Alhamdulillah saya telah berkesempatan untuk menghadiri kursus Solat Sempurna dan Muhasabah Diri yang dikendalikan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman-UZAR(http://www.zaharuddin.net/) 3hb Mac baru-baru ini dan hari Ahad lepas 30 Mac.



Kursus Solat ‘Advance’ ini bolehlah dikatakan agak ‘perfect’ dan ‘simple’ kerana dibuat dalam bentuk separa akademik yang meraikan peserta yang saya rasa rata-ratanya adalah ‘orang Awam’.Adalah tidak ‘adil’ bagi saya menceritakan lebih lanjut tentang slot dan ceramah yang telah diberikan oleh UZAR.Ini disebabkan kursus ini berbayar dan bukannya percuma.



RM50 untuk student dan RM70 untuk dewasa.Apalah ertinya RM50 ataupun RM70 jika dibandingkan dengan ilmu kesempurnaan Solat yang peserta akan ‘cernakan’ dalam kehidupan seharian mereka.



RM50 atau RM70 untuk kesempurnaan Solat adalah suatu nilai yang tiada tolak bandingnya.Solat yang sempurna lebih bernilai daripada segala harta di atas muka bumi ini.





Apa yang menjadikan kursus Solat ini unik ialah objektifnya yang ingin memupuk sikap toleransi bermazhab dalam isu Solat sambil tidak mengenepikan pandangan Mazhab Syafie.Meraikan pandangan mazhab lain dengan tidak memperlekehkan Mazhab ‘rasmi Negara’ ini sepatutnya dipuji dan digalakkan dalam masyarakat.


Sebenarnya begitu susah untuk menerangkan perkara agama kepada ‘Orang Awam’ pada hari ini.Orang Awam kurang terdedah dengan khutub khannah Islam.Namun saya merasakan kursus ini sedikit sebanyak mampu menjadi ‘alternatif’ untuk mendedahkan Orang Awam dengan disiplin ilmu tentang kesempurnaan solat.


Apalah erti hidup tanpa ibadah sebagai matlamatnya,


Apalah erti ibadah tanpa solat sebagai tiangnya,


Apalah erti Solat tanpa khusyuk sebagai penyerinya,


Apalah erti khusyuk tanpa ilmu di dada.


Kesempurnaan Solat adalah ubat yang paling mujarab bagi setiap masalah yang kita hadapi.Tetapi pernahkah terdetik dalam hati kita:


“Adakah Solat yang aku dirikan ini beserta ilmu yang betul atau aku solat hanya ‘ikut-ikut’ orang sahaja?”


“Adakah Solat yang aku kerjakan ini telah sempurna?”


“Adakah Solat Aku diterima oleh Allah?”


“Adakah Aku telah menyahut seruan kekasihku yang meninggalkan pesanan- Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat?”


Saya tidak mahu untuk mendabik dada dalam isu Solat tetapi marilah kita sama-sama memikirkan dan memperhalusi kembali akan tatacara dan perlakuan Solat kita semua.Memperhalusi ini lebih indah jika disulami dengan ilmu tentang Solat itu sendiri.


Kemanisan Solat memuncak apabila ilmu tentangnya penuh didada.Maksud hadis sebagaimana kamu melihat aku Solat ialah dengan kamu mempunyai ilmu tentang solat itu sendiri. Ada buah tangan menarik dari UZAR tentang Solat.Sila layari www.zaharuddin.net


Apalagi ‘Sempurnakanlah Solatmu’



0 comments: