Cerita Pertama;Talaqqi Fiqh dengan Ustaz Dr Nima Jehtea(Ustaz dari Pattani,Thailand)

“Ustaz,Sem ini ustaz sibuk tak,?”saya bertanya kepada ustaz Nima.

“Kenapa,?”Jawab ustaz Nima dalam kehairanan.

“Kalau boleh saya nak bertalaqqi dengan ustaz,”saya cuba untuk memecahkan kebuntuan ustaz Nima.

“Apa?,Apa?,”Kehairanan Ustaz Nima semakin berganda.

“Talaqqi,talaqqi, ustaz,”saya terpaksa mengulang perkataan talaqqi.

“oh talaqqi,boleh boleh,”Ustaz Nima mula faham maksud pertanyaan saya.

“Nak pakai kitab apa ustaz?,”semangat untuk bertalaqqi datang pula.

“Ikut antalah,kalau nak guna kitab syair yang kita belajar boleh juga,”cadang ustaz Nima.

“Ok lah ustaz,boleh lah,”saya terus bersetuju.

Talaqqi dengan Ustaz Nima menggunakan Kitab Zubad karangan Syeikh al-Imam Shihab al-Din Ahmad bin Husin(Ibn Ruslan) dengan kitab Mughni Muhtaj karangan Syeikh Shamsuddin Ahmad al-Khatib al-Sharbini.

Kitab Zubab merupakan kitab boleh dikatakan unik kerana penulis menghuraikan tentang Fiqh dan perkara agama dalam bentuk syair.Ada 1080 bait syair yang digarap oleh Ibn Ruslan.Inilah kehebatan Ulama silam yang mahir dalam pelbagai ilmu.

Talaqqi dengan Ustaz Nima bermula pada awal sem 2.Walaupun saya tidak mampu untuk mengkhatamkan keseluruhan kitab tersebut,namun sedikit sebanyak saya mendapat manfaat yang besar daripada kedua-dua kitab ini.



Cerita Kedua; Talaqqi Fiqh dengan Ustaz Maad Ahmad Khalid(ustaz dari Basrah,Iraq)

Sejak first time,Ustaz Maad menggantikan Ustaz zamrie untuk Kelas Hadhorah Islamiyyah ,saya mula tertarik dengan stail pengajarannya yang agak berlainan dengan ustaz-ustaz yang lain.

“Apa salahnya kalau aku ambil kesempatan ini untuk bertalaqqi Fiqh dengannya,”tiba-tiba sahaja idea ini muncul di benak fikiran saya.

Selepas satu seisi kelas Hadhorah,saya terus meluru ke arah Ustaz Maad yang sedang bergegas untuk pulang ke rumah.

“Ustaz,Is there any Consultation Hour?,”saya memberanikan diri bertanya.

“Yeah,I will give you my timetable in next class,”tergesa-gesa ustaz Maad menjawab.

Dalam kelas Hadhorah yang berikutnya Ustaz Maad mengotakan janjinya dengan menghulurkan sekeping kertas yang tercatat padanya jadual kelas beliau.Di bilik, saya cuba membandingkan masa saya dengan jadual kelas Ustaz Maad.Banyak juga Consultation Hour yang tidak ‘clash’ dengan jadual saya.

Memang sebenarnya saya ingin bertalaqqi dengan beliau,tetapi kerana tidak begitu mesra tambahan pula ini kali pertama dia mengajar saya,maka saya tidak berapa berani untuk bertanya tentang Talaqqi.Bukan Consultation Hour yang saya inginkan,tetapi Talaqqi yang saya idamkan.Namun Taqdir Allah menentukan segala-segalanya.Malam itu,saya cuba memberanikan diri untuk ‘send message’ kepada Ustaz Maad.

“Assalamualaikum.Asif ust.I ask you about consultation hour, actually I hope that I can talaqqi Fiqh with you this sem.Do you think it can be possible?”Mesej saya kepada Ustaz Maad.

“Ok We can make schedule,”Balas Ustaz Maad.

“Alhamdulillah,syukran ustaz.Barakah Allah Fik,”Terima kasih daripada saya.

Beberapa hari kemudian,saya berkesempatan untuk ke bilik Ustaz Maad,lantas saya terus bertanya kepadanya kitab apa yang sesuai untuk di’talaqqikan’

“It’s up to you,you want fiqh Syafie or Fiqh Muqaran,”Tanya ustaz Maad.

“Fiqh Muqaran,What about Fiqh Mazahib Arbaah by Al-Jazairi”saya menjawab.

“No,it’s too thick,” ‘Argue' Ustaz Maad.

“If you want Fiqh Muqaran,we have Nailul Authar by Al-Shaukani and Bulughul Maram by Al-Shaani,”Bersungguh-sungguh Ustaz Maad menerangkan kepada saya.

“Ok, I choose Bulughul Maram.So,I will check at the library,if I find this book,I will photocopy it.”saya pula bersemangat untuk bertalaqqi.

Saya cuba untuk mencari kitab Bulughul Maram,dan akhirnya saya berjumpa dan terus photocophy jilid pertama dahulu.Jilid pertama sahaja dah RM 24 lebih,tapi apakan daya untuk belajar kita harus berkorban.

“What about the time?,”saya inginkan kepastian.

“Up to you,”balas Ustaz Maad.

“If 3 days or everydays per week?,”saya mencadangkan tanpa berfikir panjang.

“Oh,It’s too much.2 days enough,because you will have another work to do,”saya terus setuju dengan Ustaz Maad.

Selepas daripada saat itu,Kelas Talaqqi Fiqh Bulughul Maram antara saya,Fadzli rakan saya dengan ustaz Maad terus berjalan sebagaimana yang telah dirancangkan.Apa yang menjadi masalah ialah Talaqqi ini bermula selepas ‘mid term exam’.

Seperti kebiasaannya selepas mid term exam,bertimbun-timbun assignment yang harus disiapkan.Semangat untuk bertalaqqi semakin terhakis dek kerana assignment yang terlalu banyak.


Macam mana nak bertalaqqi dalam keadaan teringat-ingat akan assignment yang masih tidak disentuh.Akhirnya saya dan rakan terpaksa’ postphoned’ semua kelas Talaqqi dengan Ustaz Maad dengan Ustaz Nima.Namun peluang bertalaqqi tidak akan saya lepaskan jika sekiranya diberikan ruang dan kesempatan pada masa hadapan.

Ada apa dengan Talaqqi

Sistem talaqqi merupakan sistem yang telah kita warisi daripada generasi silam.Begitu banyak menfaat yang kita dapat melalui sistem ini antaranya :

Mendapat ilmu dari guru dan terkesan dengan akhlak guru kerana guru mempunyai akhlak yang baik dan ilmu yang mantap.

Hanya mendapat ilmu dari guru tetapi tidak terkesan dengan akhlak guru kerana akhlak guru yang buruk.

Hanya terkesan dengan akhlak guru tetapi tidak mendapat ilmu daripada guru.

Tidak mendapat ilmu dan tidak mendapat akhlak.

Saya menulis entry ini bukanlah untuk berbangga ataupun riak,tetapi saya menulis entry ini untuk mengajak rakan-rakan tidak kira diluar sana ataupun rakan-rakan IRK sendiri untuk kita sama-sama memanfaatkan masa yang kita ada dengan ilmu.Kepada rakan-rakan IRK sama samalah kita manfaatkanlah ustaz-ustaz yang ada untuk mendapatkan ilmu yang sebanyak mungkin daripada mereka.

InsyaAllah Kembara Talaqqi akan diteruskan di Gombak..

Apa lagi JOM BERTALAQQI……

1 comments:

Reflective Experience said...

Rindunya zaman belajar di matrikulasi uia