Selepas makan pagi, kami memulakan perjalanan bagi 'ekspedisi' Ronda Utara ke negeri Perak pada pukul lebih kurang 7.40 pagi(Ini merupakan hari kelima ronda utara kami iaitu 21 April 2011)..

Destinasi kami yang pertama di Perak ialah bandar di Raja Kuala Kangsar..Di Kuala Kangsar kami akan 'visit' Galeri Sultan Azlan, Masjid Ubudiah, Istana Kenangan, dan lepak-lepak makan di Gerai laksa dan cendoi...

Kemudian daripada Kuala Kangsar, tentatif kami yang berikutnya ialah menuju ke Bukit Merah Waterpark, dan malamnya Grand Dinner di Mutiara Cafe, Penang sebelum bermalam tidur di rumah Ammar...

Perjalanan daripada Alor Setar ke Kuala Kangsar memakan masa 2 jam lebih melalui Lebuh raya PLUS...Sepanjang perjalanan, kita akan dapat menyaksikan suasana bendang sawah yang menghijau, dan kawasan perindustrian seperti kilang-kilang terutamanya di Butterworth...

Kuala Kangsar terletak 'atas' lagi daripada Bukit Merah dan Taiping jika perjalanan daripada Kedah dan Penang...Jika ternampak sebuah kilang simen tersergam megah di tepi jalan besar highway, itu tandanya anda sudah memasuki daerah Kuala Kangsar...

Ia seolah-olahnya 'landmark' yang menyambut pelancong luar ke Kuala Kangsar...Apabila kita masuk menghala ke 'bandar' Kuala Kangsar, kita akan berjumpa dengan sebuah menara jam di sebuah bulatan..



GALERI SULTAN AZLAN









Tak susah sebenarnya untuk mencari di mana letaknya Galeri Sultan Azlan Shah...Berpandukan signboard dan bantuan Garmin GPS, akhirnya kami sampai ke Galeri Sultan Azlan Azlan...

Pada hari itu, kelihatan kerja-kerja 'renovation' sedang giat dilakukan..Nasib kami amat baik apabila masih lagi dibenarkan masuk ke galeri walaupun 'kren' sedang sibuk bekerja...

Galeri masih lagi dibuka untuk kujungan umum...Untuk masuk Galeri, kami hanya perlu bayar RM1 sahaja...Memang murah walaupun harga sebenar bagi dewasa ialah RM4, warga emas RM2, pelajar Menengah atau IPT RM2, dan sekolah rendah RM1...

Tak logik plak kalau kami ini dianggap pelajar sekolah rendah, mungkin RM1 sebagai harga promosi ketika kerja 'renovation' sedang sibuk dilakukan...

Galeri ni boleh lah dibahagikan kepada 2 bahagian, satu bahagian mempamerkan sejarah peribadi dan latar belakang Sultan Azlan dan satu lagi bahagian pameran kereta milik Sultan Azlan...

Kami hanya melawat bahagian pertama sahaja memandangkan masa tidak mencukupi...Gambar hanya boleh diambil di kawasan luar galeri sahaja...Dalam galeri tidak dibenarkan sama sekali untuk mengambil gambar...



MASJID UBUDIAH






Selepas itu, kami ke masjid Masjid Ubudiah yang terletak memang berhampiran dengan Galeri Sultan Azlan..

Ketika kami baru sahaja sampai, kelihatan ramai pelancong 'orang putih' sedang melawat masjid ini...Moga-moga Allah membuka hati kalau tak semua pun, sebahagian, atau seorang pun jadi lah untuk memeluk agama Islam setelah melawat masjid yang tersergam hebat ini..Ameen..



ISTANA KENANGAN





Mula-mula, kami sesat jalan untuk ke sini, tetapi setelah lama kami mencari, akhirnya kami berjumpa juga..Inilah istana adabi yang saya panggil kerana masa kecil dulu, ada iklan rempah adabi yang berlatarkan bangunan yang seakan-akan mirip istana ini...

Walaupun bersusah payah untuk sampai ke sini, tetapi nasib kami kurang baik kerana istana ini ditutup...Apapun, takpe lah, asalkan dapat bergambar di luar kawasan istana lama ni pun jadilah...


GERAI CENDOI DAN LAKSA









Rasanya sesiapa yang datang ke Kuala Kangsar kalau tak singgah ke gerai ni, memang tak sah...Kerana sebut sahaja Kuala Kangsar memang menjadi sebutan orang ramai dengan laksa 'kuale'nya dan cendoinya...

Jam menunjukkan pukul 12 lebih..Elok sangatlah kami sampai sana, time macam ni perut pun dah lapar...Ada banyak gerai kat sini..Masa kami sampai tu, tak banyak gerai yang dibuka, hanya beberapa buah sahaja ..

Mungkin di sebelah petang, banyak lagi gerai yang akan dibuka...Laksa di gerai yang kami makan, ok lah, tapi tak berapa sedap sangat, cendoi pun boleh lah...Habis sahaja makan, kami order 3 bungkus kuew teow goreng..Hajat nak makan di Bukit Merah nanti...



BUKIT MERAH WATERPARK











Selesai aktiviti jalan-jalan lawat kawasan, jom sekarang kita rehatkan minda dengan basahan air di waterpark ni..Untuk sampai ke sini, kereta kena 'daki' bukit beberapa ketika sebelum sampai di pintu masuk ke sini..Perasaan teruja tu memang ada dalam hati..

Selepas membeli tiket masuk dengan harga RM27, first sekali kami ke surau untuk solat, dan kemudiannya ke kaunter pembelian token loker simpan beg dan sewa sebuah pelampung...Seperti biasa, kawasan seperti ini bercampur lelaki dan perempuan..

Tiada sekatan ataupun pengasingan antara lelaki dan perempuan...Setahu saya tidak ada lagi taman tema di negara kita yang menetapkan pengasingan tempat antara wanita dan lelaki bila masuk ke taman tema air sebegini..

Saya berharap kepada mana-mana hartawan ataupun ahli perniagaan korporat Muslim untuk membuka sebuah taman air waterpark yang betul-betul islamik suatu masa nanti..

Ini juga satu bidang jihad yang bukan sahaja akan mendatangkan keuntungan yang lumayan, tetapi juga akan mendatangkan pahala yang besar jika taman tema air sebegini diselia dengan nilai-nilai Islam yang sebenarnya....InsyaAllah akan sampai masanya..

Selain itu, kalau dapat tinggal beberapa hari kat sini memang seronok..Sewa apartment ke atau resort ke kat sini..Suasana kat sini memang tenang dan mendamaikan..Jauh daripada hiruk-pikuk seperti di bandar besar...Mungkin tempat yang romantik juga bagi honeymoon pasangan yang baru bernikah..

Setelah puas bermain air, akhirnya kami tinggalkan Bukit Merah WaterPark untuk balik ke Penang..Di pertengahan jalan kami singgah di sebuah R&R untuk makan kuew teow goreng yang kami beli di Kuala Kangsar tadi..

Masa dalam perjalanan balik tu jugalah, kami mendapat tahu bahawa Sheikh Abdul Rahman Sudais akan memberikan ceramah di Institut Al-Qayyim(IQ), Bukit Mertajam..Infonya disampaikan oleh mak Ammar sendiri..

Kami berbelah bahagi untuk ke IQ, memandangkan masa pun semput-semput je tinggal..Badan pula letih dan penat..Lagi satu malam ni kami ada Grand Dinner..Akhirnya hajat untuk bersua secara live dengan Sheikh Sudais terpaksa 'ditangguhkan' dulu pada masa yang akan datang jika sekiranya ada peluang...


PUNCAK MUTIARA CAFE







Selepas solat maghrib, kami menuju ke Puncak Mutiara Cafe di Kampung Palet...Ammar yang suggest kepada kami tempat ni...Ternyata tempat ni, makanannya memang sedap-sedap belake...Harganya memang berpatutan dan bertepatan dengan rasa makanan yang dihidangkan...

Kami sampai tak larat nak makan semuanya..Malam tu kami balik dalam keadaan perut yang sangat kenyang dan terlebih kenyang..Alhamdulillah..Syukur di atas nikmat pemberian Allah..Esok ronda Penang..

0 comments: