Guruh berdentum dengan kuat pada pagi ini, dan hujan turun dengan lebat sekali...Pada mulanya, kami berasa gusar jika aktiviti Island Hopping terpaksa dibatalkan memandangkan cuaca yang begitu buruk pada pagi ini..Mengikut info cuaca Jabatan Kaji Cuaca, cuaca pada pagi ini baik...

Tetapi takdir Allah menentukan segala-galanya..Hujan turun tak henti-henti...Selepas solat subuh, kami sabar menunggu dan berharap sekejap lagi hujan akan berhenti...Beberapa kali, kami membuka pintu bilik untuk menjenguk keadaan hujan di luar...

Pak Cik yang saya telefon semalam cakap, kalau hujan rintik-rintik pun, kami masih berpeluang untuk Island Hopping...Bot tetap 'jalan'...Tetapi melihat hujan yang lebat sebegini, besar kemungkinan aktiviti Island Hopping kami terpaksa dibatalkan...

Tunggu punya tunggu, akhirnya, hujan reda dan berhenti...Cuaca kembali baik...Memang info cuaca tadi tepat sebenarnya...Mungkin Saya yang salah dan tidak arif mentafsirkan bila waktu sebenar cuaca di langit cerah sebagaimana yang disebutkan dalam website Jabatan Kaji Cuaca...

Apapun, semuanya di bawah kekuasaan Allah, yang menentukan segala-galanya...Kuasa Allah mengatasi segala-galanya...

Alhamdulillah, kami kembali bersemangat untuk aktiviti Island Hopping pagi itu...Lebih Kurang pukul 8 pagi, kami keluar daripada motel dan bersarapan di Jeti Kuah...Kali ini, kami hanya bertiga, Somad dah tak bersama lagi..Mungkin ada hal lain hari ini...

Dari Jeti Kuah inilah kami akan menaiki bot untuk 'meninjau' 3 buah tempat, Pulau Beras Basah, berhenti di 'port' bagi makan burung helang, dan Pulau Dayang Bunting...

Agak lama juga, kami menunggu sebelum 'naik' bot, sementara menunggu bilangan 'kuota' penumpang bot penuh..Cukup 'korum' barulah bot jalan..Pukul 9 lebih, bot kami bergerak ke lokasi pertama iaitu Pulau Beras Basah..Perkara pertama sekali yang kena buat bila naik bot ni, kenalah pakai 'life jacket' untuk mengelakkan apa-apa yang tidak diingini berlaku...




Alhamdulillah, walaupun first time naik bot, tapi saya tak kena mabuk laut..Tak muntah-muntah pun...Syukur sangat, kalau kena mabuk laut, susah jugak...

Bot yang kami naik penuh dengan pelancong luar negara..Ada pelancong dari Eropah, Korea, dan Pakistan mungkin, takpun India...Dalam bot, memang susah nak amik gambar ...

Maklum sajalah pakaian pelancong asing ni macam mana kan...Amik gambar pun, termasuk sekali rupa dan pakaian mereka yang mendedahkan aurat...Lagipun, Bot ni bukannya besar sangat, duduk pun agak berhimpit-himpit...


PULAU BERAS BASAH








Lebih kurang 45 minit perjalanan daripada jeti kuah, kami pun sampai...Sampai saja di Pulau Beras Basah, kami lihat sudah ramai orang dan Banyak kera 'liar' di sini...Apa yang boleh dilakukan di sini, ialah mandi laut, 'main' pantai, dan semestinya amik gambar...Suasana pulau ini cantik..Kalau nak mandi tu boleh, tapi satu je yang kena ingat, tandas tak de..

So, tak boleh lah nak bilas tubuh lepas mandi pantai..Satu lagi, susah juga, kalau nak buang air kalau dalam kes emergency...Selain itu, ada sebuah 'kiosk' kecil yang menjual air..Kalau dahaga tu, boleh lah beli air...

Kami di'benarkan' lepak-lepak dekat Pulau Beras Basah ni, lebih kurang 45 minit hingga ke satu jam..


KAWASAN HELANG



Selepas tu, kena naik bot balik, nak pergi ke tempat ada burung helang 'berkumpul' mencari makanan...Sebelum ni pun, saya dah pernah tengok burung helang ni...Tapi dari jauh lah..Kali ini tengok helang daripada jarak yang agak dekat...Banyak juga helang yang 'berkeliaran' pada waktu sebegini(lebih kurang pukul 10 pagi lebih)...Bot kami berhenti tak begitu lama kat sini, lebih kurang 15 minit kemudian terus 'meluru' menuju ke Pulau Dayang Bunting...


PULAU DAYANG BUNTING







Saya rasa pulau ni lagi cantik jika nak dibandingkan dengan Pulau Beras Basah tadi...Cuma satu je kurang, tak de pantai, tapi ada tasik...Untuk ke tasik Dayang Bunting, kenalah jalan kaki 'jungle trekking' skit, naik bukit turun bukit, barulah sampai dekat tasik tu...

Tapi kenalah berhati-hati semasa berjalan tu kerana pada awal perjalanan, kita akan berjumpa dengan kera yang agak 'hyper' aktif....Barang-barang kenalah dijaga dengan rapi, takut nanti dikebas dan dirampas untuk 'santapan' kera-kera ni semua...

Sampai sahaja di Tasik ini, anda akan rasa perjalanan memang berbaloi walaupun agak letih dan mengah..SubhanaAllah memang cantik sekali 'view' Tasik Dayang Bunting ni...Sebuah tasik yang dikelilingi hutan yang agak tebal...Banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini...

Boleh berenang dalam tasik, meninjau keseluruhan tasik ni menggunakan solar bot ataupun pedal bot...Satu lagi, bagi yang berani tu, bolehlah letak kaki dalam tasik sambil digigit 'manja' anak-anak ikan keli yang masih lagi kecil...Lebih memudahkan, tempat persalinan pakaian juga ada disediakan...

Tapi macam biasalah, tempat macam ni bercampur lelaki dan perempuan...

Dengan hanya bayaran RM30, kami boleh meninjau keseluruhan tasik menggunakan solar bot...Tapi penat lah sikit kerana nak kena kayuh pedal solar bot ni...

Belum abis satu tasik, baru suku tasik mengayuh, dah terasa letih..Walau macam mana pun, aktiviti ni memang best...Ditambah lagi hujan renyai-renyai turun ketika kami sedang 'masyuk' mengayuh ke tengah tasik...

Satu lagi perkara yang mengagumkan kat tasik ni, ada seorang 'guider' kat sini yang boleh berbahasa arab, walaupun dia ni bukan orang arab..Pertuturannya lancar, bukannya fushah tapi ammi..

Memang hebat 'mamat' ni...Agaknya mesti pelancong arab kat sini terkejut 'beruk' bila mendengar 'mamat' ni boleh bercakap arab, ammi pulak tuh...

Lebih kurang sejam kemudian, kami meninggalkan pulau ini dengan seribu satu kenangan yang indah...

Sebelum balik, ada seorang budak perempuan korea yang naik bot sekali dengan kami, menghulurkan bantuan, nak amik gambar kami bertiga..Terima kasih diucapkan kepada miss korea tu offer untuk amik gambar kami bertiga....Mudah-mudahan, kalau ada rezeki, kita berjumpa di Korea pula suatu hari nanti..InsyaAllah..

Di pertengahan jalan nak balik pula, pak cik Pemandu bot tu menunjukkan kepada kami bentuk sebenar gambaran gunung yang dikatakan berbentuk seperti seorang perempuan yang sedang hamil mengandung...Sekali imbas, memang nampak sebijik macam rupa perempuan yang sedang mengandung...

Akhirnya kami selamat sampai ke Jeti Kuah..Aktiviti daripada pagi sampai Tengah Hari hari ini memang menyeronokkan..Alhamdulillah..Memang berbaloi dengan harga RM40, kami dapat pergi ke tiga buah tempat yang memang menarik..

Aktiviti petang ni, ialah ke Kota Mahsuri..Sebelum tu, kena balik motel dulu untuk mandi, solat jamak taqdim zohor dan asar, dan makan tengah hari...Kami pun tak lupa untuk membeli tiket feri ke Kuala Kedah untuk balik pada petang nanti pada pukul 5.30...


KOTA MAHSURI



Lepas makan tengah hari, kami bergerak ke Kota Mahsuri dengan bantuan peta Garmin GPS..Memang mudah, kalau nak ke mana-mana dengan adanya GPS ni...Kali ini kami memang tak sesat untuk sampai ke Kota Mahsuri...

Walau apa pun yang berlaku, sesiapa yang bercuti di Langkawi kenalah datang jugak ke Kota Mahsuri ni...Kalau tak memang tak sah dan lengkaplah percutian di Langkawi ni...Ada ke pergi Langkawi, tapi tak pergi Kota Mahsuri, memang tak 'feel' lah orang kata...

Dengan hanya bayaran RM5, sesiapa sahaja boleh masuk ke dalam Kota Mahsuri ni..Di sebelah kiri, selepas masuk saja ke sini, ada tempat pameran tentang sejarah asal usul Langkawi dan sejarah hidup Langkawi...

Semua tentang Langkawi dan Mahsuri boleh diketahui di sini...Siap boleh tonton dokumentari pasal Mahsuri lagi..Selain itu, Kota Mahsuri ini boleh lah dikatakan sebuah 'kompleks' memandangkan kawasannya yang agak luas..Di sinilah, tersemadinya makam mahsuri...

Ada juga telaga mahsuri, dan contoh 'sample' perkampungan dan Rumah tradisi orang Kedah..Semua ukiran dan struktur binaan rumah memang 'antik' dan tradisional...Dalam rumah, dipamerkan ruang tamu, bilik, dapur tradisional orang dulu dulu...Bawah rumah ini, ada dipamerkan alat-alatan tradisional yang berkaitan proses penghasilan padi...

Nun tersorok di sana, ada sebuah dewan terbuka, kelihatan muda-mudi sedang berlatih bernyanyi, membuat persembahan...Tak pasti sama ada mereka berlatih untuk apa...

Tapi yang pastinya ramai pengunjung yang 'layan' dan 'syok' mendengar dan melihat persembahan mereka semua...Tak kira kecil besar, tua muda, semuanya seperti 'terpukau' dan seronok dengan lagu arab Amru Diab yang dipersembahkan...

Kami meninggalkan kota Mahsuri untuk bergegas menghala ke Jeti Kuah, memandangkan masa semakin semput...Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang lebih..Bukan apa, sebelum balik tu, nak juga beli sedikit ole-ole coklat kat kedai Haji Ismail tuh..

Selepas 'borong' sedikit coklat, kami hantar balik kereta sewa dan terus masuk ke Jeti Kuah untuk naik Feri pulang ke Kuala Kedah..Kami datang kot Kuala Perlis dan balik kot Kuala Kedah...

Akhirnya kami tinggalkan Langkawi dengan pelbagai macam kenangan yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila..Langkawi yang penuh dengan cerita mitos, lagenda, dan dongeng, kami tinggalkan untuk meneruskan aktiviti ronda utara di tempat lain..Jam menghampiri pukul 7 petang, Alhamdulillah kami sampai di Jeti Kuala Kedah..Kami dijemput ayah Naguib dan akan bermalam dirumah Naguib malam ini...

0 comments: