يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ


Wahai Orang-Orang Yang Beriman! Mengapa Kamu berkata sesuatu yang Tidak kamu lakukan.Amat Besar Kemurkaan Allah kamu berkata sesuatu yang Tidak kamu lakukan.

Ketika membaca ayat di atas, saya berasa cukup bersalah.Hati ini cukup resah dan gelisah.Adakah saya benar-benar telah berjaya menyahut sahutan dan seruan daripada Allah ini.Seruan dan taklifan daripada Allah ini cukup berat bagi mereka yang suka berkata-kata.Termasuk lah diri ini.


Salahkah kita untuk berkata-kata.Sudah semestinya tidak salah sama sekali, tetapi 'bercakap itu biarlah serupa bikin' kata orang.Virus'bercakap tak serupa bikin' kadang-kadang boleh menyerang keperibadian kita semua.Penilaian secara ikhlas dan 'koreksi' secara jujur terhadap apa yang dikatakan haruslah berlaku dalam kehidupan seharian kita.

Bahkan ayat Al-Quran di atas tadi telah diturunkan kepada sahabat-sahabat Rasul sendiri.Jika Sahabat-sahabat yang mengelilingi kehidupan nabi,susah senang dengan nabi,hidup mati bersama nabi ditegur,apatah lagi kita yang setiap hari dibayangi kekotoran noda dan nestapa.

Diriwayatkan bahawa bahawa Orang Muslimin berkata:Jika sekiranya kami mengetahui amalan yang paling disukai oleh Allah, maka Kami akan manfaatkan padanya(amalan itu) harta kami dan jiwa kami!!Ketika mana Allah memfardhukan Jihad ke atas mereka, maka sebahagian daripada mereka ingkar untuk keluar berjihad.Maka Allah Telah menurunkan atas di atas.
(Boleh rujuk kitab Asal Tafsir Abu Suu'd 5/159).

Berjaya menyuruh orang kepada kebaikan, gagal bahkan lupa kepada diri sendiri itulah simpton yang kurang sihat bagi kita.

Jangan di hadapan orang pijak semut tak mati ,tetapi di belakang orang Allah sahaja yang mengetahuinya.Berbuih-buih mulutnya menyeru kepada yang Makruf, sedangkan dialah dalang di sebalik perkara mungkar yang berlaku.

Saya setiap kali ingin menulis,saya selalu berfikir.

"Apakah yang aku nak tulis ni,dah berjaya aku laksanakan,"

Kadang-kadang kita sebagai HambaNya terbabas.Bercakap tentang yang baik sudah semestinya mendapat pahala,tetapi belum tentu apa yang kita cakapkan menghindari kita daripada dosa.Dosa datang apabila kita tidak berupaya memenuhi apa yang telah kita perkatakan.

Oleh itu apa salahnya jika kita mengingatkan diri kita dengan satu ayat Allah ini:


أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنْسَوْنَ أَنْفُسَكُمْ وَأَنْتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ

Adakah kamu menyuruh manusia berbuat kebaikan,tetapi kamu lupa kepada diri kamu sendiri,sedangkan kamu membaca kitab.Tidakkah kamu mempunyai akal fikiran.

Dialog Biasa

"Kita hendaklah menyuruh kepada yang Makruf dan Mencegah kemungkaran yang ada di sekeliling kita.Jangan hanya lihat sahaja,tetapi kita kena bertindak,"Berapi-api tazkirah daripada seorang senior ketika suatu usrah dijalankan.

"Kamu ni kenapa pakai macam ni,kan tak boleh pakai macam ni.Kat sekolah saya tengok kamu nih bukan main warak lagi dengan tudung labuh,"seorang junior ditegur seorang senior yang tidak puas hati dengan 'style' dan 'fesyen' juniornya di luar waktu sekolah.

"Saya rasa kamu pun tahu ikhtilat tu haram.Ini bukan budaya Islam.Kenapa kamu suka sangat berdua-duaan ke sana ke mari,"Nasihat seorang kaunselor kepada 'client'nya.

"Aku kalau jadi jutawan nanti,aku nak besarkan masjid yang ada kat kampung kita ni,"Bakal jutawan menanam janji kepada seorang ketua kampung.

Banyak lagi dialog yang biasa kita dengar.Semua dialog di atas adalah untuk kebaikan.Dialog sebegini pasti bersamanya ujian daripada Allah.Ujian samada kita berjaya melaksanakan apa yang diperkatakan, atau mendapat celaan tuhan.Jangan hanya tahu 'menyuruh buat itu dan ini'.Pujuklah diri untuk 'SURUH DAN BUAT'.Memilih untuk tidak mendapat cela tuhan itulah kejayaan yang sebenar.Jadikan kedua-dua ayat Allah di atas sebagai pedoman atau penunjuk jalan yang terang.

Setiap nasihat yang diberi,pastikan ia telah berjaya kita amalkan.

Setiap janji yang ditaburkan,pastikan kita berjaya menepatinya.

0 comments: