Al-Quran telah menghidangkan dan membentangkan cerita-cerita yang bukan sahaja indah susunan ayatnya, apatah lagi cerita itu mempunyai seribu satu pengajaran dan hikmah kebijaksanaan.Maka sewajarnya bagi kita Umat Islam untuk kembali memahami,menghayati, dan mengamalkan pengajaran yang serba rencam ini.

Salah satu daripada cerita terindah daripada Al-Quran yang sarat dengan pengajaran ialah cerita Yusof As-Siddiq.Cerita Yusof mengajar kita akan erti sebuah kehidupan di bawah lembayung rahmat dan pertolongan tuhan semesta alam semata-mata.Apalah erti kebesaran dan kekuatan tanpa di pandu dengan lampu suluh 'hidayah' dan inayah daripada Yang Maha Esa.

Alhamdulillah,saya telah berkesempatan untuk 'menelaah' kisah Yusof As-Siddiq ini melalui kelas 'Ayat mukhatarah min quran' ustaz saya ,Ustaz Zamri.Sungguh hebat percaturan Allah dan kekuasaan Nya apabila kita 'menelaah' kembali dan menelusuri perjalanan kehidupan Nabi Allah Yusof.

Segala catatan hidup baru Yusof As-siddiq bermula Yusof Bermimpi melihat sebelas bintang,matahari, dan bulan sujud kepadanya.Yaakob, bapanya telah memerintahkannya supaya merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan adik-beradiknya.Jangkaan Yusof nyata tepat apabila 'tercetusnya' rasa dengki adik-beradik Yusof sebapa lain ibu apabila kasih sayang Yaakob kepada Yusof mengatasi daripada adik-beradiknya yang lain.

'Hasad' telah memadamkan erti sebuah kasih sayang dalam hati adik-beradik yusof yang lain apabila tergamak 'membuang' Yusof ke dalam perigi.'Hasad' juga telah memberanikan adik-beradik yusof untuk menipu ayah kandung mereka sendiri.

Manusia merancang, Allah juga merancang, tetapi rancangan Allah itulah yang hakiki.Yusof yang keseorangan diri di dalam perigi telah diambil dan 'dijual' oleh pedagang kepada seorang bangsawan Mesir, salah seorang menteri atau penasihat kepada raja Mesir.Yusof membesar dalam kehidupan yang selesa dan selamat.


Yusof mempunyai fizikal dan rupa paras yang mengagumkan bagi sesiapa yang melihatnya.Tidak hairanlah jika perempuan yang melihat Yusof boleh memotong jari mereka sendiri dek takjub dengan rupa paras Yusof As-Siddiq.Kekaguman mereka memuncak apabila mereka mengatakan Yusof bukanlah manusia tetapi Yusof adalah malaikat.SubhanaAllah Maha suci Allah.


Ketampanan yang ada pada Yusof rupanya membawa fitnah dan ujian kepada jiwa Zulaikha, isteri Aziz dan Yusof sendiri.Jiwa dan nafsunya meronta-ronta untuk ‘bersatu’ dengan Yusof As-Siddiq.Allah telah memelihara hambaNya yang soleh walaupun ruang untuk Zulaikha dan yusof'bermukah' terhidang luas.Yusof dengan tegas mengucapkan"Aku berlindung dengan Allah".Iman mendalam yang ada dalam diri Yusof telah menyebabkan Yusof berjaya menghadapi ujian Allah yang serba berat ini.


Iman yang benar juga menarik hati Yusof untuk memilih kehidupan di penjara.Sekali lagi perancangan Allah yang Maha Hebat berlaku ke atas diri Yusof.Walau di mana sekalipun dirinya berada, Yusof sedar akan tanggungjawabnya untuk berdakwah.Yusof bijak menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk mengajak 'banduan' penjara untuk mengabdikan diri kepada tuhan yang satu.


Bak kata pepatah bersusah-susah dulu,bersenang senang kemudian.Dari celah-celah kepayahan hidup di penjara, Yusof mendapat kemuliaan dan pembelaan daripada Allah.Berbekalkan ilmu dan kebolehan mentafsir mimpi raja, Yusof diangkat menjadi seorang menteri dan penasihat raja.


Dengan kedudukan sebagai menteri inilah, Yusof berjaya menemui dan berjumpa kembali dengan adik-beradik dan bapanya Yaakob.

Kisah Yusof ini sepatutnya menggerakkan hati dan memotivasikan diri kita untuk menjiwai wataknya:

Patuh dan taat kepada arahan dan suruhan

Sabar dengan segala rencam ujian kehidupan.

Mampu menangkis ajakan dan godaan jahat seorang wanita.

dan banyak lagi wataknya yang wajar kita teladani...

Menjiwai Wataknya-Kamukah Yusof

Kisah yusof terlalu panjang untuk dihuraikan,tidak memadai hanya dengan entry yang terlalu ringkas ini.Cuma saya ingin menutup entry kali ini dengan ayat terakhir daripada surah Yusof yang berbunyi:

"Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan i'tibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran.(Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang mahu beriman."

Baca Seterusnya...


"Mama.....Oooo.... Mama, along keliru dan bingunglah mama,"suara Midah yang berusia 10 tahun memecahkan kesunyian di dapur lewat senja itu.

"Astaghfirullahal Azim, terkejut mama dibuatnya, apa yang along keliru sangat ni sampai naik pekak telinga mama ni mendengar jeritan along tadi."Kak esah yang sedang mengacau lauk tiba-tiba terkejut dengan jeritan Midah.

"Tak de lah,Cuba mama tengok gambar ini,yang ini pakai macam 'hantu bungkus', yang satu lagi macam tak pakai apa-apa pun.Kenapa pakaian diorang ni lain-lain ye," Soalan Midah agak memeningkan Kak Esah untuk menjawabnya.

"Along nak buat apa dengan gambar-gambar ni semua,ada aktiviti apa-apa ke kat sekolah?,"Tanya Kak esah yang inginkan kepastian.

"A'ah, minggu depan ada pertandingan menulis karangan berkaitan gambar ni.Pertandingan itu sempena Minggu Budaya Islam kat sekolah Along.Along nak masuk pertandingan tu, tapi along tak faham lah bila tengok gambar ni.Macam mana nak tulis karangan kalau tak faham gambar ni," Soalan yang ringkas daripada Kak Esah dijawab panjang lebar oleh Midah yang sememangnya suka berceloteh.

"Ooo... macam tu, ingatkan ada apa tadi. Mama rasalah, along kena pandai bezakan kedua-dua gambar ni dulu, barulah along boleh tulis karangan tu.

"Apa bezanya mama,? Soal Midah lagi yang terus dihantui kebingunan.

"Yang sebenarnya,Along kita ni perempuan kena tahu mana pakaian yang boleh kita pakai, dan pakaian mana yang tak boleh kita pakai.Kalau Along tahu pasal perkara ni,barulah along dapat mengarang sebuah karangan yang menarik."Kak esah mula memberikan 'lecture' kepada anak perempuan tunggalnya.

"Mana satu pakaian yang perempuan boleh pakai,Mama,"Rasa ingin tahu mula menyuntik dalam diri budak setahun jagung ini.



"Kita.... perempuan ni ada maruah,harga diri yang cukup bernilai.Allah telah memberikan kecantikan,keayuan,kesopanan kepada kita supaya kita tahu menilai harga dan maruah diri kita.Maruah dan harga diri perempuan,along kena ingat terletak pada tubuh kita nih.Sebab tuh lah Islam suruh kita tutup aurat dengan pakaian yang labuh,tak singkat,macam along pakai sekarang nih.Along, kalau kita tutup aurat kita, kita akan dapat pahala tau.Lagi banyak aurat kita terdedah lagi banyaklah dosa kita." Kak Esah mula naik semangat dengan 'kuliah senja'.

"Tapi mama, Aurat perempuan Islam apa ye,Along tak pasti lah,"Banyak pula ngomel Midah lewat-lewat senja begitu.

"Aurat kita perempuan Islam semua anggota tubuh selain muka dan tapak tangan,Along tahu tak mama begitu bangga dengan Along sebab Along pandai tutup aurat dan jaga maruah along.Sejuk rasanya perut mama ni mengandungkan along.Sudahlah tu Along,dah nak Maghrib dah ni, cepat pergi mandi, malam ni Along ada tuisyen kan?," Perbualan mereka anak beranak semakin layu dek ufuk merah yang semakin menyelubungi awam malam.

"Baiklah,Mama.kalau macam ni pasti Along akan menang pertandingan menulis karangan tu nanti.Mak jangan lupa doakan untuk along ye" Midah mula memasang angan dan keazaman yang melangit.

"InsyaAllah,Along mesti menang,Alongkan anak Mama," Doa seibu pasti dikabulkan Ilahi..

Kerana Diri Mu Begitu Berharga-entry kali ini telah 'menggerakkan' naluri saya untuk menulis sekali lagi tentang isu "Aurat".Betapa besarnya isu ini sehingga ia mendambakan perhatian dan 'concern' daripada kita,saya, dan anda semua sebagai hamba Yang Maha Esa..

Sekali lagi saya rasa terpanggil untuk menulis satu lagi entry tentang wanita dan aurat.Sebelum ini saya telah menulis satu entry yang bertajuk "Ada Apa dengan Aurat Wehhhh.....".Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang membaca entry tersebut.Tidak kurang juga kepada mereka yang meminta kebenaran untuk 'copy', mengedar dan menyebarluaskan lagi entry tersebut.Moga-moga entry yang 'tidak seberapa daripada saya' itu mampu memberikan sedikit pencerahan kepada kita semua dalam memahami isu yang terpenting dalam hidup ini.

Cerita di atas adalah rekaan saya semata-mata.Tidak ada kena mengena antara hidup dan mati.Mungkin perjalanan ceritanya tidak begitu menarik, namun sedikit sebanyak ia mampu memberikan pengajaran kepada kita semua tentang betapa pentingnya 'cakna' kita dalam isu aurat ini.

Masyarakat hari ini perlu menyegarkan kembali watak Kak Esah yang semakin hari semakin luput ditelan zaman dek arus kelalaian masyarakat.Watak kak Esah dalam cerita tadi menggambarkan kepada kita bahawa beliau seorang ibu muda yang begitu peka dan prihatin terhadap soal penutupan aurat anaknya.Walaupun sibuk di dapur,demi keselamatan dan kebahagian anaknya di dunia dan akhirat Kak Esah sanggup melayan 'ngomelan' daripada Midah,seorang anak yang naif dan tidak mengenal erti kehidupan dunia yang sebenarnya.
Kak Esah seorang ibu muda yang agak serba tahu tentang Aurat, begitu mudah menjawab soalan yang begitu penting bagi kita semua Umat Islam.

Midah pula yang telah dikelilingi dengan suasana Islam di rumah begitu senang untuk mentaati perintah ibunya yang mahukan dia 'istiqomah' dengan tudungnya.Usia setahun jagung tidak menghalangnya untuk terus kekal dengan pakaian bermaruahnya walaupun keadaan diluar rumah sebaliknya.

Apalah kiranya bagi Wanita Ummah pada hari ini menghidupkan kembali Watak Kak Esah ini.

Apalah kiranya bagi Wanita Ummah pada hari ini mendidik dan menghidupkan kembali Watak Midah ini..

Kerana apa ye?????

Kerana Diri Mu Begitu Berharga.............Tutuplah Baca Seterusnya...

"Man, ko pasti ke jalan yang kita lalu ini betul, aku rasa macam salah jalan je kita ni," pertanyaan Azri mula membuatkan otak Azman berfikir kembali.

"Entahlah,aku pun sebenarnya tak pasti juga.Entah betul ke tidak jalan yang kita lalu ni,"Serba salah Azman menjawab pertanyaan Azri.

"Ok.....,Harap-harap betul lah jalan yang kita lalu ni,kalau tak 'masak' lah kita dibuatnya,"Kata-kata ini terpacul dari mulut Azman bagi menenangkan keadaan.

"Cuba ko tengok peta ni, tak pun ko tengok lah 'signboard' di tepi jalan tu," Alternatif yang diberikan Azri 'memurnikan' kembali keadaan yang sedia kelam kabut.

Akhirnya perjalanan yang memakan masa yang lama itu sampai ke destinasi yang ingin dituju.

"Ri, nasib baik kita ada peta tadi, kalau tak aku rasa tak ada 'chance' ah kita dapat sampai ke tempat ni,'Signboard' pun banyak di tepi jalan tadi."Azman melahirkan kegembiraan dan kepuasan hatinya apabila selamat sampai ke destinasi 'abadi' mereka.

Dialog di atas adalah satu analogi yang saya buat untuk menggambarkan perjalanan hidup kita ini.Hidup di dunia ini merupakan suatu persinggahan dalam perjalanan untuk ke akhirat.Sudah semestinya perjalanan yang selamat memerlukan pedoman dan petunjuk agar kita tidak sesat dan tertipu dengan kejahilan diri ini.

Jadilah kamu Di Dunia seperti Perantau atau Musafir-كن في الدنيا كأنك غريب، أو عابر سبي

{عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: أَخَذَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكَبِى فَقَالَ: كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْب، أَوْ عَابِرُ سَبِيْل}.

{وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا يَقُوْلُ: إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاح، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِك}

Daripada Ibnu Umar RA katanya: Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan seraya berkata: Jadilah Kamu di Dunia seperti Perantau, atau Musafir.

Dan Ibnu Umar RA berkata:

"Apabila kamu berada pada waktu petang, maka jangan kamu menunggu waktu pagi.Apabila Kamu berada pada waktu pagi, maka jangan Kamu menunggu waktu petang.Rebutlah peluang semasa sihatmu sebelum sakitmu, waktu hidupmu sebelum matimu."

Entry pada kali ini,saya ingin berkongsi tentang assgment hadis saya pada sem lepas.Hadis 'Jadilah Kamu Di Dunia seperti Perantau Atau Musafir adalah hadis no 6416 riwayat Bukhari.Hadis ini juga merupakan hadis no 40 dalam kitab hadis 40 Imam Nawawi.

Kita sebenarnya datang daripada Allah, dan kita akan kembali kepada Allah sebagaimana yang telah dijanjikanNya.Hidup di dunia adalah sementara sahaja.Akhiratlah yang kekal abadi.



Maka untuk sampai ke negeri Akhirat dengan selamat dan aman, Rasulullah SAW menasihatkan kita dengan hadis di atas.

Jadilah kamu di Dunia seperti Perantau: Perantau datang dari jauh ke sebuah tempat dengan harapan untuk membina sebuah kehidupan yang sempurna.Walau sehebat mana sekalipun kehidupan mereka di tempat itu, namun mereka sentiasa rindu dan 'kangan' kepada kampung halaman,tanah tumpah mereka.Mereka bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh mencari harta yang banyak sebagai bekalan untuk membina kehidupan yang selesa apabila mereka pulang ke daerah asalnya nanti.

Begitulah kiasan yang indah daripada Rasul: Kita sebagai hamba Allah merupakan perantau di dunia ini.Sudah semestinya kita ingin kembali kepada Allah dan mengiginkan kehidupan yang selamat di negeri akhirat dan balasan syurga daripada Allah.Perantau yang tahu bahawa dirinya adalah Hamba Allah pasti akan mengerjakan Amal soleh dan meninggalkan segala maksiat di dunia ini sebagai bekalan untuk kebahagian akhirat.Bahkan dalam masa yang sama, perantau itu tidak menjadikan dunia ini tempat laa'bun, lahwan,(tempat untuk bermain dan suka ria).

Atau Jadilah Kamu seperti Musafir: Sudah menjadi adat dan kebiasaan apabila Musafir berhenti untuk berehat seketika di suatu tempat sebelum meneruskan perjalanan mereka yang jauh.Perjalanan yang jauh mendambakan keperluan dan bekalan yang begitu banyak seperti makanan, minuman, dan kenderaan yang bagus.

Perbezaan Perantau dan Musafir

Musafir tidak menetap pada sesuatu tempat untuk suatu jangka masa tertentu dan meneruskan perjalanan selepas itu.Sebaliknya, Perantau menetap dan bekerja di suatu tempat dan akan kembali ke tempat asal mereka.

Dunia ini boleh kita analogikan sebagai sebuah pulau yang telah disinggahi sebuah kapal besar.Nakhoda kapal telah menasihatkan anak kapalnya supaya mengambil dan mengutip segala benda yang memberikan manfaat kepada mereka apabila sampai ke destinasi sebenar mereka.
Maka beruntunglah anak kapal yang taat dan patuh kepada arahan Nakhoda tadi, dan rugi dan celakalah anak kapal yang ingkar dan lalai dengan arahan Nakhoda tadi.


Dunia ini adalah seperti pulau dan Nakhoda itu Yang Maha Esa, dan watak anak kapal itu mewakili manusia.Allah telah mengarahkan kita untuk melakukan semua perkara dan amalan yang boleh memberikan kita manfaat apabila kita sampai ke negeri akhirat.



Apalah kiranya bagi kita mengoreksi diri ini untuk kembali ;

Memikirkan siapa diri ini.

Memikirkan Dari mana kita dan Ke mana kita selepas hidup ini.

Memikirkan tujuan hidup di dunia ini.


Apalagi yang kita tunggu jom sama- sama menyahut seruan nabi:

Jadilah kamu Di Dunia seperti Perantau atau Musafir-كن في الدنيا كأنك غريب، أو عابر سب Baca Seterusnya...


“Din, mu jadi Pc untuk program Intifdhoh IRK,”Kata seorang sahabat yang mengejutkan saya.

“Malas lah aku,asyik PC je,susah ah,”Jawab saya secara spontan.

Sudah menjadi takdir Allah ke atas diri ini, dalam mana-mana program saya selalu menjadi PC(Program Coordinator).Entah kenapa tugas seberat ini ditaklifkan kepada saya yang terlalu lemah dan naïf untuk mengawal perjalanan sesuatu program.

Igauan dan kenangan semasa menjadi Head Com PC bagi leadtrain pada tempoh hari masih segar di benak ini.Bagaimana mungkin kenangan ‘terindah’ ini boleh dilupakan sepanjang hayat.Di sinilah keaktifan saya berprogram bermula dengan seribu macam masalah,cabaran,sakit,duka,sedih,stress, dan tidak kurang juga gembira,bangga, dan puas hati.



Mujurlah kali ini,saya menjadi ‘kuli’ atau orang bawahan sahaja.Beban mungkin tidak seberat mana,hanya mengikut arahan ‘orang atasan sahaja.

Saya menyokong penuh usaha untuk mengadakan program seumpama ini dek kerana selama ini IRKS Society seolah-olah “Hidup segan mati Tak mahu”.IRKS Society tenggelam dalam arus program Society lain yang lepas satu, satu program menyusul.

IRKS Society sering kali dicop dan dilabel sebagai sarang ‘salafi Wahabi’ di CENFOS IIUM.Sering kali mengetengahkan isu-isu ‘Furuk’,’cabang’ dan bukan isu ‘Asas’ telah mengundang kutukan dan cemuhan orang terhadap IRKS Society.

Saya tidak berhajat untuk mengulas lanjut tentang isu ini.Apa yang penting Mainboard IRKS Society sepatutnya memahami tentang “Awlawiyyat” dan ‘prioritas’ sesuatu perkara.Namun saya tidak menafikan banyaknya sumbangan IRKS Society kepada ‘UMAT’ CENFOS.Cuma pendekatan yang ada sekarang harus diperhalusi dan menuntut kita semua untuk ‘Memasyarakatkan’ kembali IRKS Society.

Memasyarakatkan IRKS Society menyuntik semangat kita untuk me’reformasi’kan segala aktiviti yang akan dianjurkan.Aktiviti dan program tidak lagi tertumpu kepada ceramah dan kuliah yang kebanyakan tajuknya agak memeningkan kepala ‘Orang Awam’.

Bagi saya, tidak ada salahnya untuk membincangkan tajuk yang ‘advance’ kerana kita ‘Tholibul ilm’.Cuma Masalah timbul apabila ia dibuka dan turut disertai oleh ‘Orang Awam’. Program seharusnya melangkaui batas seperti seminar,forum,bengkel ilmiah,lawatan ilmiah,rehlah,perkhemahan dan pelbagai lagi program yang lain.

Maka suatu permulaan yang baik bagi IRKS Society apabila Program Intifadhah IRK ini diadakan.

Walaupun berhadapan dengan cabaran dan masalah yang rencam seperti penukaran kertas kerja, penukaran tempat dan tarikh program, pembatalan speaker pada saat-saat akhir, dan banyak lagi,program ini tetap berjalan dengan jayanya.







Program ini bermula dengan talk oleh Ustaz Abd Razak Wan Ahmad,pensyarah IRK di CFS IIU pada paginya,dan sebelah petang forum “One day With Imam Syafie” oleh Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Dr Nima Jehtea.Malam pula Culture Night and Arabic Theatre.

Dewan pada malam itu,bergema dengan gelak ketawa ‘audien’ yang rata-ratanya terhibur dengan lakonan ‘separa mantap’oleh pelakon tidak Rasmi budak second year IRK.Aktiviti ‘klimaks’ pada malam hari mempunyai kelainan apabila semua peserta dan committee berjamu selera ‘BBQ’.










Usaha bersungguh-sungguh dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh semua Committee haruslah dipuji.Tidak lupa juga kepada semua ‘student IRK’ First year dan second year yang telah memberikan kerjasama kepada semua committee dalam program ini.

Sudah menjadi adat dan kebiasaan mana-mana program memanglah mempunyai ‘cacat’ sana-sini.Ini sepatutnya tidak melemahkan kita untuk berprogram lagi pada masa akan datang.Belajar daripada kesilapan bak kata orang adalah guru paling hebat dalam hidup ini.Maaf dipinta tangan dihulurkan memohon jutaan kemaafan di atas segala kesilapan dan kekurangan diri ini sepanjang program ini berjalan.InsyaAllah jika ada masa lagi kita akan berjumpa lagi pada program akan datang.

Entry dan tulisan ini tidak berhenti setakat ini sahaja, ada cerita lain yang mungkin committee sendiri tidak mengetahuinya.

Untuk pengetahuan semua,saya lampirkan sekali lagi tentative program Intifadhoh IRK 2008 di bawah.

TENTATIVE PROGRAMME
One Day with Imam Al-Shafie

Date / Day: 2nd February 2008 (Saturday)
Venue : Seminar Room, CFSIIUM SATELLITE CAMPUS.
9.30 am
Registration
· Arrival of participants
· Breakfast
9.40 am
Arrival of VIPs
10.00 am – 10.50 am



Opening Ceremony
· Opening remark by MC
· Quranic recitation
· Speech by Programme Manager of “One Day With Imam Al-Shafie”
· Speech by Academic Advisor IRK
· Speech by Head of IRKHS Department
11.00 am – 12.30 am
Motivation:
“The Alteration of Attitude in Generating Excellent Ummah”
Speaker by: Ust. Abd. Razak Wan Ahmad
(Lecturer for Department of IRKHS, Nilai
Campus, CFSIIUM)
- Questioning and answering session.
12.45pm
Break
· Lunch
· Zuhur prayer
2.00 pm – 4.00 pm

Forum:
“Al-Shafie – Catalyst of 'Ilm”
Speaker by:
1) Ust. Che Abdul Majid Che Omar
(Principal of MARA, Nilai Campus, CFSIIUM)
2) Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
(Lecturer in Faculty of Syariah & Law, USIM)
3) Dr Nima Jahtae
(Academic Advisor of IRK / Lecturer for
Department of IRKHS, Nilai Campus, CFSIIUM )
· Questioning and answering session
· Multimedia presentation
4.15 pm
Disperse


Appendix I
TENTATIVE PROGRAMME

Culture Night & Arabic Theatre

Date / Day : 2nd February 2008 (Saturday)
Venue : Hall of Masjid Bandar Baru Nilai.

9.00 pm
Arrival of Participants
Arrival of VIPs
9.15 pm – 9.45 pm
Opening Ceremony
· Opening Remark by MC
· Quranic Recitation
· Speech by Programme Manager of “Culture Night & Arabic Theatre”
· Speech by Deputy Head Core Course IRKHS
· Speech by Head of IRKHS Department
9.50 pm – 11.50 pm
Performances by Students:
· Arabic Theatre & Poem
“Al-Shafie – Role-Model for Ummah”
Perform by: IRK Students
· Slot 1
- The childhood of Imam Al-Shafie
- Poem
· Slot 2
- The way of Imam Al-Shafie in studies
- Poem
· Slot 3
- The Jihad of Imam Al-Shafie
- Khutbah
· Nasyeed
Perform by: Khalif MARA’s Nasyeed
- Dinner
- Multimedia Presentation
12.00 pm
Disperse

Baca Seterusnya...


Kebelakangan ini, isu penghinaan al-Quran oleh seorang ahli parlimen Belanda Geert Wilders melalui penayangan filemnya FITNA hangat diperkatakan oleh semua orang.Fitna yang hanya memakan masa selama 15 minit ini telah meledakkan api kemarahan seluruh Umat Islam..


Tidak kira sama ada golongan sekular mahupun golongan Islam semuanya bangkit melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan Geert Wilders ini. Alhamdulillah,Umat ini masih ada hati dan perasaan terhadap agama mereka.

Apabila timbulnya isu penghinaan terhadap ajaran Islam,maka kedengaranlah seruan untuk memboikot barangan dan produk-produk tertentu di seluruh pelosok Negara.Tidak kurang juga ada yang merasakan tindakan memboikot ini agak keterlaluan dan agresif.Bagi mereka,tindakan memboikot perlu diperhalusi terlebih dahulu akan kesan-kesan disebaliknya.Maka timbullah pro dan kontra dalam isu memboikot barangan dan produk keluaran Belanda.




Umat Islam di Malaysia pula digemparkan dengan penayangan filem “AKHIRAT” yang secara keseluruhannya menenggelamkan rasa gerun orang ramai terhadap perkataan AKHIRAT itu sendiri.Begitu mudah perkataan AKHIRAT “dipergunakan” dan “dipermainkan” oleh mereka mengaku diri mereka beriman kepada tuhan yang satu.

Saya tidak berhajat untuk bercerita panjang tentang jalan cerita atau plot filem ini kerana anda di luar pasti lebih arif tentangnya daripada saya.Cukuplah kita tahu keadaan Umat kita pada hari itu begitu ‘bobrok’ dan gawat sekali.Filem ini telah mengintepretasikan keadaan Umat kita yang semakin hari semakin suka membuat angkara dan durjana terhadap Allah Rabbul Izzati.

Saya tidak mahu mempersoalkan isu pro dan kontra isu memboikot ini kerana semuanya mempunyai justifikasinya yang tersendiri.Anda juga pasti tahu jalan terbaik dalam isu ini.


Cuma apa yang sedang berlegar-legar di benak fikiran saya;
“Kita memboikot dalam keadaan kita berilmu atau dalam keadaan ‘tak tahu’.Hanya mengikut orang semata.”


Memboikot dengan ilmu dan Amal Soleh.


Saya maksudkan memboikot dengan ilmu dan amal soleh ialah anda memboikot dalam keadaan anda sedar bahawa tindakan anda hanya untuk mendaulatkan agama anda.

Saya maksudkan memboikot dengan ilmu dan amla soleh ialah anda memboikot dalam keadaan anda yang tidak membuka ruang untuk agama anda sendiri dihina dan dicaci.Anda bercakap soal boikot dengan diri anda melupakan ajaran Al-Quran,bangga mendedahkan aurat,lupa dan Menafikan hak Allah ke atas anda, dan pelbagai lagi kotoran dosa yang lain.

Saya tidak berniat untuk memperkecilkan tindakan memboikot daripada mereka yang jahil tentang Islam.Cuma saya berdoa dan mengharapkan,golongan ini dan kita semua termasuk diri saya sendiri mem ‘up grade’kan kualiti ‘boikot’ anda dengan ilmu dan amal soleh yang lain..

Jangan kerana orang lain ‘boikot’,anda juga boikot,tetapi boikot kita begitu rendah di sisi Allah,sekadar “ melukut di tepi gantang”.Susuli boikot anda dengan ilmu dan amal soleh,Pasti masa depan gemilang bagi Islam dan Umatnya.
Baca Seterusnya...


Alhamdulillah saya telah berkesempatan untuk menghadiri kursus Solat Sempurna dan Muhasabah Diri yang dikendalikan Ustaz Zaharuddin Abd Rahman-UZAR(http://www.zaharuddin.net/) 3hb Mac baru-baru ini dan hari Ahad lepas 30 Mac.



Kursus Solat ‘Advance’ ini bolehlah dikatakan agak ‘perfect’ dan ‘simple’ kerana dibuat dalam bentuk separa akademik yang meraikan peserta yang saya rasa rata-ratanya adalah ‘orang Awam’.Adalah tidak ‘adil’ bagi saya menceritakan lebih lanjut tentang slot dan ceramah yang telah diberikan oleh UZAR.Ini disebabkan kursus ini berbayar dan bukannya percuma.



RM50 untuk student dan RM70 untuk dewasa.Apalah ertinya RM50 ataupun RM70 jika dibandingkan dengan ilmu kesempurnaan Solat yang peserta akan ‘cernakan’ dalam kehidupan seharian mereka.



RM50 atau RM70 untuk kesempurnaan Solat adalah suatu nilai yang tiada tolak bandingnya.Solat yang sempurna lebih bernilai daripada segala harta di atas muka bumi ini.





Apa yang menjadikan kursus Solat ini unik ialah objektifnya yang ingin memupuk sikap toleransi bermazhab dalam isu Solat sambil tidak mengenepikan pandangan Mazhab Syafie.Meraikan pandangan mazhab lain dengan tidak memperlekehkan Mazhab ‘rasmi Negara’ ini sepatutnya dipuji dan digalakkan dalam masyarakat.


Sebenarnya begitu susah untuk menerangkan perkara agama kepada ‘Orang Awam’ pada hari ini.Orang Awam kurang terdedah dengan khutub khannah Islam.Namun saya merasakan kursus ini sedikit sebanyak mampu menjadi ‘alternatif’ untuk mendedahkan Orang Awam dengan disiplin ilmu tentang kesempurnaan solat.


Apalah erti hidup tanpa ibadah sebagai matlamatnya,


Apalah erti ibadah tanpa solat sebagai tiangnya,


Apalah erti Solat tanpa khusyuk sebagai penyerinya,


Apalah erti khusyuk tanpa ilmu di dada.


Kesempurnaan Solat adalah ubat yang paling mujarab bagi setiap masalah yang kita hadapi.Tetapi pernahkah terdetik dalam hati kita:


“Adakah Solat yang aku dirikan ini beserta ilmu yang betul atau aku solat hanya ‘ikut-ikut’ orang sahaja?”


“Adakah Solat yang aku kerjakan ini telah sempurna?”


“Adakah Solat Aku diterima oleh Allah?”


“Adakah Aku telah menyahut seruan kekasihku yang meninggalkan pesanan- Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat?”


Saya tidak mahu untuk mendabik dada dalam isu Solat tetapi marilah kita sama-sama memikirkan dan memperhalusi kembali akan tatacara dan perlakuan Solat kita semua.Memperhalusi ini lebih indah jika disulami dengan ilmu tentang Solat itu sendiri.


Kemanisan Solat memuncak apabila ilmu tentangnya penuh didada.Maksud hadis sebagaimana kamu melihat aku Solat ialah dengan kamu mempunyai ilmu tentang solat itu sendiri. Ada buah tangan menarik dari UZAR tentang Solat.Sila layari www.zaharuddin.net


Apalagi ‘Sempurnakanlah Solatmu’



Baca Seterusnya...