“Man, Aku tengok ko ni dah besar panjang,dah makin lanjut umur ko ni,Tak nak kahwin ke?,”Terkejut beruk Azman bila persoalan yang begitu besar diajukan.

“Nantilah,belum sampai masanya lagi, nanti kalu ada jodoh, tak ke manalah,akhirnya aku kahwin jugak nanti,”Jawab Ali yang masih dalam kehairanan.

“Ko nak tunggu apa lagi man?Ko kan dah ada kerja bagus, rumah besar, kereta pun ok.Lagi lama ko tunggu lagi kasihan aku tengok ko ni,”kata-kata pujukan daripada Ali mula terpacul keluar yang begitu ikhlas ingin melihat kawannya mendirikan sebuah ‘masjid’.

“Aku bukan apa li, aku rasa belum bersedia lagilah.Banyak lagi kekurangan pada diri aku ni.Nak urus diri aku pun sakit, ini kan nak jaga anak dara orang,Ko pun tahu,soal kahwin ni bukannya boleh dibuat main-main,”Begitu ‘humble’ nada suara Azman meluahkan perkara yang sebenar di hatinya.

“Apa yang kurangnya? aku tengok ko ni dah cukup ‘perfect’ untuk menjadi suami orang.Macam aku cakap tadi.Semuanya ko dah ada.” Tanya Ali yang masih lagi tidak faham ‘mengapa’ Budak Azman ni tak mahu kahwin juga.Pada Ali, Budak seperti Azman inilah yang paling sesuai kahwin.

“Biar aku berterus sajalah Li.Memang aku ada segala-galanya.Aku ada Rumah, ada kereta, ada ‘good job’.Tapi aku jahil tentang agama.Ilmu aku tentang agama ini masih cetek lagi.Nak kahwin ni bukan hanya perlu ada wang dan harta untuk menyara anak orang tapi ilmu agama pun perlu juga.Wang dan harta untuk menyara anak orang di dunia, ilmu agama untuk ‘menyara’ anak orang di akhirat,”Panjang pula penerangan Azman kepada Ali yang kelihatan seperti orang yang baru tersedar dari sebuah mimpi yang begitu indah.

Penerangan Azman tidak berhenti setakat itu.

“Semalam aku ke Surau ada seorang ustaz bagi tazkirah.Dia ada baca sepotong ayat Quran.Tapi aku dah lupa ayat mana entah.Tapi aku ada tulis ‘point’ penting tazkirah dia tu.Dia kata lelaki sebagai seorang suami mempunyai tanggungjawab yang begitu berat terhadap keluarganya.Suami sebagai ketua keluarga haruslah menjaga ahli keluarga daripada sambaran api neraka.Bila aku dengar je, tentang api neraka, aku mula berfikir banyak kali untuk kahwin.Macam mana aku nak jaga ahli keluarga aku kalu tak ada ilmu tentang agama, halal dan haram pun aku susah nak beza.,”Penerangan Azman kali ini telah membuka minda Ali yang selama ini tertutup dengan angan-angan indah tentang sebuah perkahwinan.

Entry kali ini saya masih berada dalam wedding mood atau mood jamuan kesyukuran sabtu baru-baru ini.Watak dan ceritanya hanyalah rekaan semata-mata,tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang telah mati.

Setiap daripada kita yang ingin menjejakkan kaki ke alam perkahwinan harus membaca kembali sepotong ayat Al-Quran di dalam Surah At-Tahrim ayat ke 6.Ayat inilah yang telah dibaca oleh ustaz yang memberi tazkirah dalam dialog di atas.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Wahai Orang-Orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu(berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar(layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan”

Semua daripada kita yang ingin ke alam baru harus sanggup menyahut seruan Allah dalam ayat ini.Seruan ini tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk kebaikan dan manfaat manusia itu sendiri.

Sesiapa yang ingin menyahut seruan ini tidak dapat tidak, harus membekalkan dirinya dengan ilmu yang cukup tentang agama.Ilmu tentang halal atau haram,baik atau buruk, boleh atau tidak boleh, makruh atau sunat, dan sebagainya.

“Aku ni bukannya ustaz yang tahu tentang agama.Aku dulu belajar tentang sains dan Math,Soal agama ini aku kuranglah sikit”

“Yang aku tahu tentang ekonomi.Tentang agama ini manalah aku tahu.Mana aku tahu isteri aku kena pakai macam ni,tak boleh buat itu ini.Mana aku tahu anak aku kena buat macam ni macam ni.”

“Argh… buat apa aku nak tahu pasal ni semua.tak ada kaitan pun dengan aku.Yang penting keluarga aku dapat makan minum, ada tempat tinggal dan bahagia sudah.Soal agama ni tolak ketepi dulu.

Dialog di atas biasa kita dengar dari mulut orang awam kita yang beralasan tidak tahu dan tidak faham tentang agama.Hanya beralasan semata-mata tanpa menggerakkan usaha untuk mendapat tahu dan mengambil tahu tidak dapat diterima oleh akal yang sihat.Yang penting kita berusaha untuk tahu dan berusaha untuk mengamalkan apa yang kita tahu.

Seruan di atas begitu berat untuk kita semua pikul.Kepada Allahlah kita menadah tangan supaya menjadikan kita di kalangan orang yang berusaha menjaga:

Dirinya, Ahli Keluarganya daripada seksaan api neraka Allah.

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ الْإِمَامُ رَاعٍ وَمَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أَهْلِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمَسْئُولَةٌ عَنْ رَعِيَّتِهَ

"Setiap di kalangan kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan ditanya tentang apa yang telah dipimpin.Imam adalah pemimpin dan akan ditanya tentang rakyat di bawahnya.Lelaki adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipertanggung jawabkan ke atas dirinya".


0 comments: