Saya menghadapi waktu istirehat musim cuti akhir sem ini dengan aktiviti harian saya seperti biasa .Sepanjang cuti ini boleh dikatakan mata saya hanya tertumpu pada 'lap top' sahaja untuk 'layan internet'.Aktiviti begini dirasakan cukup bermanfaat selain menambahkan ilmu pengetahuan baru, mengetahui perkembangan semasa;dalam mahupun luar negara,hinggalah men'download' ceramah atau kuliah agama.Rasanya tidak ada penyesalan bahkan mungkin mendatangkan keinsafan bagi sesiapa yang mengambil manfaat yang baik daripada 'lebuh raya' maklumat ini.

Tetapi semalam satu pengalaman baru datang menghiasi episod kehidupan saya.Sedang rancak 'serve internet' tiba-tiba saya mendapat satu 'conference invite'(kalau tidak silap saya) daripada seorang sahabat dalam YM.HAFIZADAM, seorang sahabat yang saya kenali melalui alam maya menghantar satu 'invitation'.Dalam kebingunan saya terus sahaja 'accept' dan 'join' invitation itu dengan niat hanya untuk mengetahui apa yang istimewanya di sebalik 'invitation conference' ini.

Butang 'accept' yang ditekan tidak mengecewakan saya,bahkan ia memang begitu istimewa.Ada 'Talk' secara online sedang berjalan rupanya.Inilah kali pertama dalam hidup saya mendengar 'Talk' secara live yang dibawakan dari Bumi Ireland menerusi YM.Terima kasih diucapkan kepada saudara Hafiz.

Secara jujurnya saya masih 'tertanya-tanya' dan ragu."Talk apa ni,tentang apa talk ni,"Saya bermonolog sendirian.Apalagi saya terus sahaja bertanya di ruang 'chatting'. Berikut adalah sedutan sedikit suasana chatting saya semalam:

Mohd Izzuddin: tumpang tanya

Mohd Izzuddin: kat mana talk nih?

alp_arslan02: di dublin, ireland

Mohd Izzuddin: ooo

spica_gen: Tajuk: Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Kini
Penceramah Online: Ustaz Syed Kadir, Al-azhar University diadakan di Dublin,Ireland

Mohd Izzuddin: ustaz kat azhar ke kat dublin

muaz_1987: dublin

hafizadam_azlan has joined the conference.

spica_gen: ustaz ni lulusan al-azhar

Mohd Izzuddin: selalu ke ada talk cm ni?

hafizadam_azlan: aah

hafizadam_azlan: haha

zuff_fher: No, thank you.

Yahoo! Messenger: zuff_fher has declined to join.

sarah19185: No, thank you.

Yahoo! Messenger: sarah19185 has declined to join.

rafeeq_lan has joined the conference.

freshies_kgirl has joined the conference.

hafizadam_azlan: malas stadi..

ne3da has joined the conference.

shoraou_dorayaki: No, thank you.

Yahoo! Messenger: shoraou_dorayaki has declined to join.

spica_gen: Tajuk: Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Kini
Penceramah Online: Ustaz Syed Kadir, Al-azhar University

hafizadam_azlan: g sorg2

rafeeq_lan has left the conference.

hafizadam_azlan: ajk hafzi

man_ana07 has joined the conference.

spica_gen: x..campur2 satu dunia..fokus ok..

nuriahk_ken has joined the conference.

spica_gen: Tajuk: Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Kini
Penceramah Online: Ustaz Syed Kadir, Al-azhar University

zen_aku86 has joined the conference.

has_merya: knp boleh xphm?

has_merya: putus lg

zen_aku86 has left the conference.

has_merya: ok dah

jabalmusa has joined the conference.

spica_gen: Tajuk: Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Kini
Penceramah Online: Ustaz Syed Kadir, Al-azhar University

has_merya: putus

has_merya: ok

nursyahida02 has joined the conference.

spica_gen: sbb guna vista kot..hehe noman

ar_rijal88 has joined the conference.

muaz_1987: noman beseri ke?

aufa_0510 has joined the conference.

spica_gen: putuih

alp_arslan02: Kupasan Buku: Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Kini karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan
Penceramah Online: Ustaz Syed Kadir, Al-azhar University

almiebonzer has joined the conference.

helicorpeous has joined the conference.

almiebonzer: No, thank you.

Yahoo! Messenger: almiebonzer has declined to join.

has_merya has joined the conference.

vti_tique has joined the conference.

pointer_07 has joined the conference.

helicorpeous has joined the conference.

vti_tique has left the conference.

jabalmusa has joined the conference.

fazleenrazali: hohoho

jabalmusa has left the conference.

zalyha_87 has left the conference.

anz_uiuc has left the conference.

jabalmusa has joined the conference.

has_merya: Tajuk: Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Kini
Penceramah Online: Ustaz Syed Kadir, Al-azhar University
freshies_kgirl has left the conference.

lord_crespo has left the conference.

Mohd Izzuddin: venue talk nih kat mana?

alp_arslan02: Talk di sbuah rumah pelajar di dublin, ireland
Mohd Izzuddin: ada selalu ke talk nih?

muaz_1987: putuih

xylophyleum has joined the conference.

alp_arslan02: talk ini bersempana kedatangan ustaz untuk program deen intensive dublin

Mohd Izzuddin: ooo

alp_arslan02: anjuran Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)

Mohd Izzuddin: deen intensive program apa yer?

Mohd Izzuddin: sory lah bnyk tanya

alp_arslan02: program belajar agama secara talaqqi dgn ustaz...bersempena cuti musim panas

Mohd Izzuddin: ooo

Mohd Izzuddin: bgus

Mohd Izzuddin: mantap jugka

alp_arslan02: jemput2 lah join yahoogroup ppimi untuk makluman lanjut.

Talk Malam Itu


Talk pada malam ini adalah merupakan 'diskusi buku'.Buku yang telah telah dibincangkan ialah 'Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Kini' karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.Alhamdulillah saya telah memiliki buku ini sejak 3 tahun yang lalu.Sudah beberapa kali saya berjaya meng'khatamkan' pembacaan saya.Malah kalau tidak silap saya, saya telah sempat mem'promosi'kan beberapa kali buku yang berharga ini dalam Usrah BPDS SHAMS.Buku ini pada saya begitu baik untuk dimiliki muda-mudi Islam yang hidup pada zaman serba canggih ini.Ia juga mungkin sesuai untuk mengingatkan kita tentang cara menghadapi globalisasi.Globalisasi memang suatu perkara yang tidak dapat dielakkan.Namun persediaan yang cukup dan mantap diperlukan bagi menghadapinya.Maklumat lanjut tentang buku ini sila lawati:

http://www.yadim.com.my/buku/bukuketerangan.asp?bukuId=127


Sedikit tentang Pengarang.

Saya mula mengenali pengarang melalui kitab beliau yang agak popular 'Tarbiyatul Aulad Fil Islam'.Buku ini ditulis dalam Bahasa Arab.Saya hanya mampu menghadam terjemahannya sahaja oleh Syed Semait keluaran Pustaka Nasional.Memang Syeikh merupakan Ulama yang berjaya melontarkan idea-idea yang bernas dalam setiap karyanya sehingga saya sendiri cukup terkesan dan 'terhibur' dengan buah tangan Syeikh.Rahmat dan sejahtera buat Syeikh Dr Abdullah Nasih Ulwan.Al-Fatihah...Moga Allah Mengolongkan Syeikh di kalangan Hambanya yang soleh.Butiran tentang Syeikh Dr Abdullah Nasih Ulwan.


Saya juga telah menyambut pelawaan daripada seorang rakan chatting untuk 'join' yahoogroup ppimi(Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland).Namun keahlian saya masih belum disahkan lagi dengan status"Your membership is awaiting approval by the group owner".


Tanya Soalan
Ketika masa tinggal 4 minit lagi untuk talk itu ditamatkan, saya mengambil kesempatan untuk bertanya kepada speaker, Ustaz Sayed Abdul Kadir.

Adakah Wajar kita memboikot Denmark?

Dengan spontan soalan saya dijawab terus.
Wajar tapi saya tidak kata ianya wajib,
Begitulah lebih kurang jawapan daripada ustaz.


Begitu teruja sekali apabila soalan yang dihantar melalui YM dijawab oleh ustaz.Soalan dihantar melalui ruang chatting tetapi dijawab oleh ustaz melalui Audio yang boleh didengari secara live.Soalah-olahnya saya juga sedang berada di rumah pelajar tersebut.SubhanaAllah canggihnya zaman sekarang ni.


Tahniah Buat Mereka

Sekalung tahniah buat saudara-saudara seIslam saya di bumi Ireland yang telah berjaya melakukan Online Talk melalui YM ini.Ini juga merupakan usaha yang harus dipuji dan disokong.Moga kita dapat berjumpa lagi di lain waktu dan hari.

0 comments: