Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Guru 2008 kepada semua guru di Malaysia terutama kepada semua guru saya.Rasanya belum terlambat untuk saya meluahkan rasa terima kasih saya kepada semua guru saya.

Hidup manusia merupakan satu perjuangan,dan memerlukan pedoman dalam meniti arus kehidupan yang semakin hari semakin mencengkam jiwa kita.Pedoman yang agung dan benar akan membawa dan membimbing kita ke arah kesempurnaan.

Kesempurnaan yang paling agung dalam hidup ini adalah apabila kita berjaya menjadi manusia yang sempurna.sempurna fizikalnya,sempurna akhlaknya,sempurna corak dan gaya hidupnya.

Kesempurnaan manusia lahir daripada tangan yang ikhlas mendidik,telinga yang tidak letih mendengar,jiwa yang penyayang,dan akal yang kritikal dan kritis tika menghadapi masalah.Itulah hebatnya guru.Dalam dunia ini,tidak ada kerjaya yang lebih agung daripada kerjaya seorang guru.

Rasulullah SAW sendiri merupakan pendidik sempurna bagi umat ini.Pendidik yang sempurna ini telah dibentuk dan dididik sendiri oleh Tuhan yang Maha sempurna.

Walhasilnya,kesempurnaan Tarbiyah dan pendidikan Rasulullah melalui risalah Wahyu,telah menghasilkan generasi sebaik-baik umat.Tarbiyah rasul berjaya bukannya terletak pada metod dan manhajnya sahaja ,tetapi yang paling manis ialah pada akhlaknya.Akhlak Rasul seolah-olah bagaikan cermin yang telah memukau dan melembutkan hati sesiapa sahaja untuk berdampingan dengan Nya.

Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru saya.Tanpa penat lelah mu,teguran,dan bimbingan mu,siapalah aku.
Sesekali teringat pula kepada Cikgu Noormi(Cikgu Fizik saya)dengan gelak ketawanya ketika mengajar.Ada saja perkataan yang keluar daripada mulutnya melucukan hati ini walaupun lawaknya bersahaja.

Sudah menjadi kelaziman kepada Cikgu Noormi untuk membuat kelas tambahan malam untuk menghabiskan silibus subjek Fizik.Maka berbondong-bondonglah anak didiknya datang dengan membawa nota fizik yang bergambar tu.
Setiap kali habis kelas,selepas sahaja bersalam dia pasti bertanya kepada saya.

"Faham,dok,din?"Cikgu Noormi bertanya kepada saya.Tanpa berfikir,saya terus menjawab.
"Ya," walaupun jauh disudut hati saya,saya masih tidak begitu faham tentang bab eletrik dan elektronik yang dia ajar.

Subjek Fizik!!!Memang saya sudah menghadapi masalah sejak form4 lagi dalam fizik.tak tahu lah kenapa.Bagi saya,fizik lebih susah jika dibandingkan dengan kimia.Saya juga berkesempatan menadah ilmu FIZIK dengan Cikgu Pakar Fizik Cg Mat(Semua bdk SHAMS kenal dengan Cg Mat ni).Terima kasih kepada Cikgu Mat yang telah mengajar saya Fizik di rumah sahabat saya Fahmi,dan Cikgu Wan yang mengajar fizik di tingkatan empat.

Terima kasih juga buat Cikgu Adnan yang telah memberikan kesempatan saya untuk berada dalam saf kepimpinan BPDS Shams 2005.

Terima kasih juga buat Cikgu Aminah yang telah banyak melontarkan idea dan memberikan tarbiyah daripada sudut yangberbeza kepada saya.Saya berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit dan memanjangkan umurnya dalam kebajikan.

Terima kasih juga kepada Cikgu Rosli,Cikgu Matematik Form 5 saya,yang bersabar dengan kelemahan saya dalam Mat.
Alhamdulillah berkat doa Cg,saya mendapat 1A Matematik,walaupun saya orang yang terlemah di dalam kelas 5 Bukhari.

Begitu juga dengan killer subjek'Add Math".Usaha last-last minute dengan SPM hanya tinggal lebih kurang sebulan dua lagi agak berbaloi.Alhamdulillah.....Bila kenangkan balik, rindu pula pada saat bersama sahabat-sahabat lain bertungkus lumus 'mencairkan' kebekuan otak dengan soalan Add Math dengan Cg Zaiton, ibu kepada seorang sahabat saya di SHAMS.

Habis sahaja solat Terawih, terus saja bergegas dengan motor ke rumah Cg Zaiton.Lewat pukul 12 lebih tengah malam baru sampai di rumah.Sungguh seronok bila memikirkan ianya kembali.Alhamdulillah result Add Math tidak lah teruk sangat.A2...

Begitu banyak cerita untuk diluahkan,tetapi cerita-cerita tetap menjadi cerita.
Apa yang penting kita mengambil pengajaran di sebaliknya.Kesilapan masa silam usah kita kenang lagi kerana:.


Semalam sudah berlalu,

Yang ada hanyalah hari ini,

Yang tak tahu hanyalah masa depan.


Gunalah peluang yang ada pada hari ini untuk :

memadamkan peristiwa pahit masa silam

membina masa hadapan yang lebih gemilang

untuk hari yang bakal mendatang.


Maka saya tidak melepaskan peluang 16 Mei setiap tahun untuk menghantar mesej 'Selamat Hari Guru' kepada Cikgu saya .

Terima kasih kepada semua guruku di Shams,SKtam,5 Bukhari,4huzaifah,3 arabi,2 asim,1 furqan......guru tuisyen ku,Cg mat,Cg zaiton,dan lainnnn.



"Ya Allah,ampunkanlah dosa guru-guruku,panjangkanlah umur mereka dalam kebajikan, murahkanlah rezeki yang halal lagi berkat buat mereka,berilah taufik dan hidayah Kau kepada mereka semua" Aminnnnn...




2 comments:

k-riey said...

salam din.
senyum sorang diri aku bace post mu kali nih.
teringat kenangan zaman SPM dulu.
blajo add math ngan cikgu ton..
blajo fizik ngan cikgu mat.
aku stuju kimia snang sket dari fizik.
bdk2 SHAMS skmo cite ke aku ckgu Noormi tu klako.

Izzu Aldin said...

aku pun sama ah...
harap boleh kumpul mula lepah lepah nih
hahaha...