Setelah berfikir dan bertafakur,tajuk-tajuk yang telah dipresentkan ialah hipokrit,wanita dalm ISlam,perkahwinan ,dakwah,aurat dalam,Islam,mahabbah atau cinta,Hari Qiamat,Al-Quran dan scientific,diet dalam Islam,dan zakat.
Alhamdulillah rata-rata kumpulan telah melaksanakan tugas dengan baik.Ada yang mampu membuatkan pendengar tak kering gusi,tak kurang juga dengan aksi debat antara pendengar dengan presenter.
Rasa lucu pulak bila teringatkan awal sem 2 dulu bila saya dan beberapa rakan pergi jumpa dengan Madam Wan Radziah wan abdullah_Deputy Head(FIM course) untuk tukar group.Namun takdir Allah menentukan segala-galanya walaupun kami telah bagitau kat madam yang kami tak sesuai untuk belajar dalam group ni.Group 116 adalah group yang bercampur antara bdk nursing,sains fizik,aed dan irk.Madam tak bagi kami tukar group.Katanya group ni bagus untuk kami bersaing antara satu sama lain.Bila terfikir balik ada betulnya cakap madam Radziah tu.
Pengalaman dengan group btq 116 telah membuatkan kami mampu untuk mematangkan pandangan,bertukar pandangan,dan yang paling bagus mencari persamaan antara Art dan sains(menyatukan antara sains dengan ilmu wahyu Allah)
Berbalik kepada presentation tu,peluang menanyakan soalan telah diberikan kepada pendengar setelah presenter selesai membuat presentation.Banyak soalan yang telah dikemukan oleh pendengar.Antaranya soal pemandangan luar orang ramai mengenai pendakwah,cinta antara remaja muslim,soal pemakaian pakaian renang yang "islamic"(Burqini) dan lain-lain.

Di sini saya ingin membuat beberapa respond terhadap persoalan berikut berdasarkan soalan yang dikemukan oleh saya sendiri kepada Ustaz Khairuddin Aman Razali:pengasas Darul Fuqaha melalui email.. .

Assalamualaikum,ustaz.
Buat pengetahuan ustaz,saya merupakan salah seorang pelajar pengajian Islam.
Pada pendapat ustz,adakah penampilan seorang pelajar pengajian Islam itu mestilah berkopiah dan berjubah atau berbaju kemeja?
Adakah penampilan ini perlu kepada pelajar pengajian Islam.
Bagaimana kita nak berdakwah kpd masyarakat yang rosak,cthnya kawan kita jika kita berpenampilan begini(berkopiah)?adakah pandangan ini betul?
Harap ustaz dapat menjelaskannya lagi??

kita dituntut untuk memperindahkan yang zahir dan memperindahkan yang batin...sesiapa yang indah batinnya pasti tercerna pada zahirnya...siapa yang indah zahirnya belum tentu indah batinnya...namun ia tidak menghalang untuk sentiasa cuba memperindahkan zahir meskipun batin kotor kerana sekurang-kurangnya dia masih ada malu pada manusia....ia adalah mukaddimah iman...tetapi siapa yang kotor zahirnya lalu membiarkannya zahirnya juga kotor , ini adalah manusia yang hilang malunya baik pada allah, baik pada manusia...ini manusia yang tiada iman...banyak hadis-hadis berbicara tentang persoalan ini...
manusia diukur oleh manusia lain dengan pandangan zahir, keranan persoalan batin adalah urusan Allah...justeru, perindahkan zahir kita sebagai lambang keindahahn batin kita
pemakaian kopiah dan serban adalah sebahagian pakaian tambahan islam yang melambngkan keperibadian Islam dan kecantikan zahir manusia...ia telah diterima secara ijma` oleh ulama dan umat Islam sepanjang zaman meskipun hadis-hadis berkaitannya ada yang lemah dan ada hasan dan ada yang sahih.
samada dirinya seorang yang baik atau tidak pemakaiannya tetap sunat...seorang perompak memakai tutup kepala, pahala tetap diperolehi keranan pemakaiannya...adapun merompak ia adalah dosa yang tetap akan ditanggung...seorang yang berzina pasti menanggung dosanya...namun sekiranya dia bertudung dia pasti diberi pahala atas uasahanya menutup aurat...
Pemakaian pakaian sunat seperti kopiah tidak menjadi halangan kepada para pendakwah untuk menyampaikan islam...sesiapa yang tak mahu memakainya terpulang, ia bukan pakaian wajib...tetapi iktikad bahawa pemakaian dgn menanggalkan kopiah, serban bertujuan mendekatkan diri dengan sasaran dakwah adalah silap. ini kerana yang membuka hati manusia adalah Allah...kita diarah untuk Allah berdakwah dan kita di arah untuk berpakaian sunat...sekiranya kedua-duanya kita lakukan, tinggal lagi hak Allah untuk membuka hati manusia menerima dakwah.
sesungguhnya kamu tidak boleh memberi hidayah kepada orang yang kamu sayang/suka tapi Allah yang memberi hidayah pada sesiapa yang dia kehendaki.
kita melakukan tanggungjawab seperti dikehendaki dan berpakaian seperti diokehendaki, biarlah allah menentukan hati manusia....allah tidak meminta kejayaan tetapi allah meminta amal untuk mencapai kejayaan....
lagipun antara isi dakwah ialah mengjak manusia memakai pakaian tambahan yang sunat sebagai benteng diri...justeru kenapa perlu digadai isi kandungan untuk mencapai matlamat? tentu matlamat tidak tercapai . matlamat tidak menghalalkan cara...kaedah ini terpakai dalam perkara wasilah/cara yang haram..namun saya rasa bolehlah dibuat isti'nas dalam isu ini...

adakah pelik bagi Allah membuka hati seorang kafir hanya kerana perwatakan berpakaian kita yang melambangkan identiti islam....Manusia selalunya menghormati orang yang berprinsip....berpeganglah dengan prinsip pasti saudara akan dihormnati...jadikan berpakaian tambahan sebagai prinsip, pasti Allah berkati...tetapi nak pakai atau tidak terpulang , ia adalah amalan sunat...yang boleh di buat dan ditinggal tetapi jangan meninggalnya terus kerana alasan dakwah tadi...

0 comments: