Kenangan Naib Johan Tilawah Negeri

Bercerita tentang taranum ini memang betul-betul mengimbau kenangan silam sejak di bangku sekolah rendah lagi.Apa tidaknya sejak darjah 4 lagi saya sudah berjinak-jinak dalam dunia pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat sekolah-sekolah.

Entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk atau riak dan bangga dengan diri sendiri.Ia hanya suatu coretan hidup yang ingin dikongsi bersama.

Pertandingan Tilawah Al-Quran memang mewajibkan setiap orang peserta untuk membaca, melagukan Al-Quran, dan memperindahkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dengan Taranum(Lagu-lagu Bacaan Quran).

Kebiasaannya Qari akan memulakan bacaan Al-Quran dengan Taranum Bayati dan diteruskan dengan taranum-taranum yang lain seperti nahwan,sikah,sobar,dan sebagainya.

Entah mengapa….Pelik dan ajaib, saya memang tidak mendapat pendidikan formal tentang taranum ini.Saya tidak berguru dan mempunyai guru khusus yang mengajar saya tentang bacaan berlagu Al-Quran.Namun ramai yang tidak percaya apabila saya memberitahu mereka tentang hakikat ini.

“Belajar dengan siapa taranum ni?,” Ramai yang bertanya begini.

“Tak belajar dengan sesiapa pun.Hanya tiru-tiru dan ikut-ikut je, kaset dan bacaan Qari,” Jawab saya yang serba salah.

“Takkan tak ada guru kot?,” Soalan yang agak berat untuk dijawab.

“Tak ada guru pun,kalau ada pun Ustaz Mat Nor je,” Saya cuba memberhentikan perbualan yang semakin ‘melarat’.

Pernah suatu ketika dulu, ketika ingin mengambil result UPSR di sekolah, ada seorang Mak Cik Bertanya kepada saya tentang 'Result' UPSR,

"Dapat berapa 'Result'?"

"5A,"

"Oooh, ni berkat ngaji ni,"

Banyak sekolah yang saya lawat hasil daripada Bertaranum ini.Dari Sekolah rendah sampailah ke Sekolah Menengah.

Ngaji Sekolah Rendah

Seperti biasa saya akan 'naik' kereta ustaz favourite saya ketika di sekolah rendah, ustaz Sidek untuk ke sekolah tempat pertandingan.(Dah lama lost contact dengan Ustaz).Begitulah jasa dan pengorbanan seorang pendidik terhadap anak muridnya.

Dulu saya masih ingat lagi imbuhan dan hadiah untuk Pemenang tempat pertama bagi sekolah rendah peringkat zon Kuala Terengganu Selatan begitu rendah ‘ciput’(Maaf menggunakan perkataan ini).Hanya wang bernilai RM20 kalau tidak silap saya.

Bukan ingin mempersoalkan imbuhan ini dan bukan untuk ini,Qari masuk pertandingan.Tetapi pihak penganjur harus dan sepatutnya berfikir dua kali sebelum ‘menghadiahkan’ duit ini kepada mereka yang menang.Saya pun tidak tahu mungkin sekarang keadaan ini sudah berubah.

Ngaji di SHAMS

Masuk Sekolah Menengah saya mencuba nasib lagi dalam pertandingan Tilawah.Alhamdulillah selama lima tahun berturut-turut saya mewakili SHAMS(SMKA SHEIKH ABDUL MALEK) dalam pertandingan tilawah ini.Sehinggakan ada yang memanggil saya ‘Izzuddin ngaji’.

“Siapa ni?,”Tanya seorang senior Akhawat di YM.

“Izzuddin SHAMS,” jawab saya dengan ringkas.

“Belum jelas lagi ni,Izzuddin yang ngaji tu ke?,” Dia pula yang keliru.

“Bukanlah,”Saya cuba untuk menipu.

Akhirnya saya terpaksa berterus terang sahaja…
“Ya, Izzuddin yang ngaji tu,”

“Kenapa tak mengaku tadi,?” Dia pula yang banyak soal.

“Saya hanya hamba Allah Biasa je,” Jawab saya merendah diri.

“Kan bagus orang ingat kita dengan ngaji,” Begitulah lebih kurang diolag YM malam itu.

Saya tidak layak dan diberikan gelaran ini kerana ilmu dan kemahiran yang ada betul-betul tidak mencukupi untuk menyandangnya.

Paling Tinggi pencapaian dalam Taranum ini, pada tahun 2004, sampai peringkat negeri.Namun saya hanya mampu mendapat tempat kedua sahaja.Alhamdulillah juga kerana masih Berjaya dengan tempat kedua kerana saya bukannya berguru formal tentang taranum ini.

Cuma sempat tidur semalam di Rumah Ustaz Mat Nor (Guru Kemahiran Quran SHAMS)untuk diajar dan dilatih.Terlepas peluang mewakili negeri ke peringkat Kebangsaan.Saya tidak ingat di negeri mana JOHOR KE SABAH.

Ada yang berguru dengan Qari Negeri yang menempa nama di Peringkat Kebangsaan,

Ada yang berguru dengan Imam Masjid Negeri dan sebagainya.
Namun sudah jadi rezeki saya mendapat tempat kedua naib johan peringkat negeri.

Saya tidak berpantang dalam makanan sebagai mana ramai sahabat-sahabat yang lain kuat berpantang.Lucu pula bila teringat balik ketika memperdengarkan bacaan Al-Quran di Sekolah Geliga Kemaman.

“Ngaji sedap dah ni, tapi bila masa patut naik, dok naik.Kita tunggu-tunggu dok naik-naik,”Kata seorang sahabat ‘Ngaji’ kepada saya.

Memang apabila sampai ke peringkat tinggi, Qari sepatutnya meninggikan nada suara.Namun saya tetap dengan style dan taranum gaya ‘saya’.Saya hanya mampu ‘tersengih’(Tersenyum) sahaja.Tidak tahu untuk memberikan komen kepada pertanyaan itu.

Style dan Gaya saya ini ditegur lagi, kali ini oleh seorang Ustaz di Pusat Sumber Negeri Terengganu.ketika itu diadakan latihan persediaan untuk ke peringkat kebangsaan.Tetapi naib johan dan tempat ketiga juga dijemput.

“Saya tak boleh baca tinggi,ustaz,”Saya awal-awal lagi mengaku kalah.

“Ustaz tak suruh pun kamu baca tinggi.Baca yang sepatutnya lah,”Ustaz ini cuba meredakan gemuruh saya.

Saya pun membaca mengikut style saya.Apalagi Ustaz mula kehairanan.

“Aik, kamu baca taranum apa ni, bercampur-campur ni,sekejap yang ni, sekejap yang tuh,”Ustaz pun tidak tahan mendengar kecelaruan ini.

Seperti biasa saya hanya mampu tersenyum sahaja.Tiada apa-apa yang hendak diperkatakan.

Ngaji di CFS

Oleh kerana saya bukannya arif tentang lagu taranum Quran ini, maka saya hanya membaca Quran dengan gaya biasa sahaja bukannya taranum lagi apabila dijemput memperdengarkan Quran di CFS UIA.
Saya juga terpaksa menolak ajakan seorang sahabat untuk jadi ‘partner’ dia dalam satu program.

“Din, boleh jadi partner saya tak,?” Satu mesej SMS masuk ke handset saya.

“Program apa ni,”Saya ingin kepastian.

“ Ummatic Week.Ustaz Hamidon suruh saya cari partner.Ini susah sikit,kena ikut gaya Mustafa Ismail,” bersungguh-sungguh sahabat ini menerangkan.

“Cari orang lain lah bu, aku bukannya belajar Taranum Formal pun .Ikut-ikut je,”Saya mengangkat tangan, mengaku kalah.

Kenangan paling manis apabila diminta oleh seorang sahabat untuk memperdengarkan ayat al-Quran pada majlis launching Safety For All di CFS Nilai.Peluang mengaji di depan Rektor UIA, Ketua Polis Negeri Sembilan, dan 'ADMIN' yang lain.

KHATAM



kita manusia mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri dalam hidup ini.

Ada yang :

umur 3 tahun lagi sudah mampu membaca, mengira, dan menulis.

umur belasan tahun sudah menjejak kaki ke universiti.

mencipta nama dengan nyanyian dan tarian.

memahat sejarah tika umur masih setahun jagung.

Kelebihan Kita kerana Allah melebihkan kita.

Jika kita rasa kita Istimewa, sudah semestinya pencipta kita lebih Istimewa.

Jika kita rasa kita lebih, sudah semestinya pencipta kita Maha Lebih.


1 comments:

islamictazkirah said...

Salam ya muslim..

Ayat Al-Quran indah, dan bertambah molek dengan lagunya..

mari sama2 kita pelajarinya..saya ada sediakan ruang untuk belajar bertarannum, senang2 mampirlah ke sini..

>>Klik sini <<

wassalam..