"Kalau makan nasi lemak malam ni boleh ke tak?,"cadang Abang saya.

"Ikut lah mana-mana,"saya tidak banyak soal

Selepas ke ATM CBM dan Maybank di Taman Melati,Motor Kami menuju ke sebuah taman perumahan di Wangsa Maju.Ada warung nasi lemak di sana.Perjalanan ke sana menemukan kami dengan Kampus UTAR dan sebuah kem askar.

Jalan ke sana agak lengang, dan tidak sesak dengan kenderaan.Mungkin pukul 9 lebih terlalu awal bagi masyarakat kota memulakan aktiviti malam mereka.Tetapi apabila tiba ke warung tersebut, ramalan saya ternyata meleset.

Semua kerusi dan meja agak sesak dengan orang ramai yang sedang menjamu selera.Tidak kurang juga yang sedang beratur untuk memesan makanan dan minuman.Menunya tidak banyak pilihan yang ada cuma nasi lemak pelbagai lauk dan CHAR KUEW TEOW.

Saya bukan berniat untuk menceritakan panjang lebar tentang warung ini, cuma hanya ingin berkongsi tentang fenomena yang ada.Kebanjiran manusia pada malam itu, tidak pula terbayang oleh mata ini seorang perempuan Islam yang bertudung.






Rata-ratanya Free Hair dan berpakaian ketat.Mungkin 'iktilat'(percampuaran dan pergaulan) antara perempuan dan lelaki pun agak tidak terkawal.Bukan maksud saya lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul tetapi biarlah berpada dan terkawal.

Tengah sedap-sedap menjamu selera itu, ada pula cerita lainnya.Ia agak mengejutkan saya.Di sebelah meja ada:

"Seorang ibu berkongsi rokok dengan anak perempuannya"
"Si Ibu Bertudung, si anak gadis pakai dedah sana sini".

Lantas terus disapa oleh abang saya.

"Inilah kehidupan bermasyarakat,"

Inikah realiti yang sedang melanda masyarakat kita saban tahun.Sungguh sedih dan malu apabila melihat gelagat Masyarakat kita yang tanpa segan silu untuk berbuat sedemikian rupa.Mungkin mereka jahil dan tidak tahu apa-apa tentang "Pantang Larang Hidup ini".

Ia boleh menyedarkan kita betapa tanggungjawab Daie amatlah terlalu berat.Golongan seumpama inilah yang perlu kita dekati dan tanganinya.

KISAH KEDUA.

MU telah menang mengatasi Chelsea untuk mendapat gelaran Raja Eropah.Bukan nak mengulas lanjut tentang kemenangan MU ini.Cuma nak berkongsi cerita seorang sahabat saya yang menonton siaran langsung ini di sebuah kedai Mamak.

Apabila MU menang, ada 'budak-budak melayu' kita yang menyambutnya dengan semburan Arak.Mungkin tidaklah salah untuk menonton siaran langsung bola ini,tetapi berpada-padalah.

Banyaklah pula salahnya pabila arak menjadi teman meraikan kemenangan.Habis basah baju sahabat ini dek terpercik Arak akibat perbuatan tidak bermoral generasi muda melayu kita ini.Baju yang terkena arak boleh dibasuh, tetapi mampukah akhlak budak-budak ini dibasuh..Mudah-mudahan akhlak mereka masih lagi boleh dibasuh sebagaimana mudahnya membasuh baju yang terkena arak itu.


Inikah Kehidupan Bermasyarakat.

0 comments: