams dah sebati di hati dan jiwa rakyat Terengganu.Allahualam.

Dah hampir setahun saya meninggalkan bumi Shams yang saya warisi daripada abg-abg dan akak senior saya.Mungkin dalam setahun ini dah banyak perubahan yang berlaku di Shams ataupun Shams masih berada di takuk yang sama.Saya pun tidak pasti.

Bila bercakap tentang Shams,teringat pula pada cerita-cerita daripada abg-abg senior tentang kehebatan Shams pada suatu ketika dahulu.kadang-kadang cerita ini mampu membangkitkan semangat warga Shams untuk mentajdidkan biah yang ada di Shams.
Salah satu cerita yang boleh saya kongsikan dengan anda semua dalam tulisan ini ialah kuatnya agenda membawa biah solehah di Shams suatu ketika dahulu.Ceritanya lebih kurang macam ini:::

Seorang guru perempuan yang baru memulakan tugas di Shams masuk ke sebuah kelas untuk mengajar anak didiknya .Dengan tekunnya Cikgu Ani(bukan nama sebenar)membuka helaian buku di atas meja untuk diterangkan isi kandungannya kepada semua warga kelas.Pagi itu idea-idea bernas cikgu Ani tidak mendapat maklum balas yang positif.
Kelas itu seakan kaku dengan wajah dan riak muka budaknya yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan Cikgu Ani.

"Apa salah aku,?"Hati Cikgu Ani mula berbicara.

"Nak kata aku tak mengajar,dah berbuih isi yang aku bagi pada kamu semua,"Cikgu Ani cuba menenangkan perasaannya.

"Entahlah dengan bdk-bdk nih,aku pun tak fahamlah dengan kamu semua.Kalau macam inilah sikap budak aku macam mana aku boleh berhadapan dengan mereka setahun ni,"

"iihhhhhhhhhh,naik geram aku dibuatnya,"darah Cikgu Ani mula menyengat dan dia terus keluar dengan perasaan hampa.Dalam perjalanan ke bilik guru,Cikgu Ani tidak mampu menahan air matanya.Jauh di sudut hatinya,dia kecewa dengan sikap pelajar yang pada hematnya tidak seindah nama sekolah mereka.

Cikgu Ani yang masih sedih itu terus meluahkan perasaannya kepada cikgu-cikgu yang lain.Satu-persatu yang berlaku diceritakannya.Belum sempat dia mahu menghabisi kata-katanya,guru lain menyampuk dengan menerangkan keadaan Shams yang sebenarnya,juga disebutkan kesalahan Cikgu Ani yang berpakaian tidak menutup aurat tanpa tudung di kepalanya.
Kini dia mula memahami keadaan Shams yang sebenarnya.Keesokan harinya Cikgu Ani mengejutkan pelajar kelas 5 Bukhari dengan perubahan drastik pada kepalanya yang bertudung dan pakaiannya yang labuh lagi menutup aurat.

Kisah ini saya tidak tahu sama ada betul ataupun tidak,saya hanya mewarisinya daripada senior saya di Shams.Isi kandungannya saya telah ubah tetapi jalan cerita dan kisahnya adalah adalah benar.

Banyak mutiara yang boleh kita kutip daripada cerita ini, walaupun wasilah dan cara dakwah generasi hari itu masih boleh dipertikaikan.

Kesungguhan mereka dalam membentuk biah solehah patutnya dipuji, ia membuktikan hati-hati mereka bersatu dan bersepadu dalam soal dakwah.Mereka mungkin boleh digelarkan 'Agen Dakwah'.

Sebenarnya masih ada lagi cerita yang boleh direnungkan bersama oleh kita semua tentang generasi awal Shams.
Zaman Saya di Shams Begitu banyak perkara yang boleh diperkatakan tentangnya,bermula daripada soal biah yang ada,generasi Shams sendiri,guru-guru yang mengajar,hinggalah soal ketandusan ilmu Islam dikalangan kami.

Sekolah semakin hari,semakin banyak mendapat anugerah.Bilangan yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semakin meningkat,namun yang menjadi persoalan biah solehah masih samar.

Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan bersama...ini hanyalah pandangan peribadi saya..

Shams mempunyai sebuah surau yang besar tapi masih kosong daripada aktiviti ilmu.Seharusnya dibuatkan satu jadual untuk semua ustaz memberikan kuliah dan tazkirah pada setiap malam di surau.

Shams mempunyai warga yang ramai,seelok-eloknya dipastikan semua warga Shams(guru,pelajar,staf sokongan) melakukan solat berjemaah Zohor di surau.Kalau ada hal,bolehlah 'excuse'.Selepas solat Zohor,mestilah diadakan Tazkirah untuk semua warga Shams.Jangan hanya harapkan ustaz Mat Noor je..Mesti dibuat satu jadual khusus.

Shams ada senior dan junior.Eratkan ukhwwah antara mereka.
Hanya mencadang....
Kluster sudah,tunggu apa lagi....Ubahlah....

0 comments: