Antara Keajaiban perkahwinan ialah ia mampu mengubah insan untuk melihat dunia ini dengan penuh tanggungjawab....Sudut pandang seseorang terhadap kehidupan dunia ini akan berubah 360 darjah sebaik sahaja insan memasuki alam perkahwinan...

Ianya mengajar insan bahawa kehidupan di dunia ini sebagai medium dan platform untuk melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan Allah kepada manusia...Perkahwinan bukan sahaja mengikat hati dua insan, tetapi lebih daripada itu ianya mengikat tali persaudaraan silaturahim antara dua buah keluarga..Daripada sebuah keluarga berkembangnya masyarakat dan seterusnya negara...

Kalau dulu kita punya seorang ayah, dan seorang ibu, kini kita punya seorang lagi ayah dan seorang lagi ibu...

Kalau dulu kita punya beberapa orang sahaja adik beradik, kini kita punya sekali ganda adik beradik yang telah memperbesar lagi keluarga kita yang dahulunya mungkin sunyi dengan seorang dua sahaja yang bergelak ketawa..Tetapi sekarang Seluruh rumah riuh rendah dengan gelak ketawa ahlinya...

Di sebalik kegembiraan dan kebahagian yang dinikmati dua insan di atas hubungan kekeluargaan yang dari satu hari ke hari yang lain, ahlinya semakin bertambah..Nun jauh di sana telah zahirnya pelbagai tanggung jawab yang bakal terbeban dan sedia menanti di bahu insan yang ingin sehidup semati, membina syurga rumah tangga sehingga ke syurga yang kekal abadi di akhirat sana...


Aduhai perkahwinan..Ianya memang suatu keajaiban kehidupan...

Kalau dulu satu pinggan atau satu mangkuk yang kita sendiri gunakan untuk makan pun kita malas nak basuh..Tetapi hari ini sebalik sahaja Walimah kenduri kahwin kita selesai..kawan-kawan, sahabat handai kita pulang...Dengan sendirinya kita turun padang, selising lengan baju untuk membasuh kesemuanya sekali...Pinggan,mangkuk, cawan, gelas, bekas isi nasi dan lauk, hatta periuk kawah gulai pun kita sanggup sental, daripada hitam hingga putih bersih...


Aduhai perkahwinan..Ianya memang suatu keajaiban kehidupan...

Kalau dulu kita hanya berfikir untuk diri kita seorang sahaja..Hari ini banyak perkara yang memenuhi benak fikiran kita..Mana nak fikir keperluan diri sendiri lagi (sama ada isteri atau suami) ,pasangan kita (isteri atau suami) lagi..anak lagi bila dah lahir,Mak ayah lagi, mertua lagi, adik beradik sendiri lagi, ipar duai lagi, dan kaum kerabat lagi..Semuanya perlu berada dalam ingatan hati nurani...Takut nanti dikatakan tak bertanggungjawab pulak..


Aduhai perkahwinan..Ianya memang suatu keajaiban kehidupan...

Kalau dulu setiap bulan...Gaji masuk, duit kita keluarkan daripada mesin ATM dengan hati yang penuh girang...Dunia seakan-akannya milik kita sendiri...Ke mana sahaja duit dan wang itu boleh dibelanjakan..Sikap boros menguasai diri sendiri...Kini setelah kita berkahwin...Setiap bulan hati yang dulunya tidak sabar menantikan gaji bulanan di 'bank-in'..Kini nikmat berwang dan bergaji terasa tidak senikmat dulu ketika bujang...Sekarang, semua orang menantikan bahagian masing-masing daripada gaji bulanan kita...Mak ayah yang di kampung sebahagian, mertua sebahagian, adik-beradik yang masih bersekolah dan belajar di universiti, ipar duai yang juga sama dengan adik beradik kita yang masih bersekolah dan di universiti, khairat sedeqah untuk kaum kerabat sebahagian..dan banyak lagi bahagian yang lain...

Memanglah mak ayah dan mertua, kalau tak dibagi duit pun, tak pe, duit pencen masih ada dan kalau masih bekerja, duit gaji mereka masih banyak...

Memanglah adik beradik atau ipar duai yang masih bersekolah, kalau tak dibagi duit pun tak pe, mak ayah dan mertua dah sediakan duit belanja untuk mereka semua...

Memanglah adik-beradik atau ipar duai yang belajar di universiti, kalau tak dibagi pun tak pe, duit pinjaman pembelajaran, biasiswa kerajaan kan ada...

Memanglah khairat sedeqah untuk kaum kerabat, kalau tak dibagi pun tak pe, kerana semuanya kan sunat saja hukumnya..

Tetapi itulah keajaiban perkahwinan...Ianya mengubah sudut pandang seorang insan...

Mak ayah atau mertua, ketika mereka masih hidup inilah waktu untuk kita membalas budi mereka yang telah membesar, mendidik dan berkorban segala-galanya untuk kita...Apalah sangat duit bulanan yang kita berikan, jika dibandingkan dengan penat lelah, kegigihan, kesabaran dan pengorbanan mereka kepada kita...Kalau dah tak de nanti..menyesal pun tak de gunanya...

Adik-beradik ipar duai yang masih bersekolah dan belajar di universiti, ketika mereka masih belajar inilah peluangnya untuk kita infaqkan sedikit wang yang kita ada untuk mereka..Bukankah mereka sedang berjuang di medan fi sabilillah (jalan Allah) dan mereka sedang dibuka jalan menuju syurga Allah...malaikat-malaikat memayungkan sayap-sayapnya kerana redha suka kepada penuntut ilmu...Bukankah ini menunjukkan besarnya kedudukan mereka semua...Tidakkah kita mahu disenaraikan antara mereka yang membantu perjuangan seorang yang sedang berada di medan fi sabilillah...

Kaum Kerabat, ketika mereka masih ada inilah, waktu untuk kita menolong apa yang boleh kita tolong...Bukankah kita juga dibesarkan dengan pertolongan mereka..Ketika mak ayah kita susah, bukankah mereka orang yang pertama menolong mak ayah kita, ketika mak ayah kita sakit, bukankah mereka yang menghantar mak ayah kita ke hospital..dan banyak lagi yang telah mereka lakukan...

Aduhai perkahwinan..Ianya memang suatu keajaiban kehidupan...

Kalau dulu masa kita bujang, kita selalu harap mak ayah telefon kita bertanya khabar keadaan kehidupan seharian kita...Makan minum, pakaian kita semuanya kita mahu mak ayah kita ambil berat tentang kita...Kalau ketika kita sesak, tak de duit..kita harap ayah kita faham sendiri yang kita ni tak de duit..Malu plak rasanya kita nak mintak dengan mak ayah...Kadang-kadang kita minta seratus..dibaginya dua ratus...Kini selepas kita berkahwin...Kitalah yang sepatutnya menjadi orang yang pertama, mula-mula sekali bertanya khabar tentang mereka semua..Makan, minum, pakaian, cukup ke?? Ada masalah ke di kampung, Kereta atau motor Rosak tak?? pokok tanaman subur tak??rumput lalang dah tinggi ke?? daun-daun pokok yang gugur dah dibersih ke??Kalau tak cukup, kitalah yang mencukupkannya..Kalau rosak kitalah yang perlu membaikinya, kalau layu, kitalah yang patut siramnya, kalau panjang kitlah yang perlu potongnya...

Begitulah juga, mak ayah..bila masuk je gaji bulanan..cepat-cepat kita bank in kan duit bahagian mak ayah kita..Janganlah bertangguh..tunggu lah dulu duit...beranggapan mak ayah tak memerlukan duit buat masa ini...sebagaimana mak ayah tak pernah bertangguh untuk pastikan kita ber'wang' waktu kita tengah sesak duit...

Aduhai perkahwinan..Ianya memang suatu keajaiban kehidupan...

Kalau dulu kita tak berapa suka dengan budak budak Kecil..Bayi...Bisinglah..malam-malam menangis tak berhenti-henti..Suka kotorkan kawasan..Mainan bersepah...Sekarang Allah campak nur kasih sayang dalam hati kita kepada budak-budak kecil...Jangankan menangis malam..Kencing dan berak pun kita sanggup bersihkan...Tidur tiada lagi lena kalau anak inginkan susuan di tengah malam....Selimut yang tebal dan bantai, tilam yang empuk kita dan apa sahaja kita sanggup tinggalkan hanya semata-mata kerana anak itu memang anugerah tuhan yang tiada bandingan...

Aduhai perkahwinan..Ianya memang suatu keajaiban kehidupan...

Kalau dulu kita bujang, pandangan dan cakap kita tak siapa yang pandang dan dengar...Semuanya kerana kita masih lagi budak hingusan..mentah dan tidak lagi matang..Tetapi tidak sekarang..Semua orang menginginkan pandangan dan pendapat kita sebagai orang yang telah 'tua' dan matang berfikir...

Aduhai perkahwinan..Ianya memang suatu keajaiban kehidupan...

Kalau dulu masa kita bujang, masak( bagi isteri) pun kita tak tahu..Jangankan ayam percik..Ikan Singgang pun kita tak tahu macam mana nak masak...Sekarang jangankan Ayam percik..Tomyam,paprik, nasi beriani, semua jenis nasi di hujung jari sahaja...

Kalau dulu masa kita bujang(suami) , paip air bocor pun kita tak tahu nak baiki, panggil 'plumber', lampu terbakar, tak berani nak tukar...Sekarang plan rumah kita sendiri, dengan sistem perpaipannya, sistem kumbahannya, litar circuit wayering eletriknya, semuanya kita yang aturkan sendiri dengan idea kita sendiri...



Aduhai perkahwinan..Ianya memang suatu keajaiban kehidupan...

Kalau dulu masa kita bujang, kita tak kisah, kita tak pandai solat, baca quran, tak puasa dan banyak amalan ibadat yang tak kita lakukan dan banyak dosa yang kita buat(kalau perempuan-aurat didedahkan, tutup aurat tidak sempurna dlln)..Sekarang..kalau tak buat semua tu..sekurang-kurangnya kalau tak malu pada diri sendiri, malu plak kepada mertua, ipar duai, anak -anak ..Apa plak kata diorang nanti..


Aduhai perkahwinan..Ianya memang suatu keajaiban kehidupan...

Ada banyak lagi kalau dulu...Kalau dulu...dan banyak lagi sekarang.. sekarang...yang bleh diperkatakan...

Insan kebanyakkannya berubah dalam pelbagai perkara dan keadaan setelah berkahwin...

Semuanya berlaku kerana satu..

iaitu Keajaiban tanggungjawab dan amanah selepas perkahwinan...

Maka Alam perkahwinan perlu dimasuki dengan ilmu yang mematangkan, iman yang menjernihkan dan keinsafan yang berpanjangan...

Maka

Memang Benarlah Perkahwinan itu Satu Keajaiban...

Pulau Kerengga 26 Mei 2011..

0 comments: