Ada apa dengan aurat?????.Saya terpanggil untuk cuba menulis berkaitan dengan perkara yang sangat besar dalam Islam ini.Agak-agaknya apa yang kita tahu tentang aurat dan setakat mana kita berusaha untuk menutup aurat kita.Moga-moga dengan tulisan ini memberikan dorongan kepada kita termasuklah diri saya sendiri untuk melakukan perubahan yang terbaik dalam bab menjaga aurat.Tulisan ini lebih memberi tumpuan kepada aurat wanita.Kerna aurat wanita akan menjadi fitnah kepada lelaki jika tidak ditutup.

Adakah kita pernah terfikir sejenak???Mengapa Allah menyuruh kita supaya menutup aurat??Sejak dari lahir lagi alhamdulillah kita hidup dalam keluarga Islam,dan perkataan aurat mungkin agak familiar dengan kita.

Namun yang menjadi persoalannya di sini,adakah kita sudah memahami tentang aurat,anggota yang menjadi aurat kepada bukan mahram,bagaimana dengan menutup aurat dengan sebenarnya.Jika kita berjalan ke luar,ke jalan raya,ke sekolah,pasar malam,dan ke mana-mana sahaja,mungkin timbul pertanyaan dalam diri kita,yang mana satu dikatakan menutup aurat yang sebenarnya.Ini kerana di luar sana ada bermacam jenis pakaian yang dipakai oleh Wanita Islam.

Yang mana satu nih???Pecah kepala dibuatnya


bertudung tapi lengan pendek ke

bertudung tapi nampak leher dan telinga

bertudung tapi singkat

bertudung tapi pakaian Masha Allah macam sarung 'nangka'

Yang mana nih???Jangan confiuskan diri kita kerna kita telah mempunyai sumber rujukan yang muktabar dan sesuai sepanjang zaman iaitu Al-Quran dan Hadith.


Jom kita pakat 'tanya' Allah dan tanya rasul dalam perkara ini.

Sebelum kita menyelongkar Khazanah Ilmu dan kalam Allah,Tinggalan hadith Rasul,apa kata kita berfikir sejenak????

Allah SWT telah menciptakan manusia berpasangan lelaki dan perempuan.sudah menjadi lumrah alam,dan sunnahtullah,bahawa lelaki inginkan wanita,dan wanita perlukan lelaki.Ini kerana adanya perbezaan dalam beberapa perkara antara lelaki dan wanita.

Naluri semulajadi lelaki diciptakan lebih gagah berbanding wanita baik dari segi fizikal,mahupun emosi,maka dengan sebab itulah lelaki diberikan tanggungjawab untuk memimpin wanita ke arah jalan yang lurus lagi sempurna.


Allah telah menjadikan Fizikal Perempuan cantik pada pandangan lelaki.Tanyalah pada semua lelaki dalam dunia ini adakah mereka tidak suka akan wanita.Pasti pertanyaan itu didahului dengan jawapan tidak sama sekali.

Dengan sebab inilah maka Allah telah menurunkan syariat supaya Wanita Islam menjaga aurat masing-masing dihadapan bukan mahram terutamanya.Namun di sana terdapat juga hukum apabila bersama dengan mahram.


Dari sini kita sudah dapat melihat betapa kasihnya Allah kepada hambanya yang bernama Wanita.namun manusia kadang-kadang tersilap atau berasa diri mereka lebih hebat daripada sang pencipta.

Hari ini mentaliti bahwa hijab menindas wanita,hijab menjatuhkan standard wanita kerap kedengaran di mana-mana sahaja.hinggakan kumpulan Women Right ditubuhkan semata-mata kononnya untuk membela wanita seterusnya meningkatkan kedudukan wanita dalam masyarakat.

Kumpulan ini juga agak agresif dalam melancarkan gerak kerja mereka.Apa yang mereka inginkan sebenarnya.Jawapannya ialah kebebasan wanita daripada berhijab....

Mereka berhujah macam mana nak maju jika wanitaberterusan dalam keadaan berhijab.Semua ini adalah salah satu daripada siri serangan pemikiran yang telah dirancang awal lagi Oleh musuh Islam.

Tidakkah kita ingat Mufti Besar Australia pernah memberikan kita satu analogi yang menarik buat kita semua berkenaan aurat.Kalu tak silap saya Syeikh Taj Al-Din menggambarkan bagaimana dengan keadaan ikan yang tidak ditudung apabila dilihat oleh sang kucing??

Apa jawapannya.saya rasa anda semua pasti dapat membayangkannya.sudah tentulah Ikan itu lesap dibaham oleh sang kucing yang sedang dalam kelaparan.

Analogi ini cukup menarik dan telah dapat membuktikan rahsia di sebalik perintah Allah supaya berhijab.Peratus untuk seseorang wanita untuk diapa-apakan,disentuh,dirogol,dan dibunh,kecil jika mereka mengamalkan perintah allah dengan bertudung.

Saya rasa anda pasti ragu lagi,bagaimana peratus itu rendah sedangkan ada juga kes rogol,bunuh yang melibatkan wanita yang bertudung.Di sinilah letaknya perbezaan ketara antara istilah menutup aurat dengan Pemahaman orang awam berkaitan tudung.Bagi orang awam pada hari ini mereka menyangka dengan bertudung sudah cukup untuk mengatakan mereka sudah menutup aurat.

Tudung adalah salah-satu daripada syarat dalam menutup.Menutp aurat itu meliputi segala-galanya,berkaitan jenis pakaian,bentuk pakaian,malah termasuk juga jenis tudung itu sendiri.

Oleh itu mari kita lihat apakah cara dan teknik yang betul untuk menutup aurat kita terutamanya Wanita Islam.




Pertama:Menutup semua badan selain yang dikecualikan dalam Quran(melainkan yang zahir sahaja) dan pendapat yang paling tepat ialah muka dan dua tapak tangan.

Kedua:pakaian tidak terlalu nipis sehingga menampakkan tubuh badan disebaliknya.Ini termasuklah tudung yang dipakai.tudung yang dipakai hendaklah tidak menampakkan leher dan tekuk.Nabi telah memberitahu bahawa antara ahli neraka itu ialah wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang,berjalan lenggang-lengguk,mereka ini tidak masuk syrga,dan tidak dapat menghidu bau syrga.MaKsud berpakaian tetapi bertelanjang ialah pakaian yang tidak boleh dikatakan menutup badan kerana terlalu nipis dan menampakkan tubuh badan.

Ketiga:Pakaian yang tidak ketat dan tidak menimbulkan fitnah.

Keempat:Pakaian yang tidak menyerupai lelaki.



(dipetik daripada Fatwa Masa kini DR Yusof Al-Qaradawi cetakan pustaka salam dengan sedikit penambahan dan pengubahsuaian)

Jika anda masih tidak memahami perkara yang berkaitan dengan aurat ini,seelok-eloknya anda bertanya sendiri kepada mana-mana ustaz yang muktabar.



Waallhualam.

Ada Apa Dengan Aurat


mimn_PUlau Kerengga.

1 comments:

yienjr said...

satu artikel yang sangat menarik.