Kebelakangan ini, isu penghinaan al-Quran oleh seorang ahli parlimen Belanda Geert Wilders melalui penayangan filemnya FITNA hangat diperkatakan oleh semua orang.Fitna yang hanya memakan masa selama 15 minit ini telah meledakkan api kemarahan seluruh Umat Islam..


Tidak kira sama ada golongan sekular mahupun golongan Islam semuanya bangkit melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Geert Wilders ini. Alhamdulillah,Umat ini masih ada hati dan perasaan terhadap agama mereka.

Apabila timbulnya isu penghinaan terhadap ajaran Islam,maka kedengaranlah seruan untuk memboikot barangan dan produk-produk tertentu di seluruh pelosok Negara.Tidak kurang juga ada yang merasakan tindakan memboikot ini agak keterlaluan dan agresif.Bagi mereka,tindakan memboikot perlu diperhalusi terlebih dahulu akan kesan-kesan disebaliknya.Maka timbullah pro dan kontra dalam isu memboikot barangan dan produk keluaran Belanda.




Umat Islam di Malaysia pula digemparkan dengan penayangan filem “AKHIRAT” yang secara keseluruhannya menenggelamkan rasa gerun orang ramai terhadap perkataan AKHIRAT itu sendiri.Begitu mudah perkataan AKHIRAT “dipergunakan” dan “dipermainkan” oleh mereka mengaku diri mereka beriman kepada tuhan yang satu.

Saya tidak berhajat untuk bercerita panjang tentang jalan cerita atau plot filem ini kerana anda di luar pasti lebih arif tentangnya daripada saya.Cukuplah kita tahu keadaan Umat kita pada hari itu begitu ‘bobrok’ dan gawat sekali.Filem ini telah mengintepretasikan keadaan Umat kita yang semakin hari semakin suka membuat angkara dan durjana terhadap Allah Rabbul Izzati.

Saya tidak mahu mempersoalkan isu pro dan kontra isu memboikot ini kerana semuanya mempunyai justifikasinya yang tersendiri.Anda juga pasti tahu jalan terbaik dalam isu ini.


Cuma apa yang sedang berlegar-legar di benak fikiran saya;
“Kita memboikot dalam keadaan kita berilmu atau dalam keadaan ‘tak tahu’.Hanya mengikut orang semata.”


Memboikot dengan ilmu dan Amal Soleh.


Saya maksudkan memboikot dengan ilmu dan amal soleh ialah anda memboikot dalam keadaan anda sedar bahawa tindakan anda hanya untuk mendaulatkan agama anda.

Saya maksudkan memboikot dengan ilmu dan amla soleh ialah anda memboikot dalam keadaan anda yang tidak membuka ruang untuk agama anda sendiri dihina dan dicaci.Anda bercakap soal boikot dengan diri anda melupakan ajaran Al-Quran,bangga mendedahkan aurat,lupa dan Menafikan hak Allah ke atas anda, dan pelbagai lagi kotoran dosa yang lain.

Saya tidak berniat untuk memperkecilkan tindakan memboikot daripada mereka yang jahil tentang Islam.Cuma saya berdoa dan mengharapkan,golongan ini dan kita semua termasuk diri saya sendiri mem ‘up grade’kan kualiti ‘boikot’ anda dengan ilmu dan amal soleh yang lain..

Jangan kerana orang lain ‘boikot’,anda juga boikot,tetapi boikot kita begitu rendah di sisi Allah,sekadar “ melukut di tepi gantang”.Susuli boikot anda dengan ilmu dan amal soleh,Pasti masa depan gemilang bagi Islam dan Umatnya.

0 comments: