Alhamdulillah, petang semalam, saya berkesempatan untuk menghadiri usrah terbuka dengan Ust Mohammad Nidzam Abd Kadir, bertempat di ADM LR 5, UIAM Gombak...

Usrah ini dianjurkan oleh IRK Student Society terbuka kepada umum untuk disertai...Tajuk yang dibincangkan ialah Fiqh Berinteraksi Dengan Non Muslim..Usrah dimulakan pada pukul lebih kurang 5.30petang dan berakhir lebih kurang pukul 6.30 petang...

Tajuk yang dibincangkan ini, sangat penting untuk diketahui oleh kita sebagai Orang Islam, lebih-lebih lagi kita berada di dalam sebuah negara yang mempunyai komposisi kaum yang pelbagai...

Sudah semestinya, perkara yang berkaitan urusan pergaulan dan komunikasi antara kita dengan mereka yang non muslim, tidak dapat dielakkan...





Bergambar Kenangan Dengan Ust Mohammad Nidzam



Selepas selesai Usrah semalam, sempat juga, bersembang dengan Ust Nidzam..Antaranya tentang Program Konvensyen Fiqh 2012,tentang pengalaman beliau belajar di pondok Pasir Tumbuh dan cerita belajar di Mesir, pengkhususan bidang selepas ijazah pertama, dan beberapa isu cabang dan permasalahan khilaf dalam bab aqidah...

Saya tidak ingin menulis panjang entry kali, setelah menulis begitu panjang entry sebelum ini iaitu Coretan Makan Malam dan Forum Murtad...

Di sini saya ingin kongsikan:

Rakaman MP3 saya, Usrah semalam...Boleh download di link di bawah:


http://www.mediafire.com/?1j9gj4a2mdnuuqd


Antara lain diulas Isu Kongsi Raya, Menghadiri Rumah Terbuka Non Muslim, hukum memberikan ucapan Merry Christmas dan hadiah sempena krismas, Dakwah Kepada Non Muslim, Hukum pergi kuil dan Gereja, Bahaya Pluralisme, dan lain-lain lagi...

Moga mendapat manfaat daripadanya...

Selain itu bagi sesiapa yang ingin memahami lebih lanjut tentang Fiqh berinteraksi dengan Non Muslim, bolehlah mendapat buku Ust Mohammad Nidzam Abdul Kadir...



Buku Fiqh Berinteraksi Dengan Non Muslim







Buku Terbaru Ust Mohammad Nidzam : Fiqh Muallaf

0 comments: