“Esok, mak nak alang ‘start’ belajar ‘mengaji’ dekat rumah Mak Esah di kampung seberang tu,” Arah Rohaya dengan nada yang begitu serius, meminta anaknya mula belajar mengaji Quran esok hari.

“Baik mak, Alang dah janji dengan Ali semalam.Kitaorang memang nak ‘start’ mengaji esok pun.Mak jangan lah bimbang.Nanti Alang belajarlah mengaji.,” Jawapan Alang meredakan sedikit kebimbangan Rohaya.Kelihatan muka Alang riang sekali menunggu hari esok, ditambah esok dia tidak keseorangan pergi ke rumah Mak Esah esok.

“Kau ni Ali, nak jadi apa..Dah besar panjang, tapi nak belajar mengaji pun malas.Aku suruh ko pergi mengaji, ko tak pergi.Asyik suka main je ko ni.Kalau ko macam ni, bila lah ko nak pandai mengaji,” Sabar Mak Lijah tiada batasan lagi.Perangai Abu yang suka ponteng belajar mengaji semakin menjadi-jadi.

“Alah, kecoh betullah mak ni.Esok-esok boleh lagi pergi mengaji tu,”Jawapan Abu memang selamba.

“Ko dengar sini Abu, kalau esok ko tak pergi jugak belajar mengaji, siap ko aku kerjakan.”Mak Lijah memberi amaran keras.
Cerita-cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata.Dialog di atas mewakili perbualan harian segelintir masyarakat kita yang risau jika anak-anak mereka tidak pandai mengaji Al-Quran.Keprihatinan mereka membuatkan mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anak mereka pandai mengaji Al-Quran.Kerisauan mula timbul apabila anak-anak yang semakin hari semakin membesar, tetapi masih lagi tidak pandai membaca Al-Quran dengan betul.

Kita juga sebenarnya tidak dapat menafikan bahawa masih banyak lagi ahli masyarakat kita yang tidak mengendah pun dengan pembelajaran Al-Quran anak-anak masing-masing.Quran dirasakan begitu ‘gampang’ untuk dipelajari.

“Ko pandai mengaji ke tak, tu mak tak kisah,yang penting ko dapat ‘Result’ cemerlang dalam ‘exam’ tu nanti,”Mentaaliti seorang mak yang cukup terkebelakang.

Sedangkan Rasulullah sendiri telah memberikan penegasan yang berbunyi:

“Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar Quran dan mengajarkannya”

Maka soal pembelajan Al-Quran bukan isu yang remeh sebenarnya.Kita perlu memastikan generasi kita merupakan generasi yang tidak lagi buta al-Quran dan boleh membacanya dengan baik.

Keberkesanan proses pembelajaran Quran bermula dengan pemilihan guru yang mursyid dalam pembacaan Quran.Hanya dengan guru yang mursyid sahajalah, anak murid dapat menguasai ilmu tentang sifat dan makhraj huruf, sebutan huruf dengan betul, hokum min dan nun mati dan ilmu-ilmu tajwid yang lain.

Teori dan Praktikal

Proses pembelajaran ini boleh diperkukuhkan lagi dengan membaca buku-buku tentang ilmu tajwid kerana gabungan antara teori dan praktikal akan memantapkan lagi proses pembelajaran Al-Quran..



Memang tidak dinafikan, terdapat banyak buku tajwid di pasaran.Namun saya ingin mencadangkan sebuah buku yang saya rasakan begitu bermanfaat sekali bagi kita semua untuk mempertingkatkan ilmu tajwid. Buku yang berbentuk separa ilmiah ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.Tidak rugi jika kita semua memilikinya.Buku ialah tulisan Ust Surur Shahbudin yang merupakan pensyarah Bahagian Tilawah quran UIAM.Pengalaman beliau yang begitu luas dalam proses pengajaran Al-Quran membolehkan beliau menghasilkan buku sebaik ini.Beliau juga mengajar Quran kepada masyarakat umum dan tidak ketinggalan juga mengadakan kursus, seminar sehari membaca Al-Quran bertajwid..Segala info boleh dapatkan di sini

Faham Makna

Selain mempelajari ilmu tajwid, pembelajaran tentang tafsir dan makna Al-Quran juga tidak boleh diabaikan.Amat malang sekali apabila ada segelintir ahli masyarakat kita yang ‘bersunguh-sungguh’ mempelajari ilmu tajwid, tetapi malas dan tidak mahu untuk mempelajari makna dan maksud disebalik ayat-ayat Al-Quran itu.

Perlu diingat di sini bahawa Quran tidak hanya wajib dibaca dengan betul, tetapi ia juga wajib diamalkan dalam kehidupan seharian kita.Bagaimana kita ingin mengamalkan isi kandungan Quran jika tidak mampu memahami makna dan tafsiran ayat-ayat Al-Quran tersebut.

Proses pembelajaran Quran itu tidak hanya tertumpu kepada ilmu tajwid sahaja, tetapi ia juga harus dimantapkan dengan pemahaman ayat-ayatnya.

0 comments: