Beberapa minggu yang lepas,sy mula teringin membaca novel,apabila melihat sebuah novel di atas meja sahabat saya.Memang mulanya sy tak minat membaca novel.Tapi tajuk novel kali tu menarik perhatian sy untuk membacanya.bermula dngan perasaan ingin tahu,sy terus menelusuri isi kandungan novel itu.Semakin lama semakin bertambah seronok cerita dalam novel tu.

Novel tu mengisahkan seorang pelajar sarjana Al-Azhar,fahri yang tinggal dengan sahabat serumah yang lain.Dia berjiran dengan sebuah keluarga iaitu keluarga Maria.Maria merupakan seorang perempuan Kristian yang agak aneh.walaupun dia seorang Nasrani,namun dia suka menghafal Surah Al-Mariam dlam Al-Quran.Fahri memang seorang baik walaupun berjiran dengan seorang yang kafir>

Dipendekkan cerita setiap hari,jika ada keperluan,Maria akan meminta tolong Fahri untuk membelikannya.Fahri tidak sekali-kali menolak.

Novel ni dikembangkan lagi plotnya apabila,kemunculan watak Aisha seorang gadis kacukan jerman-Turki,Alicia-seorang pelancong orang putih ke mesir.

Apa yang menarik,Novel ini dapat menarik pembaca mengenali Mesir dengan tajam mata pena penulis yang menceritakan kepada pembaca tentang selok-Belok Mesir.Hati semakin bertambah seronok apabila membaca bab seterusnya apabila pertama kali pertemuan Aisha dengan Fahri juga Alicia dalam METrO(macam lrt ah tp ni kat Msr)
Alicia berpakaian ketat dan tidak sopan lalu dimarahi oleh pemuda Msr dalam Metro tu.Aisha cuba memurnikan keadaan itu.tp turut dimarahi pemuda msr.Lalu fahri menjernihkan keadaan dengan membalas cercaan dan kejian pemuda msr tu.

Untuk mengetahui cerita selanjutnya belilah novel tu dan bacalah.Saya bukannya nak ceritakan kesemua isi kandungan cerita ni .

Apa yang saya nak berkongsi kat sini ialah pengajaran yang dapat kita ambil daripada novel ini.

Salah satu daripada pengajaran yang dapat kita ambil darinya ialah:

1)Pengetahuan novelis tentang selok-belok keadaan dan tempat kat msr.Seolah-olh novelis merupakan seorang rakyat msr.Novelis telah berjaya menanamkan perasaan cinta kepada Negara Mesir kepada sesiapa yang belum mengenalinya.

2)Pembaharuan yang telah dilakukan oleh novelis (merubah perspektif pembaca yang pada mulanya menganggap novel merupakan novel cinta yang sama dengan novel lain_sarat dengan episod cinta antara lelaki dan perempuan).

3)Islam telah menemukan dua orang manusia walaupun dari benua yang masing-masing tidak mengenalinya.Islam telah menyatukan mereka dengan akhlak yang indah.

4)Perjuangan seorang pelajar yg menuntut ilmu di negara orang,memerlukan persiapan dan persediaan yang mantap.Walaupun seseorang datang dari keluarga miskin,ni tidak dapat menghalang semangat seseorang utk mendalami ilmu.

Sebenarnya banyak pengajaran yang dapat kita ambil daripada novel ni.

untuk itu lapangkan masa dan waktu anda dengan membaca:

NOVEL AYAT-AYAT CINTA KARYA_ NOVELIS DANSARJANA AL-AZHAR CAIRO UNIVERSITI

0 comments: