Hari ini (20 April 2011) sudah masuk hari keempat aktiviti ronda utara kami, selepas baru sahaja pulang daripada Langkawi...Alhamdulillah..Segala-galanya begitu cepat berlalu..

Baru semalam kami merasa keseronokan 'menjelajah' pulau sekitar Langkawi, hari ini kami sudah berada di 'kawasan daratan' negeri Kedah...

Baru semalam kami 'membelah' laut menaiki feri daripada Langkawi pulang ke Jeti Kuala Kedah dengan harga RM23, dan hari ini kami 'mengisi' minyak petrol ke dalam kereta untuk bergerak ke Negeri Perlis...Alhamdulillah...

Aktiviti ronda utara kami diteruskan, ke Padang Besar, dan Gua Kelam di negeri Perlis pada sebelah paginya dan pada sebelah petangnya kami ke Menara Alor Setar, Masjid Zahir, dan Rumah Merdeka...


PADANG BESAR










GUA KELAM






Lokasi seterusnya ialah Gua Kelam..Gua Kelam ini ada dua bahagian, Gua Kelam 1 dan Gua Kelam 2...

Saya sebenarnya begitu teruja pada awalnya, kerana inilah kali pertama nak merasa pengalaman masuk gua..Keterujaan itu jatuh mendadak apabila mendapati Gua Kelam ditutup untuk kunjungan umum kerana kerja-kerja penyelenggaraan akibat banjir tempoh hari masih berjalan...

Patutlah kawasan ni sunyi je...Tak de Orang dan tak de kenderaan...Apapun, mesti amik gambar jugak sebagai kenangan...

Mana lah tahu lain kali tidak berkesempatan lagi untuk ke sini..Satu lagi, berdekatan dengan Gua Kelam ini, ada juga sungai yang sesuai untuk menjadi tempat perkelahan keluarga..

Dalam hati saya berkata: "Takpe, Gua Kelam 2 kan ada"...

Kalau tak ada rezeki untuk ke Gua Kelam 1, mesti boleh ke Gua Kelam 2..Ternyata culahan hati ini meleset, apabila Gua Kelam 2 turut juga ditutup...Semuanya 'gara-gara' banjir baru-baru ini...

Memang Kepunan, tak dapat naik 'keretapi' di Gua Kelam 2 ni untuk 'menyelongkar rahsia alam' di sini..Apapun semuanya ada hikmanya tersendiri..Mungkin kalau kami dibenarkan masuk, ada pula perkara yang tidak diingini yang akan berlaku..

Kami meninggalkan kawasan Gua Kelam dengan perasaan 'frust' sekali..Tapi takdir Allah mengatasi segala-galanya...Apapun kita sebagai hamabaNya wajib akur dengan ketentuanNya...

Keluar sahaja daripada kawasan Gua Kelam ini, bermakna berakhirlah ronda utara kami di Perlis..

Ada dua tempat yang kami tidak sempat pergi, Ladang Burung Unta Ostrich di Padang Besar dan Tasik Melati memandangkan masa yang tidak mengizinkan...Dua tempat ini di'potong' daripada senarai tempat yang ingin lawati..

Dalam perjalanan balik ke Kedah, kami berhenti di sebuah warung, namanya Cendol 2020, untuk mengisi perut yang dah lapar..Maklumlah, dah masuk masa makan tengah hari..

Kami makan bihun goreng yang dibawa pagi tadi dan 'order' 3 Cendol..Saya tak ingat pula, di kampung mana, letaknya warung ini..Apapun cendolnya sedap walaupun agak manis..Rasanya memang berbaloi minum cendol kat sini...


MASJID TUANKU SYED PUTRA




Zohor, kami singgah solat di masjid Tuanku Syed Putra, Kangar..Kawasan persekitaran masjid ini sangat cantik, ditambah lagi dengan struktur binaannya yang menarik..Gabungan eleman binaan batu dan kayu menjadikan masjid ini bertambah serinya...

Tapi satu je yang kurang baik, tandasnya, yang kurang bersih dan seperti kurang dijaga...Mungkin 'cleaner' bercuti pada hari itu..Apapun solat di masjid sebegini memang merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan..Alhamdulillah...


KAMPUNG PANTAI JOHOR


Pesembur



Mee Rebus


Sampai sahaja di Alor Setar, kami ke Kampung Pantai Johor untuk menikmati makanan kat sana..Kata Naguib, pesembur kat sini sedap, selain ada juga menu lain seperti mee rebus, dan mee goreng..

Gerai ini terletak ditepi jalan besar dan berhampiran dengan sebuah masjid..Memang mudah untuk mencarinya...Ketika kami 'duduk' dan tengah makan, kelihatan semakin ramai orang mengunjungi gerai ini termasuklah 'Orang Office'..

Waktu tu jam menunjukkan pukul 3 lebih...Selepas kenyang makan, kami bersiar-siar dengan kereta menelusuri jalan ke Wisma Darul Aman, kalau tak silap saya..Wisma ini merupakan pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, berdekatan dengan sebuah taman rekreasi yang sentiasa dikunjungi orang ramai...


MENARA ALOR SETAR





Seterusnya kami bergerak ke Menara Alor Setar...Menara ini memang menjadi mercu tanda bandar Alor Setar..Tinggi tu memang tinggi, tapi tak lah rasanya sama tinggi dengan Menara Kuala Lumpur..Tetapi struktur dan corak bangunannya seakan sama dengan Menara Kuala Lumpur...

Apa yang menyedihkan, menara ini ditutup disebabkan masalah teknikal..Apalah agaknya hikmah, dah dua tempat kami lawati tutup..Apapun kami sempat bergambar di kawasan bawah menara ini..Cukuplah untuk mengabadikan kenangan yang kami pernah ke sini...


MASJID ZAHIR





Ketika kami baru sampai di masjid ini, suara qari mengaji Al-Quran dipasang dan kedengaran jelas dari 'speaker' masjid...Boleh dikatakan masjid ini merupakan masjid tertua di Kedah dan antara yang tertua di Malaysia..

Struktur binaannya memang 'antik' dan penuh dengan elemen tradisi..Lihat saja pada pintu masjidnya yang memang bersaiz besar..Selain itu, mengadap setentang dengan masjid ini ialah Balai Besar(info tentangnya di sini)..


RUMAH MERDEKA





Lokasi terakhir kami pada hari ini ialah Rumah Merdeka(Info tentangnya di sini)...Mujurlah kami masih lagi dibenarkan masuk, walaupun jam sudah menghampiri pukul 5 petang, waktu ianya ditutup untuk kunjungan umum...

Setelah mendapat kebenaran daripada 'Officer' di sini, akhirnya kami dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah ini..Gambar dibenarkan diambil yang hanyalah untuk tatapan peribadi saja, dan bukannya untuk sebarang tujuan komersial..

Apabila kami melangkah keluar daripada Rumah Merdeka ini, maka berakhirlah aktiviti ronda Utara kami di Perlis dan Kedah..

Alhamdulillah kerana Allah memudahkan segala urusan perjalanan kami selamat pergi dan pulang...

Malamnya kami 'membuat persiapan' untuk ke Perak keesokan harinya...Surf internet untuk 'meminda' dan check semula maklumat berkaitan jarak perjalanan yang bakal kami tempuhi dan tempat yang akan kami pergi pada esok harinya...

0 comments: