Alhamdulillah, Taaruf April 2007/ 2008 baru sahaja melabuhkan tirai setelah lima hari berlangsung.Dengan Berakhirnya Taaruf April 2007/ 2008, Alhamdulillah saya secara rasmi ‘officially’ telah menjadi sebahagian daripada warga besar IIU, Gombak,main campus.

Bercakap soal kemasukan ke IIU, ia adalah suatu perkara yang tidak dapat dilupakan.Ini kerana untuk masuk ke IIU, saya terpaksa berhempas pulas untuk menghantar surat rayuan kepada Admission and Record(ANR IIU) walaupun 'result' SPM saya tidak seteruk mana pun.Polisi kementerian masa tu, mana-mana student yang dah dapat tawaran KPM Matrik, tidak akan dapat lagi tawaran UPU.

Oleh kerana semua sahabat-sahabat mengisi borang online Matrik KPM, maka saya secara 'buta taklid' turut mengisi borang tersebut walaupun saya tahu saya tidak berminat untuk ke Matrik KPM.Sejak awal tahun semasa tingkatan 4 lagi saya masih tertanya-tanya dan terkapai-kapai untuk memilih aliran mana, aliran Sains ke aliran Sastera.Mula-mula ada juga sahabat-sahabat yang mengajak untuk ke aliran sastera,namun niat mereka hanya di tengah jalan.Saya terpaksa akur dan tunduk dengan majoriti yang mahu ke aliran Sains.

Maka berakit-rakit dan merangkak rangkaklah untuk memahami teori Fizik,kimia,Biologi.Ditambah pula dengan 'kesenangan'killer subjek Add Math.Di tahap ini, saya mengalami dilemma sama ada untuk memilih 'course' sains atau agama di U nanti.Untuk pengajian Islam,syaratnya mestilah SPM aliran sastera.Mungkin inilah akibatnya apabila tidak berfikir panjang untuk merencana masa hadapan.Bagi sahabat-sahabat yang masih di Sekolah Menengah, pilihlah aliran yang sesuai dengan diri anda.Kelak anda pasti tahu risiko yang akan anda hadapi jika tersalah pilih aliran.

Result SPM keluar dan nama saya tidak kelihatan di UPU online.Surat rayuan untuk ke uia terpaksa dibuat dan dihantar dengan segera.

ANTARA UIA DAN DQ

Demi masa depan, alternatif yang ada sekarang hanyalah Darul Quran JAKIM(DQ).Walaupun saya tahu betapa 'low' keupayaan saya dalam menghafal Quran,namun saya terpaksa dan memaksa diri untuk mengemas pakaian dan kelengkapan ke DQ.Minda di'positifkan' dan hati di'cekalkan' untuk memujuk perasaan agar bersemangat untuk ke DQ.Kalau tidak silap , saya mendaftarkan diri ke DQ lewat beberapa hari.Pagi sebelum ke DQ, saya mencuba nasib di UIA PJ untuk menghantar surat rayuan kemasukan UIA.Dengan berpakaian lengkap lagak seperti pelajar DQ, saya masuk ke bilik Bro Fazdil Jumman(Bdk2 Uia Pj mesti kenal Bro ni).Saya masih ingat lagi soalan Bro Fazdil:

"Tak nak amik course sains ke?,"

Dengan spontan, saya menjawab,

"Tak nak,"

Selesai sahaja rayuan di UIA, saya bergegas pula ke DQ untuk mendaftarkan diri.Agak melucukan pula bila memikirkan hal ni balik.Bergegas dalam keadaan penuh bersemangat untuk masuk ke DQ.Seolah-olah UIA sudah tidak ada lagi dalam hati ini.





Suatu malam, saya ke kafe DQ untuk beralih rasa dan selera makanan di Kantin hostel DQ.Terjumpa pula senior-senior Shams,bdk2 sijil DQ yang tengah makan di situ.

Dengan nada bersahaja saya bertanya kepada salah seorang daripada mereka,:

"ada apa datang DQ ni,?"
"Nak lawat din ah," jawab seorang senior saya yang juga merupakan murabbi saya di SHAMS.

Saya hanya bermuka selamba sahaja mendengar jawapan senior ini,walaupun saya tahu jangka hayat saya di DQ hanya nyawa-nyawa ikan sahaja.

Saya telah sedaya upaya untuk bertahan di DQ.Bertarung dengan perasaan dan minda yang sedang meronta-ronta untuk membuang segala tekanan ini.Bukan mudah untuk menghafal keseluruhan kalam Allah Azza Wa Jalla.Minda yang 'dibelai' dengan sikap positif dan tahu akan keupayaan diri ini mengkhatamkan Furqan akhirnya tersungkur juga.

Seminggu tinggal di DQ, saya merasakan rezeki kembara ilmu saya bukannya di DQ tetapi di tempat lain.Sebenarnya dari awal lagi saya merasakan diri ini begitu kerdil dan tidak mampu untuk menjadi Hamlatul dan Huffazul Quran.Maka Saya mengambil keputusan untuk keluar dari DQ.

Saya keluar tanpa memberitahu sahabat-sahabat lain yang sedang sibuk ke kelas.Hanya sempat menghantar sms kepada seorang sahabat sahaja.DQ, tempat yang penuh dengan kedamaian itu saya tinggalkan selepas beberapa minit menghantar surat keluar DQ kepada ustazah Mama(Bdk2 DQ pasti kenal dengan ustazah ni).

Pulang ke Terengganu tanpa tahu ke mana destinasi masa hadapan begitu meresahkan jiwa.Terima Kasih Kepada Cg Adnan Sulong yang sanggup turun ke UIA PJ untuk menghantar sekali lagi surat rayuan saya ke UIA.

Ahamdulillah rezeki saya memang di UIA.Saya tidak menyangka yang saya masih lagi tersenarai dalam 'first intake' 2006/2007.Masa yang begitu dekat dengan hari 'registration' yang secara 'ghalibnya' mungkin saya dipanggil untuk 'second intake'.

Apa yang hebat sangat UIA ni.Entahlah saya pun tidak tahu.Dek kerana dari kecil saya diasak dan digayang dengan 'information' tentang UIA, mungkin 'instinct' saya dengan UIA begitu kuat dan ada 'Chemistry'.

Ada juga Cikgu di SHAMS yang bertanya:

"Ingatkan DQ,?,"

"Dok leh g(tidak sesuai) dengan Dq,"

"Lak, kita(saya) ingat sesuai dan padan doh dengan dia nih,"Kata Cg Aminah kepada sahabat-sahabt lain yang turut berada di biliknya.

Apa yang penting, bagi sesiapa yang ingin ke mana-mana institusi pengajian tinggi, rancanglah masa hadapan anda dengan bijak dan teliti.Jangan jadi macam saya nih.Menyesal tak sudah.

Kalau mahu pengajian Islam, jangan berkerut muka dengan teori sains,

Kalau mahu pengajian Islam,jangan malu untuk ke aliran sastera.

Namun syukur ke hadrat Tuhan, saya berkesempatan untuk menelaah "kitab biologi, Fizik, Kimia, dan Add Math" yang serba tebal dan serabut tu.Keseimbangan ilmu masih d dalam hati ini kerana berjaya menghadapi nota-nota dan soalan 'Sains stream' yang serba canggih.

Taaruf April Kali ini mengimbau kembali peristiwa pertarungan itu; Pertarungan maha hebat antara:

UIA vs DQ

1 comments:

ili ajeerah said...

Nice entry! Segalanya mungkin, Allah Maha Kuasa :). Ambe nok sangat masuk UIA tapi rezeki takdok lagi :)