Al-Hasyr yang bermaksud pengusiran merupakan salah satu daripada surah madaniah.Surah berkisarkan tentang peperangan Orang Mukmin Terhadap Yahudi Bani Nadhir.Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, sifat dan perilaku Yahudi amat buruk.Mereka telah mengingkari dan melanggar perjanjian antara mereka dengan Rasululllah SAW.

Perlanggaran ini merupakan kesalahan yang cukup besar sehingga Rasulullah mengambil keputusan untuk mengusir dan menghalau Yahudi Bani Nadhir daripada Bumi Madinah.Ibnu Abbas RA telah menamakan surah ini surah Bani Nadhir kerana boleh dikatakan kebanyakan ayatnya menceritakan tentang pengusiran Yahudi Bani Nadhir daripada Bumi Madinah.


Surah ini juga membongkar rahsia dan perangai buruk Orang-orang munafik.Mereka mengatakan bahawa mereka sanggup bersama-sama dengan Yahudi dan akan menolong Orang Yahudi jika diperangi Orang Islam.Jika Yahudi dihalau keluar daripada madinah, mereka pun akan keluar daripada Madinah. Tetapi Allah tahu bahawa kesanggupan mereka itu hanyalah omongan kosong semata-mata yang dilemparkan kepada Orang Yahudi.Mereka hanya ingin menipu dan mengambil kesempatan daripada Orang-Orang Yahudi.

Inilah sifat Munafiq yang tidak mempunyai pendirian dan prinsip yang jelas.Apabila mereka bersama dengan orang beriman, mereka menzahirkan dan menunjukkan keimanan mereka kepada Rasul.Padahal hati mereka gelap dengan keraguan terhadap Rasul.Perangai mereka tak ubah seperti pijak semut tak mati.

Di Belakang Orang Beriman, mereka bagaikan jaguh yang akan bersama-sama Yahudi jika dihalau daripada madinah.Manisnya mulut mereka dengan janji sedemikian walaupun hati mereka menidakkan janji mereka itu.Allah telah menyamakan mereka seperti SYAITAN yang memberikan janji manis kepada manusia.SYAITAN menyuruh manusia kufur.Ketika mana manusia itu kufur, SYAITAN berlepas diri daripada mereka.Begitu juga munafik, mereka berjanji untuk menolong Yahudi, tetapi pada hakikatnya apabila sampai masa mereka tidak mengotakan janji.

Point Surah Al-Hasyr

Surah ini dimulakan dengan Ayat yang mensucikan dan mengagungkan Allah SWT.Semua Makhluk di langit dan di bumi, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, batu-batan mensucikan Allah dengan KeesaanNya,Kekuasaannya, dan kebesaranNya.Sebagaimana Firman Allah:

سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

ُ

Semua yang di langit dan bumi bertasbih kepada Allah.Dan Dialah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

2) Allah telah menyebutkan kekuasaan dan kemuliaan diriNya dengan menghalau Yahudi daripada rumah dan negeri mereka.Walaupun kawasan tempat tinggal mereka dikelilingi dengan kubu-kubu yang pada sangkaan mereka tidak dapat ditembusi oleh sesiapa pun,tetapi kekuasaan Allah mengatasi segala-galanya.Dalam keadaan sedemikian, Allah telah mendatangkan suatu peristiwa begitu pahit bagi mereka ketika mana mereka diusir daripada bumi Madinah. Dikatakan sebelum Bani Nadhir sebelum meninggalkan kampung halaman mereka, mereka telah merobohkan rumah-rumah mereka.Tiang-tiang dicabut,atap-atap ditanggalkan.Dinding-dinding telah ditebuk.Semua ini dilakukan supaya Orang Mukmin tidak dapat mendiami kawasan mereka.Inilah bukti yang menunjukkan kedengkian dan hasad mereka terhadap orang mukmin.Dalam masa yang sama,kubu-kubu mereka dapat dimusnahkan oleh Orang-orang beriman. Firman Allah:

هُوَ الَّذِي أَخْرَجَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مِنْ دِيَارِهِمْ لِأَوَّلِ الْحَشْرِ مَا ظَنَنْتُمْ أَنْ يَخْرُجُوا وَظَنُّوا أَنَّهُمْ مَانِعَتُهُمْ حُصُونُهُمْ مِنَ اللَّهِ فَأَتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ حَيْثُ لَمْ يَحْتَسِبُوا وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ الرُّعْبَ يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُمْ بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ

Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli kitab dari kampong-kampung mereka untuk pengusiran pertama kali, kamu tiada menyangka, bahawa mereka akan keluar dan mereka pula yakin, bahawa benteng-benteng mereka akan mempertahankan mereka daripada(seksaan) Allah,maka Allah mendatangkan kepada mereka(hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka.Dan Allah melemparkan ketakutan ke dalam hati mereka.Mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri dan juga tangan Orang-orang yang beriman.Maka jadikanlah ianya teladan wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

3) Surah ini juga membincangkan tentang Fai’(Harta rampasan perang tanpa berlakunya penyerangan) dan Ghanimah(Harta rampasan perang dengan berlakunya penyerangan),beserta syarat-syarat dan hukum-hukumnya.Harta Fai’ itu dikhususkan juga kepada Faqir supaya harta tidak hanya beredar atau ‘mengalir’ kepada orang kaya sahaja.Firman Allah:

مَا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَى فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ وَمَا آَتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Apa jua harta rampasan (Fai’) yang diberikan Allah kepada RasulNya yang berasal daripada penduduk kota maka ianya adalah untuk Allah, Rasul,kaum kerabat Rasul terdiri daripada Bani Hashim,Bani al-Mutallib,anak-anak yatim, orang-orang miskin, dan orang yang musafir.Harta ini diberikan kepada yang golongan berkenaan supaya harta itu tidak beredar kepada orang kaya sahaja sehingga mereka terus kaya dan yang miskin terus miskin.Dan Hukum yang datang daripada Rasul itu yang berupa suruhan, maka Kamu ambillah,dan larangannya maka jauhilah.Dan Bertaqwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah keras seksaanNya.

4) Surah ini menceritakan tiga golongan manusia.MUHAJIRIN,ANSOR,dan golongan selepas zaman kedua-duanya(TABIIN).Pujian diberikan kepada MUHAJIRIN yang sanggup meninggalkan kampung halaman mereka dan harta benda mereka,semata-mata untuk mendapatkan kelebihan dan keredhaan di sisi Allah Taala.Kelebihan ANSOR turut dinyatakan apabila bergembira dengan kedatangan Muhajirin Ke Madinah.Tidak ada perasaan dalam hati mereka untuk mendapatkan harta sebagaimana yang telah diberikan kepada MUHAJIRIN.Mereka(ANSOR) tidak mementingkan diri mereka walaupun pada masa yang sama mereka berhajat kepada harta tersebut.Golongan ketiga pula ialah mereka yang berdoa seperti berikut:

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Wahai Tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan saudara-saudara kami yang lebih dahulu beriman daripada kami.Jangan Engkau jadikan pada hati kami perasaan dengki kepada Orang yang beriman.Wahai Tuhan kami Engkaulah Maha Penyantun lagi Maha penyayang.

5) Surah ini juga mengingatkan Orang-Orang beriman supaya bertaqwa kepada Allah.Janganlah Orang-orang yang beriman lupa kepada Allah sehingga Allah menjadikan lupa beramal untuk kebaikan diri mereka diakhirat kelak.Allah mengatakan Bukit yang begitu pejal akan runtuh apabila diturunkan Al-Quran ke atas dirinya dek kerana takut kepada Allah.Bagaimana pula dengan manusia yang mempunyai akal fikiran, sudah semestinya mereka sepatutnya lebih takutkan Allah apabila mendengar ayat-ayat Allah.Diakhiri surah ini dengan menyebut sifat-sifat Allah yang Maha Agung.

WA ALLAHUALAM.

0 comments: