Kisah Pertama

"Salam, ayah Asyraf meninggal,dia sampai petang ni,"Pagi itu saya menerima sms daripada seorang akhwat SHAMS.Tidur saya tiba-tiba terganggu dek kerana terkejut beruk apabila menerima sms sebegitu.

"Asyraf mana ni ye,sape ni?"saya kehairanan apabila no yang tidak dikenali menghantar sms tentang berita yang amat mengejutkan.

"Asyraf Zuki, ni Zafirah,"Sahabat Akhawat UTP rupanya.Ingatkan siapa tadi.Saya bermonolog sendiri.

Tanpa berlengah masa, saya mengambil keputusan untuk menjemput sahabat akrab saya di SHAMS.sudah hampir 2 tahun dia tidak pulang ke Malaysia semenjak berkelana di bumi Mesir.

Timbul pula satu masalah besar.

"Macam mana aku nak telefon Asyraf,"Soalan yang begitu ligat bermain di fikiran saya.Baru saya ingat sebelum ini saya telah beberapa kali berhubung dengannya.Mungkin saya boleh berhubung dengan no tersebut.Ada Tiga no yang tersimpan dalam handset saya.Setiap satu no saya cuba.Namun semuanya tidak berhasil.

Tiba-tiba saya teringat yang saya ada menyimpan no Ayah Asyraf.Apa lagi saya terus menghubungi no tersebut.Mujurlah no itu betul dan Kakak kepada Asyraf yang menjawab panggilan saya.

Kata Kakak Asyraf, Asyraf tengah transit di Dubai.Mungkin dia akan sampai di KLIA pukul 8.40 malam.

Tidak ada apa-apa perkataan yang dapat saya ucapkan kepada Kakak Asyraf melainkan ucapan Takziah.

"Sabarlah ye Kak,Mungkin.Ada hikmah di sebaliknya.Moga Arwah termasuk di kalangan Orang-orang yang soleh dan beriman,"Saya menghantar satu SMS untuk menenangkan keadaan.

"Tapi tulah Arwah harap sangat dapat berjumpa dengan Asyraf sebab dah dua tahun arwah tak jumpa dengannya,"Itulah rindu seorang ayah terhadap seorang anak.Tetapi Takdir telah menentukan segala-galanya.



Petang itu dalam pukul 6.30 saya bergegas ke KLIA dari CFS Nilai dengan membonceng motor dengan seorang sahabat.Perjalanan dari Kampus CFS Nilai ke KLIA memakan masa 20minit.

Selepas berhenti solat maghrib di Masjid KLIA saya terus ke KLIA.Alhamdulillah lebih kurang pukul 9 lebih wajah seorang sahabat akrab kelihatan keluar dari balai ketibaan.saya terus bersalam dan berpelukan untuk melepaskan rindu terhadap seorang sahabat.Saya hanya mampu menyuruh Asyraf bersabar dan terus bersabar.

"Rah, aku balik dululah.Pagi esok aku datang lagi,"Saya meminta diri untuk pulang ke CFS.Jam ketika itu menunjukkan pukul 10 lebih.Selepas subuh, saya ke KLIA lagi untuk menemani Asyraf pulang ke Terengganu.

Saya kerap ke rumah Asyraf terutamanya sebelum ke Attawuniah,tempat saya bekerja selepas SPM.Masih teringat lagi di minda ini saya berbual dengan arwah dan disambut oleh arwah.Pemergian arwah begitu mengejutkan secara tiba-tiba.



Kisah Kedua

"Salam, Pak Asing,pengajar di Attawuniah meninggal kul 4 petang tadi," saya menerima satu sms daripada guru Quran saya Ustaz Mazuri.

"Sakit apa ustaz?,Tiba-tiba je," saya menginginkan sebuah kepastian.

"Arwah pergi minum air.Tiba-tiba dia jatuh.Orang ramai panggil ambulans.Tadi anak arwah datang pejabat kata dia dah tak ada,"Begitulah lebih kurang sms Ustaz Mazuri.

Pak Asing (mungkin namanya Hashim, saya pun tidak berapa pasti), seorang rakan kerja yang begitu rapat dengan saya ketika saya berpeluang mengajar 'ngaji' di Attawuniah.Seorang yang banyak mempunyai pengalaman dan suka berkongsi pengalaman beliau dengan saya..Sekali-kala wajah tuanya agak menakutkan budak-budak yang belajar 'mengaji' di Attwuniah.Bak kata orang bila ada beliau, saya tak kering gusi dek kerana terdekah-dekah ketawa.

Namun apa yang pasti pemergian beliau begitu mengejutkan secara tiba-tiba.Terasa macam baru semalam saya berbual-bual dan bergelak ketawa dengan beliau.

Kisah Ketiga

Semalam saya menerima panggilan daripada Kakak saya yang memberitahu pemergian Ayah Kak Ipar saya Kak Adah(Pak
Din@lebih biasa saya panggil Ayah Wan juga merupakan ayah kepada seorang sahabat saya-Wan Najmuddin).

Sepatutnya saya pulang ke Terengganu Esok malam,tetapi bila mendapat berita tersebut saya terus bersiap-siap untuk pulang Terengganu.Memang saya akan pulang ke Terengganu minggu ini untuk bersama-sama dengan sahabat SHAMS lain dalam satu program di Rantau Abang.

Jam menghampiri pukul 12 tengah malam, kami bertolak meredah kesunyian malam untuk pulang ke Terengganu.

Saya hanya mampu mengucapkan takziah kepada Kak Adah dan Idin Sekeluarga di atas pemergian ayah wan ke Rahmatullah.

Masih segar lagi di ingatan ini, wajah 'tua' ayah Wan yang biasa menunaikan solat jumaat di saf pertama di Masjid Rusila.

KHATAM

Pemergian ketiga-tiga mereka memang memeranjatkan saya.Sedikit sebanyak pemergian mereka menambahkan lagi ingatan saya kepada mati.Benarlah firman Allah:


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ




Setiap Umat itu baginya Ajal.Apabila Datangnya ajal itu tidak dapat di lambatkan sesaat dan tidak dapat didahulukan walau sesaat



Mereka Pergi dengan tiba-tiba.Al-Fatihah untuk mereka semua.Semoga Roh mereka digolongkan di kalangan mereka yang soleh lagi beriman.Amin.....

0 comments: