“Jiman, ko ni sekarang buat apa? Aku tengok ko ni sejak jadi ‘graduated’ ni asyik terperap je kat umah ni,Tak bosan ke?,”

Kata-kata Kamal menyedarkan Jiman yang sedang asyik mengelamun di hujung katil usang rumahnya.

“Alah, ko nih Mal, soalan cam ni pun ko nak tanya aku.Mestilah Bosan woiiii.Aku belajar lama-lama kat Universiti tu, satu kerja pun tak dapat,”

Soalan Kamal tadi dibalas Jiman dengan nada yang agak tinggi.

“Aku Tanya ni, bukannya apa.Baru-baru ni, aku ada terpandang satu iklan kerja kosong.Gajinya bolehlah tahan, lumayan juga,tempat tinggal disediakan.

“Tapi kerjanya nak kata senang, susah, tapi nak kata susah senang.Entahlah aku pun tak pasti lah.,”

Giliran Kamal pula menjernihkan keadaan.

“Oooo…, macam tu rupanya.Aku ingat ko nak perli aku pulak tadi.Kerja tu ‘Part Time’ ke ‘Full Time’.Aku mana-mana pun boleh asalkan ada kerja sudah,” Nada suara Jiman semakin turun apabila menyedari keadaan sebenarnya.

“Aku rasa kerja tu ada dua lah.Satu untuk ‘Part Time’, yang satu lagi ‘Full Time’. ‘Part Time’ kerjanya ringan sikit ah.
‘Full Time’ berat dan banyak sikit kerjanya.Alang-alang ko dah nak kerja, baik ko kerja ‘Full Time’.Banyak untung ooo,”


Kelas ‘lecture’ Free Kamal baru sahaja nak bermula.

“Tapi ko tahulah aku ni jenis orang macam mana, orang bujang katakan.Masih muda, single, Free, bebas, boleh enjoy lagi.Kata orang hidup ni sekali je, muda sekali je.Kita ‘enjoy’lah dulu.”

Luahan ikhlas Jiman yang panjang lebar menanti jawapan Kamal.

“Aku tahulah ko ni jenis yang macam mana.Tu lah sebab aku syorkan ko ‘Full Time’, biar ko berubah sikit.Biar ko jadi manusia yang kenal siapa sebenarnya ko ni,
“Dah kalu ko tahu hidup ni skali je, muda sekali je, gunalah masa muda ko, masa tubuh ko yang kuat ni, otak yang fresh ni untuk kerja bersungguh-sungguh.”
“Kumpul duit dan harta banyak untuk masa depan.tu baru graduated namanya”.

Nada Kamal dari rendah meninggi tiba-tiba,sedikit sebanyak boleh membuka pintu hati Jiman yang sedang terkapai-kapai mencari identiti diri.




Di dunia ini kita mepunyai pilihan sama ada untuk menjadi ‘Full Time’ atau ‘Part Time’ hamba atau ‘pekerja’/ kuli kepada Allah.

Samalah seperti graduan yang ‘Fresh Graduated’ mencari pekerjaan.Tanyalah mereka sama ada mereka mahu kerja ‘Full Time’ atau ‘Part Time’.Kepuasan bagi seorang graduan begitu terasa apabila mampu mencernakan semua kemampuan diri di alam pekerjaan.



Dunia laksana ‘alam pekerjaan’ yang sepatutnya menjadikan semua manusia Hamba Allah ‘Full Time’ dan komited dengan ibadah mereka.

Bukanlah hamba Allah ‘Full Time’ itu kerjanya hanya di tikar sembahyang,

Bukanlah hamba Allah ‘Full Time’ itu kerjanya hanya wirid,zikir, mengaji,

Bukanlah hamba Allah ‘Full Time’ itu kerjanya hanya tahu berdoa,merintih, tanpa usaha.

Tetapi hamba Allah ‘Full Time’ itu ialah apabila seluruh kehidupannya dipayungi naungan Hukum dan batas-batas Allah.

Hamba Allah ‘Full Time’ itu ‘memaksimakan hidupnya dengan segala amalan soleh’.

Hamba Allah 'Full Time' itu mentahqiqkan iman di jiwa, membuahkan ranting-ranting pahala kebajikan.

Hamba Allah 'Full Time' itu mensedekahkan harta di tangan bukan mencintainya di hati.

Hamba Allah 'Full Time' itu Kaya harta dan budi, berpangkat, berkedudukan tinggi, tetapi rendah dirinya, tawdhuk darah dagingnya.

Hamba Allah 'Full Time' itu mahal keretanya, besar rumahnya, ramai anaknya tetapi kuat ibadahnya, hebat jiwanya.

Hamba Allah 'Full Time' itu bak singa yang gagah berani di siang hari, dan bak 'malaikat' yang hiba menangis di malam hari.

Hamba Allah 'Full Time' menjadikan masa mudanya, tenaganya, wangnya,hartanya sebagai aset yang bernilai untuk menolongnya di akhirat kelak.

Kita semua bolehlah diibaratkan sebagai hamba Allah yang 'graduated'.Mengapa saya menganalogikan begitu kerna:

Istilah 'Graduated' bolehlah difahami sebagai terpilih dan telah dipilih.

'Graduated Student'= student yang telah terpilih dan telah dipilih untuk menamatkan alam pendidikan tinggi di universiti.

'Hamba Allah' yang 'Graduated'= Kita telah terpilih dan dipilih oleh Allah untuk hidup di atas muka bumi ini.Daripada ribuan 'sperma' yang keluar,benih kitalah yang terpilih dan dipilih oleh Allah Taala untuk menjadi Hambanya.Maka hamba yang terpilih sepatutnya menyedari akan 'status' dirinya yang sebenar.Hamba yang sebenar ialah hamba yang 'Full Time' tunduk, patuh, dan takut kepada Tuannya.

Tiada istilah "Sekejap ada, sekejap tak ada" dalam kamus kehidupan Hamba Allah"Full Time".

"Sekejap ada Iman, Sekejap tak ada Iman"

"Sekejap ada Tudung, sekejap tak bertudung"

"Sekejap Solat, sekejap tak solat"

"Sekejap Islamik, sekejap konvensional"

"Sekejap 'Minum', sekejap puasa"
Dialog di atas hanya suatu kiasan sahaja daripada saya.Tidak ada kena-mengena antara hidup dengan yang mati.Bahkan ia adalah rekaan semata-mata.

Apalagi pilihlah:

‘Full Time’ @ ‘Part Time”

0 comments: